Saturday, 22 November 2008

Rakyat tidak gentar lagi....Kempen bertambah Meriah!!!!

Anwar lancar kempen anti-ISA Ahad ini
Jimadie Shah Othman Nov 21, 08 3:07pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini.Majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada jam 9 malam.
Kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut serta membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.
Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, selain Anwar, pemimpin parti anggota Pakatan Rakyat yang lain juga akan berucap di majlis tersebut.Mereka adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur.
Turut dijemput berucap di majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Krian.
Menurut Syed Ibrahim, beliau juga akan turut berucap di majlis tersebut.

Teater 'Bilik Sulit'
Beliau menjangka kira-kira 5,000 akan menghadiri majlis pelancaran tersebut sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen mansuhkan ISA.

Syed Ibrahim berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan Selasa lalu untuk mendapat permit polis.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menunggu jawapan daripada pihak polis.
Katanya, selepas majlis pelancarannya Ahad ini, GMI akan mengadakan siri program menjelang Mac depan.
Program pertama siri kempen tersebut berupa persembahan teater bertajuk "Bilik Sulit" arahan bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais.
Syed Ibrahim berkata tarikh persembahan tersebut ialah pada 10 Disember depan tetapi tempatnya belum diputuskan lagi.Sempena majlis pelancaran tersebut Ahad ini, katanya, pihak penganjur akan menjual pelekat dan lencana mansuhkan ISA kepada orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan 10,000 pelekat dan lencana untuk tujuan tersebut.



Pada malam yang sama, Anti ISA Vigil akan tetap di teruskan di tempat dan masa yang disebutkan di atas...baca di sini.

2 comments:

Nur said...

Salam Kak,

camna acara tu kak...mendapat sambutan tak..best nyer leh involve dengan menda2 yang membawa kebaikan kepada seluruh umat ni kan..huhuhu...

Take care kak, may Allah bless you, always...

ummu asiah said...

fakhzan..

dapat sambutan luar biassa dari Polis!!! semua jalan ke tempat tu dah di block..waiting for isya' and will go right after solat InsyaAllah...