Tuesday, 14 July 2009

"Peliharalah Dirimu dan Keluargamu"

Suasana berada di Bilik Bicara di dalam Mahkamah Persekutuan semalam amat berbeza dengan apa yang telah saya rasai dan lalui ketika berada di sidang mahkamah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Seperti yang dilalui di Mahkamah Tinggi, setiap kali sebelum Mahkamah bersidang dan Yang Arif Hakim mengambil tempat, pegawai polis akan memanggil semua nama-nama yang tersenarai untuk kes rayuan pada pagi itu..semua nama dipanggil dan maklumkan kehadiran kita dengan mengangkat tangan dan menyahut seruan nama. Nama saya dipanggil yang terakhir sekali di dalam senarai belasan 'banduan penjenayah' pada pagi itu.

Kes dimulakan satu persatu dengan setiap seorang banduan yang bergari dipanggil dan tampil ke depan dan masuk ke 'kandang'. Setiap dari mereka tidak diwakili oleh sebarang peguam, maka mereka membuat rayuan dengan sendirinya.

Masing-masing memulakan dengan sopan dan tutur bicara yang cermat dan memainkan dengan bahasa yang indah dan penuh keinsafan. Jika kita dengar tanpa mendapat hujahan balas dari pihak Pendakwaraya akan setiap kesalahan yang telah mereka lakukan pasti kita akan turut sama bersimpati dengan nasib diri mereka yang perlu merengkok di dalam penjara puluhan tahun lamanya...manakan tidak bagi setiap satu pertuduhan dan kesalahan yang mereka telah lakukan, hukumannya ada sehingga 20 tahun lamanya dengan hampir belasan kali sebatan, sekiranya ada 3 kesalahan maka selama 60 tahun mereka akan merengkok didalam tembok besi penjara. Tetapi itulah harganya yang perlu mereka bayar bagi tindakan jahat mereka yang ketka melakukannya tidak pula terfikir akan akibat yang mendatang.

"Assalamu'alaikum, Selamat Sejahtera dan selamat pagi kepada Yang Amat Arif Hakim dan Yang Arif Hakim-Hakim. Saya berdiri di sini ingin memohon kepada Yang Arif Hakim-hakim untuk mempertimbangkan rayuan saya untuk memendekkan tempoh tahanan di penjara dan mengurangkan jumlah sebatan ke atas saya. Saya menginsafi di atas semua kesalahan yang telah saya lakukan, saya insaf dan memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Saya mempunyai keluarga yang perlu saya tanggung, umur saya juga telah tua, dan mungkin akan mati di dalam penjara. Maka berilah saya peluang untuk menghabiskan hidup saya bersama keluarga saya."

Begitulah lebih kurangnya rayuan yang dikemukakan oleh setiap seorang perayu bagi hukuman yang terpkasa mereka jalani. Ada yang hanya merayu agar hukuman sebatan ke atas mereka dikurangkan. Saya dapat memahami betapa sakitnya, seksanya apabila isi punggung tersiat apabila menerima libasan sebatan yang halus...dari pameran yang dianjurkan oleh pihak polis dan penjara...tetapi mengapa manusia tidak takut ketika melakukan jenayah tersebut???

"Pihak Pendakawaraya (DPP)..apa hujahan anda ke atas rayuan perayu tadi?" pohon Yang AMat Arif Hakim.....ketika itu terserlahlah segala kisah hitam dan parut-parut luka lama yang telah banduan ini tinggalkan ke atas mereka-mereka yang telah menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah mereka lakukan. Anda pasti tidak sanggup mendengar mahupun membacanya, saya sendiri tidak pasti samada sanggup menulis nya di sini dan mengulang membacanya di sini.

Di entry saya yang lepas, ada saya mengatakan yang saya tidak sabar untuk pulang dan menunggu saat untuk memeluk anak saya yang berumur 10 tahun...kerana...ada mangsa perkosaan zalim ini dilakukan ke atas anak perempuan kecil berumur 10 tahun!!!!!...jika anda punya anak sebesar itu, tenunglah wajahnya...perhatikan batang tubuhnya dan cuba hayati penagalaman pahit yang penuh seksa dan trauma yang perlu anak sekecil yang dibawah tanggungjawab kita, yang kita didik dan belai dengan penuh kasih sayang ini terpaksa lalui.

