Friday 28 November 2008

Majlis Makan Malam Bantu Anak Tahanan ISA

Seperti yang sering saya sebutkan...ramai pihak yang amat prihatin tentang nasib keluarga tahanan ISA, kezaliman yang menimpa diri mereka..

gambar dari www.danielykl.com

Malam ini satu lagi majlis makan malam akan diadakan khusus untuk keluarga tahanan ISA. GMI telah dijemput sejak dari awal lagi. Masjlis ini sepatutnya dijalankan pada bulan Ramadan yang lalu namun ditunda kerana Tuan Guru Nik Aziz uzur ketika itu..

Semalam AJK penganjur telah menelefon memastikan samada saya akan datang atau tidak, saya perlu duduk di meja VIP menggantikan tempat Pengerusi GMI yang tidak dapat hadir kerana telah berada di Tanah Suci Mekah. 3 orang isteri tahanan ISA telah bersetuju akan turut hadir bersama 3 orang anak..seperti biasa kalau saya hadir..saya akan membawa mereka ke sana...tetapi saya tidak sanggup duduk di meja VIP. Kena ada protokol dan etikanya..Tidak sesuai untuk saya rasanya.

Masih saya ingat kenangan Majlis Makan Malam di Shah Alam baru-baru ini..He..he..Malu sendiri rasanya walaupun bukannya salah pun.Hari itu memang saya penat dan kelaparan dengan segala aktiviti di siang hari. Dari pagi jam 9 pagi telah bersiap ke Putrajaya untuk serah memo pada PM bersama Chinese Organisation..berperang dengan SB lagi.berjalan-jalan dan entertain isteri tahanan ISA dan anaknya ke Putrajaya..memandu pulang sudah biasa namun boleh juga tersesat barat mencari jalan balik ke KL. Sampai rumah terus perlu bersiap untuk ke Shah Alam..memandu lagi dalam hujan lebat..


(kenangan di majlis makan malamDewan Muslimat PAS Shah Alam)

Jadi...bila MC announce kata boleh jamah makanan..saya pun buat macam kat rumah..bangun dan cedok lauk pauk terus makan.. Guna tanganlah..ish..since rasa tangan tak kotor and mungkin sebab dah terlalu lapar sebab last makan waktu tengahari..tak teringat nak basuh tangan and cari air basuh tangan. Anak saya Ammar pun terus jamah makanan..Tetamu di sebelah kiri kanan saya masih juga belum makan..Then baru saya perasan bunyi kelentung kelentang sudu dan garfu bersentuhan dengan pinggan..tengok di sekeliling..ahh..tak ada seorang pun makan dengan tangan..Tuan Guru pun makan dengan sudu dan garfu..malu sendiri..Nasiblah..buat donno je..Datang isteri Khalid Samad nak bersalam dengan saya..ooppss..mohon maaf..tak boleh salam.Sambil makan dok tinjau kat manala saya nak basuh tangan lepas makan ni..tak ada pula bekas air..ish..peghak betul jadinya saya malam tu..last-last buat selamba lagi bangun dengan anak masuk bilik yang disediakan untuk VIP, nasib baik ada toilet..dapatlah cuci tangan.

Hhmm tu yang malas gi dinner dinner ni,makanan sedap buakan main, bayar mahal..nak makan berlebih malu.....

Untuk malam ni....Alhamdulillah..Kak Aliza telah bersetuju hadir menggantikan tempat Pengerusi GMI..selamat saya..tapi belum tentu juga saya dapat pergi malam ini..Apa-apapun bersyukur dengan sikap prihatin semua pihak...Kalau ikutkan hati memang nak hadiri semua program yang ada...namun kena ikut priority dan keadaan semasa juga...


Majlis makan malam bantu anak-anak ISA
Intan Abdullah Wed Nov 26, 08 4:15:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Satu Majlis makan Malam Amal Usrah Kebajikan Profesional bagi tujuan mengumpulkan sumbangan bagi anak-anak tahanan ISA akan diadakan pada 28 November ini di Dewan Musytari, Hotel Residence, Universiti Tenaga Nasional Berhad atau Uniten.

Ia dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

UKP yang terdiri daripada alumni mahasiswa khususnya dari Universiti Malaya merupakan sebuah NGO yang menjadikan medan kebajikan dan dakwah sebagai kaedah dan sasaran usaha untuk menggalakkan lagi penglibatan dari kalangan profesional dalam aktiviti sosial dan dakwah.
UKP menjemput semua untuk menghadiri Majlis tersebut.

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Mohd Khairul Naim: 013-2967869 atau Mohd Mohsien: 013-6979273 atau Nadia 0133560629: Atau sila layari http://dinnerukp.blogspot.com/.

Tempahan boleh dibuat secara tunai atau 'bank-in' ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB): 12065010021129 atas nama Persatuan Usrah Kebajikan Profesional Malaysia. Tempat adalah terhad.

Wednesday 26 November 2008

Apakah ISA Wajar.........Saksikan....dan Hayati....

Tertulis dan diucapkan...Perdana Menteri Malaysia-Pak Lah mengatakan bahawa dia akan menggunakan ISA jika perlu tanpa ada rasa bersalah...

Hakikatnya menahan seseorang tanpa dibicarakan adalah salah dan Haram. Ianya menyebabkan hak asasi seseorang individu untuk dibicarakan di Mahkamah Terbuka telah terhakis...apatah lagi selama 60 hari ditahan mereka secara total berada di bawah cengkaman pihak polis dan dizalimi.

Pak Lah kata lagi kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan anak isteri dan keluarga tahanan ISA walaupun tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menggugat keselamatan negara...namun hakikatnya kan Pak Lah...semua keluarga ini hidup terseksa dan dizalimi..ada anak yang meninggal tanpa sempat bertemu dengan ayahnya kerana proses yang sengaja dilambat-lambatkan, anak dan isteri yang menderita, mengalami tekanan jiwa, masalah kewangan sudah tak perlu disebutkan lagi...isteri-isteri terpaksa memohon diceraikan kerana tidak tahu sampai bila suami mereka akan terus ditahan. SB-SB juga mengambil kesempatan mengganggu keluarga terutama sekali isteri tahanan ISA..apakah ini menunjukkan kebajikan keluarga mereka terbela...???

Apakah ISA masih wajar digunapakai..apakah akal manusia yang sehat dan hidup dan menerima satu akta yang zalim begini????

Mansuhkan segera akta ISA!!!

Bebaskan Semua Tahanan ISA!!!

Monday 24 November 2008

Menarik????.....Double Standard atau apa??

Gambar di atas ialah satu perhimpunan dan satu perarakan yang telah dijalankan oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka PEWARIS. Berita seperti ini:


KUALA LUMPUR: Representatives from an umbrella body of Malay and Muslim non-governmental organisations lodged five police reports Sunday over several issues which they claimed endangered Muslim and Malay unity.


The Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network (Pewaris) urged the Government to act against groups which are asking for the abolition of the Internal Security Act (ISA).


Kumpulan ini telah berarak sejauh 2 KM ke Balai Polis di Jalan Tun Razak tanpa sebarang gangguan dari pihak polis kecuali 'gangguan' dari seorang wanita yang sangat berani kerana baginya ISA patut dimansuhkan!!


Peristiwa ini berlaku di siang hari Ahad 23hb November 2008. Kami tidak pasti samada perhimpunan ini telah mendapat permit polis...




Sebaliknya di suatu tempat yang lain di Pandan Indah 9 malam 23 hb November 2008, plois telah bertindak kasar serta menghalau semua peserta yang hadir untuk duduk mendengar ceramah. Permit yang dipohon tidak diluluskan. Polis sejak awal lagi telah mengawal tempat ceramah dan menutup semua jalan ke sana. Polis bertindak amat kasar dengan merempuh semua yang hadir yang hanya berdiri ingin mendengar penerangan dari Pimpinan Parti Pakatan Rakyat dan NGO.



Majlis ceramah ini adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dibantu oleh PAS dan semua parti politik dalam Pakatan Rakyat serta NGO yang bergabung di bawah GMI.

Hasilnya...program yang sepatutnya dihadiri oleh pimpinan tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang tidak dapat diteruskan.

Majlis ceramah ini diadakan sebagai pelancaran kepada satu perhimpunan besar-besaran yang bakal diadakan pada Mac 2009. Iaitu bagi mendesak kerajaan Memansuhkan Akta ISA yang ternyata menzalimi rakyat.

Ini adalah Kak Maznah Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Sembilan. Dia datang bersama anaknya. Dari kejauhan saya terdengar laungan kuat Allah hu Akbar...kemudiannya saya lihat kelibat seorang wanita ditangkap dan seorang anak gadis sedang menangis semahunya. Dengan segera saya berlari ke arahnya tanpa menghiraukan polis dan FRU yang bersepah-sepah..katanya maknya telah ditangkap...saya cuba menenangkannya dan mencari YB Zuraidah untuk membantu.

Pagi ini setelah Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS yang juga AJK GMI menghubungi saya dan menceritakan apa yang terjadi kepada Kak Maznah hingga dia tertangkap...baru saya tahu kesahnya....rupanya dia lah orangnya yang saya terdengar melaungkan takbir sekuat hati..menurut Kak Nuri, Kak Maznah terlampau marah dan geram melihat perlakuan polis dan FRU yang merempuh orang, terus dilaungkan takbir kemudian terus polis datang mencekup tangannya. Kak Maznah dibebaskan setelah YB Zuraidah menjaminnya.
Saya dapat memahami perasaan Kak Maznah..saya juga amat geram dan marah yang amat sangat melihat apa yang berlaku...perasaan takut dan gentar melihat kelibat FRU dan Polis hilang lansung...malah terasa seprti hendak pula merempuh dan membelasah polis dan FRU yang mengganas.....

Mereka hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan kepada mereka seperti patung Robot yang ditekan suisnya untuk bergerak. Mereka menjerit sekuat hati seperti menghalau haiwan liar untuk balik ke hutan......Siapakah yang mengarahkan mereka?????? Mengapa pula perhimpunan yang inginkan ISA dikekalkan tidak mendapat apa2 halangan dari pihak polis...

???????????????????

Jelas bukan akta ISA ini digunakan bukan untuk menjaga keselamatan negara...dan bukan dengan adanya ISA ini maka negara dan rakyat aman...tetapi sedarlah sebenarnya akta ISA digunakan hanya untuk rakyat apabila kedudukan pemerintah terancam dan juga untuk menjaga keamanan kedudukan pemimpin yang memerintah untuk terus kekal berkuasa!!!!

Polis surai perhimpuan anti-ISA di Ampang, 7 ditahan

Pengerusi GMI Selamat, 7 ditangkap!!!!

(Pengerusi GMI bakal ke tanah suci Mekah...menunaikan haji pada minggu hadapan)

Alhamdulillah...Pengerusi GMI dan pimpinan yang lain selamat dan diselamatkan oleh anggota unit Amal. Namun 7 orang peserta yang juga kebanyakan merupakan pimpinan PAS Wilayah dan Selangor telah tertangkap.

Sekali lagi polis dan FRU merusuh...

Menyaksikan seorang anak perempuan menangis sepuasnya kerana ibunya tertangkap....namun akhirnya mungkin telah dibebaskan atas pertolongan YB Zuraidah...

Hati jadi amat marah dan geram dengan perlakuan polis...tertanya-tanya dalam hati...apa lagi yang perlu dan patut dilakukan...

Cerita seterusnya kemudian....masih keletihan dan kesal dengan apa yang terjadi di hadapan mata....

.....pertama kali menaiki motosikal membonceng dengan suami dan meredah hujan lebat di atas highway.

Buat masa ni Pengerusi GMI dan pimpinan lain masih di Balai Polis Pandan Indah memberi sokongan pada yang ditangkap...kami pulang sebab dah basah lencun.

NMN

Saturday 22 November 2008

Rakyat tidak gentar lagi....Kempen bertambah Meriah!!!!

Anwar lancar kempen anti-ISA Ahad ini
Jimadie Shah Othman Nov 21, 08 3:07pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad ini.Majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada jam 9 malam.
Kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut serta membebaskan semua tahanan ISA tanpa syarat.Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.
Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, selain Anwar, pemimpin parti anggota Pakatan Rakyat yang lain juga akan berucap di majlis tersebut.Mereka adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur.
Turut dijemput berucap di majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub, yang juga ahli Parlimen Kubang Krian.
Menurut Syed Ibrahim, beliau juga akan turut berucap di majlis tersebut.

Teater 'Bilik Sulit'
Beliau menjangka kira-kira 5,000 akan menghadiri majlis pelancaran tersebut sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen mansuhkan ISA.

Syed Ibrahim berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan Selasa lalu untuk mendapat permit polis.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menunggu jawapan daripada pihak polis.
Katanya, selepas majlis pelancarannya Ahad ini, GMI akan mengadakan siri program menjelang Mac depan.
Program pertama siri kempen tersebut berupa persembahan teater bertajuk "Bilik Sulit" arahan bekas tahanan ISA, Hishamuddin Rais.
Syed Ibrahim berkata tarikh persembahan tersebut ialah pada 10 Disember depan tetapi tempatnya belum diputuskan lagi.Sempena majlis pelancaran tersebut Ahad ini, katanya, pihak penganjur akan menjual pelekat dan lencana mansuhkan ISA kepada orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan 10,000 pelekat dan lencana untuk tujuan tersebut.



Pada malam yang sama, Anti ISA Vigil akan tetap di teruskan di tempat dan masa yang disebutkan di atas...baca di sini.

Tuesday 18 November 2008

JOM Kempen Mansuhkan ISA!!!!



Ketika Perhimpunan Candlelight Vigil mingguan di Petaling Jaya dijayakan pada hari Ahad yang lepas, polis telah mengeluarkan permit untuk perhimpunan tersebut. Selama ini apa-apa perhimpunan terpaksa dijalankan tanpa permit polis lantaran betapa susahnya untuk mendapatkan permit polis. Namun untuk vigil yang baru lepas ini polis dengan baik hati telah membenarkannya namun dengan syarat yang amat menggelikan hati...baca di bawah petikan dari laporan di Malaysiakini...

Twelve conditions

One of the organisers of the gathering, lawyer and blogger Haris Ibrahim told Malaysiakini that the police had given permission for the gathering on the condition that, among others, no candlelight vigil was held, no anti-ISA T-shirts were worn by the participants and no speeches by politicians - all main ingredients of the past gatherings.However, just as the gathering gained momentum today at about 8pm, many of those in the crowd started lighting up their candles. Some were wearing anti-ISA T-shirts and there were also some political speeches.

Ini pula komen yang saya ambil dari blog merah hitam mengenai vigil dan permit polis

Semalam di PJ candle vigil, buat pertama kalinya kami mendapat permit. Tapi, permit itu, boleh dikatakan tak guna langsung!! Tak dibenarkan bakar lilin, tak dibenarkan pakai pakaian anti ISA dan paling teruk tak dibenarkan bersimpati terhadap tahanan ISA!!!

Apa yang pelik di sini ialah kenapa begitu takut dengan perkataan ISA hingga tidak boleh disebut mahupun dipakai dan ditulis di baju atau di mana-mana.

Baca kesah seorang pemuda yang ditahan polis dan disoal-siasat hanya kerana dia memakai t-shirt NO TO ISA!! T-Shirt juga mengancam keselamatan negara!!!

Kini kami di GMI telah berjaya mencetak satu lagi produk terkini di pasaran!!!...Ramai sekali orang ramai yang sering bertanya kepada kami tentang produk ini..."tak ada car sticker ke???"...setiap kali kami membuka gerai menjual bahan-bahan GMI.

Alhamdulillah...hasil sumbangan orang ramai GMI kini mampu mencetak car sticker ini...sebagai satu bahan kempen yang akan terpampang di kereta setiap mereka yang membencikan akta ini.

Kepada sesiapa yang ingin memilikinya sila dapatkan maklumat dengan menghubungi mailto:ummuasiah2001@hotmail.com atau dapatkannya di pejabat SUARAM. Hubungi Nalini di 03-77843525
Dengan kita memakai apa-apa lambang yang bertulis ISA bukanlah tujuan kita untuk mengancam mana-mana pihak...tujuan kita ialah untuk menyedarkan semua tentang adanya satu undang-undang yang zalim yang menahan orang tanpa dibicarakan bertahun-tahun lamanya dan semua tahanan ini telah diseksa dan dizalimi oleh orang yang menahan dan mengurung mereka. Ahli keluarga mereka juga turut dizalimi secara lansung.
JOM Kita sama-sama kempen!

Saturday 15 November 2008

Abolish ISA “freedom run” in progress

Alhamdulillah....

Satu lagi program rakyat bagi membantah akta ISA sedang dijalankan. Kita rasa bersyukur kerana banyak pihak kini sedang dan sanggup melakukan berbagai program di bawah organisasi dan parti politik masing-masing bagi menunjukkan rasa benci terhadap undang-undang zalim ini dan mahukan semua tahanan ISA dibebaskan segera tanpa mengira dari kumpulan mana mereka datang ataupun dari bangsa dan agama apa. Semua berjuang atas dasar tidak mahu menerima satu akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa dibicarakan.

Kita berdoa dan berharap dengan hidupnya semua aktiviti berkaitan desakan memansuhkan akta zalim ISA akan membuat kerajaan akur dengan kehendak rakyat sendiri.

Terkini dari laporan bergambar di Malaysiakini ialah program "Freedom Run" - Anjuran DAP. Baca juga laporan lintas lansung dari blog anilnetto

Candlelight vigil pula telah menjadi satu aktiviti yang diadakan berterusan setiap hujung minggi di merata tempat. Baca juga di blog susan loone.



Moga lebih ramai lagi rakyat akan bangun membantah...sekiranya ISA masih tidak dimansuhkan dan semua tahanan ISA masih tidak dibebaskan...GMI telah diberi amanah untuk mengetuai satu himpunan besar-besaran yang akan dianggotai oleh semua Parti Politik di bawah Pakatan Rakyat dan semua NGO yang inginkan agar ISA dimansuhkan. InsyaAllah.

Friday 14 November 2008

Usul Mansuhkan ISA diluluskan Sidang DUN Perak!‏

Catatan Pengerusi GMI (seperti dibawah)yang telah menghadiri Sidang DUN Perak. Saya tidak dapat mengikuti kerana lebih awal telah berjanji untuk bersama rombongan anak-anak tahun 6 ke Aquaria, Petrosains dan Suria KLCC di hari keputusan UPSR mereka diumumkan!


13 Nov 2008, giliran sidang DUN Perak pula mencipta sejarah setelah didahului DUN Selangor bulan Mei lalu. Hari ini sidang DUN Perak telah meluluskan Usul Mansuhkan ISA! Negeri kedua di bawah Pakatan Rakyat.

ADUN Hulu Kelang dan bekas tahanan ISA 2 kali, YB Hj Saari Sungib; Aliza Jaafar (isteri YB dan AJK GMI), Puan Norlaila Othman (isteri tahanan ISA) dan saya telah tiba dari KL menyertai sidang DUN dan melihat serta mendengar sendiri Usul dibentangkan oleh ADUN Teja, YB Chang Lih Kang. Usul kemudian dibahaskan dan diluluskan akhirnya pada kira-kira jam 4.30 petang. Turut serta bersama kami ialah wakil GMI Perak, Sdr Megat Shariffudin Ibrahim dan Sdr Alex.



Tamat persidangan, kami telah ditemui oleh MB Perak dan ahli-ahli YB Pakatan Rakyat, khususnya ADUN Teja. Kami mengucapkan tahniah di atas usaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengikut jejak langkah Selangor. Terdahulu, lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' telah diedarkan oleh Bentara kepada semua ADUN.

Semoga usaha ini meningkatkan desakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mansuhkan ISA, bebaskan tahanan dan tutup Kemta. Di bawah ini ialah memorandum yang telah diserahkan kepada MB Perak sebaik sahaja tamat sidang DUN.

Syed Ibrahim Alhabshi




(ADUN TEJA, YB Lih Kang membahaskan usul Mansuhkan ISA di Sidang DUN Perak 13hb November 2008. Kami di GMI amat berbangga di atas usaha anda khususnya dan semua ADUN Pakatan RAKYAT)

MEMORANDUM
Usul Mansuhkan ISA dan Penyerahan Lencana ”Malaysia Bebas dari ISA” kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Khamis, 13 November 2008


1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai oleh gabungan lebih daripada 83 buah organisasi ingin mengucapkan tahniah di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Perak pada Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini.

2. GMI percaya kemenangan ini sudah tentu memberikan satu lagi kegembiraan kepada rakyat Malaysia yang inginkan sebuah pemerintahan yang lebih telus dan adil. Kejayaan Pakatan Rakyat di Perak tentunya memberi harapan yang tinggi kepada rakyat yang bermastautin di Perak terutama bagi mereka yang menjadi mangsa akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

3. Kini ada pihak berkuasa negeri yang mereka boleh mengadu hal setelah sekian lama ditindas oleh kezaliman ISA. Apatah lagi, Kem Tahanan yang memenjarakan tahanan ISA tanpa bicara terletak di Kamunting, negeri Perak itu sendiri. Satu masa dulu, sebuah lagi Kem Tahanan Khas ISA yang tercatat dalam sejarah sebagai kem penyeksaan, juga terletak di Negeri Perak iaitu Batu Gajah.

4. Program penyerahan memorandum dan lencana serta cadangan mengemukakan Usul Mansuhkan ISA sebelum ini telah dilaksanakan kepada Menteri Besar Selangor ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada 26 Mei 2008. Pada hari yang sama, satu sejarah telah tercipta apabila sidang telah meluluskan Usul untuk memansuhkan ISA. Malah Kerajaan Negeri Selangor telah memberi jaminan untuk membantu kebajikan keluarga tahanan ISA.

5. Pada hari ini, GMI akan membuat penyerahan serupa kepada Menteri Besar Perak dan seluruh ADUN Perak. Ini merupakan sebahagian daripada Kempen Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA dan semua tahanan yang lain untuk menonjolkan tahap pencabulan hak asasi manusia yang kronik. Ia mengajak Ali Parlimen, ADUN dan rakyat bangun memberikan sokongan dan bertindak positif untuk mendesak kerajaan supaya mansuhkan ISA dan supaya semua tahanan ISA dibicarakan atau dibebaskan sahaja.

6. GMI ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana membawa Usul Mansuhkan ISA dan buat pertama kalinya dalam sejarah, sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan usul tersebut. Ini sudah tentunya memberi kesan positif kepada usaha desakan ke atas Kerajaan Persekutuan untuk benar-benar menghapuskan ISA.

7. GMI menyedari bahawa ISA terletak di bawah Kerajaan Persekutuan yang masih lagi dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Ini kelihatannya tidak memungkinkan kerajaan Negeri Perak untuk memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan ISA dengan serta merta. Namun kerajaan Negeri Perak masih ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa ISA dan mempercepatkan pemansuhan akta zalim ini.

8. Berikut adalah cadangan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa ISA dan GMI:

Memberi bantuan kewangan kepada keluarga khususnya di Perak, sekurang-kurangnya untuk lawatan ke Kem Kamunting dan juga perbelanjaan harian.

Menjadualkan lawatan oleh Kerajaan Negeri dan ADUN secara berkala ke Kem Kamunting.

Membantu kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh GMI seperti pemakaian lencana anti-ISA, pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang mansuhkan ISA, untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera membebaskan semua tahanan ISA.

Mewar-warkan Usul mansuhkan ISA yang telah diluluskan bersama empat negeri Pakatan Rakyat yang lain supaya segera mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan dan tutup Kem Kamunting.

Terima kasih di atas jasa baik YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan seluruh ADUNnya menerima memorandum dan lencana ”Malaysia Bebas dari ISA” serta menjayakan kempen GMI.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Semua Tahanan!
Tutup Kem Tahanan Kamunting!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi

Wednesday 12 November 2008

Cerita di belakang tabir, Anti-ISA postcards handed to Pakatan MPs


rujuk di Malaysiakini.

Abolish ISA Movement (GMI) today handed over some 50,000 protest postcards to Pakatan Rakyat MPs in Parliament a bid to put pressure on the government to abolish the draconian law.

The postcards, alongside a protest memorandum, were meant to be given to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi but his absence had prompted them to give it to Pakatan MPs instead.
"These postcards are not just regular postcards, they are postcards containing the signatures of those with high realisation of the cruelties of the ISA.

"It reflects the real feelings of the people towards this law that is supposedly for protecting the people," GMI president Syed Ibrahim Syed Noh told a press conference.
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Polis dah block jalan ke Parlimen"....begitulah kata-kata dalam sms yang saya terima dari Cikgu Laila difroward dari Wan Zahari, jurugambar Harakah. Saya yang dalam perjalanan menjemput Cikgu Laila dan Kak Aliza dari sekolah anak di Gombak terus menalipon Cikgu Laila.

"Macamana nak buat dengan poskad yang banyak ni...I tinggal at your house sajalah ye"

Sebenarnya kesemua hampir 50,000 keping poskad yang telah ditandatangani oleh orang ramai terkumpul semuanya di belakang kereta saya sejak petang semalam setelah mengambilnya di pejabat SUARAM. Cadangan kami ialah untuk menyerahkan ke semua poskad tersebut di Parlimen. Hajat kami sudah tentu hendak menghantarnya terus kepada Perdana Menteri.

Sebaik sampai ke rumah Cikgu Laila, kami bertiga memproses semua poskad tersebut. Dimasukkan ke dalam beg sekolah anak saya sebahagiannya dan selebih yang banyak lagi dibiarkan saja di dalam kereta dan dibawa pergi bersama kami ke Parlimen.

Dalam perjalanan kami berbincang apa tindakan kami sekiranya kami ditahan oleh polis di Parlimen, kami bertiga mencipta skrip-skrip yang perlu kami lafazkan kepada polis-polis sekiranya mereka cuba merampas barangan kami....kerana ini sentiasa terjadi kepada kami. Maka kami bertiga bersetuju dengan skrip ini..."kalau polis tu nak ambil poskad...kita beri saja..ha..nah ambillah, kami ada banyak lagi dalam kereta...tolong beri kepada Perdana Menteri."...Ya...malas nak bertegang-tegang dengan polis, kerana mereka sentiasa menjalankan tugas dengan baik lantaran menurut arahan "orang atasan". Kami berpuas hati dengan skrip kami dan hilang sedikit rasa ketegangan.

