Thursday, 30 July 2009

Bahang mula terasa...1 hb Ogos 2009


Tiba-tiba saja saya mula terasa 'bahangnya'...bukannya sebelum ni tak terasa...tapi ini tahapnya lebih sedikit.

Semalam ketika menghadiri mesyuarat terakhir beberapa kali...terasa 'butterflies in the stomach'...maknanya 'kecut perut' jugak...bila saya dan Aiman Athirah berbincang apa yang akan kami buat Sabtu ini.

Walaupun dah banyak kali menghadiri perhimpunan aman..terus terang saya katakan...dalam keberanian itu tetap wujud rasa 'takut'.....

Sedap juga bila baca ayat ni...

"Hai orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (QS 9:38)

Ye lah...ini hanya menerima arahan untuk turun berdemonstrasi...tunjuk rasa...tunjuk bantahan...atas kebencian kepada satu akta yang amat zalim...

Tak silap saya inilah pertama kali GMI mengadakan satu perhimpunan aman secara besar-besaran dan aman. Sebelum ini kami dah lakukan pelagai kempen meliputi pelbagai aktiviti...daripada yang ringan-ringan..seperti menandatangani petition, menghantar memorandum, berjumpa SUHAKAM,peacewalk, candlelight vigil dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan banyak cubaan telah dilakukan untuk bertemu Perdana Menteri di 3 era pemerintahan, Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan tak ketinggalan Najib...semuanya tak dilayan...hanya dibawa perjumpa pegawai sahaja.

Jadi...perhimpunan besar-besaran ini adalah langkah yang terpaksa diambil apabila kerajaan sengaja tidak mahu mendengar....

Kenapa bahangnya ye...semalam khabarnya makluman yang diterima..polis sudah mula mahu buat sekatan jalanraya mulai hari ini, hari Khamis...bukankah itu sesuatu yang 'unnecessary'....so orang awam tidak bolehlah meletakkan rungutan sekiranya berlaku kesesakan jalanraya ke atas pihak penganjur demonstrasi.

Hari ini juga ada wartawan yang menelefon apabila orang kuat GMI, pengerusinya Tn Syed Ibrahim tidak dapat dihubungi...begitu juga penolongnya Sdra kamarulzaman, juga tidak dapat dihubungi...wartawan pun risau jika berlaku tangkapan awal....

Alhamdulillah...buat masa ini semuanya selamat...

Bagi diri saya..persediaan rapi juga sedang cuba dilaksanakan...pertama-tamanya..saya harus pastikan kebajikan anak-anak saya terjaga...kerana saya tidak mahu membawa mereka kali ini...jadi terlebih dahulu saya mencari rumah kawan-kawan yang sesuai untuk saya tinggalkan 3 orang anak saya, Ammar 13 tahun (sudah punya pengalaman sekali ditangkap ketika berhimpun secara aman), Asma' 10 tahun dan Asiah (8 tahun, berani pergi demo...tapi bila nampak FRU pasti menangis juga...pernah juga rasa tear gas ketika berdemo di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar)...jadi kali ini demi keselamatan mereka saya tinggalkan mereka di rumah kawan-kawan masing-masing....

Jadi...harap semua yang bencikan kezaliman...sudah bersedia untuk bersama kami...

Saya perturunkan lagi ayat Al-Quran...walaupun ianya disebut tentang medan peperangan...namun moga ianya menjadi pedoman untuk tetapkan keyakinan dan kekuatan di hati kita...

"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS 9:39)

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalann Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (QS 9:41)

"Hai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?" "Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (QS 61:2-3)

Saya kutip ini dari blog...'Urwah...


6 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Yang ada anak-bini dan keluarga tu ingat le, kalau kena tangkap dan hilang kerja, bukannya PAS-PKR-DAPigs yang nak bantu atau tanggung makan.

ummu asiah said...

saudara..

memang betul...kerana Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani dan Maha Pemberi Rezeki yang akan menurunkan bantuan ke atas hambaNya..saya dan suami sendiri pernah kena tangkap dan dipenjarakan..

Alhamdulillah..Pakatan Rakyat dan NGO yang membantu menyelesaikan wang jaminan dan guaman.

Terima kasih di atas ingatan..membuat kita lebih bergantung pada Allah dan bukan pada manusia.

Aina@Azila said...

Susahnyer nak jumpa dengan PM dan TPM...

Tapi yg hairan tu, cemana err..apa nama budak tu, Saiful ke apa entah, senang jer dia dapat jumpa dengan najib ngadu dia kena liwat?

pelik kan? Sama ada GMI tak pandai atau budak tu "terlebih pandai"...

Atriza said...

Assalamualaikum ukht..

Lama tak meninggalkan jejak kat sini..

just nak buat ucapan jer..

Selamat berdemo esok!!

insya`allah jika berpeluang, kita bersua la esok..

Salam perjuangan...

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbat

Nur said...

Salam kak Ummu yang dimuliakan,

Kak, saya kepingin benar mahu turut serta untuk demo, tapi esok mahu ke kelantan menghantar adik , kak, teruskan perjuangan! Semoga Allah swt bersama kita, insyaAllah...saya doakan akak dan semua yang terlibat selamat, dan diganjari dengan sewajarnya...

ummu asiah said...

aina..azila

rasanya yg jadi PM tu la yg tak berapa pandai sebenarnya..sorry to say..patutnya dalam isu ISA ni, kalau dia benar ikhlas mendengar rintihan rakyat dia patut panggil GMI duduk berbincang dgn dia...
...........
Atriza

moga semua selamat...puluhan ribu nak datang ni..sukar nak jumpa..pakai warna pun sama..merah hitam ye...:)))

nur...

terima kasih atas ingatan...kepingin bangat mau jumpa...bila ya...akak dah dok kat pusat bandar ni...