PEWARIS-Bukan takut DEBAT tapi......DEBAT ISA diteruskan
Petang ini pada jam 3 petang hingga 5 petang program DEBAT ISA: HALAL atau HARAM akan tetap diteruskan seperti dirancangkan namun formatnya akan bertukar kerana ketidakhadiran wakil dari pihak PEWARIS.
GMI secara formal telah menghantar surat melalui fax kepada PEWARIS dan sudah diterima oleh pihak wakil mereka di pejabat sekretariat mereka yang juga pejabat PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
GMI secara formal telah menghantar surat melalui fax kepada PEWARIS dan sudah diterima oleh pihak wakil mereka di pejabat sekretariat mereka yang juga pejabat PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Wakil dari PEWARIS, dari kiri Dato' Anuar Zaini, Dato' Nadzim yang sering muncul dalam slot radio IKIM bersama PPIM...orang yang dikenali sebagai To' Ki...hhmmm...barulah dapat saya relate nama, suara dengan tuan punya badan....sebelahnya tak ingat nama apa....khusyuk mendengar penjelasan dari GMI.
Demi memenuhi undangan pihak PEWARIS untuk berbincang mengenai format DEBAT tersebut, GMI telah pergi ke tempat mereka iaitu di Sembang-Sembang Cafe di tingkat Lower Ground The Mall...di sini juga ditempatkan barangan keluaran usahawan Islam.
Perbincangan terbuka diadakan....dengan nada yang biasa...walaupun kadangkala terpaksa menahan kesabaran.
Perbincangan terbuka diadakan....dengan nada yang biasa...walaupun kadangkala terpaksa menahan kesabaran.
Nalini dan Chin Hong, 2 orang yang bekerja keras untuk pastikan program ini berjaya dijalankan...kami bertiga sampai paling awal...kenala tunggu sekejap sementara To' Ki melayan clientnya yang datang bertali arus jugak...bagus perniagaan mereka...entah betul entah tidak, tapi menurut Cikgu Laila...katanya To' Ki menyebut mereka terpaksa fight for 50 years to get the shop...itupun dengan mengatakan ISA itu perlu!!!!! dan berjuang di bawah payung PEWARIS.
Wah...tengok tu...penjelasan kami benar2 menarik minat mereka....tapi depa tetap kata...ISA itu OK...perlu...cuma implementationnya saja salah....ha...so apa lagi...mansuhkan sajalah...kalau tau boleh disalahgunakan...
Wakil-wakil GMI sabar dan tekun menyampakan hujah....
PEWARIS bertegas dengan syarat-syarat mereka untuk tidak mahu menerima undangan debat dari GMI dengan alasan..baca di keratan news di bawah...dan GMI juga bertegas dengan tujuan asal dan cara yang GMI telah tetapkan...mereka hanya akan terima tawaran DEBAT sekiranya GMI terima syarat mereka.....
So....tak datanglah mereka ke majlis petang ini........kami tetap teruskan program yang dirancangkan.
PEWARIS tidak takut debat ISA, tapi ... |
Abdul Rahim Sabri | May 8, 09 2:49pm |
NGO penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menolak tanggapan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bahawa mereka enggan berdebat berhubung halal-haram akta kontroversi itu. Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) tidak pernah menyatakan menolak jemputan NGO anti-ISA itu, kata timbalan presidennya Rahimuddin Harun. "Kalau anggap kita tak bersetuju, tak acilah (tak bolehlah). Kita tak kata kita tak setuju. Kita tak minta syarat-syarat yang menyusahkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. "Macam kenduri kahwin, sudah tetap tarikh, tapi tak tanya pengantin lelaki. "Kad jemputan dah dihantar, majlis dah nak bermula, mereka ajak bersanding, tapi tak ada rundingan dengan pihak lelaki, macam mana? "Kenapa awal sangat, baru bincang nak melatah, tak boleh macam itu, profesional sikit." Cabar-mencabar antara kedua-dua pihak berlarutan sejak 10 hari yang lalu, bermula 27 April. Semalam GMI bertegas akan meneruskan debat "ISA: Halal atau Haram" pada jam 3 petang esok di Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya walaupun tanpa wakil PEWARIS. GMI sebelum ini mengundang PEWARIS berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut susulan kenyataan NGO Melayu itu bahawa akta tersebut "perlu untuk mempertahankan Islam." Menyahut cabaran tersebut, PEWARIS kemudiannya mencadangkan agar perdebatan itu ditukar kepada perbincangan dan ia disiarkan secara langsung di stesen Radio 24 milik agensi berita nasional Bernama. Sehubungan itu, GMI menganggap PEWARIS menolak perdebatan itu kerana cadangan balasnya bercanggah dengan tawaran debat yang asal. Diminta mengulas lanjut, Rahimuddin berkata, pihaknya juga menolak dakwaan mereka takut kalah untuk berdebat dengan GMI. "Bukan soal kalah, bukan soal takut. Kita setuju (berdebat), kalau boleh di tempat yang sesuai. "Sekiranya penyokong GMI dan ahli PEWARIS datang ke dewan MBPJ, sudah tentu kena ada permit. Kalau sesuatu (yang buruk) berlaku, kita dipersalahkan. "Kita cari tempat berkecuali yang tidak melibatkan penyokong- penyokong," katanya, sambil menambah dewan sivik tersebut terlalu kecil untuk menampung kehadiran penyokong kedua-dua NGO tersebut. Oleh sebab itu, tambah Rahimuddin, perdebatan itu wajar disiarkan secara langsung melalui siaran radio kerana liputannya lebih meluas ke seluruh negara bagi membolehkan rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak. "Kita tidak menolak (tawaran debat), cuma kita cari tempat dan waktunya yang bersesuaian, kita berjumpa. Kita sama-sama bincang, lagi fokus dan lagi senang," katanya lagi. |
I
No comments:
Post a Comment