Friday, 5 September 2008

Solat Tarawih di UIA-Nikmatnya....

Salah satu perkara yang paling seronok dalam bulan Ramadan ialah peluang untuk mengerjakan solat Tarawih berjemaah di masjid dan di surau-surau. Alhamdulillah semua masjid dan surau meriah dengan orang ramai yang ingin beribadat.
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan tidak punya pembantu mungkin peluang untuk mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah terpaksa diketepikan kerana banyak surau dan masjid yang agak 'berkira' dengan kehadiran anak-anak, hinggakan ada di sesetengah masjid telah jelas terpampang 'warning' yang berbunyi lebih kurang, "anak-anak di bawah umur 6 tahun dilarang memasuki kawasan solat". Kesihan kan pada anak-anak dan ibu-ibu yang ada anak kecil. Mengapa sampai jadi begini, sedangkan di dalam sirah Rasulullah(SAW) yang sering kita baca dan dengar, Rasulullah(SAW) amat menyayangi anak-anak kecil, hinggakan membawa cucu Baginda bersama ketika solat.....
Sejak beberapa tahun yang lepas Masjid yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah Masjid Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Alhamdulillah, tahun ini memandangkan kami juga telah berpindah ke Gombak, maka tidaklah jauh sangat jaraknya. Namun di tahun-tahun yang lepas walaupun kami tinggal di Bukit Antarabangsa, Ampang kami tetap meluangkan masa untuk ke masjid UIA.
Suasana solat di sana agak berbeza, maklumlah sebuah universiti Antarabangsa, maka berbagai ragam dan warna kulit manusia yang ada. Berbagai cara mereka berpakaian dan cara solat juga ada sedikit berbeza. Namun semuanya berdiri, rukuk dan sujud mengikut Imam yang sama dan rukuk dan sujud pada Allah yang Esa.
Satu kelebihan yang mungkin sukar didapati di masjid dan surau yang lain ialah, kehadiran anak-anak kecil dan besar yang amat ramai sekali. Mereka bebas bermain, menjerit, berlari, bergumpal dan berguling di dalam masjid ketika ibu dan ayah mereka solat berjamaah. Tidak ada sesiapa yang memarahi, menjerit ataupun menjeling ke arah mereka mahupun kepada ibu bapa mereka. Kawasan di dalam masjid dan di luar masjid yang lapang dan luas amat sesuai untuk mereka enjoy bermain sepuas hati mereka.
Bagi saya, saya merasa tenang dan tenteram menunaikan solat di sana walaupun dengan tahap kebisingan yang agak tinggi. Anak-anak saya Asma' dan Asiah termasuklah dalam sejumlah anak-anak yang cergas bermain di dalam dan di luar masjid. Mereka girang bermain dan excited dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai bangsa.
Mungkin juga disebabkan bacaan Imam yang jelas, tenang dan syahdu membuatkan hati dan telinga tertumpu kepada bacaan Imam maka bunyi dan gangguan lain tidak menyebabkan semua yang sedang solat terbit rasa marah kepada anak-anak yang ramai di sana.
Namun sudah tentulah ibu bapa juga tetap berpesan-pesan tentang kebaikan dan adab yang mulia kepada anak-anak ketika di masjid...namun berapa lama sangatlah tahap kesabaran anak-anak ini dapat bertahan untuk duduk diam dan solat di dalam masjid. Ada juga anak-anak yang membawa permainan, buku dan lain-lain untuk mengisi masa lapang mereka. Tetapi akhirnya masing-masing akan tetap teruja dengan keaktifan rakan-rakan yang lain.
Dialog Asiah kepada saya semalam sebelum solat Isya' di dalam Masjid UIA...
Asiah..."Ummi, Asiah tak nak solatla, Asiah letih"
Ummi.."Asiah solat Isyak sajala"
Asiah.."Okla, Asiah solat dulu ye..solat Isyak saja"..lalu terus solat sendirian. Selesai beri salam, bertebaranlah dia lari mencari kawan....hilang lah rasa letih dia tadi..:))
Satu lagi penambahan tentang aktiviti ibadat di masjid UIA ialah, kaum wanita pun turut sama solat Jumaat. Ini kiranya perkara baru juga bagi saya. Kadangkala suami saya akan pulang untuk solat Jumaat, kebiasaannya dia akan mengajak saya juga ikut serta ke UIA. Selalunya saya akan solat Zohor di bahagian bawah masjid kemudiannya jalan-jalan di sekitar stall2 yang menjual jubah dan tudung di sana. Saya mula ikut serta solat Jumaat apabila suami saya memberitahu yang ada juga students wanita yang solat di bahagian atas yang dikhususkan untuk wanita. Puas juga dapat turut sama solat berjamaah dan mendengar khutbah Jumaat daripada meluangkan masa dengan perkara-perkara lain. Alhamdulillah.
Satu yang berbeza(dan bukannya kekurangan) ialah mungkin tidak ada slot tazkirah. Kelebihan di masjid dan surau yang lain di dalam pentadbiran Selangor yang baru ialah arahan untuk mengadakan sesi tazkirah selepas solat tarawih. Untuk surau Al-Rasyidin di Taman Gombak telah disediakan senarai lengkap Ustaz-Ustaz yang memberi tazkirah begitu juga aktiviti yang sama di Markaz PAS di Taman Melewar. Dulunya kerajaan Selangor telah 'mengharamkan' sesi tazkirah ini...Alhamdulillah..semoga bertambah baik dan berkembang maju seluruh rakyat negeri Selangor dan kekal mentadbir sebaik mungkin untuk semua rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Ummu Asiah..

Wah!! seronoknya dapat berterawih dengan jemaah yg internasional- seperti di Mekah dan Madinah pula rasanya :)

Saya sudah 6 kali Ramadhan tidak berterawih di masjid.. kali terakhir semasa tengah begitu sarat mengandung anak sulung yg lahir pada 25 Ramadhan 1423H.

ummu asiah said...

RD..

Alhamdulillah..mmg rasa International sikit..and also cara bacaannya pun macam berkesan sikit, maybe sbb immamnya memahami ayat yg dibacakan.

Wah..lama betul tu..Memang kalau difikrkan tentang anak-anak memang lebih selesa untuk solat di rumah. That's y UIA jadi pilihan kami. Bagi yang ada babies pun selesa membawa anak3 kecil sbb ada ramai pengasuh juga di sana:)

Neeza Shahril said...

disini kan kak.. tazkirah dia buat sebelum solat Isyak.. lepas Isyak, terus tarawih. Tu dah takde tazkirah lah maknanya.. lepas tu antara tarawih tu takde selawat semua tu... senyap aje.. neeza tak pergi solat tarawih di masjid.. tapi neeza dapat dengar dari rumah sebab kuat diorang solat..

ummu asiah said...

neeza..

okayla juga dapat dengar jelas dari rumah kan.

Kat sini rasanya dia buat in between 4 rokaat kot. tak sure pulak sbb so far dok pi solat di UIA. memang direct solat tak de break lansung untuk apa-apa..sekejap saja selesai 8 rakaat. mlm ni lagi cepat..kami balik terus ke melewar pulak dgr ceramah mat sabu and makan laksa paling sedap depan markaz PAS :)