Bagan Pinang: "Mengalir Air Mata Asiah, Ummi"
Baru pulang dari menghantar anak yang bongsu ke sekolah. Asiah nama diberi. Entah kenapa nama blog, alamat emel diambil bersama namanya.
Bila statusnya anak yang bongsu kerenahnya memang bermacam, ada kala membuat hati jadi panas adakala membuat kita tersenyum dan berfikir sendiri menilai diri.
Hari ini, setelah bercuti selama 1 minggu mengambil sempena cuti peperiksaan PMR, Asiah kembali semula ke sekolah. Aktiviti Asiah dan kakaknya Asma' lebih kurang sama dengan aktiviti ummi dan abahnya.
Saya suka berkongsi tentang celoteh Asiah.
Sekitar jam 1 tengahari, Ahad 11 hb Oktober 2009 bertempat di hadapan Sekolah Si Rusa, Telok Kemang, Bagan Pinang.
Asiah berdiri bersama barisan penyokong PAS sambil memegang banner calon dan sama-sama berzikir.
Berdiri ramai di barisan pihak lawan ialah sekumpulan remaja puteri berbaju T Puteri Umno, menjerit-jerit bagai orang hilang akal.
Asiah sebagaimana kami yang lainnya menumpukan perhatian ke arah gelagat kumpulan remaja berbaju T Puteri UMNO.
Asiah menoleh ke arah saya dan berkata: " Ummi.....tiba-tiba masa Asiah zikir-zikir tengok perangai diaorang mengalir air mata Asiah, Ummi.."
Saya diam sahaja sambil berfikir apakah agaknya yang menyebabkan air mata anak seusia 8 tahun ini mengalir...apa-apa pun saya terharu kerana walaupun usianya masih di bangku sekolah, dia sudah faham apa yang baik dan apa yang buruk di pandangan mata tak perlu padangan hati baginya kerana sudah masih dalam fitrah suci bersih.
Semoga anak-anak remaja puteri dan putera yang terlibat dalam aktiviti yang merosakkan moral mereka pada 11 Okt lepas akan mendapat petunjuk dan kembali kepada fitrah mereka semula...
Bila saya lawati beberapa blog-blog lain mengenai hari pengundian 11 Oktober jelas menunjukkan suasana dan aksi yang serupa dilakukan oleh sekumpulan remaja putera dan puteri..timbul persoalan..dari mana mereka datang, bagaimana mereka didatangkan dan kenapa dan macam-macam lagi persoalan..apa perasaan anda jika mereka ialah anak anda atau saudara anda atau anak murid anda????
Paling menarik bila sekitar lewat petang, bila kami menerima berita awal tentang kekalahan PAS, Asiah boleh mempersoalkan "Kenapa orang pilih BN juga tak pilih PAS, ummi?"...harap-harap Asiah hanya bertanya dan jawapannya sudah sedia ada dalam mindanya hasil penelitian, pendengaran dan kebersamaan dalam perjuangan.
4 comments:
Kesian Asiah....dibiarkan berjemur panazzz. Tak pa ,besaq nanti ikut macam mak erkkk.
Tahniah. Perjuangan Islam tak mengenal kecil atau besar. Teruskan perjuangan.
melentur buluh, biar dari rebungnya. Teruskan perjuangan.
tak dinafikan, tingkahlaku kaum wanita dalam UMNO mmg agak mengecewakan. Melalui pemerhatian saya, memerhatikan kawan2 di sini (kuantan) yang terlibat dengan puteri atau pun wanita UMNO. Mereka ini berpolitik tapi dlm masa yg sama turut 'berskandal'...
skandal antara pemudanya dengan puteri dan bermacam-macam lg. Lebih teruk lagi apabila skandal2 ini melibatkan isteri org dengan pasangannye suami org...
anonymous 14:17
InsyaAllah moga yang baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan.
...............
uminas..
terimakasih..sama-sama kita pupuk semangat perjuangan...
....................
rohaifi...
terimaksih...betull..mula dari awal..
itulah realiti yg menyedihkan..malangnya mereka adalah seagama dan sebangsa dengan kita,,
smlm terbaca ucapan dan saranan dari shhrizat ttg wanita perlu kembali kpd memupuk nilai murni dan kebaikan pada keluarga dan anak2..lebihkurang mcm tulah..bagus tu..tapi moga ianya bukan hanya kata2.
bukan kita sengaja cari kesalahan dan menonjolkan keburukan..tapi itu realiti yg terpampang dpn mata dan gagal didedahkan media arus perdana.,..
Post a Comment