Monday, 14 April 2008

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad (saw)

Pagi-pagi ketika menghantar anak ke sekolah, seperti biasa radio mesti di tune in ke RMKL 97.20. Dengar-dengar tazkirah dari Ustaz Fauzi Mustafa dan Ustaz Wan Sohor. Banyak peringatan yang mudah2 untuk kita lakukan dikongsi bersama. Untuk sesi Ustaz Fauzi ialah berkenaan do'a-do'a. Banyak do'a yang mudah namun mempunyai kelebihan dan ganjaran untuk kita. Kita boleh baca sewaktu drive atau buat kerja...tapi hakikatnya...selalunya habis masa mengelamun...itu pentingnya peringatan..



Pagi ni Ustaz sebutkan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad (saw)....mudah bukan...Katanya sekiranya kita berselawat...ucapan dan salam kita akan sampai terus kepada Nabi Muhammad(saw). Dalam banyak2 malaikat akan ada seorang malaikat yang diutuskan Allah untuk turun...term yang ustaz gunakan ialah melancong mencari hamba-hamba Allah yang berselawat. Ini ada dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah kata Ustaz. Malaikat ini akan datang kepada kita yang berselawat dan membawanya terus ke telinga Nabi Muhammad(saw). Allah akan memberikan roh semula kepada Ar-Rasul untuk menjawab salawat dan salam kita...SUBHANALLAH....



So...apa lagi...jom kita pakat2 isi masa terluang yang ada dengan berdo'a dan berselawat...

3 comments:

silversarina said...

Selawat ni memang terlalu banyak kelebihannya... anak I yang kecik pun sentiasa suruh sama dengan dia berselawat dan memang kami pasang cd selawat dan zikir dalam kenderaan .

btw , I saw you on tv baru ni ... alhamdulillah ada aktivis yang berjuang hapuskan ISA.

zlaa said...

Salam Nashita,

Tahniah, dah ada blog. Tak sangka pula you ada baca blog I sebab tak pernah tinggal jejak. Jumpa blog you ni pun secara tak sengaja bila baca komen you dalam blog-blog orang lain. Happy blogging.

ummu asiah said...

Kak Rina..memang betul our press conference dpt coverage that nite. Ada kawan alert yg ada di bernama news, so saya tunggu berita tghmalam. Alhamdulillah, bukan mudah nak dpt laluan ni...

Tapi..itu bukan saya..tapi 'kembar' saya. Dia Cikgu Norlaila, isteri tahanan ISA yg dah nak masuk 6 tahun ths June..saya orang di belakang tabir saja.

Zlaa...dah lama i dok bertandang ke yr blog, cuma tak pandai saja lagi and tak berani dan malas mencuba..still remember yr words untuk encourage i start my blog..so Alhamdulillah dah ada.