Friday, 8 May 2009

The Great DUN Perak fiasco

Beristighfar lagi kita bila tonton video clip ini......

Terlebih dahulu terimakasih kepada team Malaysiakini yang menyediakan ruang ini untuk rakyat menonton this great DUN Perak Fiasco...

Kalau harap baca paper hari ini...memang dikatakan ADUN Perak tak hormat institusi BeRaja..

Tapi lihat lah sendiri..betapa kerajaan BN menggunakan segala kuasa yang mereka ada...tak cukup rakyat diluar yang hanya berdiri, duduk, mahupun makan atau minum di kedai juga turut ditangkap sewenangnya.

Dalam Dewan juga polis dan anggota keselamatan digunakan untuk menghalau dan mengheret keluar ADUN PR.

YB Lih Kang turut dikasari dan diheret keluar...semalam saya sudah mendapat maklumat ini...dikatakan beliau dipijak...segera saya sms dan bertanyakan khabarnya...dengan segera juga mendapat maklumbalas darinya:

"I'm fine la, i kena tolak dan heret, tapi takde kena pijak. Tapi i pun sempat bg mereka sikit :P"

Bagus bersemangat mereka...anda lihat sendiri bagaimana Speaker YB Sivakumar diheret keluar dengan kasar begitu juga YB Lih Kang....isshh...memang geram...kalau saya la...mahu saya bagi penumbuk sekali rasanya...

Saya dan suami juga amat risau bila mendapat berita bahawa Adik Faiz yang sama ditangkap di Masjid Ubudiah pada 6hb Februari turut ditangkap di Ipoh...maklumlah...sudah ada syarat jaminan yang sekiranya ditangkap lagi maka sudah tidak ada jaminan baginya...

Alhamdulillah...akhirnya dapat berita dia selamat...syukur...

Harap YM Sultan dapat menilai keadaan yang sebenar yang terbentang di depan mata...apa sebenarnya punca krisis dan tangani segera dengan adil dan sebaik mungkin....untuk kebaikan bersama....dunia ini hanya sementara....biar kita mulia di dunia dan di akhirat....mulia di akhirat lebih amat berguna buat manusia....

No comments: