Saturday 10 October 2009

"Tuhan, Allah yang memberi kemenangan"




Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.

Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!

Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"

Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.

Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.

Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya.

Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"
Sanggupkah kita beraksi seperti dia????

3 comments:

Bikir Perak said...

Assalammualaikum..

Saya ada citer mengenai dugaan ni....

Kisah berlaku sewaktu seorang Raja yang adil dan saksama sedang gering (sakit), maka dipanggilnya para pembesar istana supaya mencari dukun, pawang mahupun bomoh untuk mengubati raja tersebut..setelah upacara mengubati di lakukan, maka sepakat lah para pawang, dukun dan bomoh untuk menyatakan penyakit baginda boleh diubati dengan syarat, haruslah dapatkan sejenis ikan yang hanya terdapat pada musimnya sahaja,dan kebetulan adalah musim ikan tersebut menonjolkan diri dipermukaan air,maka seluruh rakyat yang sayangkan raja itu mencari ikan tersebut, memandangkan pada waktu itu adalah sememangnya musim ikan tersebut timbul...Tapi, setelah puas rakyat jelata mencari ikan yg dimaksudkan di tempat yang diperkatakan..namun menemui jalan buntu, apabila ikan-ikan tersebut seekor pun tiada kelihatan...puas mencari, dipermukaan air, para rakyat jelata menyelam pula dengan harapan mendapatkan ikan tersebut..dan masih gagal juga..ditakdirkan raja yang baik dan adil itu mangkat (meninggal)...setelah usaha mencari ikan itu gagal...

Dan di sebuah negeri yang lain pula berlaku perkara yang sama, dimana seorang raja yang zalim lagi tidak perikemanusiaan mengidapi penyakit yang sama seperti raja yang baik tadi...maka sama juga lah jawapan dari pawang, supaya mendapatkan ikan yang bermusim tersebut, dan sememangnya waktu itu adalah musim ikan yang dinyatakan...maka para pembesar bagi kerajaan yang zalim itu mengerahkan seluruh hamba seraya untuk mendapatkan ikan yang dimaksudkan itu.....di takdirkan tuhan, ikan tersebut dapat dicari sedang bermain dipermukaan air di dalam negeri raja yang zalim itu..Dan setelah mendapatkan ikan tersebut makan upacara mengubati raja yg zalim itu dilakukan, dan raja itu kembali sihat serta betenaga....

Setelah peristiwa ini berlaku, maka mengadaplah malaikat kepada Yang Maha Kuasa, memohon kepastian disebalik kejadian tersebut...Lalu Allah s.w.t memberitahu kepada para malaikat, akan sebab-sebab kejadian itu..Raja yang baik dan adil itu mempunyai sedikit dosa, dan Allah berikan dia sedikit ujian kesakitan serta menyembuyikan ikan-ikan tersebut agar dosa yang sedikit itu dapat dihapuskan...Dan kelak dia meninggal akan terus masuk syurga,

Sebaliknya raja yang zalim dan angkuh itu, mudah mendapatkan ikan-ikan tersebut kerana dia mempunyai sedikit pahala yang pernah dilakukan..lalu Allah gantikan pahala tersebut dengan ikan-ikan itu agar raja yang zalim itu tiada lagi pahala, sebaliknya dosa yang akan terkumpul..Maka senanglah Allah menghumbankan raja zalim tersebut keneraka kelak..kerana tiada lagi pahala yang akan menghalang raja yg zalim itu terjerumus keneraka jahanam...

begitulah kisah cerita yang penuh peringatan dan pengajaran dari kisah kedua raja yang baik dan raja yang zalim...

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA BLOGGER2 PAKATAN RAKYAT TANPA ADA HABUAN DUNIA TERUSAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT YANG DAHAGAKAN KEADILAN DAN KEBENARAN BUKANNYA FITNAH SPT TV3 GILA BABI DAN SEANGKATANYA DENGANNYA..

kelambuharimau said...

alah..demi allah kononya...memang korang ni dah sesat fikiran..demi allah apa yang saya lihat di bagan pinang memang ternyata PAS lah provok segalanya..bacul..baling batu sorok tangan..ya allah nasiblah kemenangan memihak BN..kekalkanlah kemenagan ini kerana ahli pAS dah jauh tersesat oleh ajaran pemimpin yang sesat..kenapa gambar BN saje?mana gambar penyokong PAS? saya ada disana jangan nak bohong..kalu bohong...ya allah turunkanlah bala kepada si pembohong ini

kelambuharimau said...

percakapan dan ayat penyokong pakatan jahanam ni langsung tiada ciri ketimuran dan ini bukan cara islam..tiada sikaphormat menghormati jauh sekali nak menjaga silaturahim sesama islam..alhamdulillah allah dah tarik keistimewaan dari PAS..pandai mengata dan menipu aje kerjanya