Wednesday 5 November 2008

Kenikmatan dalam Memberi..Majlis Makan Malam bersama Tok Guru Nik Abd Aziz


(oopss..lepas beberapa kali buka entry ni baru saya perasan ada badge 'Malaysia Bebas dari ISA' tersemat di sebelah kanan jaket Tuan Guru..ya..saya menemani Suhaib anak tahanan ISA 7 tahun menghulurkan badge tersebut pada Tuan Guru sambil anak saya Ammar menjadi jurugambar sepanjang malam tersebut..tak sia-sia dia beranikan diri membawa camera abahnya-Alhamdulillah)

Apakah tujuan hidup kita ya..hanya sekadar menjadi seorang ibu kepada anak-anak, isteri kepada suami atau sebaliknya..seorang pekerja..apa sebenarnya ye???...

Saya quote juga kata-kata yang menarik dari blog seorang blogger yang saya tidak sangka menulis satu entry untuk ummu asiah.."The purpose of life is to have a life with a purpose!"



Ini juga ada kaitannya dengan tazkirah ringkas, padat dan bermakna dari YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat di dalam Majlis Makan Malam yang diadakan di Wisma PKPS Shah Alam pada 3 November lepas. Satu Majlis yang amat memberi kesan yang besar pada diri saya dan rakan saya Cikgu Laila dan GMI juga.
Tok Guru mengingatkan kita tentang apa yang kita lakukan di dunia ini yang paling penting menjadi bekal untuk kita di akhirat. Segala harta, wang ringgit, kaum keluarga, keseronokan yang kita cari sudah tidak ada gunanya dan tidak ada nilainya apabila kita sudah masuk ke alam kubur. Maka sudah tentu dalam kehidupan yang sementara ini kita perlu gunakan masa dengan sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan mengikut kemampuan kita. Baca juga entry ini Tuan Guru Nik Aziz Memang istimewa..di blog Merah Hitam.
Memang kami amat bertuah mendapat jemputan ke Majlis yang gilang gemilang tersebut. Namun tujuan kami pergi sudah tentu bagi melaksanakan kewajipan memenuhi jemputan pihak penganjur. GMI juga diberi satu slot untuk persembahan slide. Dalam keadaan hujan lebat sejak dari jam 5 petang di Gombak, dengan keletihan baru pulang dari Putrajaya, saya bersama Ammar, Suhaib dan Cikgu Laila menyusur jalan di Lebuhraya KESAS dengan berhati-hati tapi masih perlu tergesa-gesa agar sampai sebelum jam 8 malam kerana pihak penganjur ternanti-nanti kedatangan kami.

Sesampai di sana kami disambut mesra dan dibawa menuju ke meja di barisan hadapan, di meja VIP1...tak sangka saya..Alhamdulillah.


Tok Guru tiba di dalam dewan..dan disambut dengan laungan Takbir. Tok Guru kelihatan agak uzur dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Ketika menaiki pentas Tok Guru dipimpin di kiri dan kanan. Sayu dan kagum melihatnya. Tok Guru menyatakan bahawa dia masih kurang sehat namun beliau memaksakan dirinya untuk tetap hadir ke majlis tersebut yang dianggap amat penting bagi meraikan kelab penyokong PAS dari kaum China dan India. Memang benar seperti kata-kata Tok Guru...siapa sangka di alaf ini kita bakal mendapat penyokong dari kaum, bangsa dan agama lain. Alhamdulillah. Semua kaum dan agama sesuai dengan kepimpinan Ulamak yang menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan mulia menurut Al-Quran dan As Sunnah.



Majlis malam itu juga turut diserikan dan dihiburkan oleh persembahan Azhan Atan Juara Akademi Nasyid. Kami di GMI pernah di akhir tahun 2006 mengadakan persembahan yang disertai oleh Azhan..memang kami terpesona dengan persembahannya ketika itu. Di tahun itu, GMI dengan bintang-bintang kecil yang terdiri dari anak-anak tahanan ISA dan anak AJK GMI sering dijemput mengadakan persembahan di beberapa buah Negeri di seluruh Malaysia. Mereka mempersembahkan acara 'catwalk', serta menyampaikan testimoni mengenai kezaliman ISA. Ramai yang sentiasa terpegun dan mengalirkan air mata dengan persembahan anak-anak ini.