Anak-anak kecil ini diperdaya oleh penjenayah ini dengan taktik bertanyakan arah jalan, bertanyakan di mana kedai, yang paling buruk sikapnya ada yang menggunakan unsur-unsur agama dengan bertanyakan di mana masjid dan surau. Sungguh zalim bukan????

Mereka kemudiannya di bawa ke dalam semak atau ke mana-mana tempat maka episod hitam yang sadis pun berlakulah. Ada anak kecil berumur 10 tahun seperti yang disebutkan oleh DPP mengalami trauma yang amat sangat. Beliau tidak mahu keluar rumah, akan deman bila mengingati peristiwa tersebut, tidak suka mandi dan apabila mandi akan menghabiskan masa yang amat lama dengan mencuci badan dengan lama sekali.

Apakan tidak mangsa telah dirogol, diliwat, dicucuk kemaluannya dengan jari, dipaksa 'oral seks'..tak sanggup saya nyatakan di sini...di dalam keadaan berbogel di arah merangkan ke dalam kereta!!!!!!!.......KEJAM DAN ZALIM bukan. Ada mangsa yang ditendang dengan kaki dan ditolak keluar dari kereta di tepi jalan.

Saya mencatatkan 11 kes yang berbeza pada pagi itu yang semuanya sungguh tragis dan zalim sekali...ada ayah yang 'memakan anaknya', abang yang merosakkan adik kandung sendiri lantaran melepaskan nafsu gara-gara hobinya yang suka menonton video lucah. Seorang datok yang diharapakan menjaga seorang cucu setelah ibu bapanya bercerai mengambil kesempatan ke atas cucunya dan macam-macam lagi.

Itu yang saya katakan...betapa sakitnya masyarakat kini, sakit yang amat kronik yang bukannya hanya membinasakan diri sendiri tetapi yang lebih teruk merosakkan kehidupan orang lain, merosakkan kehidupan sesebuah institusi keluarga, mengganggu keselamatan awam dan rakyat...membuatkan saya terfikir nasib sebilangan kecil hanya belasan orang yang terkurung di KEMTA tanpa pernah diadili dengan alasan mereka mengancam keselamatan negara dan menyelamatkan 26 juta rakyat Malaysia yang lainnya..sedangkan mereka adalah anggota keluarga dan anggota masyarakat yang baik.

Syukur, pada pagi itu untuk setiap rayuan perayu penjenayah tersebut, semuanya ditolak sebulat suara oleh 3 orang panel Hakim yang bersidang...Maka pulanglah setiap seorang banduan tersebut ke destinasi mereka masing-masing mengahbiskan tempoh penjara dan hukuman ke atas mereka. Di dunia..hukuman seadilnya dilaksanakan ke atas mereka, namun Allah yang Maha Esa adalah Maha Adil lagi Maha Pengampun, sekiranya mereka benar-benar insaf dan bertaubat di atas segala kesalahan mereka...namun titik hitam dalam kehidupan mangsa sudah pasti sukar dan tidak mungkin akan dapat dipadamkan hingga entah bila......

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." At Tahrim:6

4 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai UmmuAsiah.

Andai kita tahu MAHA DAHSYAT dan MAHA AZAB hukuman diakhirat kelak. Pasti tidak akan ada manusia yang boleh tertawa diatas muka bumi ini. Itulah pesanan Rasulullah.

Wahai UmmuAsiah, mohon sedikit bantuan, Abang long tidak tahu bagaimana untuk pergi ke blog Cikgu Norlaila.

AKUOKU said...

selagi hudud dan hukum Allah tak dijlnkan dibumi Allah ini selagi itulah pekara ini takkan selesai. Sesungguhnya manusia itu berlaku zalim pada diri mereka sendiri...

ummu asiah said...

abang long

saya dah jawab di ruangan chat di blog...

ummu asiah said...

Sham..

moga kita semua terus kuat untuk menentang golongan yang zalim!!!!