Sunday, 3 January 2010

Ingatan BURUKku kepada Augustine Paul-What is Reformasi???

Apabila tersebarnya berita tentang kematian Augustine Paul petang tadi pada usia 64 tahun setelah menderita pelbagai penyakit kronik, ramai yang mengeluarkan pelbagai ucapan tanda menunjukkan kebencian mereka terhadap insan ini. Semua terkenangkan kembali 'dosanya' ketika menjalankan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu waktu dahulu atau lebih tepat lagi salah seorang yang terlibat dalam konspirasi tahun 1998.

Kami di Gerakan Mansuhkan ISA juga mempunyai pengalaman pahit dengan Hakim yang seorang ini. Dia juga telah menghakimi beberapa kes habeas corpus tahanan ISA di era reformasi iaitu Raja Petra Kamaruddin, Tian Chua, Saari Sungib, Ustaz Badrul Amin, Hishammuddin Rais, Ezam Mohd Noor, Lokman Nor Adam, Ghani Haroon,Gobala Krishnan dan Badaruddin Ismail.

Barisan isteri tahanan ISA ketika itu yang turut hadir di Majlis Pelancaran Gerakan Mansuhkan ISA pada malam 30hb April 2001.

Hakim Augustine Paul terlibat dalam pendengaran permohonan Habeas Corpus tahanan ISA di atas yang dibawa oleh pihak keluarga. Di bawah makna Habeas Corpus untuk pemahaman awal.

Habeas corpus (pronounced /ˌheɪbiːəs ˈkɔrpəs/) (Latin: You (shall) have the body[1]) is a legal action, or writ, through which a person can seek relief from their unlawful detention or that of another person. It protects individuals from harming themselves or from being harmed by the judicial system. Of English origin, the writ of habeas corpus has historically been an important instrument for the safeguarding of individual freedom against arbitrary state action.

Kebetulan juga saya sering mengikuti setiap perjalanan kes di mahkamah dan segala aktiviti bersama GMI dan suka membuat catatan untuk perkongsian. Di waktu itu belum tahu samada medium blog sudah wujud atau belum, maka saya kongsikan bersama di dalam yahoogroups kawan-kawan di dalam NGO Jamaah Islah Malaysia. Saya 'selongkar' semula semua emel didalam yahoogroups...tidak susah mencarinya kerana saya ingat jelas bila peristiwa tersebut berlaku....

Ketika bersama GMI dan pemogok lapar menghantar memorandum ke KDN, pada 13hb April 2002. Dari kiri Lateefa Koya, Allahyarham Pak Lang Zaki, ummu asiah, makcik aishah ibu Ezam.

Catatan pada 17 April 2001(hampir 9 tahun yg lalu!!)....pernyataan kesakitan hati dan kebencian kepada sikap Augustine Paul

Assalamu'alaikum,

Sedikit laporan dari Mahkamah Tinggi Jenayah 2. Alhamdulillah hari ni kami dapat masuk untuk mengikuti laporan. Hadir bersama ialah keluarga tahanan, Lim Kit Siang pun ada. Peguam terdiri dari Zainur Zakaria dan Sivarasa. Pihak Norian Mai di wakili oleh Ghani Patail. Hakimnya ialah Augustine Paul (AP).

Ezam ketika baru dibebaskan selepas ditahan selama dua tahun bersama keluarga dan penyokong. Zainur Zakaria paling kiri dan isteri.

Sememangnya apa yang berlaku memang hanyalah satu cubaan sahaja oleh pihak kita walaupun kita memang dah tahu kita tak akan menang pun. Memang menyakitkan hati dan memanaskan telinga saja. It really showed and proven that the judiciary system is not an independent body.

Dalam application untuk Habeas Corpus tu awal-awal lagi Augustine Paul dah tolak on the basis that bukan applicant yang filed the application. Augustine Paul said it was not instructed by the applicants.

When Siva said that it was applied by the deponents(wives of detainees). Augustine Paul questioned Siva whether is it really from the deponents or from the lawyers themselves. Augustine Paul said " I am tempted to think that it is the instruction of the lawyer and not the deponents".

