Saturday, 27 December 2008

Sengsara mereka....peluang untuk kita berinfaq di Jalan Allah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula...sekali lagi ibu bapa perlu buat persediaan perbelanjaan yang agak besar dan banyak lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak yang ramai. Persediaan membeli buku, pakaian, peralatan dan bermacam-macam lagi. Bagi mereka yang bergaji besar dan mendapat bonus di saat ini...Alhamdulillah kurang sikit lah bebanannya....tapi seperti mana di Hari Raya sering terdengar lirik-lirik lagu..kenanglah mereka yang tiada..atau mereka yang tidak berada..lebih kurang begitulah bunyinya dan maksudnya.


Keluarga Siti Ajar...kisah keperitan hidupnya pernah tersiar di Harakah cetak di bulan Ramadan.

Alhamdulillah bagi kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA dengan kerjasama Harakah dan Harakahdaily, telah berjaya mengurangkan beban dan memberikan ruang untuk isteri-isteri tahanan ISA menarik nafas lega, bergembira dan bersyukur kerana masih ada yang peduli.


Ketua Pengarang Harakah telah menyampaikan cek sumbangan dari pembaca Harakah kepada kami sebagai wakil PSK-GMI. Cek sumbangan sebanyak RM4o,ooo.oo telah disampaikan kepada PSK untuk disalurkan kepada keluarga tahanan ISA. Baca di sini. Selain dari itu melalui catatan di Blog Merah Hitam yang bertajuk Anak Mangsa ISA perlu Bantuan Kewangan Ke Sekolah, juga telah berjaya menyentuh perasaan pembaca untuk terus menyumbang, Alhamdulillah.


Puan Hapipah mempunyai masalah kesihatan yang agak serius.

Sebenarnya saya dan juga Cikgu Laila kadangkala menerima sms dari isteri-isteri tahanan ISA yang terdesak hidup mereka. Mereka bukanlah jenis yang meminta-minta dan sentiasa memohon simpati, tetapi bila mereka ditimpa kesusahan dan benar-benar terdesak mereka akan mencari kami berdua untuk mendapatkan bantuan kewangan. Syukur dengan segala sumbangan yang kami terima kami dapat dengan mudah dan cepat meringankan beban mereka. Kebanyakan dari mereka, isteri-isteri tahanan ISA tidak bekerja ketika suami mereka masih di sisi, bila suami ditangkap dan dikurung dalam tempoh yang lama, mereka hanya mampu membuat kerja-kerja seperti menjual kuih, menjahit, menjaga anak-anak jiran dan ada yang tidak mampu bekerja lantaran masalah kesihatan. Di bawah adalah kisah yang pernah diterbitkan di Harakah:

Kepayahan dan kesedihan hidup keluarga mangsa pernah dirakamkan oleh wartawan, Anis Nazri yang pernah mengikuti rombongan menjejaki keluarga mangsa tahan ISA di Sandakan Sabah September lalu:-
"Norhatta Paraji, tidak banyak bercakap ketika menyambut kedatangan kami. Beliau lebih suka tersenyum membalas soalan kami. Hanya kami yang bertanya itu dan ini. Ternyata suaranya bagaikan emas, terkunci untuk berkongsi kepayahan yang dihadapinya.
"Kehidupan bersama tujuh anaknya, yang semuanya tidak bersekolah cukup menggambarkan keperitan dan kesusahan yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu apabila suaminya dicekup ISA.
"Kepayahan hidup bersendirian menguruskan anak-anak menyebabkan beliau tidak menghantar anak-anak ke sekolah, lantaran perjalanan ke sekolah yang jauh, anak kecil yang tiada penjaga serta terpaksa menunggu kedai runcit warisan suaminya," begitu catitan Anis yang pernah dimuatkan dalam Harakah dan Harakahdaily.


Puan Dayang dan anak-anak berusaha menjual kuih di bulan Ramadan

Siang tadi saya telah berusaha untuk membereskan urusan memasukkan wang ke dalam akaun ke semua keluarga tahanan ISA yang terlibat sebanyak 34 buah keluarga termasuk juga mereka dari tahanan yang dilabelkan sebagai tahanan Hindraf. Bagi isteri-isteri yang tinggal di Tawau dan Sandakan saya terus masukkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun mereka agar mereka dengan segera dapat mengeluarkan wang tersebut untuk digunakan.

