Wednesday, 10 September 2008

Seraaamm....10 Ramadan

2 orang anak demam serentak tiba-tiba. Kedua-duanya bermula dengan sakit perut di sebelah petang. Seorang darinya ialah anak yang sedang menduduki UPSR....dugaan.
Selepas berbuka puasa, si adik Asma' dah flat. Panas sangat badannya. Terus tidor. Abang okay lagi, siap minta duit offer untuk ke kedai beli panadol dan air 100plus, selepas solat Tarawih di rumah sahaja.
Selepas itu abang pun sama panas badannya. Semua tidor cepat. Saya terjaga bila terdengar Asma' menjerit dari bilik sebelah, nampak dia merenung tajam muka saya...seram juga saya...tengok jam..dah hampir 2.20am. Tanya dia kenapa...dia muncung ke arah pintu bilik dan terus tutup muka....seram lagi saya. Pegang kepalanya....panas betul. Terus bangun mencari tuala kecil dan menuju ke bilik air...Asma' pun bingkas bangun ikut sama...katanya nak ikut ummi...takut..sampai di pintu lagi kuat dia pegang saya sambil tutup muka. Seram lagi saya...tapi saya katakan pada dia...dalam bulan puasa tak ada syaitan, tak ada hantu...tapi dalam hati takut memikirkan hantu dan syaitam yang wujud dalam diri manusia.
Teringat pula saya peristiwa kejam waktu sahor yang menimpa satu keluarga di Shah Alam baru semalam. Penjenayah masuk ke rumah ketika sekeluarga sedang bersahor...siisteri/ibu dibunuh kejam. Seram dan takut saya dengan perasaan tidak 'aman' ini...timbul rasa takut dalam hati saya untuk turun ke tingkat bawah, walau perut terasa lapar.
Saya basahkan kepala Asma' dan letakkan tuala kecil di kepalanya. Alhamdulillah...dia sambung tidur lena....si abang pula mundar-mandir tak boleh tidor...pening dan kepanasan pula...saya letakkan minyak dan urut kepala....tidor semula...
Hopefully dia sihat dan tak pening lagi di bila tiba waktu peperiksaan.

7 comments:

maklang said...

moga2 anak2 dah sihat...rumah kami pun nampaknya anak2 bertambah letih..cuca kadang agak telelau panas kat sini...

Neeza Shahril said...

Semoga anak2 akak cepat sihat. Shahmey pun batuk2 ni.. cuaca agaknya..

neeza takut dengan keadaan di malaysia. Kalau kat sana, masuk aje kereta, cepat2 neeza lock. Kat sini alhamdulillah, masih selamat. Tapi masih perlu berhati2 juga kan..

AKUOKU said...

kena pi klinik atau rajin2 spounge takut kena sawan kalau terlalu panas. semoga semboh cepat..

ummu asiah said...

Mak lang..

Alhamdulillah, 2 orang dah sehat, berjangkit pulak pd sorang lagi..hari ni anak-anak kita dan kita juga merdeka la kan mak lang.

ummu asiah said...

neeza..

ha..ah..cuaca dah semakin panas sikit. smlm g klinik ramai yang demam.

memang menakutkan skrg ni. kalau bawak beg..mmg make sure pegang kuat2. dalam rumah make sure semua pintu berkunci, masuk keta, cpt2 kunci pintu. mmg tak rasa aman.

ummu asiah said...

sham..

tidor malam mmg tak boleh lelap sgt. sbb asyek kena kejutkan oleh anak2. siap letak bekas air di sebelah. ya..memang risau takut kena sawan.

AKUOKU said...

kalau annisa dan annur demam, saya atau babahnya takkan tidur mlm dok sponge mereka..alhamdulillah 2-3 jam lepas tu depa sihat..

take care!get well soon!