Waktu ni agaknya Bahirah isteri Ezam dah panas terus bangun.."My lord, May I say something"...terus disuruh duduk oleh Augustine Paul.(sebenarnya aksi ni memang kelakar)

Siva: Since the inability of anybody to have access and communicate with the detainees therefore the family engaged lawyers to apply on behalf. But somehow Augustine Paul still stressed that it is actually the instruction from lawyers.

Augustine Paul: I have 2 questions . First, since the applicants are in detention , how can they filed the application and secondly can they give such instructions.

Siva: Application is filed by the family until they have access or being released.

Ghani Patail mengatakan lawyers can only act on instruction of the detainees only and he proudly quoted section 365 yang mengatakan begitu dan beberapa seksyen lain lagi.

Nampak sangat si Hakim tu bias, bila Ghani Patail cakap dia diam saja tapi bila Siva cakap, sibuk dia nak argue and a few times he said to Siva, Mr Siva did you hear what Dato' Ghani said.

In some of the arguments Augustine Paul even said that , what is reformasi, I don't even know what reformasi is.

And the other was about April 14th. He said what so great about April 14th. Is it a protest against the sentence or a protest against me. Once he said, if I dismissed this case would you say that I am anti-reformist?

Lastly he dismissed the case. Tak diterima permohanan Harbeas Corpus tu.

Second application ialah to produce the detainees to court. Ghani Patail seperti biasa mengatakan bahawa "Justice have in fact been done" referring to penangkapan dan penuduhan tersebut.

Disini direfer kepada permohonan keluarga untuk berjumpa untuk memastikan keadaan mereka baik dan sihat. Sekali lagi Ghani Patail berhujah dengan merujuk kpd surat balasan dari pihak polis bahawa tahanan berada dalam keadaan sihat dan baik dan mengatakan bahawa sebenarnya lawyer ni bukan lah minta supaya tahanan di bawa ke mahkamah sebaliknya dilepaskan.

Sebaliknya Ghani Patail mengatakan bahawa keluarga hanya mendengar cerita rekaan sahaja (mere hearsay according to him) about the alleged ill treated of the detainees dan tidak merujuk pada fakta.

Lastly again..Judge Augustine Paul tidak menerima permohonan tersebut diatas alasan bahawa tidak pernah ada dalam kes Habeas Corpus ni tahanan di bawa ke mahkamah.

So tidak ke bercelaru, tadi tu kata permohonan Habeas Corpus tidak dapat diterima sebab tidak difilekan oleh detainees yang mana mereka tidak dapat berjumpa dengan sesiapa pun. Lepas tu untuk membawa tahanan ke mahkamah pulak memang tak boleh sebab tak ada peruntukan pun dalam kes seperti Habeas Corpus tu.

12.30 peguam Zainur Zakaria memohon supaya break for lunch and mula balik at 2.15p.m. Augustine Paul sempat bertanya pada Zainur Zakaria, "are you going to say the same". Zainur Zakaria said that," no, I will bring it in different approach and points."

Unfortunately we went back during the break and hopefully Muthanna and gang dapat space inside.

--- End forwarded message ---

Gambar di bawah mungkin tak relevan dengan cerita...tapi suatu memori yang tak mungkin dilupakan.....semuanya memori sepanjang perjalanan berjuang bersama GMI membebaskan tahanan ISA dan memansuhkan ISA...

Terima Kasih kepada Raja Petra pengendali Laman Web Free Anwar Campaign yang menyimpan banyak kenangan di sana....


Satu aktiviti bersama pemogok lapar. Mogok lapar dijalankan sempena genap 2 tahun tahanan ISA reformasi ditangkap, bermula 1ohb - 21hb April 2002. Berbagai aktiviti dijalankan. 10 hari yang sungguh membakar semangat juang...ummu asiah bertuah ketika itu kerana mempunyai seorang pembantu rumah sepenuh masa untuk menjaga Asiah yang baru berusia setahun ketika itu dan anak-anak yang lain..maka ummu asiah berdaya untuk keluar rumah setiap siang dan malam sepanjang tempoh kempen....

