Thursday 7 May 2009

7 hb MEI ..HITAM...Sejarah Hitam di PERAK...bersemangat di Gombak

Anda dah pakai serba hitam hari ini???

Saya keluar awal2 pagi menghantar anak ke sekolah dengan bertudung putih, kerana itu sahaja tudung bergosok yg available...tengok juga keadaan sekitar....tak ada pulak yang serba hitam.

Balik rumah bila nak menghantar suami di Petronas Hulu Kelang untuk ke Johor dengan segera saya mencapai baju dan tudung hitam. Asiah dah pakai baju dan tudung merah.

"Asiah tukar baju dan tudung, hari ini kita kena pakai hitam" arah saya pada Asiah.

Asiah akur saja...terus cari baju hitamnya..."ummi mana t-shirt ana muslim yg warna hitam tu".

"Entah ummi tak tahu, pegi je ambil t-shirt hitam Free Palestine yang Asiah campak saja kat tangga semalam."

"Oh..ha..ah..okayla Asiah ambik"...terus ke bawah dan siap berbaju hitam....semalam Asiah ikut ummi ke meeting GMI...balik dah letih dan tertidor dalam kereta..bila sampai mengamuk terus campak baju kat tangga.

Dalam perjalanan balik singgah di gerai makan Salmi dan Aidil...seronok, rezeki berjumpa taukeh kedai sendiri dan seorang lagi kakak yang dah lama tak berjumpa...berpelukan erat sesama sendiri.....terasa hangatnya ukkhuwwah.

Aidil tegur saya.."Aiitt..tak pergi Perak ke?"

"Tak...tapi tengok ni kami pakai serba hitam...semangat nih!!"

Saya, Salmi dan Kak Yah pun bersidang lah di bawah rimbunan pokok...memang banyak pokok di situ...nyaman dan tenang dengan permainan kanak-kanak di padang. Senang Asiah bermain buaian dengan sesekali datang ke meja dan mendengar perbualan kami.
Tahu-tahu sajalah bila kaum wanita berjumpa....macam-macam cerita..tapi semuanya bukanlah perbincangan yang sia-sia, perbincangan yang mencambah minda, memperbaiki diri sendiri, keluarga, anak-anak, masyarakat ekonomi dan negara!!!

Sekali sekali Asiah terdengar perbualan dan tergelak bila perbualan ibu-ibu menyentuh tentang hal anak-anak dan mengena pada dirinya dan abang dan kakaknya...Contohnya...

"Ha...ah...saya pun kadang-kadang tu bila dia orang ni gaduh-gaduh bising2..saya diam saja, biarkan...lantaklah kau orang nak gaduh....,tapi kalau sesetengah orang yang tak biasa memang rasa heran kenapa kita biar kan saja.."....begitulah luahan hati saya bagi menambah komen dari Kak Yah yang bercerita tentang hal anak-anak jagaannya.

"Kadang-kadang kita jerit, marah suruh diam baru diam"...kata Kak Yah lagi.

"Ha...ah...anak-anak saya pun...bila naik kereta saja mulala terjerit2 bergaduh itu ini....saya jerit sekuat hati...baru depa diam...heran betul budak-budak ni...nak tunggu marah, jerit baru diam"....ha....kat sini lah Asiah tergelak dan tersengeh...memang mengena pada diri dia.

Kadang-kadang perbualan kami berkisar pada sesuatu yang tak sepatutnya Asiah dengar...tapi dia memang tekun memasang telinga...jadi terpaksala 'corner' dia sikit...dengan mengusap-ngusap sikit kepala dia...bahaya juga..anak-anak ni nanti panjangkan pula cerita yang tak sepatutnya pada kawan-kawan.

Alhamdulillah...perbincangan akhirnya menjurus kepada soal ekonomi keluarga...saya bangga dengan pencapaian sahabat saya Salmi ini...seorang wanita yang tabah dan kuat semangat...mengalami masalah kewangan yang teruk pada awalnya..namun dapat bangun dengan kekuatan dan bantuan sahabat memulakan gerai makan...akhirnya punya gerai yang stabil dan strategik dan juga termasuk bisnes catering yang maju hingga ke peringkat majlis perkahwinan besar-besaran. Alhamdulillah...dia sudah tidak punya hutang piutang lagi...masih maintain simple sahaja.....macam dulu juga.

Saya ingin mengambil kekuatan darinya dan dari seorang lagi sahabat yang umpama kakak kepada saya Kak Umi...dan ramai lagi sahabat saya yang lain....saya juga ingin mempunyai perniagaan saya sendiri...saya tidak lagi hanya mahu menyimpan rasa 'cemburu' di dalam hati...saya ingin mengorak langkah untuk 'kesenangan' hidup yang semakin perit untuk ramai orang kini....

Asiah sebenarnya dah berkali-kali memanggil saya, bukan main lagi dengan isyarat menunjuk di pergelangan tangan...maksudnya..tengok time la tu..."ummi, cepatla asiah nak pergi sekolah ni.."..ha..ah ya lah..ummi punya turn hari ni untuk hantar anak-anak ke sekolah, jam di tangan menunjukkan jam 10, ummi janji nak hantar 10.30, Asiah belum buat jadual, ummi pula hanya belum gosok tudung sekolah Asiah...segerala kena beredar....

