Mansuh PPSMI dan Perjuangan Rakyat
foto: Abah Asiah
Memang bosan dengan sikap dolak dalih pemerintah BN ni..mereka hanya fikir hal mereka dan kroni-kroni mereka yang sudah dapat projek dari penggunaan PPSMI tersebut, tapi nasib anak bangsa dan tanahair tidak diambil peduli....cakap tak serupa bikin...perabih duit rakyat adalah...baca di sini..."easily 12 BILLION" dari 'Ainon Mohd's Note:...pengakuan dari Timbalan Menteri sendiri dari..easily 12 B sudah dilaburkan!!!!!
Ini pula berita baru dibaca dari Perisik Rakyat juga...bahawa RM 40 juta!!!!! dapat diselamatkan dalam setahun sekiranya PPSMI dimansuhkan...ya kemana perginya wang sebanyak tu...anak-anak kita terpaksa juga beli buku teks..buku rujukan dan pergi ke tusyen jika perlu..guru-guru pun gaji tak naik juga dan tidak banyak juga.
Saya kira kita sebagai rakyat memang tidak boleh mendiamkan diri...wang tersebut mungkin dapat menyelamatkan kita dari kesengsaraan hidup akibat kenaikan kos bermacam barangan dan juga perkhidmatan.
Cakap tak serupa bikin....CATAKSERUKIN.....bukan saya reka perkataan ini ya....tapi SASTERAWAN NEGARA, Datuk A.Samad Said....kita sendiri yang sebut pada Malam Seni Rakyat di Kajang pada 4 hb Julai yang lalu...cuma saya tak pasti ejaan yg sebetulnya dan bunyi yang sebenarnya...tapi lebih kurang begitulah....Pada malam tersebut beliau menyampaikan sajak "PELUDAH BAHASA".
Menarik juga apabila menteri berkata-kata bahawa Pemansuhan PPSMI bukan atas sebab desakan pembangkang...bukan keputusan Politik...susah sangat ke nak mengaku...apa salahnya...sekali sekala ikut kehendak rakyat.
Saya bangga dengan sahabat seniman sebegini...yang walaupun dalam serba kekurangan dari segi material dan juga kekurangan dari segi fizikal yang merupakan keistimewaan sebenarnya dapat terus berjuang melalui medan seni dengan cara yang tersendiri...mendedahkan rakyat dengan..'the other side of the history".
..jika kita hanya didedahkan dengan sejarah pemimpin negara seperti Tunku Abd Rahman, Tun Hussein Onn dan sewaktu dengannya...tapi mereka ini mendedahkan kita dengan pejuang tanahair yang lainnya seperti Dr Burhanuddin Helmy serta Shamsiah Fakeh yang sengaja disembunyikan fakta sebenarnya...membuatkan saya teringin sekali mengkaji fakta sejarah mereka.
Kita sentiasa didedahkan tentang 'episod hitam' trajedi 13 Mei, Operasi Lalang serta cerita tidak benar mengenai peristiwa Memali....namun anak-anak muda ini bisa membuatkan kita 'meremang bulu roma' menghayati kisah Memali dari dalam dengan lagu puitis...serta sejarah Dr Burhanuddin Helmy.
Di atas robohan Kota Melaka...Kita Bina JIWA MERDEKA"
Walaupun kini kau telah tiada...namun semangatmu MEMBAKAR JIWA"
Di atas robohan KOTA MELAKA....KITA BINA JIWA MERDEKA
Akhirnya kesemua seniman pada malam tersebut mempersembahkan lagu "Syuhada' Memali dan ISA'...memang power...
Tahniah kepada semua pejuang rakyat....
2 comments:
menarik. Terima kasih kerana sudi buat berita utk prog ni. dan terima kasih kerana sudi datang bersama keluarga..
other side dlm perjuangan. dengar ceramah pun penat juga.
tak sempat ambil gambar bersama. Kak N balik cepat sangat mlm tu.
kami mmg dah lama looking fwd nak g program tu..
dah simpan dlm diari di kepala.
bdk2 semua dah melepek tak larat.ptg tu dah jalan2 kat sogo n jln TAR..konon nak leafleting dgn GMI tp sampai lmbt.
ni nasib baik intrnet dah ok sikit dptla upload gmbar n buat posting..tp sampai la ni dok sakit dgn streamyx..P1W1max pun mengarut gak..celcom mahai pulak...tension gilllerrrr...
Post a Comment