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sentiasa bersama setiap kempen yang dijalankan dan mengetuai aktiviti kami...ceria melepaskan burung-burung tanda sebuah kebebasan...aktiviti ini dijalankan di hadapan Bukit Aman.


Bahirah ketika itu sentiasa kami lantik mengetuai delegasi isteri-isteri tahanan ISA. Dia gigih berjuang bersama walau mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat besar.

Anak-anak Ustaz Badrul Amin bersama hasil kraftangan mereka.

Anak-anak Bahiran dan Ezam di samping bahan kempen untuk ayah mereka.


Farah isteri Lokman, Anfal Saari, Ummu Asiah dan Aktivis Reformasi.

Pameran di Selangor Chinese Assembly Hall, turut kelihatan Aliza Jaffar isteri Saari Sungib, Kak Marina isteri Raja Petra dan Farah isteri Lokman.
Bersama isteri tahanan ISA, pimpinan Parti politik bertemu dengan wakil dari Thai Senate Committee on Foreign Affairs


Saturday, 2 January 2010

WARNA WARNI 2009-SOROTAN UMMU ASIAH JANUARI-JUN 2009

Tahun 2009,blog ummu asiah memulakan dengan kesah-kesah yang berkisar tentang Palestine. Seluruh warga Malaysia dan dunia turut sama meratapi penderitaan yang dirasai oleh rakyat Palestine dan turut sama bangun berjuang mengikut cara tersendiri dengan pelbagai cara.

Bersama dengan JIM dan Complete kami cuba untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran. Oleh kerana isu ini adalah isu 'emergency' maka gerak kerja juga harus dalam tiba-tiba dan tergesa-gesa. Dalam masa yang singkat kami merancang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Namun atas sebab urusan mendapat permit khususnya maka perhimpunan ini tidak dapat dijayakan. Baca Bakar lilin, Permit Polis....Untukmu Palestin...

Selama hampir sebulan seluruh usaha dan isu ditumpukan kepada perjuangan membantu rakyat Palestine tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.


Pada 9 hb Januari 2009 satu perhimpunan besar-besaran juga telah dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan NGO dan parti politik. Sungguh aman perhimpunan ini tanpa sebarang gangguan dari pihak polis walau ianya dijalankan di satu jalan yang sibuk dan pada hari bekerja. Pasukan Unit Amal, tentera berbaju merah seperti biasa bijak mengawal peserta mahupun laluan kenderaan. Tiada apa yang tidak diingini berlaku. Maka dapatlah rakyat Malaysia bersama rakyat di seluruh dunia bangun menunjuk rasa mereka.

Pada 10 hb Januari 2009 pula satu perarakan aman dan candlelite vigil telah diadakan di Bar Council menuju ke Dataran Merdeka. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Gabungan Anti Perang. Namun dalam acara ini ianya tidak mendapat layanan yang sama dari pihak berkuasa. 21 orang telah ditahan dan dibawa menaiki truck polis dan ditahan di stor polis di Dang Wangi. Ummu Asiah bersama Ammar anak lelaki ke 2 turut sama menjadi mangsa. Alhamdulillah semua berjaya dbebaskan pada tengahmalam tersebut dan tidak didakwa di mahkamah.

Apa yang dilakukan oleh polis pada malam tersebut membuatkan saya teringat perkara yang disebutkan oleh seorang anggota polis yang menjadi saksi untuk perbicaraan kes tangkapan Demo Protes. Kata polis tersebut di hadapan Hakim ialah mereka menangkap para demonstran berasaskan warna kulit dan cara pakaian seseorang...sungguh bersifat perkauman dan tidak adil.

FEBRUARI 2009

Tiada siapa menjangka bahawa pada bulan Fenruari Malaysia juga terpaksa menyaksikan satu rampasan kuasa secara zalim sebagaiman zalimnya Israel merampas bumi Palestine. Kerajaan Barisan Nasional dengan zalimnya merampas Perak dari satu kerajaan yang sah. Melanggar semua prinsip demokrasi dan membelakangkan perlembagaan negara yang dijunjung sebagai suatu yang tertinggi.

Rakyat merayu dan memohon kepada Tuanku Sultan untuk memperkenankan permintaan rakyat agar membubarkan DUN Perak agar rakyat boleh membuat pilihan sendiri.


Pada malam 5 Solat hajat dan majlis penerangan turut diadakan. Ramai yang berkumpul dan bermalam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak buat beberapa hari.

Rakyat pelbagai kaum memenuhi perkarangan kediaman Menteri Besar dan mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Pada tarikh 6 hb Februari Rakyat Perak dan rakyat Malaysia juga bangun membantah perlantikan Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar Perak.


Masjid Ubidiah menjadi saksi kebangkitan rakyat Perak. Polis dan FRU bertindak ganas dalam meleraikan perhimpunan ini. Suasana di kawasan Istana dan Masjid seolah berada di dalam suasana peperangan dengan dentuman tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramau tanpa belas kasihan.
9 orang telah ditangkap di dalam perhimpunan ini termasuk suami penulis sendiri yang berada di situ sambil mengambil gambar-gambar kejadian. 4 orang lagi diburu sampai ke lubang cacing selepas peristiwa itu dan turut ditangkap dan dipenjarakan.

Mereka semua telah dipenjarakan dan disoalsiasat selama 4 hari di IPD Kuala Kangsar.

Ummu asiah menanti abah asiah di luar mahkamah pada hari pertama pertemuan setelah dibawa berjumpa majistret dan dikenakan tahanan reman selama 3 hari.

Ini adalah pengalaman pertama suami penulis ditangkap namun ianya adalah satu pengalaman yang mencemaskan dan menyedihkan buat penulis. Baca di sini.

Perbicaraan kes ini yang dipanggil kes OPS BUBAR DUN Perak masih lagi berlangsung dan tidak tahu bilakah akan berakhirnya. Untuk siri bacaan mengenai perjalanan kes ini boleh dibaca di label ini.

Mac 2009.

Ummu Asiah memberikan fokus kepada isu di Selangor bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor untuk memastikan sebuah kerajaan yang telus dan cekap dan tidak menzalimi hak rakyat. DUN Selangor telah mengadakan sidang pendengaran awam, SELCAT.

Beberapa siri pendengaran awam tersebut boleh dibaca di label ini.

Satu lagi peristiwa penting yang berlaku dalam negara khususnya di Perak ialah mengenai Pokok Demokrasi dan terkuburnya demokrasi apabila terjadinya peristiwa sidang DUN di bawah Pokok Sena. Kami sekeluarga sempat juga bergambar kenangan di pokok yang bersejarah ini sebelum ianya dihancurkan oleh pihak berkuasa.

Oh ya...dalam bulan Mac juga terjadi satu lagi peristiwa bersejarah di mana berlaku 3 pilihanraya serentak yang terkenal dengan nama PRK 2 bukit dan 1 batang, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kami melibatkan diri di PRK Bukit Gantang.

Dan ketika ini jugalah keadaan menjadi panas sehingga permit Harakah digantung seketika.....

Saya hampir lupa tentang bantahan rakyat dalam isu PPSMI. Satu perhimpunan aman besar-besaran telah berjaya diadakan pada 7hb Mac 2009. Himpunan 100,000 rakyat bantah PPSMI.

APRIL 2009.

Dato' Seri najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walau beliau masih dihatui dengan 'hantu Altantuya'. Seperti di era perlantikan Tun Dr Mahathir, sebaik menjadi PM Dato' Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA dan membiarkan yang lainnya masih dkurung lama dan dalam diam menangkap 4 orang lagi tahanan ISA yang lain.

Salah seorang dari 4 orang tahanan yang baru ini ialah Saudara Agus Salim rakyat Indonesia yang bekerja di Johor. Sebaik mengetahui tentang kewujudan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA di bawah Gerakan Mansuhkan ISA, keluarga Agus Salim mula berhubung dengan Puan Norlaila untuk membantu mereka membebaskan Agus Salim. Kami membiayai mereka untuk datang ke sini dan membantu memudahkan urusan mereka dengan pelbagai cara. Boleh baca : Saat Kegembiraan Seorang ibu sebelum bertukar menjadi murung.

