Thursday 23 April 2009

Al-Baqarah 218

Sesungguhnya orang yang beriman dan orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, itulah orang yang benar-benar mengharapkan Rahmat Allah dan Dia Maha Memberi Ampun Lagi Maha Pengasih.
Al Baqarah, 218
Saya mengutip ayat ini dari blog seorang sahabat yang layak saya membahasakan diri saya makcik.
Ayat di atas sungguh memberikan kekuatan bila diri dirundung sedih dan duka...dalam perjuangan jika kita mengharap balasan dan menunggu pujian dan pengiktirafan dari manusia...kita pasti sedih dan kita pasti gugur di perjalanan.
Ayat di atas memberikan kekuatan memberikan keteguhan di hati untuk terus berjuang dan bergerak ke hadapan....dalam perjuangan kita tidak selayaknya meminta pemgiktirafan dan pujian dari manusia....cukup dengan pengiktirafan dari Allah bagi menambahkan timbangan amal di akhirat kelak...biar kita miskin dan susah di dunia agar kita kaya dan senang di sisi Allah kelak...
....namun inilah salah satu tohmahan yang dilemparkan oleh SB di Bukit Aman terhadap kami....'kami membantu hanya untuk mencari nama...menjadi terkenal'....Saya tidak kesah dan ambil pusing dengan tohmahan dari SB ini kerana mereka memang suka membuat fitnah...dan cuba membuatkan keluarga tahanan ISA menjauhkan diri dari kami...
Terima Kasih Atriza dan semua sahabat yang sentiasa mendo'akan dan memberikan semangat dalam diam di alam maya mahupun secara zahirnya...
Nota:
Hakikatnya...saya masih sedih..hati saya masih terusik bila saya kenangkan akan ibu Kartem, Junaidi, Fatin dan Agus Salim...hari ini saya cuba lagi hubungi no hp Junaidi..tidak berjawab..teringat saya akan kata-kata darinya di akhir pertemuan kami di senja Isnin.."kasian sama kak nashita...tentu capek dari paginya ke sana-sini bawa kami..."....memang saya capek...namun bagi saya ianya berbaloi dan berpuas hati....namun menambahkan rasa benci dan geram pada SB.....

5 comments:

Atriza said...

Assalamualaikum warahmatullah..

Hayyy..kena panggil makcik ker?? aper nie?? tak best la.. aduh bagaimana niee??seperti pinta Ukht Laila jugak nie..

Maaf ya ukht..bolehlah ana panggil kakak ya..(sama macam kak laila juga)

Kak..La Tahzan.. Innallaha wanieq mal waqiel..

Moga masih berpeluang bersua akak lagi..buat seketika biar pereknalan dia alam bisu ini saja..jumpa esok kalau boleh..dengan kak Laila sekali ya..

JOM kak..kita buang rasa sedih tu.. tapi kita campurkan dengan adunan perisai utama bagi mukmin iaitu DOA..

Salam perjuangan ukht.

Atriza said...

Kak..Bencilah kerana Allah..agar sampai bila pun kita tidak suka dan merestui perbuatan jahat mereka itu walau diri ditabur dengan emas mahupun permata..

Sekadar memperingati diri jua..dan sesiapa yang membacanya..

Aina@Azila said...

OK laa tu Kak N, orang lain susah payah nak jadi glamaour dan dapat nama .... akak dah di iktiraf oleh SB.

Kak N, think positive, take this as a compliment for what u have done to help people. Dont feel sad ya kak. Kalau akak geram sangat, cakap jer kat SB tu, "Ya, aku glamour, aku famous, so kau jealous?"...*smile*

Biar laa orang nak tuduh apa, janji akak tau apa yg akak buat. Dan yang paling penting, Allah tahu hati dan niat akak. *Hugs*..

ummu asiah said...

Atriza..

kalau anak2 kawan yg sebaya atriza mmg dipanggil mkck..tapi kita kawan kan...:)

yes..akak kalau sedih kena keluar dari kepompong rumah..makan n jalan..

utk jumpa esok kena tunggu jemputan kalau ada..:)

Ya..lillahi ta'ala

ummu asiah said...

Azila..

thanks...u make me smile...:))