Pertemuan kami diakhiri dengan pelukan ukhuwwah yang mesra lagi, sambil berseloroh...hingga semua tertawa besar...."Aiitt...Salmi jangan ketawa kuat2 sangat silap2 yang dalam perut yang sepatutnya 'keluar' 20hb ni..dah terkeluar hari ni pulak"...ha...ha kami ketawa besar lagi....dapat juga diskaun makan pagi hari ni..Alhamdulillah...

Asiah senyum tengok gelagat kami..."seronok la ummi hari ni...seronok juga sebab Asiah jadi 'kawan' ummi..."...meleret lagi senyuman Asiah.

Dalam perjalanan dapat mesej dari Syifa'.."Makcik kat ne tu?kat ipoh ke? Ramai dah kena tahankan?"..

"Tak makcik tak pegi...pak cik g johor..boringla ni.."

"Haha..ingatkan dah kat sana,hurm takpela. Adala hikmahnye..jom kita demo kat KL dgn baju itam ni.Kat ofis saya, saya sorang je pakai baju htam"

"Ha..ah makcik pun pakai hitam ni..tapi kat luar blm prasan org pakai hitam pun"


Inilah Zahir Hassan yang teruk di belasah oleh FRU di jalan Ampang di depan KLCC..tengok kat tangan masih tergenggam erat booklet tentang kenaikan harga minyak....Asiah ada disitu menyaksikan sendiri Pakcik Zahir dibelasah ketika saya mendukungnya sambil saya dan isteri dan anak2 Zahir cuba menghalang FRU dari membelasah Zahir.

"Ayah takde baju hitam,siap pinjam baju munzir...lawakla.."

"Bukan lawak...semangat giller tu.."...tu lah semangat anak saudara kami ni..anak-anak kepada Kak Ruby dan Zahir Hassan.

Ini gambar Asiah menangis dan didukung oleh pakcik Syed Ibrahim...gambar dari malaysiakini

On the way balik dari menghantar Asiah ke sekolah, saya melencong pula menyinggah di kedai sahabat saya yang lain pulak 4 Sisters Shoppe, kedai milik 3 orang sahabat....sangat hampir dengan rumah saya...sesampai di depan kedai nampak kereta 2 orang sahabat saya yang dah lebih 2 bulan tak berjumpa walau tinggal sekawasan...senyum lagi saya dengan rezeki tertumpah ini...excitedly saya melangkah naik ke atas kedai...ha....bisinglah mulut kak Arma menyambut saya...apa tidaknya dah lama saya tak singgah ke kedai dia...kali terakhir ialah pada 31hb Januari 2009....lama gillerr tu, walaupun kedai yang di tepi jalan besar menuju ke Taman Melewar...setiap hari pasti berkali-kali saya melaluinya...31hb tu saya dan anak-anak menjadi sebahagian dari model-model yang mempergayakan pakaian di butik tersebut di hari pelancaran semula kedai baru mereka...

Yang menariknya di awal pertemuan...."ha...hitam...hitam semua...bagus....bagus...semangat nih..."

Kak Arma berbaju dan bertudung hitam, begitu juga Salina...hitam juga...saya pun menunjukkan T-Shirt labuh saya yang berwarna hitam serta tudung hitam...kasut kat luar pun hitam.....best...semangat betul.

Saya memohon maaf pada Kak Arma sebab lama tak singgah kat kedai dia...memang agak sibuk sikit bila balik dah rasa letih nak singgah....saya kata hari ni saya rasa free sangat...tak de pula saya terfikir tentang aktiviti GMI walaupun semalam Cikgu Laila dah ingatkan saya tentang temujanji kami untuk berjumpa En Lutfi Harakah pagi ini untuk bincang pasal permohonan bantuan kewangan untuk projek menghantar 3 orang wakil GMI ke Geneva. Tetapi pagi tadi Cikgu Laila sms saya "I tk sempat nak tengok surat untuk Geneva tu. Tak pe lah..pg ni I n En Lutfi nk diskus tntng tajuk2 dlam buku yg Harakah nk terbit..harap2 u tak boring".

Saya jawab.."okaylah...if mcm tu lebih baik i tak yah g.."....Cikgu Laila risau takut saya kecik hati...rupanya bak kata Syifa'....memang ada hikmahnya...saya freekan minda saya hari ini...untuk hari muka...saya rasa amat relax...saya beritahu juga pada kak Arma dan Salina yang suami saya outstation....ha...memang suami saya boleh kira dengan satu jari saja dia perlu outstation..dulu ketika bekerja di THT..sering juga dia ke Sg Petani..tetapi saya selalu ikut bawa anak2 sekali walau di hari sekolah..teruk betul...

