KRISIS PERAK dan 'KAMI ANAK MALAYSIA'
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan berlansung sekali lagi pada 28 hb Oktober ini. Berbagai spekulasi, berita dan desas desus yang sudah kedengaran dari pelbagai sumber berita. Kemungkinan DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat turut di hebahkan. Keputusan menghadiri sidang DUN Perak juga telah dibuat dengan penerimaan surat dari Speaker V.Sivakumar.
Rakyat keseluruhannya terus menunggu dan menanti dengan setia dan penuh tanda-tanya akan apa yang akan berlaku pada tarikh tersebut.
Namun apa yang jelas dan sudah terbukti iaitu seramai 157 orang rakyat Malaysia, ya rakyat Malaysia yang sudah ditangkap sejak bermulanya kemelut krisis di Perak yang bermula pada 4hb Februari 2009 yang lalu...Menarik juga..dan mungkin suatu kebetulan kerana di dalam kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yg dipetik dari Herald Malaysia Online ialah tangkapan akibat dari krisis rampasan kuasa di Perak lebih teruk dari tangkapan semasa Operasi Lalang. (Clampdown worse than Operasi Lalang-DS Nizar).
Operasi Lalang yang berlaku pada 27hb Oktober 1987 di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir telah 'membaham' mangsa seramai 106 orang. Manakala seperti yang disebut di atas polis telah menangkap seramai 157 orang awam di beberapa tempat dan peristiwa sepanjang Krisis Rampasan Kuasa ini berlaku.
Operasi Lalang, 27hb Oktober melambangkan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. 22 tahun telah berlalu, 2 tahun sebelumnya kezaliman peristiwa MEMALI, hingga kini rakyat terus dizalimi...apakah pada tarikh 28hb ini pemimpin yang berkuasa khususnya Dato' Seri Najib akan meneruskan tradisi tersebut? Persoalan yang akan terus menjadi tandatanya walaupun pada hakikatnya kelihatan begitu jua.
Walau apa jua jawapannya, yang penting dan terserlah ialah setiap kali berlaku kezaliman, pasti rakyat akan bangkit, bangkit menentang dan berjuang. Berjuang menegakkan keadilan. Bila berlakunya Operasi Lalang, rakyat bangkit, SUARAM ditubuhkan, bila DSAI dilucutkan jawatan, rakyat bangkit dan tercetus gelombang REFORMASI yang belum padam hingga kini, bila 10 orang ahli politik dan aktivis rakyat ditangkap ISA di tahun 2001, Gerakan Mansuhkan ISA GMI ditubuhkan.
Begitulah yang terjadi pada 5 hb Februari 2009, sebaik mengetahui bahawa Dato' Seri Najib telah berjaya merampas kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, rakyat dari seluruh pelusuk negara berbondong-bondong datang menuju ke kediaman Menteri Besar Perak untuk memberi sokongan. Rakyat pantang dicabar, semangat Reformasi tahun 1998 masih segar lagi dalam jiwa rakyat. Rakyat sanggup berjuang dan berkorban. Maka tercetuslah satu lagi semangat baru, semangat menentang dan melawan akibat dari peristiwa...1 Black Malaysia...Kegelapan yang menyelubungi kebebasan demokrasi-dipetik dari buku 1 Black Malaysia terbitan DAP Malaysia.
Kami sekeluarga turut sama merasai bahang krisis yang berlaku, walau kami bukan anak kelahiran Perak.
5 Februari kami merentas lebuhraya menuju ke Bandaraya Ipoh ke kediaman Menteri Besar Perak, bersama anak-anak, turut bersama solat dan bermunajat, mendengar ucapan dan amanat dan akhirnya kami sama-sama berjanji akan turut sama mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak seperti yang dipohon dan dipinta oleh pimpinan terutama sekali Menteri Besar yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
6 hb Februari kami bertolak sekali lagi menuju ke Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar untuk bersama rakyat Perak menuntut keadilan, menuntut agar Yang MuliaTuanku Sultan bersikap adil dan meluluskan permohonan Datuk Seri Nizar untuk Bubarkan DUN.
Apa yang terjadi di waktu sebaik selesai solat Jumaat 6 hb Februari, ialah sesuatu yang di luar dugaan, rakyat begitu berani menyatakan pendirian mereka, meluahkan rasa isi hati mereka agar DUN Perak dibubarkan dan cuba sedaya upaya agar upacara perlantikan Zambri sebagai Menteri Besar tidak diteruskan kerana ianya adalah tidak sah dan tidak dipersetujui oleh rakyat walau diperkenankan oleh Sultan.
Tiada pimpinan Pakatan Rakyat yang terkehadapan yang mengetuai perhimpunan aman di hari itu, ternyata ianya adalah suara rakyat, kehendak rakyat, kebangkitan rakyat , dari rakyat untuk didengar oleh Sultan...BUBARKAN DUN PERAK.
Perhimpunan berakhir dengan kekerasan dan kezaliman dari pihak polis dan FRU, 9 orang akhirnya ditangkap oleh polis, mereka kebanyakannya ialah individu yang cuba menyelamatkan keadaan yang kecoh, mereka rakyat biasa, bukan dari golongan pimpinan atasan, semuanya anak Perak jati, kecuali seoarang sahaja iaitulah suami kepada penulis. 4 orang lagi diburu selepas perhimpunan aman dengan gambar mereka disebarluaskan dalam media cetak arus perdana dan TV milik kerajaan umpama penjenayah yang paling dikehendaki!!.