Kami membawa mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur dalam mengisi hari-hari mereka di sini. Ternyata mereka sangat gembira.

Kami juga berusaha membuat temujanji dengan pihak SB untuk membolehkan mereka bertemu dengan Agus Salim. Kami membawa mereka ke Bukit Aman dan membekalkan barangan dan makanan kepada Agus Salim.

Dalam episod ini saya juga melalui satu pengalaman drama yang amat mendebarkan dan menakutkan dijiwa saya.

ummu asiah ditugaskan membawa keluarga ini ke Bukit Aman

Akhirnya keesokan harinya Ketua Polis Negara telah membuat dakwaan begini terhadap kami.."beberapa aktivis GMI telah menahan Junaidi selama kira-kira tiga jam dalam sebuah kenderaan ketika dia hendak mengambil semula beg pakaian yang disimpan di rumah tumpangan yang disediakan oleh pihak GMI."

"Tindak tanduk GMI itu memberi tekanan kepada Kartem dan Junaidi sehingga mereka bertindak lari meninggalkan rumah tumpangan yang disediakan GMI dan berlepas ke Johor Bahru pada pagi 21 April 2009."

Pada hakikatnya mereka telah mendapat tekanan dari pihak polis..keluarga Agus telah menghantarkan ucapan memohon maaf kepada kami sebaik mereka berada kembali ke indonesia. Agus juga dibebaskan beberapa hari selepas episod di atas. GMI yakin yang tekanan dan desakan yang berterusan yang kami jalankan telah berjaya membebaskan Agus Salim dari cengkaman kezaliman ISA!!.

MEI 2009

GMI menganjurkan Debat Perdana bertajuk ISA Halal atau Haram.

Namun akhirnya kumpulan yang galak menyokong ISA telah tidak hadir untuk berdebat dengan pelbagai alasan yang mereka cipta. Pewaris Kecut Perut.



June 2009.
Tidak banyak peristiwa penting yang dilalui selain dari Muktamar PAS ke 55 di mana GMI sperti di tahun sebelum-sebelumnya turut berkempen di ruang pameran dengan tema bebaskan tahanan ISA 8 tahun.


Dalam bulan June juga menyaksikan satu lagi peristiwa penting bila buat kali pertamanya BN tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil. Kali pertamanya di Dun Penanti atas alasan membazir duit!!!!!

Friday, 1 January 2010

Gerhana Bulan Gerhana Di Hati

Semalam buat pertama kalinya di dalam kehidupan ini saya menjejakkan kaki ke taman KLCC untuk bersama menyambut Tahun Baru 201o. Fikiran saya masih tidak dapat memikirkan dengan waras kenapakah harus tahun baru disambut, apatah lagi disambut dengan begitu meriah sekali...."Ini bukan budaya kita"...ungkapan ini sering disebutkan bila perhimpunan aman dilakukan oleh rakyat kerana membantah sikap kerajaan dan pemimpin kerajaan yang dirasakan zalim oleh rakyat...kata mereka "ini bukan budaya kita"...maka para penunjuk perasaan akan dihambat dan dihalau dengan zalim, dipukul dan dikasari, akhirnya ditangkap dan dipenjarakan...sebab ini bukan budaya kita.

Apa sebenarnya budaya kita???....kami temui ramai sekali remaja-remaja yang datang memenuhi ruang taman KLCC secara bekumpulan ataupun berdua-duaan..

Adik-adik yang kami temui ini berusia seawal 14 tahun atau di tingkatan 2. Logik dan sepatutnya mereka harus berada di rumah atau berada di luar bersama keluarga.

Belum sempat kami membuka bicara beberapa orang remaja yang lebih dewasa telah lebih awal lagi beredar menjauhi kami.

Hati memang bagaikan dibakar apabila melihat pasangan-pasangan yang berdua-duan berpegangan dengan penuh mesra dan intim sekali....

