Tuesday, 9 September 2008

Kejayaan GMI Hari Ini-9 Ramadan


AJK GMI bersama trophy, sijil dan cek yang diterima untuk Civil Society Award

Berdiri dari kiri Ustaz Ramadhan Fitri, Syed Ibrahim Syed No, Zainal Adnan, E Nalini.

Duduk dari kiri Aliza Jaffar, Ummu Asiah, Norlaila Othman, Ustazah Nuridah, Fadiah dan tak ketinggalan Asiah. Kakaknya Asma' mengambil gambar.

Alhamdulillah, baru beberapa minit menerima sms seperti di bawah dari Setiausaha GMI E Nalini:

(isteri Sanjeev ketika membuat pengaduan ke SUHAKAM bersama GMI)
"Sanjeev Kumar sudah dibebaskan hari ini. Hidup GMI!"

Balasan dari saya: "Good. Hidup Perjuangan!!"

Cerita mengenai Sanjeev pernah saya hilitekan dalam salah satu entry saya. Beliau telah diseksa dan dizalimi hingga lumpuh dan terpaksa hanya duduk dan bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Beliau mengalami kesan depression yang sangat teruk akibat diseksa sepanjang ditahan oleh polis. Sebelum ditahan dia adalah seorang pemuda yang sehat baru berusia 25 tahun. Beliau telah dihantar dan diletakkan di Hospital Tanjong Rambutan seketika sebelum dipindah semula ke KEMTA.


(bergambar di depan balai polis Dang Wangi setelah membuat laporan polis mengenai penyeksaan ke atas Sanjeev)

Alhamdulillah, hasil usaha semua, GMI, aktivis, seluruh rakyat termasuk isterinya yang tidak jemu mengikuti sebanyak mungkin aktiviti kempen GMI sepanjang tempuh penahanan suaminya walaupun terpaksa berulang alik dari Taiping. Akhirnya dapat mereka disatukan semula setelah dipisahkan oleh akta zalim ISA.
Kita mendo'akan lebih ramai lagi dan kesemua tahanan dibebaskan segera.
Sememangnya ada tahanan yang dibebaskan, namun ada fakta yang tersembunyi...jika 4 orang dibebaskan maka hakikatnya ada lebih dari 4 orang yang baru pula disumbatkan ke KEMTA!!!

4 comments:

AKUOKU said...

ini bukan lari berganti2..satu masuk satu keluar!! ayuh!! mana rakan2 lain yg kuat sangat berjuang reformasi!! mari kita tumpukan agenda mansuhkan ISA

ummu asiah said...

aku oku..

jom sama-sama ramai-ramai kita perjuangkannya...cukuplah sudah segala penderitaan mereka.....

fsj said...

ya Allah jahatnye! ade ke patut dah kuar org lain, sumbat kan lagi org lain. keji betol!

ape pun kak, kite doakan semoge ISA dimansuhkan terus. boleh tak?

-fathen innocent-

ummu asiah said...

fathen..

salam perkenalan..

memang macam tu lah selalunya..bila dia bebaskan tu sememangnya utk disediakan pd tahanan yang baru pulak..memamg keji sedangkan semua yg dtahan pada masa yg sama dan dituduh atas alasan yg sama.

ISA memang sgt kejam!!!