Kami masih menerima sms dari jurugambar Harakah bertanyakan keadaan kami, mungkin dia risau kami tidak dapat masuk ke Bangunan Parlimen. Sebaik kami tiba di Jalan menuju ke Parlimen, memang sah ada sekatan jalan di hadapan sekali, tak sangka pula...ingatkan mungkin hanya di pintu utama pondok pengawal saja.



Saya berhenti seketika..."Alamak macamana ni...nak terus masuk or nak lencong park di lake garden saja???" tanya saya pada dua orang penumpang setia saya.

Saya jawab sendiri.."Hmm...kita redah sajalah...cakap yang betul-betul.."

Dua orang penumpang setia saya sejak tahun 2001 bersetuju sahaja..."okay..setuju jalan saja"..

Saya terus membelok kenderaan dan melalui halangan polis...apa lagi memang lah kena berhenti sebab dah kena tahan.

Polis 1.."Puan, puan nak ke mana?"

Saya dengan cool and confident menjawab, sambil menurunkan cermin kereta.."Kami ada appointment dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 12.30 tengahari."

Sambil menunjukkan jam di tangan.."Kami dah lambat ni"

Polis..."Oh..ada appointment ya.."

Saya.."Ya betul dah buat appointment. PA dia dah tetapkan.."..sambil mencuit tangan Cikgu Laila.."Eh..u call Shaberimi..PA Datuk Seri cepat."

Saya..."Okay..kami call PA Datuk Seri..nanti encik boleh cakap dengan dia ya"

Cikgu Laila dengan segera mencapai handphone mencari-cari hp no PA DSAI..."Alamak dah terdelete pulak no dia"

Polis.."Okay Puan jalan terus dan jumpa ketua saya di depan sana"

Alhamdulillah..kami lepas sekatan pertama. Tapi tak beberapa meter kami terpaksa tempuh satu lagi sekatan polis..sekali lagi ditahan...turunkan lagi cermin kereta dan conversation yang sama seperti di atas mengambil tempat...Kali ni..ada pelakon baru..ketua mereka datang dari arah depan menuju ke kereta kami sambil bercakap di handphonenya..mungkin sedang menunggu arahan...Sekali lagi saya katakan kepada ketua polis di situ.."Kami ada appointment dengan DSAI jam 12.30 dan kami dah lambat.

Polis tersebut sambil masih lagi bercakap di handphonenya, melepaskan kami pergi. Ahhh...lega..tapi rasa lega tak lama..kerana hanya beberapa meter saja..sekali lagi kami ditahan oleh satu lagi block polis..soalan yang sama juga..dan saya terpaksa ulang perkataan yang sama juga...cuma kali ni saya tambah.."Ketua Tuan yang di hadapan sana dah lepaskan kami pergi, boleh la kami masuk"

Tapi kali ni lain pula jawapannya.."Saya tak tahu Puan, tapi kat sini ketua saya yang lain pula, tadi orang lain"...Ya Allah...terkejut dan geram semua ada sekali...dalam jarak hanya beberapa meter, kami terpaksa melalui 3 sekatan..sesiapa yang pernah ke Parlimen boleh cuba bayangkan situasi ini.

Polis tadi pun menunjukkan ke arah ketuanya yang pada masa yang sama berjalan ke arah kami. Soalan dan jawapan yang sama juga terpaksa diulangi...sabar dan sopan saja saya menjawapnya:)... Sekali lagi kami diarah untuk bergerak..dan akhir sekali disekat buat kali yang ke 4, di pondok pengawal pula..kali ini mereka mengarahkan kami untuk keluar dan meletakkan kereta di tepi jalan di luar pagar Parlimen. Sebuah truck kecil FRU tersedia di tepi jalan. Selamat meletakkan kereta, kami membawa keluar satu bag pack yang berisi poskad dan bergerak ke melepasi pondok pengawal....Sekali lagi ditahan dan diarahkan menunggu di pondok pengawal. Di situ kami menunggu Pengerusi GMI datang dan sama-sama bergerak masuk setelah kami berjaya memujuk pegawai di situ melepaskan kami.

Alhamdulillah...kami berjaya melepasi semua rintangan di luar. Inilah kali pertama sejak sekian kali kami ke Parlimen kami terpaksa melalui sekatang yang hebat sekali dari pihak berkuasa. Tujuan kami hanya datang untuk cuba menyerahkan poskad kepada Ketua Pembangkang di Parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Temujanji sudah pun dibuat dengan Ketua Pembangkang.

Sidang Media terus diadakan di Parlimen, walaupun tanpa kehadiran DSAI..kerana DSAI terpaksa mengahdiri satu mesyuarat yang lain. Namun kami tidak hampa kerana masih ramai Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat datang bersama di Sidang Media tersebut.

YB Sivarasa dalam ucapan ringkasnya menyebut satu fakta baru dari sudut undang-undang..katanya..mengikut undang-undang sekiranya tahanan itu ditahan di lokap selama 6 tahun lamanya bermakna dia telah dijatuhkan hukuman penjara untuk 12 tahun lamanya..tetapi bagi tahanan ISA yang ada sekarang ini, ada diantara mereka telah pun ditahan selam lebih dari 7 tahun..namun mereka ini bukan pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman di mana-mana mahkamah..tetapi telah terpaksa merengkok di dalam penjara selama lebih dari 7 tahun hingga entah bila.

Alhamdulillah, kesemua wakil MP Pakatan Rakyat dari semua Parti turut menghantar wakil mereka bersama sidang media GMI di Parlimen tadi dan kesemua mereka memberi komitmen yang tinggi untuk terus membawa isu kezaliman ISA di Parlimen dan sama-sama berjuang memansuhkan ISA.

Monday 10 November 2008

ISA AKAN DIHAPUSKAN!!!!!!-DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Sepanjang perjalanan menghantar anak ke sekolah tadi, fikiran saya ligat berfikir sepanjang masa akan sesuatu yang ingin saya nukilkan dan kongsikan bersama teman-teman di alam maya ini.

Semuanya berlegar tentang apa yang saya saksikan dan hayati semasa mengikuti program vigil di Amcorp Mall.

Selepas menghantar anak, dalam perjalanan pulang terdetik pula di hati untuk singgah di Taman Greenwood di kedai yang banyak menjual suratkhabar tu. Amat jarang sekali saya melencong ke situ, baik pagi petang mahupun malam. Tapi pagi ni..teringin sangat pulak ke situ sebelum singgah di 7-eleven untuk guna khidmat mesin ATM di dalamnya.

Belek-belek paper yang ada sebaris...sudah tentu capai Harakah dulu..lately sejak Harakah dah keluar 2 kali seminggu dah susah pulak nak beli..laju sangat pulak. Lepas tu terpandang pulak dengan jelas....

ISA AKAN DIHAPUS

Ya...di Sinar Harian front page!!!!.....terharu dan berbangga...tak salah bukan rasa berbangga dengan perjuangan diri, rakan-rakan seperjuangan semua...badge yang dipakai di tudung terasa begitu bermakna...berbangga mengenakan badge tersebut setiap masa.

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) AKAN DIMANSUHKAN SEBAIK SAHAJA PAKATAN RAKYAT (PR) BERJAYA MEMERINTAH.

Itulah janji yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan buku 'Dua Wajah' dan 'Orang Melayu' tulisan bekas tahanan ISA Dr Syed Husin Ali.

Sebenarnya sebelum ini kalau saya tak salah memang DSAI belum pernah menyebut dengan jelas akan perkara ini...ISA AKAN DIMANSUHKAN...beliau hanya sering menyebut 'Semua tahanan ISA akan dibebaskan sebaik sahaja PR memerintah'..."Hari ini kita perintah..esoknya semua tahanan ISA akan dibebaskan'...kami sentiasa tertunggu-tunggu phrase seterusnya...ISA DIMANSUHKAN...

Ramai juga yang sering menyebut bahawa kalau PR memerintah belum tentu ISA akan dimansuhkan dan mungkin akan digunapakai....maka kata-kata DSAI semalam akan menjadi saksi akan satu perjanjian dan pengakuan yang terbuka.

Saya terus hantarkan sms kepada rakan-rakan di GMI berkongsi berita yang menggembirakan ini...Alhamdulillah...

Saya menerima reply sms dari Kak Animah Ferrar " Yes, he said tht at a book launch (4 books by Dr Syed Husin). He said no place for such laws in modern civilization.Pak Said Zahari also spoke, said coz of fear created by ISA there can never be true democracy until it is abolished."

Alhamdulillah...kami menerima berita ini dengan penuh rasa syukur walaupun entah bila saat itu bakal menjelang, namun kami yakin dengan kesungguhan dan perjuangan semua MP Pakatan Rakyat, setiap ADUN di setiap negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, perjuangan rakyat yang tidak pernah jemu, perkara ini akan dapat direalisasikan dan dimakbulkan oleh Allah jua.

Yang akan datang pula, dari sms yang diterima dari YB Chang Lih Kang pada 6 hb November berbunyi "DUN Perak telah terima usul MANSUH ISA dan akan bahas pada 13 hb November. GMI boleh datang jika ada masa. Boleh kita adakan media event."
YB Lih Kang adalah bekas setiausaha kerja GMI.

InsyaAllah.Alhamdulillah....Allah hu Akbar

REMEMBERING 1011-TANGKAPAN LAGI????!!!!


Sekali lagi kami ke perhimpunan aman...berkumpul untuk sama mengingati kembali perjuangan rakyat. BERSIH...Kebersihan Pilihanraya-kehendak rakyat...inilah perjuangan rakyat ketika tarikh tersebut 10-11-07.


Pada malam ini juga, rakyat bukan sahaja ingin berkumpul bagi mengingati tarikh tersebut, tetapi juga bagi mengingati 65 orang lagi tahanan ISA yang masih merengkok di Kem Tahanan Kamunting.

Kami telah berpeluang juga ke sana, bersama dua orang anak, Anas, Ammar beserta Cikgu Laila dan Suhaib. Kami memandu menyusuri Federal Highway menuju Amcorp Mall di Petaling Jaya. Awal lagi kami dah terima maklumat yang semua jalan menuju ke Amcorp Mall telah di block oleh polis....tak apa...jom kita cuba nasib kita dan lihat sendiri, kalau tak dapat masuk,kita akan berhenti di tepi jalan dan nyalakan lilin.

Memang benar sebaik susur keluar ke Amcorp Mall, polis telah block jalan besar menuju ke situ...memang ikut arahan betul polis ni...apa lah yang nak dihalang dan takutkan sangat. Kami mencuba nasib dengan susur keluar di Taman Jaya pula..kot-kot lah ada jalan masuk...malang lagi...semua jalan diblock juga.


Kemudian dapat panggilan dari rakan blogger memaklumkan dia berada di kedai 7-eleven di Jalan Gasing...kebetulan kami tembus ke jalan tersebut dan bertemu beliau di sana. Dia membawa kami menyusuri jalan belakang mengikut kawasan perumahan, terus tembus berdekatan Amcorp Mall...tapi masih ada road block. Kami park kereta dan berjalan kaki ke sana.

Perhimpunan bermula jam 9.30mlm..dengan sedikit ucapan dari blogger Haris Ibrahim, kemudian semua berjalan menuju ke PJ Civic Center, tetapi kami buat keputusan untuk tidak turut serta kerana kami hanya bersama anak-anak lelaki, mereka pun dah kepenatan dengan aktiviti siang hari dan kelaparan. Kami tunggu di hadapan Amcorp Mall sambil bersembang dengan teman-teman dan juga mengisi perut yang berkeroncong.

Selesai makan terus kami bergerak untuk pulang. Di junction berdekatan Hospital Universiti, kelihatan beberapa truck FRU dengan lajunya dan bising sekali bergerak dari arah bertentangan, kami ingatkan sudah tentu mereka dalam perjalanan pulang....namun bila pulang ke rumah dan buka website Malaysiakini....baru terbaca tajuknya Police disperse crowd, 24 arrested patutlah rupanya mereka kelam kabut dan tergesa-gesa untuk menghalau dan menangkap para peserta perhimpunan aman tersebut.
Geram betul rasa hati ini. Lebih-lebih lagi apabila telah pernah merasai pengalaman ditangkap dan didakwa oleh polis dengan dakwaan yang tidak sepatutnya. Semoga mereka semua dilepaskan segera tanpa didakwa...sebagai saksi kepada perhimpunan dan melihat sendiri gerak-geri para peserta saya amat yakin semuanya datang hanya untuk menyatakan support kepada sebuah perjuangan rakyat...memastikan rakyat yang ditahan dibawah akta zalim ISA tidak terus meneruskan dinafikan hak mereka untuk hidup bebas atau didakwa di mahkamah.

KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!!

Sunday 9 November 2008

Remembering 1011-BERSIH

WE WERE THERE ALHAMDULILLAH.....WITNESSING ALMOST 100,000 MALAYSIANS ON THE STREET DEMANDING FOR A FAIR AND CLEAN ELECTION...

KEMBALIKAN HAK RAKYAT!!!

The faces as in the picture below was also shown in TV1 news...

Sempat juga di sebelah malamnya melihat wajah sendiri ditayangkan di TV dan dituduh mengikuti PERHIMPUNAN HARAM.

Ditembak dengan gas pemedih mata yang menyesakkan nafas...terpaksa mencari ruang untuk meneruskan perjalanan kerana setiap sudut jalan dipenuhi dengan polis dan FRU. Disimbah juga dengan air kimia dan dihalakan ke dalam masjid ditempat kami mula berkumpul. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Dentuman guruh dan hujan selebat-lebatnya telah turun menyucikan alam dan menyelamatkan kami dari terus sesak nafas dengan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Ramai yang berjaya juga menuju ke istana dan ramai sekali memenuhi segenap jalan-jalan yang ada.

Walaupun Pilihanraya masih juga tidak bersih...namun atas kuasa dan keberanian rakyat, Maka kemenangan telah Allah kurniakan kepada rakyat dengan memenangi 5 buah negeri dan banyak lagi kerusi Parlimen dan DUN. Alhamdulillah...

Perjuangan masih diteruskan hingga kini.....

Saturday 8 November 2008

Pengalaman February 2004-HABEAS CORPUS

Kesah penahanan Raja Petra benar-benar telah membuka mata ramai rakyat Malaysia tentang adanya undang-undang zalim ISA. Bagaimana undang-undang ini telah disalahgunakan. Ramai juga mula memahami tentang beberapa perkara yang terkandung di dalamnya termasuk bagaimana seseorang itu boleh dibebaskan melalui proses mahkamah.

Proses ini dipanggil sebagai Habeas Corpus. ."Habeas corpus is a writ ordering prisoners to be brought before a judge to ascertain if there are any procedural defects which could render their detention unlawful."

(Pengerusi GMI bersama ahli keluarga YB Saari Sungib yang juga orang kuat GMI bergambar bersama RPK di hari pembebasannya)
Apabila Raja Petra berjaya dibebaskan melalui usaha ini ramai juga yang tertanya-tanya apakah tahanan ISA yang masih ditahan bertahun-tahun lamanya ini termasuklah Mat Sah suami Cikgu Laila telah tidak melakukan usaha ini.
Sebenarnya mereka juga ada melakukan usaha ini, namun ramai juga yang tidak memohon lantaran ugutan dari SB untuk tidak bertemu dengan peguam dan GMI. Ikuti catatan pengalaman saya di tahun 2004 ketika bersama mengikuti perbicaraan kes Habeas Corpus 8 orang tahanan yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Jamaah Islamiyyah termasuk suami Cikgu Norlaila.


Wed Feb 18, 2004 2:10 pm

Ingin berkongsi pengalaman yang ke lima mengikuti kes Habeas Corpus tahanan ISA. Kes JI 8 ini agak unik dan pelik sedikit.

Ianya seperti biasa telah ditangguhkan dari tarikh asal pada Disember lepas (2003), namun atas inisiatif keluarga yang telah menghantar surat kepada Chief Justice untuk disegerakan maka ia telah disegerakan.

Masuk hari ketiga kes tersebut (Isnin 16/2) berjalan, Hakim telah menyebut bahawa dia akan memberikan judgment pada keesokannya. Dia berkali-kali memarahi pihak pendakwa kerana melambat-lambatkan perjalanan kes dengan hujah-hujah yang tidak tepat, tidak lengkap, tidak cukup bukti dan lain-lain lagi.

Pihak pendakwa sering dipermainkan oleh Hakim Dato' Abd Kadir Musa sehingga menggelarkan 3 orang pendakwaraya tersebut dengan gelaran the 'Three Musketeers'. Mempermainkan sebutan bahasa mereka dan menyindir mereka sebagai tidak faham bahasa apabila dia hint seolah dia hendak cepat atau mahu berhenti.
Kamar mahkamah semasa pendengaran kes sering di selang seli dengan gelak ketawa dengan sindiran, bebelan dan percakapan Dato' Abdul Kadir. Contohnya apabila pendakwa yang berbangsa Cina menyebut perkataan ORANG dalam loghat Utara, Hakim menyuruh pendakwa tersebut menyebutnya beberapa kali sehingga betul sebutannya.

Banyak betul kesalahan yang dihighlightkan oleh Hakim dalam kertas pertuduhan dan bertanyakan banyak soal-balas mengenai segala kesalahan yang ada berulang kali. Contohnya tandatangan Menteri di surat penahanan betul atau tidak, No kad pengenalan, nama Menteri Dalam Negeri yang sebetulnya, warganegara yang tidak dicatitkan dan lain-lain.

Sepatutnya hanya Menteri atau Timbalan Menteri yang menandatangani tetapi kenapa pula setiausaha sahaja yang tandatangan dan sebagainya. Sejak awal dengan cara perjalanan pendengaran kes, pihak peguam dan kami semua yakin kes ini akan menyebelahi kami, lebih-lebih lagi sikap Hakim yang asyik membantai pendakwaraya.

Lebih interesting ialah Hakim akhirnya pada jam 4.10 petang telah mengarahkan mahkamah berhenti rehat dan akan berjumpa semua peguam dibiliknya untuk berbincang. Dia sanggup untuk menghabiskan kes tersebut even ke pukul 12 tgh mlm!.

Selesai perbincangan Hakim memberi pilihan kepada keluarga samada mahu menghabiskan kes pada hari itu juga atau bersambung ke hari Jumaat dan keputusan akan didengar di Johor kerana dia perlu ke Johor untuk kes lain pada hari esoknya.

Saat ini Edmund-peguambela begitu positif yang kami akan menang dan hakim akan order release of detainees. Jadi kami memilih untuk menyambung pada hari itu juga. ramai pemberita menunggu sejak awal hingga akhir. Pendengaran kes berakhir pada jam 6.35 ptg dan Hakim terus memberikan penghakiman bahawa he dismissed the application.

Kami terdiam seketika. Pihak SB pula yang ada bersama sejak dari awal, pada mulanya tidak senang duduk dengan segala kesilapan yang dibangkitkan oleh Hakim. Sehinggakan pada jam 4.30 ptg bila court break mereka telah kelam kabut mengarahkan pegawai dari Bukit Aman datang untuk menghantar kertas tuduhan yang original. Namun bila kemenangan berada di pihak mereka, mereka terus tergelak besar.

Memang hampa...( tetapi semangat juang keluarga tak pernah luntur) sebab kita mengharapkan akan ada perubahan dalam sistem penghakiman dan kesedaran di hati Hakim-Hakim tentang erti justice yang sebenar dan bukan hanya sekadar kata-kata manis di mulut mereka.
Dato Abd Kadir sendiri sering mengatakan bahawa dia memang hendak menjaga hak asasi manusia dan memastikan keadilan dijalankan. Dia juga megatakan bahawa mereka ini belum lagi ada bukti melakukan kesalahan cuma dituduh sebagai JI(Jemaah Islamiyyah), KMM(Kumpulan Militant Malaysia) dll. Dia juga faham bahawa sebab lambatnya habeas corpus dijalankan adalah kerana gangguan dari pihak SB sendiri.

Bayangkan juga apabila di dalam alasan pertuduhan mereka ialah kerana mereka telah menganggotai kumpulan Jemaah Islamiah dengan menghadiri ceramah, kelas pengajian, tamrin, mukhayyam, tazkirah dan berbai'ah. Sehingga perkataan-perkataan ini sukar disebutkan oleh pihak peguam.

Sama-samalah kita terus menguatkan komitmen untuk berkempen menghapuskan ISA dari mukabumi ini. Kes Habeas Corpus sebenarnya ialah untuk mendedahkan segala kepincangan dan penyalahgunaan akta dan undang-undang, lebih-lebih lagi penyalahgunaan kuasa oleh menteri dan pihak polis. Apa yang lebih penting ialah kempen-kempen dan gesaan yang perlu kita jalankan dengan lebih lagi.

Give them Hope and Set Them Free-Bebaskan Mereka segera!!!

2110: RPK has been addressing the crowd, says Rakyat@Work. Speaking on behalf of the other ISA detainees, RPK says that the remaining detainees had actually asked him to send a message to the rakyat to ask us to support them in their ordeal.


Under the ISA, the first thing they take away is your hope, explains RPK. That’s why the ISA is so detrimental. Even the Hindraf detainees, who have been there for only 11 months so far, are saying that that the world doesn’t care whether they live or die. “We can only depend on ourselves,” they lament.



RPK adds that if they have committed any crime, the authorities should put them on trial in court and let them know what they have done. The detainees don’t mind facing jail sentences if they are found guilty. But to put them under ISA without solid evidence is ridiculous. If there is evidence, they should be sent to court.


RPK’s whole speech basically asks us to think about the ISA detainees. The detainees are asking us to give them hope and to set them free. “Think of those who are still under ISA; we must give them hope.” dipetik dari blog anilnetto


Hari ini ramai yang bergembira dan menyambut peristiwa pembebasan Raja Petra dengan penuh kesyukuran. Namun ramai lagi yang berduka walaupun turut sama bersyukur. Mereka ini sudah tentu termasuk isteri-isteri dan anak-anak tahanan ISA yang sentiasa menanti dan mengharapkan kepulangan suami masing-masing. Si anak menanti kepulangan si ayah...bagi yang terpisah selama lebih tujuh tahun, hanya Tuhan yang tahu penderitaan mereka.


Hari ini saya berkongsi kesedihan dengan sahabat saya yang masih dizalimi...memang sedih melihatnya, walaupun telah 7 tahun sama-sama mengharungi perjuangan membebaskan ke semua tahanan ISA tanpa mengira siapa, agama ataupun bangsa dan warna kulit. Petang saya luangkan masa bersamanya dan di sebelah malam pula sekali lagi kami bertemu di tempat favourite makan nasi bubur dan berbincang ringkas dan adakalanya hanya berdiam diri.

(gambar diambil di program forum.."What's next after Pak Lah" di Selangor Chinese Assembly Hall-6 Nov 08)
Nasib isteri-isteri lain di seluruh pelusuk negara tidak dapat saya hayati....bagaimana pula perasaan ke semua tahanan ISA yang lain...apakah mereka masih menaruh harapan kebebasan bakal segera menghampiri diri mereka????....dalam undang-undang ISA ini tiada siapa tahu apakah nasib mereka di hari-hari yang mendatang....benar sekali seperti kata-kata Raja Petra...dalam akta zalim ISA ini....harapan adalah perkara pertama yang ditarik dari seseorang tahanan...SB yang menahan mereka akan mengatakan yang harapan yang ada terletak di tangan dan kuasa mereka iaitu SB-SB durjana.

Tahanan dipaksa tunduk dan patuh kepada mereka....tahanan ditelanjang bulatkan dihadapan SB-SB dan ditertawakan dan diperbodohkan...apa lagi harapan yang ada apabila maruah diri seseorang dipijak-pijak sebegitu sekali. Baca pengakuan bekas tahanan Taktik trauma mengerunkan tahanan, keluarga

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA
MANSUHKAN ISA
TUTUP KEM KAMUNTING

Friday 7 November 2008

Mahkamah arah Raja Petra Dibebaskan-Malaysiakini.

(Nota:...baru berbincang dengan rakan di GMI..memang kita bergembira dan bersyukur di atas kemenangan dan judgement ini...namun apa sahaja boleh berlaku dengan kuasa yang ada pada polis dan pemimpin yang takut kebenaran dibongkarkan. Kemungkinan untuk Raja Petra ditangkap semula memang ada dengan kuasa yang ada pada polis dan menteri, seperti kes yang berlaku pada Nasharuddin Nasir. Tetapi saya pasti peguam dan aktivis sudah mengambil kira semua faktor kemungkinan ini dan memastikan Raja Petra selamat dibebaskan dan terus membongkar segala kezaliman dan kejahatan yang ada.baca komen YB Saari Sungib bekas tahanan ISA)

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan Kak Marina ketika menerima dan mendengar berita ini...sudah tentu bergembira dan bersyukur dengan kemenangan ini.

Berita terkini dipetik dari laman Malaysiakini




Sekali lagi Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melakarkan satu sejarah dalam menegakkan keadilan dan membebaskan rakyat yang dizalimi dan ditahan tanpa bukti yang sah.

Pada tahun 2001 Mahkamah Tinggi Shah Alam juga telah mengarahkan supaya Abdul Ghani Haroon dan Gobalakrishnan yang telah ditahan dibawah ISA dibebaskan segera. Ini benar-benar satu keputusan yang melakarkan sejarah dalam negara kita. Saya masih ingat lagi suasana ketegangan ketika itu kerana takutkan peristiwa penangkapan mereka berlaku. Ketika itu seperti biasa polis dan FRU memenuhi kompleks Mahkamah, namun Hakim yang Arif dan Adil terus bertindak tegas dengan mengarahkan supaya polis tidak menahan mereka semula dalam tempuh 24 jam....baca di sini.

Pada tahun 2002, November satu lagi kes bersejarah dilakarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila Nasharuddin Nasir pula dibebaskan oleh Mahkamah melalui permohonan Habeas Corpus, namun nasib Nasharuddin tidak sebaik nasib Ghani dan Gobi, beliau ditahan semula oleh polis setelah mengecap kebebasan sementara. Polis memang berniat jahat...lihat gambar-gambarnya di sini.

Perjuangan mesti diteruskan!!!!!

Alhamdulillah...semoga keputusan Mahkamah hari ini benar-benar memihak kepada nasib rakyat yang dizalimi. Semoga Raja Petra dibebaskan segera. Semoga semua tahanan yang lain dibebaskan segera....Semoga kita meneruskan dengan segala kempen yang bakal memastikan kesemua tahanan ISA dibebaskan dan ISA dimansuhkan.....
Nasibnya dan nasib kita semua kemungkinan akan lebih malang lagi setelah tampuk pimpinan negara bertukar ke tangan Najib. Bacalah apa yang ditulis oleh Raja Petra seperti dipetik dari laman zorro-unmasked :

".... Today, I received many phone calls from concerned friends who told me that the government is considering detaining me under the Internal Security Act ‘very soon’.

If that does happen, then this could probably be the last article I write, at least until 16 September 2008. So I too need Anwar to succeed. If not I will be in Kamunting for quite some time to come and you will not hear from me over the next couple of years.

Yes, I too have placed, not only my money, but also my freedom on Anwar. And if Anwar fails to deliver his promise on 16 September 2008, not only he but I as well am headed for a fall. But I have confidence he will do it. And I have confidence that my stay in Kamunting will not be for two years but for a mere two weeks.But if I am WRONG…..well, then see you maybe in six or seven years time, because for sure Najib Tun Razak will not release me in 2010 when he becomes Prime Minister.

What he would do, instead, would be to rollover my two-year detention another two years, and another two years, and another two years, until I am too old to think and write anymore.Till we meet again, if we do meet again, take care and keep the flame burning.

There is still a long fight ahead of us in bringing reforms to this beloved country of ours.- Raja Petra Kamarudin

Thursday 6 November 2008

Moga Kesah Allahyarham Adik Aina tidak berulang...nasib malang keluarga mangsa ISA

Sejak beberapa hari ini saya teringatkan kembali beberapa penulisan saya yang telah saya kongsikan bersama dalam satu yahoogroups milik ahli Jamaah Islah Malaysia JIM. Saya terasa ingin mengumpulkan kembali dan berkongsi dengan pembaca sekelian.

Kebetulan juga saya menerima sms dari cikgu laila yang diforwardkan dari seorang sahabat di Sandakan yang membantu menjaga kebajikan isteri-isteri tahanan di Sandakan dan Tawau. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa seorang isteri tahanan yang suaminya juga telah ditahan lebih dari 6 tahun sedang sakit akibat mempunyai masalah injap jantung. Cerita mengenainya ada juga keluar di dalam berita Harakah.

Berita ini mengingatkan kembali saya kepada beberapa kes isteri2 dan anak-anak yang sakit yang perlu kami di PSK uruskan. Saya browsed semula semua entry di dalam yahoogroups JIM-KL-net dan terjumpa kembali entry ini.......


Mon Sep 12, 2005 3:23 pm

Apakah ISA tidak Zalim???

Selepas beberapa lama sibuk dengan kerja-kerja kempen ISA, hari ini saya bercadang menghabiskan masa dengan tugasan saya yang lain yang dah lama terbengkalai. Namun kita hanya menrancang, Allah jua yang menentukan. Setelah keluar dari rumah untuk menghantar anak ke sekolah di Gombak, saya menerima panggilan telefon dari seorang isteri tahanan ISA, memohon saya menjemputnya di Taman Keramat Permai untuk dihantar pulang ke rumahnya di Gombak. Hati saya merungut juga sebab saya dari Ampang menuju ke Gombak, perlu pula berulang alik dua kali. Namun cepat-cepat saya buang perasaan buruk itu dan berdo’a agar Allah akan mempermudahkan urusan saya sekeluarga di kemudian hari.
Lalu setelah selesai tanggungjawab saya terhadap anak-anak, saya segera menjemputnya di Keramat Permai. Isteri ini sebenarnya telah lebih dari sebulan bercuti sakit kerana terjatuh di tangga sekolah dan cedera di buku lali kakinya. Oleh kerana sakitnya masih tidak pulih maka dia telah mencuba rawatan alternative.

Dia memaklumkan kepada saya kemungkinan ada ‘benda asing’ yang telah memasuki dirinya. Sebenarnya kisah hidup isteri ini penuh dengan dugaan yang mencabar. Satu darinya ialah suaminya ditahan ketika dia mengandung beberapa bulan dan baru 6 bulan berkahwin dengan suaminya. Beliau juga mendapat tekanan sama seperti isteri yang lain yang terpaksa menanggung bebanan kewangan dan juga gangguan dari SB yang tidak putus-putus. Dia tinggal bersendirian dengan anaknya di flat tingkat 5. Dengan kesakitan yang ditanggung, dapatlah kita bayangkan kepayahan hidupnya.

Didalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak, tiba-tiba dia berada didalam keadaan yang tak sedarkan diri. Dia menjerit-jerit dan meracau. Saya yang memandu memang sangat cemas dan menggelabah, takut berlaku perkara yang bukan-bukan. Alhamdulillah, ada seorang kawan yang menemani isteri ini, dialah yang cuba menenangkan isteri ini dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Saya pula sibuk memikirkan siapa yang perlu saya hubungi dan dapat cepat membantu saya dalam keadaan saya sendiri terpaksa terus memandu.
Saya menghubungi sahabat, Kak Suraya dari Gombak untuk segera menunggu saya di rumah isteri ini. Selepas itu saya cuba pula menghubungi Cikgu Norlaila yang menasihatkan saya untuk terus sahaja menghantar ke klinik keluarga di Greenwood. Saya sendiri buntu dan sangat panic ketika itu. Dalam keadaan yang sangat panic itu, saya segera menghubungi Dr Sam, tapi tak berjaya..kemudian cuba pula Dr Noraini. Lega hati saya dapat bercakap dengan Kak Ani, walaupun dengan nada yang begitu kelam-kabut sekali. Saya terus memandu menuju klinik dan terus disambut oleh Kak Ani dan kakitangan klinik.

Dr Noraini berjaya ‘merawat’ isteri ini yang sebenarnya dalam keadaan sangat tertekan dengan berbagai masalah. Dengan hanya urutan, belaian dan nasihat sedikit sebanyak semangat isteri ini dapat dipulihkan. Saya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri ini kepada Kak Suraya dan JIM Daerah Gombak.

Saya rasa amat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang begitu setia, ikhlas dan sedia membantu pada bila-bila masa and it is just a phone call away. Namun perkara yang penting disebalik cerita ini ialah kesengsaraan hidup isteri-isteri dan ahli keluarga tahanan ISA lantaran penahanan suami-suami mereka dibawah akta yang zalim ini. Perkara inilah yang harus disedarkan kepada rakyat semua, dan diri kita sendiri. Berapa lama lagikah harus mereka tanggung segala kezaliman ini.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan penderaan jiwa dan juga fizikal ahli keluarga tahanan ISA. Ini mengingatkan saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang begitu angkuh mengatakan bahawa ISA ini tidak zalim. Dengan angkuh lagi dia katakan sekiranya anak atau ahli keluarganya yang kena ISA ianya tetap tidak zalim.
Saya nyatakan kepada Dato’ Mufti ini, “ Dato’ tahu tak yang semua tahanan ISA termasuk yang beragama ISLAM ini dibogelkan??, mereka kemudiannya dipaksa merangkak bagaikan binatang diatas lantai, mereka dipaksa untuk ‘masturbate’, Dato’ tahu tak masturbate tu apa?? Tak zalimkah ini??” (Kasar dan lucah bunyinya kan? Tapi itulah yang saya katakan kepada dia kerana terlalu geram dengan sikapnya tersebut. Namun dia hanya selamba…
nota 1:..suaminya masih terus ditahan di Kem Kamunting hingga kini. Dalam bulan Ramadan yang lalu sudah ada berita yang mengatakan bahawa suaminya antara beberapa orang yang bakal dibebaskan menjelang Aidilfitri 2008. Namun setelah mereka dibawa ke Bukit Aman dan menjalani sesi-sesi wajib sebelum dibebaskan....mereka semuanya dibawa pulang semula untuk menghuni KEMTA hingga entah bila..................

nota 2: Kata-kata berkenaan Dato' Mufti Wilayah tersebut ialah ketika GMI bertemu dengannya bagi membincangkan isu ISA Haram di sisi Islam dan memohon pihak Jawatankuasa Mufti mengeluarkan fatwa mengenai isu ini. GMI telah bertemu hampir ke semua mufti di Semenanjung Malaysia. Namun hingga kini tidak ada apa-apa yang berita yang diterima.