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ - رواه مسلم

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah shollallôhu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim


Setiap kali melihat adegan-adegan yang tidak sepatutnya kami lihat akan segera pasangan ini dihampiri agar sedikit sebanyak mereka melupakan hasrat hati mereka yang membara...bak kata adik-adik remaja yang kami temui.."kami ni muda..jiwa kami muda..." "akak tolongla baca do'a perlindungan untuk kami"...

Memang sukar untuk melaksanakan tugas-tugas sebegini, mana mungkin maksiat yang telah lama bersarang dalam diri dapat terus dibuang dalam sekelip mata...maka misi kami ialah sedikit sebanyak sewaktu kami berdepan dengan mereka ianya dapat dihalang segera...moga terlekat di hati apabila syaitan mula merasuk diri.

"Tahu tak adik yang kebanyakan kes-kes remaja puteri yang melahirkan anak tanpa nikah adalah akibat perbuatan sumbang yang berlaku di malam sambutan tahun baru?"....kami cuba memancing hati remaja-remaja yang kelihatan intim, hingga awal-awal lagi kelihatan berpleukan dan bercium-ciuman...memang ikutkan hati mahu saja dilempang mereka-mereka ini...namun kuasa yang begini hanya ada ditangan mereka yang berkuasa yang sepatutnya tidak menyediakan kemudahan untuk orang melakukan maksiat.

"Kami dah bertunang la kak..takkan kakak nak tuduh kami buat benda macam tu..lagipun ramai yang lalu lalang di sini"....pantas seorang remaja membidas penerangan kami. Sedangkan dari jauh kami sudah risau melihat caranya menonjolkan harta miliknya yang sudah hampir menonjol lebih dari separuh dan silelaki sudah pun berada dalam jarak yang sepatutnya halal untuk mereka yang punya ikatan yang sah.

"Bukan begitu dik...kalau bertunang pun tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan kita berada didalam keadaan begini..kerana sepanjang masa akan ada syaitan yang menggoda. Kami sayangkan anak-anak seagama kami"...si puteri nampak sungguh defensive namun si teruna nampak masih berfikiran waras dan menerima apa yang kami ungkapkan dengan terbuka...walau tiada siapa tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka...jadi 'at least' kami berjaya menghalang kemungkaran di hadapan mata kami dari terus berlaku ketika itu.


Kak Azian yang bersama saya sudah pakar dalam usaha-usaha sebegini, di awal penubuhan Raudhatus Sakinah milik JIM yang menempatkan remaja puteri yang bermasalah khususnya remaja yang mengandung sebelum bernikah,b eliaulah yang bertanggungjawab bersama menguruskan pusat tersebut.

Sedang kami duduk-duduk tiba-tiba Kak Azian bingkas bangun dan menuju ke satu pasangan kekasih...kata Kak Yan, "tak boleh jadi ni...dah lebih sangat lagipun si perempuannya siap menutup auratnya..."Adik kalau adik hormat kepada teman wanita adik ni, janganla adik buat macam ni kepadanya".....maka sekali lagi adegan panas dapat kami 'cutkan'.(bukan merujuk gambar di atas)


Remaja-remaja yang keluar masuk ke kawasan Taman KLCC...

Pancutan air yang berwarna warni yang menari mengikut irama yang dimainkan oleh orkestra PETRONAS mungkin...kerana pengacara nya bukan main lagi memohon semua yang hadir untuk memberikan tepukan yang gemuruh kepada PETRONAS kerana menyediakan persembahan ini...

Pengacara juga mengumumkan bahawa di malam sambutan tahun baru ini ada hampir 9 tempat yang mengadakan pertunujukan bunga apa...daann........di KLCC adalah pertunjukkan yang TERBESAR SEKALI.....woooowwwww.....menjerit semua orang..."GIVE PETRONAS A ROUND OF APPLAUSE!!!!!"

Ironinya...ketika negara mengalami pelbagai kerugian, berbillion ringgit di sana sini, ketika Petronas sendiri mengumumkan mengalami kerugian sebanyak RM58 billion untuk separuh penggal yang pertama,ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula dan roti sempena sambutan ini...rakyat terus dilalaikan, rakyat sendiri terus lalai...tidak apa untuk mereka bergembira dan berbuat maksiat...mereka semua akan 'dihalau' dari perkarangan taman KLCC bila masa yang ditetapkan tamat..mereka diberi masa sepuasnya untuk berhibur dan berpesta...cukup masa mereka akan disuraikan dengan aman.