Pada Majlis Makan Malam tersebut juga, pihak penganjur telah mengadakan satu kutipan derma kilat, di mana di setiap meja telah sedia diletakkan satu sampul surat untuk tetamu memasukkan sumbangan derma mereka khusus untuk keluarga tahanan ISA dan perjuangan GMI. Alhamdulillah di akhir majlis, MC telah mengumumkan jumlah kutipan tersebut yang hampir mencecah RM5,000.00!. Allah hu Akbar. Sumbangan terus disampaikan kepada kami ketika kami melangkah untuk keluar dari dewan tersebut. Alhamdulillah.

Kami melangkah pulang dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan hati yang penuh terharu dan berbangga dengan kesungguhan orang ramai yang sentiasa ingin membantu keluarga yang dizalimi dan perjuangan untuk memastikan ISA segera dimansuhkan.

Jutaan terima kasih dari kami semua untuk penganjur Majlis Makan Malam tersebut iaitu Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang diketuai oleh Ustazah Faridah Korib dan semua Ahli Jawatankuasanya.

Semoga Allah SWT sahaja yang dapat memberi ganjaran yang paling setimpal kepada semua yang terlibat. Amalan yang bakal membantu kita di akhirat kelak....Kehidupan yang penuh bermakna dengan amal baik yang kita kerjakan...kehidupan yang ada tujuannya...

8 comments:

Neeza Shahril said...

bila kita anjurkan program baik.. ramai orang nak menderma... memang logiklah kan kak... tapi yang herannya.. ada pulak orang dengki.. kononnya.. ada si polan si polan tak isytihar duit derma.. adulaaaa... duit derma nak jadi soal.. duit rakyat yang dia guna dia diam2 aje pulak kannn... sape la tu yek?? hehee..

Merah Hitam said...

Salaam, Ummuasiah,
U memang kreatif...jauh lebih baik dari blog MerahHitam yang serba serbi dalam keadaan dhaif dan miskin.

Keep it up!!!

ummu asiah said...

neeza..

boleh agak la tu..rakyat susah payah cari nafkah nak hidup plus nak bantu org lain yang susah..guna tenaga dan masa sendiri..

tapi macam tu lah kalau org yg dah senang susah naka rasa keperitan org lain especially bila harta rakyat semua dalam kuasa pemimpin. mereka dgn senang nak kata semua yg dilakukan bersebab, latest if naik tambang bas sedap2 kata tak kan menyusahkan rakyat..logik ke???

ummu asiah said...

merah hitam..
tapi mana boleh lawan hits yang menilik blog merah hitam walaupun miskin dan dhaif..lama-lama akan jadi lebih 'kaya dan mewah'

InsyaAllah sama-sama berkongsi..

Nur said...

Salam Ummuasiah...

Bolehkah saya link blog ummu?

:D Terusan perjuangan kerana Allah.

Have a beautiful day.

cikMilah said...

Salam , bertuah N dapat dampingi ulama'. Betul.. penyokong PAS pelbagai bangsa. Dalam satu majlis agama anjuran PAS, belia China dan India jadi pengawal trafik ; dan tolong jaga gerai pada waktu solat. Allahuakbar!

ummu asiah said...

Fakhzan,

terima kasih sudi ziarah...

sila kan moga lebih bersemarak lagi perjuangan kita dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah.

ummu asiah said...

kak cik..

Alhamdulillah..sebab memang sudah terserlah sifat-sifat yang mulia pada ulamak ini...sudah tentu dengan senang hati semua orang suka dampingi dan suka menolong.

Semoga Allah panjangkan umur pemimpin yang beriman dalam kesehatan yang baik akan dapat terus menyatukan semua kaum dan bangsa, menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju.