8 tahun GMI dan Hi Tea sempena Hari Pekerja..
Ah....tahun ini lansung saya lupa tentang tarikh 30hb April....ya tarikh 30hb April, tarikh di mana GMI secara rasminya ditubuhkan dan dilancarkan di dewan Besar Selangor Chinese Assembly Hall. Bermula dengan tangkapan 10 orang pejuang reformasi ketika itu, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Ustaz Badrulamin, Ezam Mohd Noor dan Lokman Nor Adam. 4 orang lagi ialah Raja Petra Kamaruddin, Pak Din, Gobala Krishnan dan Abdul Ghani Haroon. Raja Petra dan Pak Din dibebaskan dalam sebelum tamat tempoh 60hari dan sebelum dihantar ke Kem Kamunting manakala Gobi dan Ghani dibebaskan melalui proses Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh Hakim Hishammuddin. Alhamdulillah.
Namun kini Ezam, Ghani dan Lokman telah kembali kepada UMNO Barisan Nasional. Ezam dan Ghani tidak pernah lagi saya dengar terang-terangan menyokong ISA dan Ghani masih bersimpati kepada nasib isteri tahanan ISA iaitu Puan Norlaila....manakala Lokman yang paling teruk berpaling tadah dan menyokong ISA bersama PEWARIS...sedangkan dulu hidup mereka sekeluarga menderita akibat kezaliman ISA!!!!!!

Sebaik tamat tempoh 2 tahun, pada Jun 2003, kesemua 6 orang tahanan ISA akhirnya dibebaskan sepenuhnya....Alahmdulillah...berkat perjuangan yang tidak pernah kenal putus asa. Dan mereka yang ditahan terus berjuang bersama rakyat yang inginkan keadilan.

Pada majlis tersebut terdapat tidak kurang dari 3 orang SB yang duduk memantau dengan dua orang dari mereka gigih menulis dengan buku nota kecil dari awal hingga akhir. Mudah saja nak kenal spesies mereka ni...mereka rajin menulis...hatta..ayat-ayat yang tertera di banner pun mesti dicatat untuk diletakkan dalam laporan mereka..ambil je la gambar...senang kerja...SB oh SB.
........................................................................................................................................................
Paling menarik seluruh ahli keluarga tahanan ISA ketika itu turut semua bangun berjuang...seronok dan meriah sekali walaupun hidup dalam penuh cubaan dan dugaan..perjuangan menjadi sangat indah..seluruh ahli keluarga..isteri, anak, ibu dan ayah juga adik dan kakak....hingga kini masih menruskan perjuangan....Alhamdulillah...

Hari ini ketika jari saya mula memetik keyboard ini untuk membuat laporan tentang aktiviti GMI di Kuala Kubu Bahru...baru saya teringat kembali tentang tarikh penting 30hb April tersebut...Alhamdulillah sekurangnya GMI masih tetap mengisi hari yang berdekatan dengan aktiviti mendedahkan tentang kezaliman ISA.
GMI menerima dan mengisi jemputan Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Selangor (D’M Care) untuk sama-sama mengisi majlis Hi Tea mereka. GMI dijemput untuk membuat persembahan. Beberapa tahun yang lepas GMI sering menggunakan khidmat anak-anak tahanan ISA dan anak-anak aktivis GMI untuk membuat persembahan...dalam bentuk bacaan testimony ataupun cat walk...persembahan mereka sentiasa menyentuh perasaan sesiapa sahaja...kini anak-anak ini juga telah membesar dan telah ramai yang sudah mendapat ayah mereka kembali...Alhamdulillah.

Kezaliman yang berterusan 48 tahun lamanya....memang zalim...berpuluh ribu orang yang telah menjadi mangsa kezaliman ISA...hanya untuk memastikan keselamatan pemimpin negara bukan keselamatan negara....GMI baru masuk ke tahun yang ke 8...namun sebelum tertubuhnya GMI telah wujud SUARAM, Suara Rakyat Malaysia yang dutubuhkan selepas ramai aktivis dan ahli politik ditangkap dibawah akta yang zalim ini di bawah Operasi Lalang di tahun 1987...kini SUARAM bersama GMI dan 80 NGO lain bersama-sama berusaha memastikan ISA dihapuskan segera dan semua tahanan dibebaskan.







YB Saari menandatangani buku-buku terbitan GMI. Buku Ia Sah Aniaya dan Buku Dunia Tanpa Suami.
5 comments:
Pembetulan,
Urwah bukan sulong Pak Abu, tapi anak LELAKI sulong PakAbu
Insya Allah...
Dia akan membantu kita dengan menggantikan kerajaan yang sedia ada ini dengan kerajaan yang lebih baik. Semua ini dalam ketentuanNya. Kita di didik agar bersabar.
Salam ziarah.
Biar mereka dengan SB.. kita SM.. okey tak kak? SM for Solehah Mujahidah @ mujahidah Solehah.. best kan..kita bagi julukan pada pejuang2 muslimat kita dengan MS @ SM..
Mujahidah Solehah Fie Sabilillah @
Solehah Mujahidah Fie Sabilillah..
:: Sekadar mencelah menghapuskan SB SB itu hakikatnya..
Hehee..
Lama dah minta no akak kat Kak Laila..tapi tak dapat2 lagi..agaknyer tak bagi berhubung ngan akak kot..hahahaa
Akak try plak minta nombor saya kat Kak Laila..dapat tak??nak tau gak nanti tau..nanti akak hubungi saya kalau dapat ya..
Taknak promote nombor kat sini..
ihya..
maaf..terlepas pandang komen di sini...
tapi sudah berkunjung balas ke blog Ihya...moga kita terus bersabar sambil terus berjuang!!!
MH@MS@SM
ha..baru kesempatan baca komen ni..memangla tak perasan pasal no ph tu..akak kita pun tak terbaca agaknya komen kat sini..Alhamdulillah..akhirnya dpat juga!!!
Post a Comment