Thursday, 10 April 2008

Taman Kecil dan Haiwan Perosak

Bila baca di blog Mak Lang tentang pokok..teringin juga nak share gambar yang kebetulan baru diambil pagi tadi. Ini sebahagian taman kecil di hadapan rumah. Pokok2 nya kesihan sangat sebab dijadikan sebagai tempat permainan dan persinggahan haiwan perosak..sang tikus yang bermaharajalela bila malam menjelma. Tikus2nya amat besar sekali sebesar lengan manusia dewasa. Ianya juga tak takut lansung pada manusia.

Lihat pasu kecil yang didepan sekali. Dulunya saya letak didalam rumah, tapi sebaik saja diletakkan diluar, sedikit demi sedikit daunnya hilang hingga licin sekali. Saya juga menanam ulam sambung nyawa, daun kunyit, sireh dan satu lagi tak sure apa namanya..wangi baunya..semuanya licin tinggal pasu saja jadi habuan makanan si tikus. Suami saya beri cadangan untuk meletakkan pasu-pasu pokok tersebut di balcony saja. Sayangnya nak kena tanam semula. Tikus-tikus ni juga melepaskan isi perutnya penuh di atas lantai di luar rumah. Almost everyday saya perlu mencucinya. If not memang membahayakan kesihatan dan baunya amat hancing dan busuk.

Saya dah pun complaint kepada Majlis Perbandaran Selayang melalui website mereka. Bagus MPS ni, few days lepas tu staff dia called and datang my house di waktu malam around 9.30pm. Dapatlah mereka menyaksikan tikus-tikus yang berpestaan di luar. Tapi katanya nothing much yang dapat dibantu sekadar meletakkan racun tikus di kawasan luar rumah. Itu saja. Hingga kini masalah tersebut masih ada.

Saya ingatkan hanya berlaku di kawasan perumahan saya saja, rupanya ketika saya mendengar ceramah dari ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib, beliau turut menceritakan kisah masalah tikus sebesar lengan manusia turut dialami oleh penduduk di kawasannya. Janjinya masalah itu akan cuba diatasi selepas ini. Harap2 segeralah haiwan perosak yang merbahaya ini dapat dihapuskan. Takut pula menular wabak penyakit yang baru...Moga dijauhi Allah hendaknya.

4 comments:

maklang said...

eee....gelinya...

maklang kalau tikus2 ni memang geli betul

Agaknyamerka vegetarian kot...sebab tu makan daun!

Letaklah racun banyak2...eee..gelinya...

Ummi365 said...

Daun sambung nyawa tu kegemaran ummi .. makan dengan sambal kelapa..wow best.. sesiapa lalu kat depan memang ummi tak nampak..

ummu asiah said...

Mak Lang..memang geli, tapi anak saya yang kecil tu suka juga dok perhati gelagat tikus-tikus tu waktu malam dari atas rumah.

Semalam ada juga kawan yang datang suggest d same. Lagipun tikus tu akan pergi dan mati ditempat lain.

ummu asiah said...

Ummi..saya pun suka sgt ulam tu..sedap..senang pulak tu nak tanam,cucuk saja batang gerenti menjadi...tapi belum sempat nak petik dn makan dah habis daun-daun dia..tinggal batang saja...nak kena sambung nyawa dia dan tanam kat tempat yang tikus tak leh mkn.