Saturday, 16 May 2009

EGM Bar Council..Bersemangat..Tahniah!!!

Hebat!!!...itulah komen yang tercetus dari hati dan fikiran saya....seramai 1300 orang peguam dari Bar Council telah berkumpul untuk bersama dalam Extraordinary General Meeting EGM mereka. Lantaran peristiwa penangkapan 5 orang peguam muda mereka ketika bertugas, iaitu ketika mereka hadir di hadapan Balai Polis Brickfields untuk membela nasib beberapa orang aktivis yang ditangkap pada hari Khamis lepas.


Saya bukanlah peguam, namun sejak setahun lepas, setiap kali Bar Council mengadakan AGM ataupun AGM mereka kami pasti turut sama hadir setelah mendapat jemputan untuk membuka booth. Pada pandangan saya inilah yang saya dapat lihat begitu ramai peguam yang turut hadir, dan mereka terdiri dari muka-muka baru dan peguam muda.

Saya dimaklumkan untuk mencukupkan korum mesyuarat mereka, mereka memerlukan seramai 500 orang peguam untuk hadir, namun pada EGM tersebut, seramai 1300 orang telah hadir!

Dalam EGM tersebut mereka sebulat suara mendesak Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk meletakkan jawatan!

Memang hebat....kalau semua yang berpesatuan mempunyai semangat begini memang bagus. Saya lihat sendiri semangat yang ada, selepas 5 orang ini ditangkap, seramai lebih kurang 200 orang peguam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang ditangkap. Turut hadir ialah Presiden Bar Council juga yang di sana telah memberikan kenyataan, dan memaklumkan akan mengadakan mesyuarat tergempar beserta EGM...sungguh mereka bersungguh membela nasib rakan mereka. Untung...

Ketika ahli mereka yang ditangkap dan ditahan di Kamunting, mereka juga telah mengadakan EGM, dan setiap kali adanya mesyuarat mereka akan mengedarkan tabung untuk membantu kebajiakan ahli keluarga Hindraf yang suami mereka merupakan ahli Bar Council.


Namun Bar Council juga memberikan komitmen dalam membantu GMI....namun saya tetap merasakan mungkin mereka boleh melakukan lebih lagi dan bersungguh lagi untuk memastikan sekurang2nya kesemua tahanan ISA dibebaskan segera

Seperti biasa kami GMI dijemput untuk membuka booth di majlis mereka...kami berfikiran positif dan optimis akan sekurangnya dapat mengisi tabung GMI untuk keperluan kempen dan usaha membantu keluarga tahanan ISA. Kami bukan sahaja harus memikirkan keperluan kewangan keluarga yang masih menjadi mangsa tahanan ISA di KEMTA, namun kami juga sering menerima panggilan telefon dan sms dari mereka yang suami mereka telah bebas.

Namun semalam walupun ramai peguam yang hadir, sangat kurang yang menyedari kehadiran kami di sana,.....suasana sangat muram buat kami...mungkin juga tempatnya di dewan SIvik MBPJ itu tidak sesuai dan berbeza dengan suasana ketika mereka sering adakan di Grand Ballroom Hotel Legend...tidak ramai yang singgah untuk membeli atau menyumbang.

gambar ehsan dari blog Merah Hitam

Namun Amer Hamzah menjadi penyelamat dan menghilangkan mendung di hati kami bertiga...bila dia berjaya menjual hingga licin semua muffler dan car sticker kami...menyesal pulak tak bawa banyak....dia menjerit dengan suara yang kuat..."NO TO LIVERPOOL, NO TO MANCHESTER NO TO ISA"...terus dia jerit nama teman2 peguam yang lalu lalang dan menghulurkan muffler dan car sticker kepada mereka....ha...ha..terpaksa lah mereka membelinya...

Thank you so much Amer for helping us...otherwise..kemungkinan duit minyak dan duit makan kami pun tak lepas!!!!

Sebelum ke EGM Bar Council..sempat juga kami meluangkan masa menziarahi anak Ketua Pengarang Harakah En Lutfi di Hospital Ampang. Lega rasa hati melihat anak nya Mohd Syafiq sudah keluar dari ICU dan diletakkan di wad biasa...namun keadaannya masih juga dalam tahap yang merbahaya...badan masih merah2 dan bengkak2. Teringat lagi kesah sedih yang menimpa keluarga beliau beberapa tahun lepas apabila anak keduanya juga Allahyarham Syafiqah juga telah meninggal dunia.....Sempat juga saya berpusing2 di sekitar Gombak dan Melawati untuk mencari Jus Kurma yang dipinta oleh Lutfi melalui Cikgu Laila.

2 comments:

Anonymous said...

itu ke gambar 5 peguam yg kene tahan?yg lelaki tgh2 tu kwn saya buat llb dulu di uk.Ravin.but i lost contact with him

ummu asiah said...

ya..5 orang dalam gambar tu adalah 5 orang yang telah ditangkap dan dipenjarakan ketika bertugas...mereka juga digari dan terpaksa memakai pakaian lokap sama sprt OKT yg. ya the only guy tu is Ravin.