Friday, 22 May 2009

Apa perasaan anda hari ini???

Hari ini saya bangun dengan perasaan yang agak 'full of excitement'....kenapa...sebab hari ini saya bakal mencuba menceburkan diri dalam dunia keusahawanan...so, hari ini saya tolak ke tepi dulu tugas saya untuk mengikuti kes tahanan ISA Vs SPR yang akan didengar hari ini...lagipun saya dah ke Palace Of Justice 2 kali..asyik tangguh sahaja...

Suspen juga...sebab petang at 3.30 pm..mahkamah akan buat keputusan bagi kes DS Nizar lawan Zambri...siapakan yang akan diputuskan oleh Mahkamah sebagai MB Perak yang sah.....takdir Allah menentukan segalanya....mereka semua telah berusaha...selepas itu kita pulangkan kepada DS Nizar dan pimpinan PR untuk buat keputusan. Rakyat yang prihatin akan memberikan kerjasama dalam apa jua keputusan yang terbaik yang bakal dibuat.

Seperti biasa awal pagi hantar anak ke sekolah, pulang singgah di Greenwood untuk keluarkan wang and singgah di kedai melihat tajuk utama akhbar...

Hati jadi amat tersentuh...air mata sudah berat nak jatuh ke pipi...meremang bulu roma menahan rasa sedih, pilu dan marah pada masa yang sama.....

Jahatnya manusia...kita sudah tidak aman lagi walaupun berada di dalam rumah sendiri....

Bolehkah kita katakan bahawa dunia ini amat kejam kepada manusia...bagi mereka yang sering dirundung malang akan pasti mengatakan 'kejamnya dunia ini'....benarkah...atau manusia yang kejam dan zalim....kenapa???

Siapakah yang harus kita salahkan bila setiap kali kejadian begini menimpa...kita memang bersyukur kerana ianya tidak menimpa diri kita dan keluarga kita...

Apakah jalan penyelesaiannya.....sekali lagi siapakah yang perlu dipersalahkan...siapa pula yang perlu dipertanggungjawabkan...malang sungguh nasib mereka dan nasib kita sendiri...

Sama-samalah kita fikirkan dan mencari jalan penyelesaian dan cuba menyelesaikannya atau memperbaiki keadaan yang meruncing ini...

Saya terdengar ulasan berita di radio tadi..yang berbunyi lebih kurang "rakyat tidak boleh sering terlalu berfikiran negatif terhadap negara sendiri"...kata-kata dari Dato' Shahrizat...dan komentar dari DJ yg bertugas di IKIM.FM juga membuat saya rasa muak...."kita mesti bersyukur kerana negara kita aman"....aman?????...mungkin bagi anda...cuba luaskan fikiran anda dan lebih prihatin kepada segenap lapisan rakyat dan masyarakat!!!!!

KEJADIAN rompakan di Taman Pinji Seni, Ipoh mengakibatkan ibu, anak dan orang gaji dibunuh perompak. Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah berjaya ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian kira-kira jam 2.45 petang. Kelihatan suami mangsa, Jafri (dua dari kanan) mententeramkan anaknya. - Gambar Muhaizan Yahya

menangislah semahunya...menangislah...agar tangisan itu...dapat mengingatkan kita.....pada hari-hari mati......yang pastikan datang..tanpa mengira usia...siapa kita di belantara hidup ini....menangislah....

No comments: