Sunday 3 May 2009

8 tahun GMI dan Hi Tea sempena Hari Pekerja..

Ah....tahun ini lansung saya lupa tentang tarikh 30hb April....ya tarikh 30hb April, tarikh di mana GMI secara rasminya ditubuhkan dan dilancarkan di dewan Besar Selangor Chinese Assembly Hall. Bermula dengan tangkapan 10 orang pejuang reformasi ketika itu, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Ustaz Badrulamin, Ezam Mohd Noor dan Lokman Nor Adam. 4 orang lagi ialah Raja Petra Kamaruddin, Pak Din, Gobala Krishnan dan Abdul Ghani Haroon. Raja Petra dan Pak Din dibebaskan dalam sebelum tamat tempoh 60hari dan sebelum dihantar ke Kem Kamunting manakala Gobi dan Ghani dibebaskan melalui proses Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh Hakim Hishammuddin. Alhamdulillah.

Namun kini Ezam, Ghani dan Lokman telah kembali kepada UMNO Barisan Nasional. Ezam dan Ghani tidak pernah lagi saya dengar terang-terangan menyokong ISA dan Ghani masih bersimpati kepada nasib isteri tahanan ISA iaitu Puan Norlaila....manakala Lokman yang paling teruk berpaling tadah dan menyokong ISA bersama PEWARIS...sedangkan dulu hidup mereka sekeluarga menderita akibat kezaliman ISA!!!!!!

YA...NO TO ISA....saya dan keluarga mula mengenali ISA dengan lebih mendalam pada 10hb April 2001 ketika 10 orang tahanan reformasi ditangkap di bawah akta yang zalim tersebut...itupun kerana sahabat atau lebih tepat lagi saudara kami Saari Sungib turut ditahan. Ketika itu saya baru 3 bulan melahirkan anak yang bongsu Asiah. Bermula dari saat itu...hidup kami sekeluarga sentiasa bersama perjuangan GMI menentang kezaliman ISA...siang dan malam....hampir setiap hari bergelumang dengan perjuangan mendedahkan kezaliman ISA....ceramah di sana sini di pelusuk negara dengan berbagai program lagi. Asiah membesar bersama perjuangan ini...suami dan anak-anak turut...hingga kini Alhamdulillah kami masih bersama...suami menjadi jurugambar anak-anak menjadi pembantu.

Sebaik tamat tempoh 2 tahun, pada Jun 2003, kesemua 6 orang tahanan ISA akhirnya dibebaskan sepenuhnya....Alahmdulillah...berkat perjuangan yang tidak pernah kenal putus asa. Dan mereka yang ditahan terus berjuang bersama rakyat yang inginkan keadilan.

Kami sangat pasti at least lelaki yang berkemeja biru yang asyik menulis ini ialah seorang SB...anak dan menantu YB Saari Sungib merakam gambar bersama SB...Nahdia Ariffin, Zilal Saari dan Nornahdia...di Majlis Hitea di Kuala Kubu Bahru 1hb Mei 2009.

Pada majlis tersebut terdapat tidak kurang dari 3 orang SB yang duduk memantau dengan dua orang dari mereka gigih menulis dengan buku nota kecil dari awal hingga akhir. Mudah saja nak kenal spesies mereka ni...mereka rajin menulis...hatta..ayat-ayat yang tertera di banner pun mesti dicatat untuk diletakkan dalam laporan mereka..ambil je la gambar...senang kerja...SB oh SB.
........................................................................................................................................................

Paling menarik seluruh ahli keluarga tahanan ISA ketika itu turut semua bangun berjuang...seronok dan meriah sekali walaupun hidup dalam penuh cubaan dan dugaan..perjuangan menjadi sangat indah..seluruh ahli keluarga..isteri, anak, ibu dan ayah juga adik dan kakak....hingga kini masih menruskan perjuangan....Alhamdulillah...


Hari ini ketika jari saya mula memetik keyboard ini untuk membuat laporan tentang aktiviti GMI di Kuala Kubu Bahru...baru saya teringat kembali tentang tarikh penting 30hb April tersebut...Alhamdulillah sekurangnya GMI masih tetap mengisi hari yang berdekatan dengan aktiviti mendedahkan tentang kezaliman ISA.

GMI menerima dan mengisi jemputan Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Selangor (D’M Care) untuk sama-sama mengisi majlis Hi Tea mereka. GMI dijemput untuk membuat persembahan. Beberapa tahun yang lepas GMI sering menggunakan khidmat anak-anak tahanan ISA dan anak-anak aktivis GMI untuk membuat persembahan...dalam bentuk bacaan testimony ataupun cat walk...persembahan mereka sentiasa menyentuh perasaan sesiapa sahaja...kini anak-anak ini juga telah membesar dan telah ramai yang sudah mendapat ayah mereka kembali...Alhamdulillah.


Kali ini dengan usaha dari Puan Aliza, Kak Jije salah seorang AJK GMI, kami bersetuju untuk menayangkan beberapa slide milik GMI sebagai pengisian dan YB Saari yang juga bekas tahanan ISA menjadi jurucakap GMI mempersembahkan slide tersebut...Dengan pengalaman 2 kali ditangkap ISA YB Saari atau lebih mesra dengan gelaran Pak Abu membuat penyampaian yang menarik dan berkesan....serta turut menyentuh perasaan...apa tidaknya beliau sendiri pernah merengkok di Kem Kamunting selama 2 tahun dengan anak yang paling kecil Wasilah ketika itu baru berumur 2 tahun sebaya dengan anak ke 3 saya Asma'.

'Urwah, anak sulong Kak Jije dan Pak Abu menguruskan persembahan Slide GMI.

Kezaliman yang berterusan 48 tahun lamanya....memang zalim...berpuluh ribu orang yang telah menjadi mangsa kezaliman ISA...hanya untuk memastikan keselamatan pemimpin negara bukan keselamatan negara....GMI baru masuk ke tahun yang ke 8...namun sebelum tertubuhnya GMI telah wujud SUARAM, Suara Rakyat Malaysia yang dutubuhkan selepas ramai aktivis dan ahli politik ditangkap dibawah akta yang zalim ini di bawah Operasi Lalang di tahun 1987...kini SUARAM bersama GMI dan 80 NGO lain bersama-sama berusaha memastikan ISA dihapuskan segera dan semua tahanan dibebaskan.
Namun hingga kini masih ada lagi yang ditahan dan dikurung dibawah akta yang zalim ini di Kem Kamunting seramai 27 orang dengan 4 orang yang paling lama merengkok di di dalam kamar gelap di Kem Kamunting...7 tahun memasuki tahun yang ke 8....anak isteri terus menanti kepulangan mereka yang tidak tahu entah bila munculnya...semuanya bergantung sepenuhnya kepada kuasa Menteri....itu yang membuatkan ISA zalim dan dengan recommendation dari SB...ini menambah lagi kezaliman...apa tidaknya selagi kita mendedahkan kezaliman mereka adakah mereka akan beri 'markah' yang baik untuk kita bagi direkomenkan kepada menterri????....maka masih adalah lagi mangsa-mangsa yang dizalimi.

Apabila ada program yang sebegini kami mengambil peluang untuk membuka gerai menjual produk GMI khususnya buku-buku yang bertujuan memberikan kesedaran kepada rakyat tentang ISA....kali ini kami mengambil peluang mempromosi buku ISA-Ia Sah Aniaya yang telah lama diterbitkan namun kurang mendapat sambutan..

Antara tetamu jemputan yang turut hadir...YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah. Alhmadulillah...hasil persembahan slide GMI dan persembahan dari YB Saari, GMI telahpun di'book' untuk mengisi slot di dua majlis yang akan datang dalam bulan Mei ini. Jemputan pertama dari YB Dr Siti Mariah Majlis Hitea sempena sambutan Hari Ibu di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam dan keduanya di MBSA Paya Jaras. Alhamdulillah...moga lebih ramai yang akan faham tentang kezaliman ISA dan sama-sama menyokong agar ISA segera dihapuskan.

Anak-anak kami dan Pak Abu menjadi penjaga gerai dan jurujual..menarik minat anak-anak lain untuk datang membeli dan bertanya khabar...anak-anak kami gemar aktiviti ini...dulunya mereka turut membuat persembahan.

Antara petugas yang bertugas dengan penuh dedikasi pada hari tersebut walau dikelilingi oleh anak-anak kecil dan babies....

Salah satu produk dari GMI...belon....menarik minat anak-anak.


YB Saari menandatangani buku-buku terbitan GMI. Buku Ia Sah Aniaya dan Buku Dunia Tanpa Suami.

5 comments:

abah anas said...

Pembetulan,

Urwah bukan sulong Pak Abu, tapi anak LELAKI sulong PakAbu

Hamba Miskin said...

Insya Allah...

Dia akan membantu kita dengan menggantikan kerajaan yang sedia ada ini dengan kerajaan yang lebih baik. Semua ini dalam ketentuanNya. Kita di didik agar bersabar.

Salam ziarah.

Memorabilia Hayat said...

Biar mereka dengan SB.. kita SM.. okey tak kak? SM for Solehah Mujahidah @ mujahidah Solehah.. best kan..kita bagi julukan pada pejuang2 muslimat kita dengan MS @ SM..

Mujahidah Solehah Fie Sabilillah @

Solehah Mujahidah Fie Sabilillah..

:: Sekadar mencelah menghapuskan SB SB itu hakikatnya..

Hehee..

Lama dah minta no akak kat Kak Laila..tapi tak dapat2 lagi..agaknyer tak bagi berhubung ngan akak kot..hahahaa

Akak try plak minta nombor saya kat Kak Laila..dapat tak??nak tau gak nanti tau..nanti akak hubungi saya kalau dapat ya..

Taknak promote nombor kat sini..

ummu asiah said...

ihya..

maaf..terlepas pandang komen di sini...

tapi sudah berkunjung balas ke blog Ihya...moga kita terus bersabar sambil terus berjuang!!!

ummu asiah said...

MH@MS@SM

ha..baru kesempatan baca komen ni..memangla tak perasan pasal no ph tu..akak kita pun tak terbaca agaknya komen kat sini..Alhamdulillah..akhirnya dpat juga!!!