Wednesday 5 November 2008

Kenikmatan dalam Memberi..Majlis Makan Malam bersama Tok Guru Nik Abd Aziz


(oopss..lepas beberapa kali buka entry ni baru saya perasan ada badge 'Malaysia Bebas dari ISA' tersemat di sebelah kanan jaket Tuan Guru..ya..saya menemani Suhaib anak tahanan ISA 7 tahun menghulurkan badge tersebut pada Tuan Guru sambil anak saya Ammar menjadi jurugambar sepanjang malam tersebut..tak sia-sia dia beranikan diri membawa camera abahnya-Alhamdulillah)

Apakah tujuan hidup kita ya..hanya sekadar menjadi seorang ibu kepada anak-anak, isteri kepada suami atau sebaliknya..seorang pekerja..apa sebenarnya ye???...

Saya quote juga kata-kata yang menarik dari blog seorang blogger yang saya tidak sangka menulis satu entry untuk ummu asiah.."The purpose of life is to have a life with a purpose!"



Ini juga ada kaitannya dengan tazkirah ringkas, padat dan bermakna dari YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat di dalam Majlis Makan Malam yang diadakan di Wisma PKPS Shah Alam pada 3 November lepas. Satu Majlis yang amat memberi kesan yang besar pada diri saya dan rakan saya Cikgu Laila dan GMI juga.
Tok Guru mengingatkan kita tentang apa yang kita lakukan di dunia ini yang paling penting menjadi bekal untuk kita di akhirat. Segala harta, wang ringgit, kaum keluarga, keseronokan yang kita cari sudah tidak ada gunanya dan tidak ada nilainya apabila kita sudah masuk ke alam kubur. Maka sudah tentu dalam kehidupan yang sementara ini kita perlu gunakan masa dengan sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan mengikut kemampuan kita. Baca juga entry ini Tuan Guru Nik Aziz Memang istimewa..di blog Merah Hitam.
Memang kami amat bertuah mendapat jemputan ke Majlis yang gilang gemilang tersebut. Namun tujuan kami pergi sudah tentu bagi melaksanakan kewajipan memenuhi jemputan pihak penganjur. GMI juga diberi satu slot untuk persembahan slide. Dalam keadaan hujan lebat sejak dari jam 5 petang di Gombak, dengan keletihan baru pulang dari Putrajaya, saya bersama Ammar, Suhaib dan Cikgu Laila menyusur jalan di Lebuhraya KESAS dengan berhati-hati tapi masih perlu tergesa-gesa agar sampai sebelum jam 8 malam kerana pihak penganjur ternanti-nanti kedatangan kami.

Sesampai di sana kami disambut mesra dan dibawa menuju ke meja di barisan hadapan, di meja VIP1...tak sangka saya..Alhamdulillah.


Tok Guru tiba di dalam dewan..dan disambut dengan laungan Takbir. Tok Guru kelihatan agak uzur dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Ketika menaiki pentas Tok Guru dipimpin di kiri dan kanan. Sayu dan kagum melihatnya. Tok Guru menyatakan bahawa dia masih kurang sehat namun beliau memaksakan dirinya untuk tetap hadir ke majlis tersebut yang dianggap amat penting bagi meraikan kelab penyokong PAS dari kaum China dan India. Memang benar seperti kata-kata Tok Guru...siapa sangka di alaf ini kita bakal mendapat penyokong dari kaum, bangsa dan agama lain. Alhamdulillah. Semua kaum dan agama sesuai dengan kepimpinan Ulamak yang menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan mulia menurut Al-Quran dan As Sunnah.



Majlis malam itu juga turut diserikan dan dihiburkan oleh persembahan Azhan Atan Juara Akademi Nasyid. Kami di GMI pernah di akhir tahun 2006 mengadakan persembahan yang disertai oleh Azhan..memang kami terpesona dengan persembahannya ketika itu. Di tahun itu, GMI dengan bintang-bintang kecil yang terdiri dari anak-anak tahanan ISA dan anak AJK GMI sering dijemput mengadakan persembahan di beberapa buah Negeri di seluruh Malaysia. Mereka mempersembahkan acara 'catwalk', serta menyampaikan testimoni mengenai kezaliman ISA. Ramai yang sentiasa terpegun dan mengalirkan air mata dengan persembahan anak-anak ini.


Pada Majlis Makan Malam tersebut juga, pihak penganjur telah mengadakan satu kutipan derma kilat, di mana di setiap meja telah sedia diletakkan satu sampul surat untuk tetamu memasukkan sumbangan derma mereka khusus untuk keluarga tahanan ISA dan perjuangan GMI. Alhamdulillah di akhir majlis, MC telah mengumumkan jumlah kutipan tersebut yang hampir mencecah RM5,000.00!. Allah hu Akbar. Sumbangan terus disampaikan kepada kami ketika kami melangkah untuk keluar dari dewan tersebut. Alhamdulillah.

Kami melangkah pulang dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan hati yang penuh terharu dan berbangga dengan kesungguhan orang ramai yang sentiasa ingin membantu keluarga yang dizalimi dan perjuangan untuk memastikan ISA segera dimansuhkan.

Jutaan terima kasih dari kami semua untuk penganjur Majlis Makan Malam tersebut iaitu Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang diketuai oleh Ustazah Faridah Korib dan semua Ahli Jawatankuasanya.

Semoga Allah SWT sahaja yang dapat memberi ganjaran yang paling setimpal kepada semua yang terlibat. Amalan yang bakal membantu kita di akhirat kelak....Kehidupan yang penuh bermakna dengan amal baik yang kita kerjakan...kehidupan yang ada tujuannya...

Monday 3 November 2008

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)

Bertempat di rumah pengawal Pejabat Perdana Menteri, GMI turut serta bersama Gabungan Persatuan China menyampaikan Memorandum bagi pemansuhan AKTA ISA.


Memorandum tersebut telah disediakan oleh The Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), United Chinese School Committees Association of Malaysia (Dong Zong), United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong), Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Majlis Peguam Malaysia dan disokong oleh 404 Pertubuhan bukan Kerajaan.


Saya bersama Ammar, Cikgu Laila bersama Suhaib telah turut serta dalam acara tersebut. Kami tiba di sana pada jam 10.30 pagi dan bersama peserta yang lain menuju ke pondok pengawal pada jam 11.00 pagi.


Sambil menunggu kami menyediakan simple placards sebagai penyataan hati keluarga mangsa tahanan ISA.


Hanya 5 orang wakil dibenarkan masuk, yang lainnya diarahkan untuk tunggu di luar pondok pengawal. Tujuan utama sudah tentu hendak menyampaikan memorandum tersebut kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, namun rombongan 5 orang tersebut hanya bertemu dengan seorang wakil dan dilayan bukannya di dalam pejabat. Saya sudah biasa dengan kerenah tersebut, maka saya tidak kesah untuk hanya menunggu di luar.

Kehadiran wartawan memang agak ramai, namun sudah tentu tidak dapat melawan jumlah bilangan SB yang berkeliaran sambil sebuk membuat catatan dan mengambil gambar.

Satu sidang media diadakan sebaik selesai pertemuan, di mana baru kesemua yang hadir dibenarkan masuk ke dalam pondok pengawal.

Sebaik selesai sidang media,kami mengambil kesempatan mengeluarkan placards yang sempat kami sediakan.

Maka melurulah jurugambar mengambil gambar-gambar kami sambil memegang placards tersebut.

Peristiwa itu sudah tentu tidak disenangi oleh pihak berkuasa di situ, lantas dengan cepat dan tegas kami diarahkan untuk keluar. Pegawai polis memastikan yang kami terus keluar dari pondok pengawal. Mereka terus cuba menghalang kami dari bergambar.

Ramai SB masih berlegar dan seorang darinya yang sejak tadi mengambil gambar dan mengekori kami terus meninjau kami disebalik sebuah kereta dengan kamera di tangannya sehinggalah kami melepasinya. Dari dalam kereta Cikgu Laila menghalakan kamera ke arahnya. Dengan segera dia mengalihkan pandangan dengan meletakkan tangan cuba menutupi mukanya. Senang saja kalau kita hendak mengecam bahawa seseorang itu adalah SB...bila kita hendak mengambil gambar mereka, mereka akan mengalihkan pandangan atau menutup muka mereka.


Kami akhiri acara kami dengan bersiar-siar di Alamanda Shopping Complex sebelum pulang ke rumah.

Satu lagi acara menanti kami malam ini di Shah Alam. Jemputan menghadiri majlis makan malam bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat anjuran Muslimat PAS Shah Alam. Tayangan slide GMI akan dipertontonkan pada malam ini. Sekali lagi saya akan ke sana bersama Ammar, Suhaib dan Cikgu Laila.

Terima Kasih kepada sahabat yang sentiasa sudi menerima kehadiran anak-anak perempuan saya untuk bermalam di rumahnya sekiranya perlu..Kak Wan Fauziah kerana suami saya outstation pada hari ini dan esok.