Monday, 3 November 2008

IHRC-Membela nasib Tahanan ISA ke peringkat Antarabangsa

The Islamic Human Rights Commission was set up in 1997. We are an independent, not-for-profit, campaign, research and advocacy organization based in London, UK.


Our aims are manifold, and our inspiration derives from the Qur'anic injunctions that command believers to rise up in defence of the oppressed. IHRC volunteers and campaigners come from many different parts of the world and many different backgrounds to share in the common struggle against injustice and oppression.

Di atas adalah pengenalan kepada IHRC sebuah pertubuhan yang telah menjalin hubungan yang rapat dengan kami di GMI. Mereka telah membantu GMI menjalankan kempen bagi membebaskan tahanan ISA khususnya kepada seorang tahanan ISA iaitu Mat Sah Mohd Satray suami kepada Puan Norlaila Othman yang kini telah ditahan selama 7 tahun. IHRC telah berjaya mengeluarkan satu campaign pack yang khusus untuk Mat Sah. Ianya boleh dimuatturun dari website IHRC.


Gambar ketika 'Media Launching-Anti ISA Campaign Pack by IHRC' pada 19 sept 2007
Di dalam kempen pek tersebut telah dimuatkan tentang pengakuan Mat Sah mengenai penderaan yang telah diterimanya.

"Saya telah dicampakkan dengan kuat ke atas lantai simen dan mereka telah menekan belakang leher saya dengan lutut mereka sehinggalah saya merasa kesakitan yang amat sangat. Bahagian kiri pipi saya juga telah ditekan ke atas lantai simen yang kotor. Saya kemudiannnya telah ditarik ke atas dan ditolak dengan kasar ke dewan solat sambil tangan bergari. Tulang rusuk kanan saya telah ditolak dengan kuat ke atas lantai sehingga saya berasa amat sukar untuk bernafas dan ketika itu juga pipi saya berada di atas lantai. Kemudian saya telah diarahkan untuk bangun dan gari ditukar daripada belakang ke hadapan. Saya telah diarah untuk duduk bersilang kaki menghadap dinding dan kepala saya telah dihantukkan ke dinding".

Alhamdulillah, pada jam 8 malam Ahad 1 Nov, bertempat di Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, kami di GMI telah dijemput untuk bertemu dengan Mr Massoud Shadjareh , IHRC chairman and Ms Arzu Merali, Head of IHRC Research and Campaigns department.
Makluman megenai pertemuan ini disampaikan oleh pengerusi GMI pada pagi hari tersebut. Memandang hari cuti dan tempat yang saya tidak begitu arif membuatkan saya berat hati untuk pergi. Namun setelah mendapat 'lampu hijau' dari suami dan persetujuan dengan senang hati 2 orang anak iaitu Ammar dan Asiah untuk menemani saya, kami bertiga bertolak ke Jalan Pudu jam 7.15 malam. Cikgu Laila telah pergi lebih awal dihantar oleh seorang sahabatnya.

(YB Saari,Kak Jije, ummu asiah, cikgu laila dan sister Arzu)

Seperti biasa lega rasa hati setelah selamat sampai di hotel tersebut. Melalui Penjara Pudu saya sukar juga untuk mempercayai bahawa saya telah pernah menjadi penghuninya dan Asiah pula sebaik melalui penjara Pudu bertanyakan kepada saya :

"Ummi nampak tak Asiah kat luar, Asiah datang tunggu Ummi, Asiah bawa air dengan roti nak bagi Ummi, tapi polis tu tak bagi Asiah masuk. Asiah kata Asiah cuma nak jumpa Ummi Asiah"...tapi manalah saya dapat tengok dia sebab dihadang oleh pintu besi....itu hanya kenangan.

Di lobby hotel telah sedia menunggu Cikgu Laila, Syed Ibrahim dan anaknya Nabil. Adalah kawan untuk Ammar. Kemudiannya muncul pula YB Saari Sungib (Pak Abu), Kak Jije, Urwah, Nahdia dan Maryam Hana. Meriah rasanya.

