Usul Mansuhkan ISA diluluskan Sidang DUN Perak!
Catatan Pengerusi GMI (seperti dibawah)yang telah menghadiri Sidang DUN Perak. Saya tidak dapat mengikuti kerana lebih awal telah berjanji untuk bersama rombongan anak-anak tahun 6 ke Aquaria, Petrosains dan Suria KLCC di hari keputusan UPSR mereka diumumkan!
13 Nov 2008, giliran sidang DUN Perak pula mencipta sejarah setelah didahului DUN Selangor bulan Mei lalu. Hari ini sidang DUN Perak telah meluluskan Usul Mansuhkan ISA! Negeri kedua di bawah Pakatan Rakyat.
ADUN Hulu Kelang dan bekas tahanan ISA 2 kali, YB Hj Saari Sungib; Aliza Jaafar (isteri YB dan AJK GMI), Puan Norlaila Othman (isteri tahanan ISA) dan saya telah tiba dari KL menyertai sidang DUN dan melihat serta mendengar sendiri Usul dibentangkan oleh ADUN Teja, YB Chang Lih Kang. Usul kemudian dibahaskan dan diluluskan akhirnya pada kira-kira jam 4.30 petang. Turut serta bersama kami ialah wakil GMI Perak, Sdr Megat Shariffudin Ibrahim dan Sdr Alex.

Tamat persidangan, kami telah ditemui oleh MB Perak dan ahli-ahli YB Pakatan Rakyat, khususnya ADUN Teja. Kami mengucapkan tahniah di atas usaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengikut jejak langkah Selangor. Terdahulu, lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' telah diedarkan oleh Bentara kepada semua ADUN.
Semoga usaha ini meningkatkan desakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mansuhkan ISA, bebaskan tahanan dan tutup Kemta. Di bawah ini ialah memorandum yang telah diserahkan kepada MB Perak sebaik sahaja tamat sidang DUN.
Syed Ibrahim Alhabshi
(ADUN TEJA, YB Lih Kang membahaskan usul Mansuhkan ISA di Sidang DUN Perak 13hb November 2008. Kami di GMI amat berbangga di atas usaha anda khususnya dan semua ADUN Pakatan RAKYAT)
MEMORANDUM
Usul Mansuhkan ISA dan Penyerahan Lencana ”Malaysia Bebas dari ISA” kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Khamis, 13 November 2008
1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai oleh gabungan lebih daripada 83 buah organisasi ingin mengucapkan tahniah di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Perak pada Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini.
2. GMI percaya kemenangan ini sudah tentu memberikan satu lagi kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang inginkan sebuah pemerintahan yang lebih telus dan adil. Kejayaan Pakatan Rakyat di Perak tentunya memberi harapan yang tinggi kepada rakyat yang bermastautin di Perak terutama bagi mereka yang menjadi mangsa akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
3. Kini ada pihak berkuasa negeri yang mereka boleh mengadu hal setelah sekian lama ditindas oleh kezaliman ISA. Apatah lagi, Kem Tahanan yang memenjarakan tahanan ISA tanpa bicara terletak di Kamunting, negeri Perak itu sendiri. Satu masa dulu, sebuah lagi Kem Tahanan Khas ISA yang tercatat dalam sejarah sebagai kem penyeksaan, juga terletak di Negeri Perak iaitu Batu Gajah.
4. Program penyerahan memorandum dan lencana serta cadangan mengemukakan Usul Mansuhkan ISA sebelum ini telah dilaksanakan kepada Menteri Besar Selangor ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada 26 Mei 2008. Pada hari yang sama, satu sejarah telah tercipta apabila sidang telah meluluskan Usul untuk memansuhkan ISA. Malah Kerajaan Negeri Selangor telah memberi jaminan untuk membantu kebajikan keluarga tahanan ISA.
5. Pada hari ini, GMI akan membuat penyerahan serupa kepada Menteri Besar Perak dan seluruh ADUN Perak. Ini merupakan sebahagian daripada Kempen Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA dan semua tahanan yang lain untuk menonjolkan tahap pencabulan hak asasi manusia yang kronik. Ia mengajak Ali Parlimen, ADUN dan rakyat bangun memberikan sokongan dan bertindak positif untuk mendesak kerajaan supaya mansuhkan ISA dan supaya semua tahanan ISA dibicarakan atau dibebaskan sahaja.
6. GMI ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana membawa Usul Mansuhkan ISA dan buat pertama kalinya dalam sejarah, sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan usul tersebut. Ini sudah tentunya memberi kesan positif kepada usaha desakan ke atas Kerajaan Persekutuan untuk benar-benar menghapuskan ISA.
7. GMI menyedari bahawa ISA terletak di bawah Kerajaan Persekutuan yang masih lagi dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini kelihatannya tidak memungkinkan kerajaan Negeri Perak untuk memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan ISA dengan serta merta. Namun kerajaan Negeri Perak masih ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa ISA dan mempercepatkan pemansuhan akta zalim ini.
8. Berikut adalah cadangan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa ISA dan GMI:
Memberi bantuan kewangan kepada keluarga khususnya di Perak, sekurang-kurangnya untuk lawatan ke Kem Kamunting dan juga perbelanjaan harian.

Menjadualkan lawatan oleh Kerajaan Negeri dan ADUN secara berkala ke Kem Kamunting.
Membantu kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh GMI seperti pemakaian lencana anti-ISA, pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang mansuhkan ISA, untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera membebaskan semua tahanan ISA.
Mewar-warkan Usul mansuhkan ISA yang telah diluluskan bersama empat negeri Pakatan Rakyat yang lain supaya segera mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan dan tutup Kem Kamunting.
Terima kasih di atas jasa baik YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan seluruh ADUNnya menerima memorandum dan lencana ”Malaysia Bebas dari ISA” serta menjayakan kempen GMI.
Mansuhkan ISA!
Bebaskan Semua Tahanan!
Tutup Kem Tahanan Kamunting!
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
4 comments:
Alhamdulillah! SubhanAllah...Semoga Islam ditegakkan kembali..dan semoga segala akta2 yang tidak masuk akal dihapuskan sama sekali..semoga harga minyak turun..
AllahuAkbar!
Salaam,
Pening melihat telatan dan perangan wakil rakyat BN di DUN Perak semalam.
Kalau rakyat pegi sendiri ke sidang DUN dan tengok perangai depa, dah lama BN ni di buang dari Perak darul Ridzwan ni.
Cg Laila
http://lailagmi.blogspot.com
fakhzan
InsyaAllah saat kemenangan pasti akan tiba...cuma kita kena terus berjuang...menang atau SYAHID!!!!!
Alhamdulillah..atas desakan rakyat melalui PROTES...kerajaan terpaksa juga turunkan harga minyak!!!
dear merah hitam:)
sian u kan..tu la i tak berani kacau...sampai pening..
kalau rakyat dapat peluang lihat sendiri memang pasti takkan pilih depa lagi kecuali orang yang Allah telah tutup mata, pendengaran dan hati mereka..pasti takkan sedar diri.
Post a Comment