Mogok Lapar untuk Bubar DUN
Mogok Lapar untuk Bubar DUN PERAK
Saya salute kepada rakyat Perak yang terus menerus berjuang kerana memiliki seorang MB yang tidak sah dan tidak diingini oleh Rakyatnya.
Terkini mereka melancarkan 'Mogok Lapar' yang sudahpun berakhir pada hari Khamis sebaik masuk waktu maghrib.
Bagi yang beragama Islam mereka berpuasa sunat dan ada juga antara mereka yang 'mogok lapar', tidak makan tetapi mereka masih boleh minum....tidaklah sampai ke tahap memudaratkan diri sendiri seperti yang didakwa oleh pihak tertentu dan media massa milik kerajaan.
Baca di sini.
Saya sendiri sempat meluangkan masa pada pagi hari Khamis tersebut untuk menziarahi venue mogok lapar dan pemogok lapar di Ipoh. Sementara suami menyelesaikan tugas luarnya di Tanjong Malim.
Sebelum pergi saya bersms dengan YB Lih Kang untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti yang dijalankan. Beliau menyatakan bahawa beliau juga berada di tempat mogok lapar tersebut di Wisma DAP.
Beliau berpesan 'pakai baju hitam nanti dapat kopi o free'.......ha patutlah..mereka mogok lapar tidak makan, tetapi tetap mengambil air untuk tidak memudaratkan diri...mogok lapar ini adalah satu usaha untuk menunjukkan protes terhadap ketidakadilan yang sedang berlaku.....bukan saja-saja nak 'membunuh diri' atau menyusahkan diri.
Sesampai di kawasan tersebut yang berdekatan dengan tapak pokok demokrasi dan kawasan pentadbiran negeri Perak...terkejut juga walau tidak lah heran sangat dengan kehadiran polis yang begitu ramai sekali...termasuk begitu banyak sekali truck-truck polis bertenggek berbaris di sepanjang jalan masuk ke kawasan tersebut...orang awam sedikit sangat...mereka telah menguasai kawasan tersebut.
Tengok gambar di atas di dalam restoran penuh dengan anggota polis. Tiada siapa yang hiraukan mereka dan mereka juga tidak menghiraukan sesiapa....bahkan hanya membuang masa, tenaga dan wang rakyat dengan duduk lepak-lepak menunggu mangsa...bukannya mencari penjenayah atau mebenteras jenayah!!!!
Ingat lagi peristiwa pada 7 Mei ketika sidang DUN Perak diadakan...rakyat biasa yang duduk, berdiri malah yang sedang makan dalam restoran turut ditangkap dan dikasari....
Saya terus singgah di Restoran Nasi Kandar Istana di mana jamuan kopi o percuma diberikan kepada mereka yang berbaju hitam...tapi saya pakai coklat hari tu...so tumpang minum secawan kopi yang sedia ada
Saya mengambil peluang bersembang-sembang dan update berita-berita terkini bersama YB Lih Kang(Adun Teja) di sebelah saya dan YB Thomas Su(Adun Pasir Pinji) mengenai isu Perak, isu GMI dan isu perjuangan rakyat. YB Thomas juga seorang peguam dan masih mengingati insiden penangkapan suami saya di Kuala Kangsar..dia masih mengingati yang saya ada menyebut "selalunya saya yang ditangkap, kali ni..suami pula"...dan kini saya dan suami sudah menjadi part of perjuang rakyat Perak...beberapa kali juga perlu berulang alik ke Kuala Kangsar selagi kes tersebut tidak selesai.
Pagi ini kami perlu ke Ipoh untuk perbincangan bersama peguam dan OKT yang lain bagi membuat persedian untuk kes yang bakal dibicarakan pada bulan Ogos nanti.
Ini adalah antara mereka yang terlibat...lihat uncle yang di atas yang hujung sekali, ada arm band berwarna kuning..menujukkan mereka adalah pemogok lapar....uncle yang di depannya walau sudah agak berusia namun amat bersemangat....bagaimana dengan kita pula...kita patut menanyakan soalan ini kepada diri kita sendiri...beria dia mengatakan kepada saya yang kini kaum china sudah tidak takut lagi kepada orang Islam khususnya kepada orang PAS seperti dahulu....seperti sentimen jahat yang sering dimomokkan oleh UMNO BN.
Saya juga mendengar pengalaman mereka 'bermogok', ya mereka tidak makan sejak hari Selasa 26 Mei...tapi mereka minum. Menurut Lih Kang, mula-mula teruk juga...tapi setelah beberapa lama sudah okay baginya...senanglah nanti bila nak belajar berpuasa:)...kata saya padanya.
Saya sempat berpesan kepadanya untuk tidak terus makan makanan berat bila habiskan mogok nanti, dan Lih Kang berkata dia akan mula dengan makan kurma:)
1 comment:
wahh!!
kagum dengan pejuang2 semua yg menyertai mogok lapar!!
semoga diberikan Hidayah InsyaAllah!!
Post a Comment