Salina tanya saya.."bila Bad balik?"...saya jawab.."esok dah balik.."...ha...ha....kami sama2 gelak besar...macamla lama sangat...Salina dan Kak Arma memang punya suami yang sering tiada...sorang di Riyadh sorang lagi di Sudan....saya....ha...suami cuma gi Johor saja..2 hari saja pulak tu..

Sekali lagi kami bertukar-tukar fikiran dan mencambah minda dengan pelbagai topik menarik di sekitar kehidupan...dapat lagi teman untuk membantu menolong saya memulakan bisnes...Kak Arma beri saya bawa balik produk jualan..untuk saya mulakan...dan saya juga berpeluang untuk mengambil baranagan di kedainya untuk dijual...

Saya pula diminta oleh Salina dan Kak Arma untuk mengajar mereka berblogging....macamla saya pandai sangat....tapi saya ceritakan tentang blog-blog online shopping yang telah amat menarik minat saya...InsyaAllah saya akan mengajar mereka dan saya akan mulakan...InsyaAllah...

Saya juga sambil ke sana dan ke sini hari ini, sempat juga saya menelefon seorang lagi kakak yang juga gigih berjual sedikit -sedikit..."Kak juli perasan tak ada lot kedai baru siap kat tepi jalan kat rumah kak juli tu...tak nak sewa ke?"

"Ha...tu la..teringin jugak.."

"Tu MPS (Majlis Perbandaran Selayang) punya...saya dah tanya kat orang yang ada kat situ.."

"oh..Kak Juli memang nak pergi ke MPS ni kejap lagi ada urusan nak sewa dewan..okaylah kak juli akan try tanya.."

Later saya pukul 10.30 saya sms Kak Juli.."Bila free 2day...jom lepak-lepak bincang kat bawah pokok mana2"

Kak Juli tak balas2 sms saya, lalu saya call dia...

"Kak Juli dah ambil form, bayar seringgit, isi form lepas tu hantar balik, diaorang akan bawa ke mesyuarat dulu, sewa RM170 sebulan, deposit 3 bulan."

"Wah murah tu...jom kita hantar sajala...tapi mesti ramai minta kan...tak pelah..kak juli isi saja, besok saya gi hantar pulak form tu...." semangat giller kami ni..Kak Juli pun macam saya juga suri rumah sepenuh masa dengan tugas sampingan menghantar dan mengambil anak dengan trip, pagi dan petang...juga masing-masing sibuk dengan tugas sampingan sebagai aktivis, Kak Juli gigih sebagai aktivis Jamaah Islah Malaysia KL...macam saya juga...kami masih berfikir-fikir takut sekiranya masa untuk sekiranya kami berniaga akan mengurangkan masa kami bertugas sebagai aktivis...itu yang menjadi penghalang untuk kami menceburkan diri dalam bidang perniagaan...saya yakinkan kak juli...'tak pe..kita cuba dulu...dengan masa kita sendiri...kalau tak sampai bila kita tak akan bermula..."

Ya...InsyaAllah...langkah kami sudah bermula.....saya juga dengan bantuan dari Salmi yang memberi maklumat telah menghantar sms kepada pengendali gerai sempena muktamar.

"TK. Nama anda telah didaftarkan, tarikh undian gerai n bayaran sewa penuh akan dimaklumkan nanti, gerai hanya ada kipas n lampu sahaja. Kerusi n meja tiada disediakan. Plug point ada.Tk"

Jawapan balas yang diterima....ini memang dah masuk moto..."just do it!"...

Alhamdulillah...berkat mempunyai sahabat seperti Kak Umi, Kak Arma, Salmi, Kak Juli yang sudah punya pengalaman luas..dan punya produk jualan sendiri dapatlah saya mulakan tanpa modal yang besar..sebab memang saya tak punya modal pun!!!!....tapi saya harus memulakan...no choice...aktiviti kami sekeluarga 'membahayakan keselamatan'.....jadi kami perlu bersedia dengan segala kemungkinan untuk sekadar dapat mneruskan kehidupan yang selesa di dunia ini...

Hitam....saya ikuti semangat perjuangan orang Perak bersama ADUN2 pilihan mereka dengan penuh prihatin dan semangat yang berkobar-kobar dari laman web China Islam...walaupun jasad kami tidak di sana....suami pun sebuk menelefon mohon lintas lansung....dari johor...

Langkah ku kan BERMULA......

2 comments:

kamal said...

SALAM....SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU..MAAK KERANA LUAR DARI TAJUK..SALAM DARI kamalfarsyablogspot.com/


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

ummu asiah said...

En Kamal..

terimakasih...ya...pengorbanan ibu yang tiada nilainya...bila kita dah jadi ibu lagi kita insaf tentang pengorbanan ibu..betapa redah ibu buat hati kita tenang.

Moga ibu2 kita dikurniakan Allah dengan balasan syurga....tidak juga terkeluar topik...kawan2 yang saya sebutkan semuanya suri rumah sepenuh masa namun gigih berusaha membantu suami untuk sama-sama mengukuhkan ekonomi keluarga..harap semua suami dapat menghargai usaha dan titik peluh isteri dan anak-anak menghargai ibu bapa masing2.