Wednesday 13 May 2009

Krisis Perak dan Kebangkitan Rakyat!!!

Di bawah saya letakkan gambar-gambar yang tak berapa cantik yg sempat diambil di malam ceramah yang diaadakan di Markaz PAS Taman Melewar. Malam yang sebelumnya Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa DS Nizar adalah MB Perak yang sah.

Memang ramai sangat orang yang datang. Kami menapak saja dari rumah sebab dekat sangat, kadang-kadang kami naik motor, tapi sebab tahu jalan akan jadi sangat sesak maka lebih baik jalan kaki saja.
Ikut jadualnya yang sepatutnya berceramah pada malam tersebut ialah YAB DS Nizar, YB Sivakumar dan YB Mahfuz Omar.

Bila dapat keputusan MB Nizar menang dan dapat berita bahawa dia dengan segera akan bertemu Sultan sudah terbit rasa bahawa pasti DS Nizar tak ada malam ni. Jam 7 malam sms pada YB Lih Kang ucapkan tahniah. Dia maklumkan bahawa beliau sedang berceramah di Ipoh bersama YB SIva...so sudah jelas YB Siva tidak hadir dan katanya DS Nizar akan ada.

Namun di awal ceramah sudah dimaklumkan bahawa DS Nizar tidak dapat hadir...namun orang ramai masih berpusu-pusu memenuhi setiap ruang kosong yang ada. Ketika kami sampai taklah ramai sangat orang di sepanjang jalan di hadapan markaz di mana berderet ada gerai2. Namun beberapa minit kemudian keadaan menjadi sungguh sesak hingga sukar orang nak berjalan keluar masuk.
Ramai juga yang keluar dari arah dalam dewan...saya pasti keadaan di dalam dewan dan di perkarangan sesak dengan orang ramai membuatkan keadaan menjadi sangat panas...maka ramai yang ambil keputusan keluar.

Kami berdiri sahaja di atas jalan....kemudian terlihat kelibat YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja berjalan keluar menuju ke gerai laksa yang terletak berdepan dengan pintu gerbang Markaz...

"jauh Dr datang"...tegur saya pada Dr Mariah.

"Siang tadi saya sebuk sepanjang hari..jadi nak la datang beri sokongan"...begitulah lebih kurang respon beliau.

"Suami Cikgu Laila belum bebas lagi kan?"...itulah soalan lazim yang akan saya terima bagi pihak Cikgu Laila..

"ha..ah...belum..kesian dia...teruk betul down dia kali ni...tapi tadi dia dah call saya..dah okay sikit"...jawab saya pula.
Kami juga bertemu dan berdiri bersama-sama dengan Ahmad Sabki Yusof dan isterinya Muna Izzah Dato' Hj Fadzil. Pasangan suami isteri turut sama bersama ramai lagi datang mendengar ceramah pada malam tersebut. Mereka kemudiannya beredar dan duduk makan laksa di celah-celah gerai...biasa-biasa saja.

Saya sendiri selepas itu setelah letih dan lenguh berdiri menumpang duduk di atas tikar bersama Muslimat PAS Hulu Kelang...tikar dibentang di atas jalan berdepan gerai laksa..harum menyengat bau laksa di situ..duduk bersama saya ialah Kak Yati, orang Kuat Muslimat Hulu Kelang dan juga kakak kepada DS Nizar...dia maklumkan yang DS Nizar dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk adakan mensyuarat tergempar EXCO...tentu semua faham dan maklum situasi yang terdesak tersebut.

Sambil duduk-duduk di tengah jalan tu..memanglah dapat bertemu dengan ramai teman-teman lama di zaman reformasi dulu..termasuk Nasir ISA..orang yang banyak kali ditangkap di zaman kehangatan demonstrasi di zaman reformasi...termasuk juga Zali..orang kuat PKR Gombak..

Kak Zumrah, isteri Ustaz Badrul juga nampak muncul keluar dari celah-celah orang ramai. Bersemangat juga datang bersama dengan anak perempuannya, Ustaz berceramah di Ijok katanya....

Ramai lagi yang kami terserempak..pemimpin2 PR...namun tetap turun bersama rakyat biasa. Moga terus kekal begitu.

Saya juga terharu melihat kelibat anak-anak muda yang datang sambil memimpin ayah atau ibu mereka yang telah uzur. Gambar diatas, dikirinya ialah anak dan di sebelahnya ialah ayahnya yang telah uzur dan berjalan pun lambat dan terketar2..dia pimpin ayahnya dengan setia walaupun lambat di celahan orang ramai...ada juga seorang ibu yang tua datang bersama anaknya...menumpang duduk di atas tikar bersama kami..katanya dia datang dari Ipoh...hebat!!!!

..begitu bersemangat sekali rakyat untuk mendengar penjelasan yang benar dari pemimpin PR...sudah cukup untuk memberi isyarat pada Najib dan pimpinan BN yang lain bahawa rakyat sudah MUAAAAKKKK...bennnciii...dan meluaaaaatttt...

4 comments:

Neeza Shahril said...

neeza pun benci dengan orang yang sangat bodoh itu.. meluat sangat sangat.. macam katun..
diorang ingat ni cerita popeye agaknya kan..

Aina@Azila said...

Yes Neeza, akak agree sangat sangat dengan Neeza. Sebijik macam menonton cerita Popeye.

Obvious sangat.. die orang ingat kite semua macam budak2, tak tau nak fikir. Kalau nak menipu pun biar laa logik kan.

ummu asiah said...

neeza..

luahkan apa yg terpendam tu..lega sikit kan:)

budak2 pun pandai berfikir mana yg baik and tidak..bila beri nasihat dan tunjuk ajar lengkap dgn contoh lagi senang nak faham..ni org tua yang dah dekat dah masuk kubur ni yg payah sebab rasa dunia saja yg kekal abadi..akhirat tak dak erti agaknya.

ummu asiah said...

azila..

after reading your entry in your blog..akak dapat example rakyat yg dulunya lain sekarng lain..i.e..disebabkan kes perak ni sebenarnya lebih membuka segala rahsia apa yang ada pada mereka2 yg menimbulkan huru hara di perak ni dan tidak cuba memperbaikinya malah biarkan jadi lebih teruk lagi!!!