Ketika saya menghubungi Puan Zainab di Tawau bagi memaklumkan yang saya dah masukkan wang, ternyata dia amat gembira dan baru sahaja mengambil wang tersebut kerana saya telah maklumkan lebih awal yang saya akan bank in wang tersebut. nasib baik saya terus masukkan tunai dalam akaunnya. Dia memang sedang memang sedang membawa 4 orang anaknya ke pekan untuk membeli barangan sekolah.

Begitu juga isteri-isteri yang lain yang telah dihubungi melalui sms dan panggilan telefon, semuanya dapat saya gambarkan wajah yang berseri penuh kesyukuran.

Bagi pihak PSK_GMI dan semua keluarga tahanan ISA saya mengucapkan Jazakumullah hu khairan kathira....terima kasih banyak-banyak....hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik semua yang telah menyumbang...semoga masa depan semua anak-anak tahanan ISA akan terus cerah walaupun ayah mereka masih dikurung di sebalik tembuk batu dan pagar besi di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (Al Baqarah:274)

link untuk kisah-kisah keperitan keluarga tahanan ISA

Thursday, 25 December 2008

....Sebuah Percutian.....How I wish....

Sungguh pantas masa berlalu....ketika sekolah baru mula bercuti terasa seperti masa cuti persekolahan yang diperuntukkan terlalu lama untuk dilalui. Sememangnya saya lansung tidak berkesempatan untuk merancang apa-apa percutian yang sebenarnya untuk anak-anak dan keluarga...kini hanya beberapa hari saja lagi yang tinggal dan saya juga tidak membuat apa-apa booking untuk di mana-mana destinasi percutian.....

Wasilah dan Asma' di The Curve....tumpang rasa macam bercuti di luar negara

Dalam hati dan fikiran mengimpikan satu percutian yang benar-benar dapat merehatkan badan serta minda dari segala rasa stress dan juga keletihan dengan tugas-tugas hakiki sebagai seorang ibu, isteri dan......Betul kan badan dan minda kita punyai hak tersendiri untuk sebuah kerehatan...namun jika diikutkan sebagai seorang yang punyai sepenuh masa untuk berada di rumah dan tidak terikat dengan mana-mana majikan sudah tentu punya masa rehat yang panjang dan sangat flexible....entahla..mungkin dengan catatan ini sudah cukup untuk membuatkan saya rasa saya sudah punya satu percutian yang hebat..

Wasilah dan Asma' bergaya lagi.....cuma tumpang bergaya.....di Ikano

Alhamdulillah...dalam kesibukan dengan tugas di rumah, di luar rumah dan bersama masyarakat saya dan suami tidak mengenepikan hak anak-anak untuk menikmati percutian mereka dengan cara tersendiri. Anak yang sulong Anas berpuas hati dengan aktivitinya bersama-sama sahabat sekolahnya...beberapa hari dalam seminggu pasti ada saja permintaannya untuk keluar bersama rakan-rakan. Kami tidak sangsi dengan sahabat dan aktiviti mereka...katanya..aktiviti usrah, iftar dan tidur-tidur di rumah kawan. Bila dia ada di rumah beban kerja di rumah terasa amat ringan dengan pertolongannya untuk menyidai dan mengangkat kain, mengemas rumah luar dan dalam, Alhamdulillah.


Asma' dan Asiah...trip ke Ikea di awal cuti sekolah..penat berjalan..berhenti makan2 dulu..lepas tu jalan lagi

Anak ke dua Ammar, kami telah memberi peluang untuk dia tinggal di rumah ibu saudaranya yang baru kehilangan suami. Ammar bercuti selama 2 minggu di sana..seronok dia dilayan oleh Mak Itamnya.


Asiah rajin nak menggosok sendiri sebab nak ikut ummi jalan...kalau tak tolong lambatla dapat keluar..macam2 kerja ummi kena settlekan..at least rumah mesti kemas, so that bila balik tak jadi stress



Time Asma' dan Asiah di playground Ikea..ummi santai-santai di cafe...nikmatnya...'Mengapa saya Bekerja ' memberi nafas baru dan definasi baru kepada Pengurus Rumahtangga....