DANGER!!!! DO NOT ENTER!!! PREPARATION OF FIREWORKS AREA!!!!....

Sebahagian kawasan ditutup untuk membakar 'duit'...sedangkan ramai rakyat yang menderita...tidak punya wang...hari persekolah hampir buka hampir tiba...segelintir rakyat berpesta dengan dibiayai sendiri oleh kerajaan dan syarikat yang membiayai kerajaan....

Pada masa yang sama, ramai lagi yang merintih mencari bekalan untuk persediaan anak-anak untuk naik ke sekolah. Seperti biasa di waktu begini kami akan menerima rayuan dari mereka yang amat memerlukan...kepada siapa harus mereka mengadu...

Sedang saya berjalan-jalan mengelilingi taman KLCC terima pula sms ini...aduh...baru saya teringat permintaan yang hampir saya lupakan.

"Kak, ada apa-apa bantuan untuk kami kah kak, maklum saja kami tidak ada apa2 persediaan untuk mereka buka sekolah. Jika ada tolong maklumkan, dapat sikit pun Alhamdulillah..tolong ya kak".....siapa bisa mendiamkan diri mendengar rintihan sebegini..."ok..InsyaAllah,esok akak usahakan sedikit"...

"Ya Allah,t.Ksih byk2 ya kak,trkejut dn gmbira pula jo dgn sms kak,rsa nk mngis pun ada, sebak rsanya hti ini, krn ini smua adlh ktntuan Allah phk kak msi ingn mmbntu kmi dn mgkin in adlh rzki ank2 jo,t.Ksi yg tktrhinga krn kk sntsa mmbntu kmi dn Allah pul snts mmudhkn urusn Jo..Slm utk smua.."

Inilah dia bunga-bunga kegembiraan rakyat yang berpesta di malam tibanya tahun baru 2010..menjerit gembira semuanya..."HAPPY NEW YEAR!!!!".............

namun bunga api kegembiraan ini jugalah lambang kezaliman mereka-mereka yang berkuasa......dan juga percikan derita di hati mereka yang sedia menderita kesusahan...

Kami menyaksikan percikan bunga api yang nampak gah dan indah di langit dari perkarangan Masjid As Syakirin KLCC. Di Masjid juga diadakan aktiviti menyambut tahun baru namun di saat tiba detik 12 malam ianya terpaksa dihentikan kerana dentuman kuat percikan bunga api ini menenggelamkan segala jenis bunyi yang lainnya...

Memang hebat dan membuatkan hati terpegun...mereka yang berpesta menjerit kegembiraan dengan keindahan warna warni bunga api...namun bagi kita ianya amat menghiris hati...sungguh membuatkan gerhana di hati menjadi begitu jelas sekali...kecewa....


Anak muda terus berpeleseran sebaik acara menanti detik 12 malam tamat...semua berat punggung untuk meninggalkan kawasan walau disuruh dengan baik....

Akhirnya yang tinggal hanyalah longgokan sampah yang bertaburan di merata tempat dan pihak yang bertanggungjawab terpaksa lagi mengeluarkan kos demi memastikan semuanya bersih dan indah kembali...semalam telah berlalu dengan berbagai kenangan...2010...hadir bertamu dengan pelbagai kekalutan dan kezaliman lagi...harga barangan utama dan penting terus dinaikkan..apakah erti sebuah perayaan di satu malam detik 12 malam????

Bulan yang menantikan detik Gerhana Bulan yang menayangkan kekuasaan Allah dalam mencipta dan menyusun atur setiap makhluk ciptaannya...satu malam yang sepatutnya di penuhi dengan aktiviti mengagungkan Allah di malam Jumaat yang mulia...namun manusia terus leka dan dilekakan.....

Kenapa manusia kejam dan terus bibiarkan kejam setelah dibiarkan mereka sewenangnya melakukan maksiat...moga murka Allah tidak menimpa kita!!!

Baca dan lihat di sini.