Thursday, 10 April 2008

GMI menerima Lawatan dari Pelawat British High Commission

Khamis 10hb April 2008, bertempat di Pejabat Suaram di Petaling Jaya, GMI telah menerima kedatangan 4 orang pelawat dari British High Commission. 2 orang dari mereka yang sempat dicatat namanya ialah, Tony Heal, Deputy Head of Prevent Unit, Office of Security and Counter Terrorism dan seorang lagi Ms Gill Attrill, Senior Principal Psychologist-High Intensity Programmes & Chromis, dari HM Prison Service.GMI pula diwakili oleh Nalini-Sektretariat GMI, Nashita-Bendahari GMI dan Hj Azmi-AJK GMI.

GMI berkongsi menceritakan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim, membebaskan semua tahanan ISA dan aktiviti yang dijalankan oleh GMI dalam mencapai objektif tersebut. GMI juga menekankan yang tidak ada sebab mengapa seseorang perlu ditahan tanpa dibicarakan atau tanpa dikemukakan sebarang bukti walaupun atas alasan untuk 'counter terrorism' atau mengawal 'extremist'.
Mr Tony menyebut bahawa di negara mereka ada juga bukti yang dikaitkan dengan sebab penahanan dan penangkapan mereka dengan adanya 'bombings' dan pembunuhan. Berbeza dengan apa yang berlaku di kepada tahanan di Malaysia di mana di Malaysia lansung tidak ada kejadian tersebut. Mereka hanya dituduh dan dikaitkan dengan keganasan yang berlaku di tempat lain khusunya atas pertuduhan yang dikeluarkan oleh BUSH.

Pelawat-pelawat ini juga begitu berminat mengetahui tentang keadaan para tahanan ISA di Malaysia yang ditahan hingga bertahun-tahun. Apakah aktiviti para tahanan, apakah mereka dibenarkan solat, solat Jumaat, apakah dapat bertemu keluarga dan lain-lain.
Puan Norlaila sebagai isteri kepada tahanan ISA-6 tahun menceritakan dengan secara detail akan apa yang dialami oleh suaminya.Khususnya bagaimana suaminya dihukum dengan dikurung di dalam bilik yang kecil yang hanya memuatkan sebuah katil dari batu-bata, satu pili air, satu laci kecil, satu ruang udara yang kecil. Suaminya dikurung seorang diri. Dilepaskan keluar pada waktu2 yang tertentu, cukup masa pintu akan dikunci dari luar. Ini berlaku selama dua tahun. Perkara ini berlaku selepas peristiwa Pn Norlaila terpaksa bertindak nekad 'ambush' Pak Lah pada tahun 2006 hanya kerana hendak menyampaikan surat memohon supaya suaminya dan tahanan yang lain dibebaskan segera. Pn Norlaila menegaskan kepada para tetamu GMI bahawa tindakan tersebut terpaksa diambil kerana segala usaha untuk membuat temujanji dengan Pak Lah telah tidak dilayan.

Ms Gill pula sebagai seorang yang bertugas di Prison Service amat berminat untuk membantu kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA membantu keluarga dan para tahanan ISA yang sudah dibebaskan. Semoga usaha ini dapat dilaksanakan kerana ramai ahli keluarga tahanan ISA terutamanya anak-anak mengalami masalah tekanan jiwa yang serius. Begitu juga tahana ISA yang dibebaskan juga tetap akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan dunia luar sebaik mereka dibebaskan.

GMI mengucapkan terimakasih kepada tetamu yang datang dari jauh dan sudi 'berkenalan' dengan lebih rapat dengan Gerakan Mansuhkan ISA.

4 comments:

NURAZZAH8 said...

salam perkenalan,
termasuk sini bila buka blog silversarina dan baca komen you. rupanya you kawan zlaa ya?
dan kebetulan kita menghantar anak-anak ke Maahad Tahfiz yg sama, anak saya pun ada kat MTAH.

welcome to the blogging world..

YuszTieY said...

salam kenal..
akak saya nak link kan blog akak kat bolg saya yer...
saya puyer ustaz pun ader kena tahan ISA..tapi tak tau camner dah sekarang...sejak dtg sini n balik cuti tak sempat jer nak ke sekolah lama tayer khabar ustaz2 tu...moga ISA akan dimansuhkan..aminnn

ummu asiah said...

nurazzah8..
actually dah lama saya singgah your blog..bukan saja kwn zlaa..tapi kawan your cousin jugaklah.

Anak saya tahun ni dah di tahun 2 SMIH. Ahad ni akan ke sana untuk Hari Anugerah..terlibat tak??kot-kot boleh jumpa..

ummu asiah said...

yusztiey..
Alhamdulillah..seronok dapat tambah ramai kawan dengan cepat. dapat berkongsi cerita dan pengalaman.
Boleh tahu siapa nama ustaz ni??InsyaAllah kami di GMI akan terus berjuang untuk usaha ini..Moga Allah beri kekuatan pada kita semua.