Monday 24 November 2008

Menarik????.....Double Standard atau apa??

Gambar di atas ialah satu perhimpunan dan satu perarakan yang telah dijalankan oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka PEWARIS. Berita seperti ini:


KUALA LUMPUR: Representatives from an umbrella body of Malay and Muslim non-governmental organisations lodged five police reports Sunday over several issues which they claimed endangered Muslim and Malay unity.


The Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network (Pewaris) urged the Government to act against groups which are asking for the abolition of the Internal Security Act (ISA).


Kumpulan ini telah berarak sejauh 2 KM ke Balai Polis di Jalan Tun Razak tanpa sebarang gangguan dari pihak polis kecuali 'gangguan' dari seorang wanita yang sangat berani kerana baginya ISA patut dimansuhkan!!


Peristiwa ini berlaku di siang hari Ahad 23hb November 2008. Kami tidak pasti samada perhimpunan ini telah mendapat permit polis...




Sebaliknya di suatu tempat yang lain di Pandan Indah 9 malam 23 hb November 2008, plois telah bertindak kasar serta menghalau semua peserta yang hadir untuk duduk mendengar ceramah. Permit yang dipohon tidak diluluskan. Polis sejak awal lagi telah mengawal tempat ceramah dan menutup semua jalan ke sana. Polis bertindak amat kasar dengan merempuh semua yang hadir yang hanya berdiri ingin mendengar penerangan dari Pimpinan Parti Pakatan Rakyat dan NGO.



Majlis ceramah ini adalah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang dibantu oleh PAS dan semua parti politik dalam Pakatan Rakyat serta NGO yang bergabung di bawah GMI.

Hasilnya...program yang sepatutnya dihadiri oleh pimpinan tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang tidak dapat diteruskan.

Majlis ceramah ini diadakan sebagai pelancaran kepada satu perhimpunan besar-besaran yang bakal diadakan pada Mac 2009. Iaitu bagi mendesak kerajaan Memansuhkan Akta ISA yang ternyata menzalimi rakyat.

Ini adalah Kak Maznah Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Sembilan. Dia datang bersama anaknya. Dari kejauhan saya terdengar laungan kuat Allah hu Akbar...kemudiannya saya lihat kelibat seorang wanita ditangkap dan seorang anak gadis sedang menangis semahunya. Dengan segera saya berlari ke arahnya tanpa menghiraukan polis dan FRU yang bersepah-sepah..katanya maknya telah ditangkap...saya cuba menenangkannya dan mencari YB Zuraidah untuk membantu.

Pagi ini setelah Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS yang juga AJK GMI menghubungi saya dan menceritakan apa yang terjadi kepada Kak Maznah hingga dia tertangkap...baru saya tahu kesahnya....rupanya dia lah orangnya yang saya terdengar melaungkan takbir sekuat hati..menurut Kak Nuri, Kak Maznah terlampau marah dan geram melihat perlakuan polis dan FRU yang merempuh orang, terus dilaungkan takbir kemudian terus polis datang mencekup tangannya. Kak Maznah dibebaskan setelah YB Zuraidah menjaminnya.
Saya dapat memahami perasaan Kak Maznah..saya juga amat geram dan marah yang amat sangat melihat apa yang berlaku...perasaan takut dan gentar melihat kelibat FRU dan Polis hilang lansung...malah terasa seprti hendak pula merempuh dan membelasah polis dan FRU yang mengganas.....

Mereka hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan kepada mereka seperti patung Robot yang ditekan suisnya untuk bergerak. Mereka menjerit sekuat hati seperti menghalau haiwan liar untuk balik ke hutan......Siapakah yang mengarahkan mereka?????? Mengapa pula perhimpunan yang inginkan ISA dikekalkan tidak mendapat apa2 halangan dari pihak polis...

???????????????????

Jelas bukan akta ISA ini digunakan bukan untuk menjaga keselamatan negara...dan bukan dengan adanya ISA ini maka negara dan rakyat aman...tetapi sedarlah sebenarnya akta ISA digunakan hanya untuk rakyat apabila kedudukan pemerintah terancam dan juga untuk menjaga keamanan kedudukan pemimpin yang memerintah untuk terus kekal berkuasa!!!!

4 comments:

Neeza Shahril said...

biasalah tu kak.. kalau 'orang dia' buat takpe.. kalau 'orang kita' memang tak boleh.. nehi! nehi! bukan double standard lagi.. triple ke quadraple standard :)

Nur said...

SHOW SUPPORTS FOR ISA?

Ehm...bagus bagus...dah kene brainwash ker aper bebudak tuh

ummu asiah said...

neeza..

siap keluar bahasa hindustan lagi tu..hmm...tu yg buat kita rasa marah yg amat..n nampak sangat mereka takut pada mereka yg perjuangkan kebenaran dan mahu membongkar kezaliman.

ummu asiah said...

fakhzan

memang rasa tak logik dan tak boleh terima dek akal if ada org yg sokong ISA..kerana terlalu zalim menyeksa manusia..

entahla..tapi kan ke ada kelompok manusia yang sengaja mengunci dan menutup hati dan akal mereka daripada kebenaran???...

InsyaAllah dengan terus berjuang pasti kebenaran akan terserlah jua..