Tepat jam 8 malam kami bersama tetamu bergerak ke Cafe hotel untuk sesi perbincangan. Rupanya Mr Massoud dan Sister Arzu adalah pasangan suami isteri. Alhamdulillah mudah kerja mereka dan bersemarak lagilah kempen mereka memperjuangkan Hak Asasi Manusia khususnya untuk yang beragama Islam. Mereka juga membawa bersama dua orang anak iaitu Summayyah dan Ali. Asiah pun dapat kawan nun jauh dari London.

(sumayyah dan Asiah..bermain bersama. Alhamdulillah,kebaikan dari banyak menonton cartoon network dan tadika di PUSPETA ialah Asiah dapat juga converse very well in english siap dengan slangnya sekali :))
Asiah dan Summayyah terus serasi berkawan bersama-sama. InsyaAllah mereka bakal membesar menjadi pewaris bagi perjuangan membela hak asasi manusia khususnya nasib orang Islam yang tertindas dan dizalimi.

Banyak perkara yang ingin mereka ketahui dengan lebih lanjut mengenai ISA dan khususnya perjuang GMI dalam menentang akta yang zalim ISA. Ini penting untuk mereka bawa pulang dan meneruskan kempen di peringkat antarabangsa.

(santai berbincang sambil dihidangkan dengan orange juice, tea dan cheese cake. tercapai juga hajat Asiah yang dari malam sebelumnya nak makan kek di Secret Recipe)
Mereka berjanji akan meneruskan lagi kempen khusus untuk GMI terutamanya untuk tahanan ISA yang telah 7 tahun merengkok di Kem Kamunting. Banyak bahan-bahan lagi yang mereka perlukan. Kami di GMI amat percaya dengan komitmen mereka memandangkan kejayaan mereka mengeluarkan satu kempen pek untuk Mat Sah. GMI telah pun menggunakan kempen pek tersebut dengan meluas terutama sekali dengan usaha menjalankan kempen 'Letter Writing'.

Saya kongsikan sesuatu penyataan yang menarik dari IHRC:

"Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai tanggungjawab yang tidak boleh disangkal lagi iaitu berjuang menentang penindasan dan kezaliman serta beramal untuk kesejahteraan dunia berdasarkan prinsip-prinsip kesamarataan dan belas kasihan. Seorang muslim mestilah pertama sekali mengambil tahu keadaan perkembangan semasa dunia. Ini adalah satu kewajipan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti berikut, "Barangsiapa yang terjaga dari tidur setiap pagi dan tidak memikirkan urusan ummahnya (masyarakat) bukanlah dari kalangan kita." (diriwayatkan oleh Muslim)

Al-Quran telah menjelaskan bahawa seseorang Muslim mestilah menentang semua bentuk penindasan samada terhadap Muslim atau yang bukan Muslim: " Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang yang lemah, baik lelaki, perempuan mahupun anak-anak yang berdo'a, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang penduduknya zalim. Berilah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (Al-Quran 4:75) Ayat ini menunjukkan bahawa seseorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka yang ditindas tanpa mengira kepercayaan atau keturunan kaum samada yang ditindas atau yang menindas.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa membantu mereka yang dizalimi. Semoga mereka yang dizalimi dengan segera dibebaskan dari belenggu mereka yang zalim dan semoga mereka yang zalim diberi petunjuk atau dibalas dengan setimpalnya oleh Allah diatas perbuatan mereka sekiranya mereka masih engkar dan angkuh.

3 comments:

cikMilah said...

Salam N, kakcik ikuti tulisan N tapi tak reti nak komen. Yang pasti , hati ini bersama perjuanganmu.
Salam dan doa.
pst.. InsyaALaah hujung bulan ni kakcik plan nak ke KL , nanti kita calling-calling ya...:)

Neeza Shahril said...

teruknya diorang buat tahanan ISA... macam penjara.. lebih teruk kot.. padahal mereka bukanlah buat salah pun...

takpe.. nanti kita tunggu balasan Allah kepada mereka yang bertanggungjawab buat cam tu kak... sesungguhnya balasan Allah itu pasti...

ummu asiah said...

kak cik n neeza..

terima kasih masih memberi sokongan..saya tahu..walaupun tak ada jejak ditinggalkan...tq again