Wednesday 20 May 2009

KARNIVAL HARMONI: RAHMAT UNTUK SEMUA‏

Saya turut sama ingin mempromosikan program yang di sebut di bawah ini...jom kita semua meraikan dan meramaikan usaha yang murni memperkenalkan tentang keindahan Islam..

Ummuasiah bersama rakan-rakan dari Butik Four Sisters Shoppe juga sahabat rakan dari JIM daerah Gombak akan turut sama meramaikan dan menyerikan majlis tersebut dengan membuka gerai di ruang pameran yang disediakan.

Kami bakal menjual pakaian wanita dan beberapa produk aksesori wanita dan bahan makanan kesehatan...satu usaha untuk meningkatkan ekonomi..InsyaAllah..


Salam sahabat2 yang dikasehi...

JOM KHABARKAN KEPADA DUNIA TENTANG KEINDAHAN ISLAM

Hidayah Centre dengan besar hati menjemput semua menghadiri Karnival Harmoni 2009 yang julung2 kali diadakan.Ajaklah rakan sepejabat muslim dan non muslim untuk turut serta. Tak kenal maka tak cinta....so please come!

Antara objektif Karnival Harmoni yang ingin dicapai:

  1. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat Malaysia
  2. Menyebarluaskan dakwah secara meriah, kreatif, interaktif dan santai dan pelbagai kepada segenap lapisan masyarakat.
  3. Meraikan NGO-NGO dakwah dan juga Saudara Baru
  4. Menjadi medan utama perkongsian dakwah dalam masyarakat majmuk

Tarikh : 22 – 24 MEI 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) 10 pagi -10 malam

Tempat : Summit USJ

Anjuran : Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Dengan Kerjasama: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

Aktiviti Menarik:

  1. Pameran dari pelbagai persatuan/pertubuhan
  2. Jualan (Buku, pakaian, makanan, produk2 halal)
  3. Forum – Spritual Solution to Economics Problems (melibatkan 4 panelis daripada berlainan agama)
  4. Pertandingan Melukis Kanak-kanak
  5. Tayangan Multimedia & Cabutan Bertuah
  6. Tarian Singa dan Kompang – Semasa Perasmian
  7. Malam Karnival Harmoni 2009 (Nasyid, Seni mempertahankan diri Silambam, Gendang India, Sajak, Tarian Kompang
  8. Slot ringkas ceramah

* Talk 1 (Footsteps in the light)

* Talk 2 (Promises of God)

* Talk3 (Mercy like the rain)

Sahabat2 semua boleh menghubungi Joanes Lukas di ibu pejabat 03-4108996 atau 013-3040834 atau melayari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut: www.hidayahcentre.wordpress.com


Rosmawati Zainal
Naib Pengerusi Hidayah Centre
http://ummiroses.blogspot.com

No comments: