Monday, 27 July 2009

HIMPUNAN MANSUH-TRAGEDI MEMALI DAN SAUK DIKENANG

Sambil menanti kedatangan tarikh 1hb Ogos yang menyimpan sejarahnya yang tersendiri pada tahun 1960, saya bersyukur kerana dapat melihat sendiri suasana kehidupan seorang bekas mangsa tahanan Akta Zalim ISA dan juga seorang mangsa dakwaan peristiwa SAUK. Atas pelawaan keluarga YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang, kami sekeluarga bersama keluarga YB Saari telah bertolak ke SAUK pada jam 3 petang, Sabtu 25hb Julai 2009.


Mohd Radzi Mohd Razali adalah seorang bekas tahanan ISA, yang ditangkap berkaitan dengan peristiwa SAUK pada bulan September 2000 dan dibebaskan pada November 2003. Adiknya Mohd Amin Mohd Razali pula dipenjarakan dan dijatuhkan dengan hukuman gantung. Kedua-dua mereka dan beberapa orang yang lain dikaitkan dengan tragedi rampasan senjata di Kem SAUK.

Peristiwa tersebut sudah lama berlalu...sembilan tahun sudah..namun sebagaimana Peristiwa Memali yang telah lama berlalu, ianya sukar padam dari ingatan rakyat yang benar-benar bencikan kezaliman dan penindasan...terutama sekali hingga melibatkan kematian, pembunuhan rakyat sendiri oleh pihak berkuasa negara yang didalangi oleh pemimpin negera ketika itu sendiri.

Sayang...seribu kali sayang...rakyat digelapkan mata mereka dan dilindungi dari mendapat ceritanya yang sebenar...rakyat hanya dimomokkan dengan tayangan yang kononnya penduduk kampung yang ganas dan cuba melawan pihak berkuasa dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan negara.

Saya sendiri bersama sahabat2 di dalam kumpulan yang dihantar ke New South Wales, Australia pada penghujung tahun 1985 menjadi 'mangsa' tayangan video peristiwa Memali sebaik kami sampai dan menginap di Dewan Malaysia Sydney...itulah bayangan peristiwa hitam Memali yang terlekat di ingatan dan fikiran kami ketika itu setelah melalui sesi 'brainwash' di UPM sebelum berlepas dari bumi Malaysia.

Tonton video Memali di sini.

Kedua-dua kes Memali dan Al-Maunah di Sauk berkait rapat dengan kezaliman ISA. As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud benci akan kezaliman ISA dan tidak redha dirinya dizalimi di bawah akta Zalim ISA yang mengguburkan semua hak asasi seseorang manusia dan seorang Islam yang bebas.

Ketika Mohd Radzi ditahan ISA di KEMTA dan Allahyarham Amin di penjara kami di GMI pernah membawa nasib dan kes mereka dengan membawa ibu mereka bertemu dengan SUHAKAM.

Trajedi Sauk juga telah mengakibatkan 15 orang ditahan di bawah ISA tanpa dibuktikan kesalahan mereka dan 4 orang lagi dihukum di tali gantung.

Namun dari cerita yang didengar dan dibaca, Allahyarham Amin tidak menghembuskan nafasnya yang terakhir di tali gantung namun telah bertemu penciptaNya di sujudnya yang terakhir. Dari cerita yang didengar dan dibaca juga Allahyarham adalah seorang yang baik. Ketika berada di rumah ibunya, kami tidak sampai hati untuk bertanyakan tentang kesah ini kepada mereka, tidak mahu mengganggu ketenteraman pada petang yang indah dan nyaman itu dengan kesah kezaliman pemerintah ke atas keluarga mereka...dengan kuasa yang ada pada pemerintah, mereka tidak dibenarkan melihat wajah Allahyarham buat kali terakhirnya.

Peluang saya bertandang ke perkampungan di SAUK untuk makan durian sudah tentu tidak saya lepaskan dengan begitu saja...bukan kerana saya dan 2 orang anak perempuan sangat suka akan kelazatan durian, namun lebih kerana ingin bertandang sendiri dan melihat sendiri suasana kehidupan insan2 yang terpilih ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat peluang menikmati suasana kehidupan yang aman, damai dan dan tenang di kampung mereka...dengan rumah yang dikelilingi dan dipagari oleh pohon-pohon buah-buahan, di bayangi pula dengan benteng bukit yang hijau dan segar mata memandang....

Sebaik sampai ke sana pada jam 5.30 petang, Radzi terus menghidangkan kami tanpa henti dengan durian2 yang sudah siap dikopek...tanpa henti olehnya...hingga perut kami semua terpaksa surrender...namun puas....terasa nikmatnya...

Setelah perut kami semua keras dengan nikmat durian..kami cuba longgarkan sedikit untuk menyediakan ruang untuk hidangan makan malam dengan berjalan dan melihat suasana di sekelilig rumah. Anak-anak girang memanjat pohon rambutan....kami pula menapak melihat kolam ikan yang penuh dengan ikan keli dan tilapia yang girang, tenang berenang sambil memakan rumpai air yang banyak tanpa sebarang gangguan mahupun pencemaran alam.
Hati juga menjadi sejuk dan tenang melihat pondok-pondok di tepian kolam yang menempatkan hampir 30 orang anak-anak sekolah Tahfiz. Kata Makcik Zainab, ibu Radzi, setiap malam mereka akan datang berehat2 di kawasan rumah makcik, sambil minum-minum dan makan-makan....

Setelah badan panas dan berpeluh akibat penangan durian kami semua menyegarkan badan dengan mandi dengan nikmat air yang melimpah ruah tanpa henti yang terus datang dari sumber air bukit........nikmat sekali....anak-anaklah yang paling menikmati keseluruhan pengembaraan kami yang singkat di kampung Sauk tersebut...

Kami dipujuk berkali-kali oleh Radzi untuk bermalam dan menghala ke rumahnya pula di Gerik yang jauhnya 100km dari Sauk...untuk menikmati lagi ikan bakar dan menikmati pula kelazatan buah manggis dari dusun mereka, kerana pada petang tersebut dia tidak dapat mengambil manggis untuk kami kerana beliau tidak berapa sihat akibat demam. Namun dia melayan kami hingga kami tidak sedikit pun melihat raut wajah yang tidak sehat.

Makcik Zainab menghidang makanan yang ringkas buat kami namun memang bersesuaian dengan suasana kampung,,,,ikan tilapia bakar, ikan patin masak tempoyak, ikan pekasam, ulaman dan air asam....masih terliur rasanya..sayangnya kami tidak dapat makan dengan banyak kerana terlalu amat kenyang dengan durian.

Layanan buat kami amat luarbiasa baiknya hingga pinggan yang kami makan tidak dibenarkan untuk kami mengangkatnya....sebaik kami selesai makan...muncul seorang lagi adik lelaki Radzi, Mohd Nadzam yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah, terus bersalam, dan memeluk dan mencium ibunya....selepas itu barulah kelihatan ibunya berwajah segar dan berseri...mungkin itulah perasaan seorang ibu yang sentiasa menantikan kepulangan anak-anaknya....Allah sahaja yang mengetahui penyeksaan jiwanya ketika melalui kehidupan selama beberapa tahun dari tahun 2000 hingga ke akhirnya Mohd Radzi dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting dan sehingga akhirnya Allahyarham Mohd Amin bertemu dengan penciptaNya pada 4 Ogos 2006..baca di sini.

Apabila 2 orang bekas tahanan ISA berjumpa, YB Saari@Pak Abu, juga bekas tahanan ISA dan Radzi, sudah tentu mereka mengimbau kembali kenangan mereka bersama ketika berjiran di blok yang berasingan mungkin ketika berada di Kem Tahanan Kamunting. Menurut Kak Aliza isteri Pak Abu, Radzi memang juara dalam permainan badminton di KEMTA. Radzi memberitahu kami bahawa t-shirt biru yang sedang dipakainya ialah pemberian dari Pak Abu ketika di Kemta dan dia masih punya 3 lagi baju T pemberian Pak Abu yang masih dipakai hingga kini.

Kemungkinan Pak Abu menjadi ikon buat kebanyakan tahanan ISA yang semasa dengannya kerana sikap dan sifat yang ada Pak Abu yang terus menerus melawan akta Zalim ISA dari awal, hingga ketika dalam tahanan dan dibawa terus hingga kini....moga hingga akhirnya ISA dimansuhkan.

1 hb Ogos ini, genap 49 tahun ISA digubal dan disalahgunakan oleh kerajaan...dalam tempuh masa 49 tahun itu puluhan ribu orang rakyat Malaysia dizalimi termasuk ahli keluarga mereka. Tahanan ISA ditahan tanpa dibicarakan tanpa tahu bila akan dibebaskan dan isteri, anak-anak dan keluarga turut dizalimi secara lansung.

1 hb Ogos 2009 akan menyaksikan kebangkitan rakyat tanda benci pada ISA dan tanda desakan yang menuncak agar akta ini dihapuskan dengan segera sebelum usianya menjejak ke usia emas 50 tahun.

Sama-sama kita buktikan kebencian kita...pada tarikh 1hb Ogos nanti di Kuala Lumpur...

4 comments:

nahdia said...

Uih, sedappnye makcik nash anak branak makan durian, asma' panjat pokok durian sbb tak cukup lagi ke durian?? Moga terus istiqamah menentang kesaliman ISA, jumpa nanti 1 Ogos!

ummu asiah said...

eh nahdia rupenye..tak perasan dah berblogging dari rmh lain pulak.

wah2 atok abu memang asyek mkn durian sajala.

apa khabar kaki...dah okay..tu lah kalau tak boleh mkn durian sauk sama2 kan.

ummu asiah said...

eh nahdia rupenye..tak perasan dah berblogging dari rmh lain pulak.

wah2 atok abu memang asyek mkn durian sajala.

apa khabar kaki...dah okay..tu lah kalau tak boleh mkn durian sauk sama2 kan.

Anonymous said...

Terpangil saya pada petikan di atas "Al-Maunah":kekejaman Pemerintah dan ISA. Dimanakah nilai nyawa mereka yang juga turut terkorban ketika peristiwa itu berlaku? Allahyarham Amin sempat pada ketentuan nye menerima saat kematiannye tapi tidak bagi mereka yang terkorban pada masa kejadian itu. Adil kah hanya nyawa kita yang beragama Islam di hargai tapi bukan pada nyawa bangsa atau agama lain. Itukah keAdilan. Benarkah keadaan dan peristiwa itu ciptaan dan sendiwara orang-orang tertentu? Kenapa Kita yang terpilih YE? Adil kah Tuhan membenarkan keadaan ini? Lihat lah diri sendiri sebelum kenyataan kita hanya lah memburukan agama dan bangsa kita sendiri.Pikirkan. Maaf.