Monday, 5 October 2009

Bagan Pinang: TOLAK CALON RASUAH-TOLAK ISA!!!!

Bila ada Pilihanraya , PRK atau PRU maka siri ceramah menjadi ruang untuk Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan dan salah laku pimpinan UMNO dan BN secara terbuka. Di setiap ceramah pasti ramai yang akan datang, apatah lagi jika mengemukakan penceramah yang hebat.

Semalam 4 Okt, DS Nizar telah menyampaikan ceramahnya di Markaz PAS di Batu 61/2 Telok Kemang.Ucapan berapinya mendesak semua pengundi menolak ISA SAMAD. Calon yang paling tidak patut dan tidak layak diberi sebarang undi. Sudah hangat diperkatakan bahawa dialah orang yang paling teruk mengamalkan dan menerima rasuah.

DS Nizar mengingatkan janji-janji Najib ketika mula-mula mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Sama seperti janji-janji Tun Abdullah Badawi suatu ketika dulu, untuk menjamin sebuah pemerintahan yang bersih dan bebas dari rasuah.

Namun dengan pemilihan ISA Samad sebagai calon di Bagan Pinang jelas menunjukkan bahawa ianya adalah hanya sebuah janii-janji kosong. Dengan tunduknya Najib kepada desakan UMNO Bahagian Telok Kemang dan desakan Muhyiddin Yassin maka lengkaplah lagi sebuah konspirasi jahat yang bakal merosakkan rakyat khususnya rakyat di Bagan Pinang.

DS Nizar mendesak dengan sepenuh hati dengan ucapan yang berapi-api agar semua menolak manusia yang jahat dan terlibat dengan rasuah yang jelas diharamkan oleh agama.

Rasuah hanya mengayakan dan menguntungkan si penerima rasuah semata, hasilnya rakyat yang menderita kerana tidak mendapat hasil yang sewajarnya dan segala kemudahan yang sepatutnya lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan projek pembangunan setempat.

Isa Samad sendiri telah mengaku bahawa dirinya telahpun menerima hukuman dari salah lakunya ketika pemilihan UMNO yang lepas,(petikan dari Malaysiakini) namun kita harus jelas bahawa hukuman tersebut hanyalah di bawah bidang kuasa pimpinan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan seluruh rakyat Malaysia kerana ianya bukannya diadili oleh sebuah Institusi Kehakiman yang sah dan adil. Malahan SPRM juga tidak mengambil apa-apa tindakan.

Oh...saya juga merasa amat sakit hati membaca satu lagi laporan terkini dari Malysiakini, mudah sahaja untuk Perdana Menteri 1 Malaysia menyatakan bahawa "Isa's offence a technical matter". Kenyataan ini secara lansung menunjukkan PM mengaku bahawa ISA SAMAD telah melakukan kesalahan.

Mudah benar untuk Najib mengeluarkan kenyataan seperti di bawah untuk menyokong lagi kemungkaran dan kezaliman.

...persoalannya samada beliau (ISA) layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita hatta penjenayah berhak mendapat peluang kedua dan boleh bertanding bila sudah menjalani hukuman. Kesalahan beliau adalah kesalahan teknikal....beliau hanya bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri dan bukannya menteri atau kerusi menteri besar...

Apa maknanya kenyataan Najib seperti di atas...adakah ianya sama dengan nasib yang menimpa kepada rakyat biasa yang lain???

Malang sungguh nasib kita rakyat Malaysia dari golongan yang dikategorikan sebagai pembangkang. Lihat contoh yang menimpa ke atas Mendiang Teoh Beng Hock, beliau telah menerima nasib yang amat malang dan menyedihkan, sehingga mati dibunuh....bukti yang jelas bahawa beliau dibunuh.

Rakyat Malaysia yang prihatin merasakan amat dukacita dan tersentuh dengan peristiwa ini lebih-lebih lagi melihat gambar mangsa yang dijumpai sedemikian rupa. Kita juga rasa amat marah dengan dakwaan pimpinan negara dan SPRM yang menuduh bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri. Satu tuduhan yang amat tidak berasas sama sekali.

DS Nizar menceritakan pengalamannya ketika menjadi seorang Jurutera dan melihat sendiri contoh di depan mata bagaimana keadaan seseorang yang mati membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tingkat 7 sahaja. Keadaan mata mangsa yang tersembul keluar, kepala pecah dan darah yang bersepah mercik ke merata tempat. Baru dari ketinggian tingkat 7.

Maka jelaslah sudah, kita dan anda rakyat Malaysia khususnya anda di DUN Bagan Pinang haruslah menolak calon yang jelas dan sudah terbukti terlibat dan mengamalkan rasuah. Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau insaf dan sudah dihukum, namun beliau masih berdosa kepada bukan sahaja penduduk Bagan Pinang atau Port Dickson, malahan keseluruhan penduduk Negeri Sembilan kerana beliau telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama lebih dari 20 tahun...kita dan anda tidak perlu lagi menimbang untuk memberi peluang kepada beliau memegang tampok kepimpinan lagi.

Ustaz Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat turut berceramah semalam sebelum memberi ruang kepada calon yang turut hadir di tempat ceramah.

Saudara Zulkefly Mohd Omar menyampaikan ucapan ringkas menceritakan pengalaman beliau bertemu penduduk setempat terutama sekali dari golongan peniaga yang merasakan diri mereka teraniaya oleh BN.

Mereka tidak menjakankan perniagaan seperti biasa apabila tapak perniagaan mereka diambil oleh kumpulan BN yang membina khemah di kawasan mereka berniaga. Jumlah wang yang diberi sebagai gantirugi adalah langsung tidak mencukupi.

Akhir sekali sudah jelas sekiranya kita berfikir dengan waras dan mengikut ajaran agama mana sekalipun sudah tentu kita tidak akan memilih calon yang tidak memikirkan hak rakyat, mengamalkan rasuah, bersatu di bawah Parti dan pimpinan yang menjunjung akta-akta yang zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan lain-lain lagi.

Motto 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN HANYA LEMBUT DI BIBIR DAN INDAH DIPANDANG DI BANNER YANG BESAR TERPAMPANG SAHAJA padahal tidak membawa sebarang makna kepada rakyat di Malaysia.

TOLAK CALON RASUAH, TOLAK ISA!!!!

No comments: