Thursday, 24 April 2008

Duka Mereka..."Biarlah Gambar pula yang berkata-kata"

Gambar di atas adalah gambar suami Pn Norlaila Othman, Mat Sah Mohd Satray, tahanan ISA yang akan genap penahanan 6 tahun pada bulan Jun ini. Berdiri di sebelahnya ialah Suhaib Mat Sah, kini berumur 15 tahun. Ketika ayahnya ditahan umurnya sekitar 8 tahun....baru darjah dua,kini sudah di tingkatan 3.

Gambar ini diambil ketika Mat Sah dibenarkan pulang untuk menziarahi ibu beliau yang terlantar sakit di HUKM baru-baru ini. Proses untuk membawanya pulang bukanlah mudah. Ibunya pula setiap hari menyebut-nyebut dan menunggu kepulangan anak yang dikasihi dan dicintai. Ibunya akan menangis setiap kali nama anaknya disebut-sebut.....

Biarlah gambar yang berkata-kata mengenai duka mereka...dipisahkan akibat akta zalim ISA.

6 comments:

silversarina said...

salam,

Sebak melihat gambar-gambar ini...saya doakan agar anak-anak ini dapat bersama ayah mereka dalam masa terdekat.Amin.

Ummi said...

Anak2 perlukan kasih sayang kedua2 ibu dan bapa. Semoga mereka semula dapat kembali sebagai sebuah keluarga semula secepat mungkin.

ummu asiah said...

Kak Rina,
Ya..mari kita sama-sama do'akan. Do'a dari sahabat2 yg tak dikenali di pelusuk dunia...pasti akan diperkenankanNya jua.

1 saat pun kita tak rela dizalimi dan ditindas inikan pula 6 tahun lamanya...cukuplah...Dan jangan ada penahanan yg lain lagi.

ummu asiah said...

Ummi,
memang betul..ummi pasti memahami kan..but at least dalam dunia moden ni if terpisah jarak jauh ada bnyk cara nak menjalinkan perhubungan, tapi for those yang dalam KEMTA they can only see or talk to their families if ada lawatan. Tapi itupun macam di penjara, cakap melalui interkom, tak boleh bersentuhan.

Most of the families bukanlah senang dan ada anak ramai, tak ramai yg dapat pegi even once a month, ada yg boleh lawat once a year saja. For those dari Sabah lagi kesian.Dapat jumpa pun for 45mins saja, berkongsi masa bercakap dgn anak2 lagi..travel jauh pulak tu.

Neeza Shahril said...

menitis air mata neeza kak. Kesian mereka kan. Ada ayah tapi tak dapat rasa kasih sayang ayah seperti mana kanak2 lain... sampai bila lah agaknya manusia yang zalim tu nak pisahkan anak2 ni.. pelik dunia sekarang, hukum orang yang tak buat salah. Orang jahat lain macam mencuri, merompak, sekejap aje masuk jail...

Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi said...

Semoga Allah membalas mereka yang zalim ini dengan balasan yang setimpal.. Amin