Bermulalah detik-detik hitam dalam hidup ke semua mereka selepas itu...tiada siapa dapat menduga apakah nasib yang bakal menimpa mereka selepas itu, apakah akan dilepaskan, apakah akan didakwa ataupun tidak. Ahli keluarga terus menanti dengan sepenuh harapan agar pihak polis berlaku adil dan tidak sewenangnya mengikut arahan pihak atasan.
Di ketika ini sepenuh harapan diserahkan kepada Allah (S.W.T.) sambil mengharapkan pertolongan kepada para penyokong dan barisan peguam handalan untuk membela nasib mereka yang ditangkap. Walaupun penulis sendiri pernah melalui detik dua kali ditangkap dan dipenjarakan atas alasan menyertai perhimpunan haram dan didakwa, namun untuk kes tangkapan di Perak ini terasa sedikit debarannya, terasa desakan dan keingininan pimpinan tertinggi BN yang zalim harus dilaksanakan sedaya upaya dengan menggunakan khidmat setia PDRM.
Mereka 9 orang telah ditahan dan dimasukkan ke lokap sebelum dihadapkan di hadapan majistret di Mahkamah Kuala Kangsar keesokan harinya 7 hb Februari. Sebagai ahli keluarga mereka yang telah ditangkap dan didakwa, saya bersyukur dengan kehadiran pimpinan dan barisan peguam handalan sejak mereka mula ditahan di lokap IPD Kuala Kangsar pada petang 5 hb Februari 2009.
Hingga kini, khususnya barisan peguam handalan dari Pakatan Rakyat terus membantu kami, walaupun pada awalnya saya sedikit menyimpan rasa gusar apakah peguam-peguam ini akan terus bersama membela nasib kesemua mereka atau hanya muncul di hari kejadian untuk menunjukkan muka untuk mendapat 'political mileage' sahaja. Ternyata sangkaan saya salah dan tidak tepat untuk barisan peguam yang mewakil Kes 'Bubar Dun Perak' ini, mereka terus membantu kami dengan bersungguh-sungguh.
Untuk mereka khususnya teruskan perjuangan untuk memastikan kes ini berjaya sebagai tanda menuntut keadilan dan hak rakyat di bawah perlembagaan untuk bebas memilih pemimpin yang mereka percayai ditegakkan dan dibela.
Di bawah saya turunkan salah satu penulisan saya dari siri penulisan Krisis di Perak yang melibatkan kami sekeluarga. Ianya boleh dibaca di sini.
Kini Najib semakin ingin memastikan ianya kekal berkuasa...
Bermulalah Krisis Perlembagaan dalam Negara, khususnya di Perak. Walaupun kami bukan rakyat Perak namun isu di hadapan mata ialah isu umum yang berkait rapat dengan kezaliman tahap tertinggi, merampas kuasa dan hak rakyat. Sentiasa amat terkesan di hati kami...
Namun tidak disangka yang kami menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang menggunakan semua sistem yang ada dalam pemerintahan mereka untuk menekan dan menakutkan rakyat.
Dalam satu perhimpunan aman di hadapan Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009, suami sendiri tertangkap dan dipenjarakan selama 4 hari 3 malam bersama 8 orang wira rakyat yang lainnya...mereka disoal-siasat persis soal-siasat yang dikenakan ke atas tahanan ISA sehingga mereka merasakan yang mereka pasti tidak akan dibebaskan dan bakal dibelasah oleh UTK (Unit Tindakan Khas) yang telah bersiap sedia ada di IPD Kuala Kangsar...Interrogation Officer mereka telah dipanggil mengadap ketua di Bukit Aman dan Putrajaya di hari mereka sepatutnya dibebaskan.
Banyak lagi peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka selama diletakkan di lokap IPD Kuala Kangsar. Malahan setelah mereka dibebaskan ada beberapa orang yang kehidupan mereka terus diganggu sehingga mereka terpaksa bersembunyi dan tidak tinggal di rumah sendiri.
Kehidupan kami suami isteri juga sedikit berubah terutama sekali dalam memikirkan tentang masa depan, kami perlu bersedia 'mentally and physically'.
Secara berterus terang, saya sering terfikir dan berfikir, berbaloikah dengan apa yang kami lakukan, hadiri protes aman tanda membantah kezaliman pemerintah kemudiannya ditangkap dipenjarakan, 'mentally being tortured', didakwa dimahkamah...diaibkan oleh TV dan Akhbar media arus perdana...akhirnya terpaksa melalui proses turun naik mahkamah yang entah bila akan berakhirnya, paling teruk jika ditangkap di luar kawasan tempat tinggal sendiri..namun setiap kali persoalan itu menerjah ke kepala ada saja inspirasi dan motivasi baru yang Allah kurniakan untuk saya terus rasa kuat dan yakin dengan apa yang dilakukan...
Moga dengan sokongan semua mereka yang terus dizalimi akan terus mendapat kekuatan untuk berjuang.
Penulisan di atas ditulis pada hari Khamis 19hb Februari 2009 di bawah tajuk 'Detik-detik Hitam di Perak'
Hari ini 27hb Oktober, kes perbicaraan "OPS BUBAR DUN PERAK' akan disambung perbicaraannya jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hingga ke 30hb Oktober. Hakim begitu komited untuk cepat meneruskan perbicaraan ini. Moga Keadilan tertegak dan terserlah.

No comments:
Post a Comment