Asiah dan Asma' pula bergembira bersama saya, mengikuti segala aktiviti saya atau hanya ditinggalkan di rumah. Paling mereka seronok apabila saya membawa mereka berjalan-jalan di IKEA dan Ikano. Kebiasaannya saya akan meninggalkan mereka berdua di playground di IKEA selama satu jam. Masa selama satu jam tersebut akan saya gunakan sebaiknya dengan lepak-lepak di cafe IKEA..minum kopi bercawan-cawan dan membaca sambil mengelamun.....Habis satu jam jemput mereka, bawa ke cafe sekali lagi untuk makan-makan, solat dan kemudiannya saya tinggalkan pula mereka di playground di Ikano dan saya lepak pula di Kedai Buku Popular....indahnya dapat bersendirian.


Ini trip ke Ikea bersama Wasilah...hhmm...sedapnya....ye..Wasilah..seronok tengok anak-anak bergembira...balik rumah ummi yang penat lebih...


Seminggu yang lepas, Asma' dilanda demam panas yang amat panas hingga dia meracau dan menjerit-jerit di tengah malam dan siang hari. Bila bawa berjumpa doktor seperti biasa..katanya demam biasa..dari hari Ahad 14 Disember, hari Isnin pula suami pula diserang demam panas...maka saya kena jadi jururawat dan macam-macam lagi tugas untuk seminggu. Hari Jumaat bila Asma' dah kebah dari demam saya bawa Asma' dan Asiah berjalan-jalan di Jusco AU2 yang baru dibuka..sempat berjalan sekejap..tiba-tiba nampak keluar bintik2 merah di muka dan tangan...terus keluar dan pergi ke Klinik di Bukit Antarabangsa, namun doktor yang bertugas bukan doktor yang biasa kami jumpa..katanya hanya rashes sahaja...namun the next day bila kami ke Hospital untuk buat blood test telah confirmkan yang Asma' diserang nyamuk Aedes yang bermaharajalela di kawasan Gombak. Maka Asma' telah menaikkan lagi statistik mangsa demam denggi. Warded di Hospital Pusrawi. Saya buatkan sup ketam seperti dicadangkan kawan-kawan. Alhamdulillah the next day Asma' dah boleh balik ke rumah...Alhamdulillah.

Ni si asiah menumpang tidor di katil baby dalam ward...dia yang happy sakan bermain di playground di wad kanak2...senang saja dapat kawan....



Ammar dan Asiah bercuti di Port Dickson bersama Suhaib...ada sahabat yang bermurah hati untuk sponsor percutian Cikgu Laila dan Suhaib.

Hari Isnin 22hb Disember saya 'pinjamkan' dua orang anak-anak saya, Ammar dan Asiah untuk menjadi adik-adik kepada Suhaib Mat Sah untuk bercuti bersama ibunya Merah Hitam. Baca Suhaib Bercuti di tepi laut...Kesihan Suhaib..menjadi anak tunggal sudah tentu percutian di tepi pantai berseorangan dengan hanya bersama Ummi tidak menyeronokkan, kalau ada abah di sisi tentu lebih indah dan tidak perlu Ammar dan Asiah menemani Suhaib...ISA memang zalim kerana masih menahan abah Suhaib sehingga 7 tahun lamanya dan tidak ada tanda-tanda untuk dibebaskan..dari umur Suhaib sebesar Asiah..hinggalah kini Suhaib dah menjadi anak bujang..siap berjambang lagi...Alhamdulillah seronok Ammar, Asiah dan Suhaib bercuti bersama Ummi merehatkan fikiran dan badan.

Berkayak di tengah malam.....dah berdo'a jauhkan diri dari makhluk halus...


What...Asma' dan Silah main snow?????.....tak aci...Asiah pun nak jugak...jenuhla ummi kena buat lagi satu trip ke sana..hopefully snow masih ada..if not..tak mampu lah ummi nak layan kehendak Asiah...

Asma' pula umminya sekali lagi membawa berjalan-jalan ke Ikea dan Ikano..hmm...macam tak ada tempat lain tetapi bagi ummi Asma'...di situlah tempat yang 'child friendly'....banyak aktiviti untuk anak-anak dan sangat menarik. Alhamdulillah....in fact 2 hari berturut-turut ke sana..the next day bersama Abah Asma' dan Anas pula. Untuk menemani Asma' saya juga bawakan teman untuk Asma'...kawan rapat Asma' yang dah bagaikan anak sendiri iaitu Wasilah Saari yang juga tak ada teman sebab, abang dan kakaknya semua dah besar-besar dan sudahpun punya keluarga sendiri....Alahmdulillah....saya yakin anak-anak saya berpuas hati dengan percutian mereka...InsyaAllah..moga saya juga berkesempatan untuk menikmati sebuah percutian sebelum tamatnya musim cuti sekolah ini.....

Monday, 22 December 2008

Berita gembira untuk orang beriman dan beramal saleh

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal salih bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki daripada buah-buahan syurga itu, mereka berkata, "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu" (sebelum masuk ke syurga). Mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikat dan rasanya) dan mereka diberikan di dalam syurga itu isteri-isteri atau pasangan yang sentiasa suci bersih serta mereka kekal di dalamnya selama-lamanya........."
Al-Baqarah :25
Di bawah ialah catatan Dr Danial, Abang Ipar kepada Allahyarham Siti Aishah yang kisah kematiannya saya catatkan di entry yang lepas.
Baca juga catatan dari Sdra Ariff Budiman, suami kepada Allahyarham Siti Aishah.....moga kita juga mendapat pengajaran dan pedoman bagaimana untuk menggapai Syurga yang dijanjikan Allah dan berakhirnya kehidupan kita dengan Husnul Khatimah.
Salam.
saya mewakili adik saya mengucapkan terima kasih kpd semua yg telah mengucapkan takziah dan berdoa.
Juga kpd mereka yg menghadiri majlis solat dan pengkebumian jenazah.
Selepas kematian Allahyarham, saya tidak berkesempatan untuk menatap wajah beliau disebabkan
urusan-urusan lain sehinggalah mereka yg lain termasuk isteri memberitahu bahawa "dia sungguh
cantik dalam senyuman".

Beliau adalah ahli JIM yg aktif.
Beliau juga merupakan ahli masyarakat yg aktif melalui aktiviti wanita menggunakan pelantar surau.

Beliau amat disayngi oleh keluarga kami.
saya memang tidak boleh melupakan jasa beliau ketika ayah saya sakit tenat dan terpaksa membuang air di atas katil.
Beliaulah yg sanggup membuat kerja-kerja 'kotor' yg orang lain tidak sanggup buat - membuang najis, membersihkan badan ayah dari
najis, menyalin pakaian, memnyuap makanan dan seumpamanya. Saya tidak pernah mendengar sebarang rungutan dari mulutnya walaupun
beliau merupakan adik ipar.

Ketika emak saya diserang masalah paru-paru beliau lagi sekali sanggup memikul tugas-tugas kotor sehinggakan emak saya amat menyayanginya.
Hubungan Ariff Budiman dengan beliau kami anggap sebagai "intim, amat kasih mengasihi." Saya difahamkan jika adik saya membuat kerja hingga lewat malam
beliau tidak akan tidur demi menemani suaminya....

Sememangnya kami amat terasa dengan pemergian beliau.
JIM juga kehilangan yang seorang yg gigih melakukan 'kerja dibelakang tirai dan kerja dapur' walaupun
tidak dikenali dan disanjungi.

Semoga Allah berikan jannah yg terbaik kpdnya....

DD

Friday, 19 December 2008

Saat Kematian Tiba.....

"Setiap yang hidup pasti merasakan mati" ayat 185 Ali Imran......sesuatu yang tidak dapat dinafikan...walau apa pn agama yang kita anuti.....

Ayat ini jugalah yang tertera dalam salah satu album flickrs Syukree's Photostream.


Allahyarham Syukree Hussein...mungkin tidak ramai yang mengenalinya.....namun di kalangan bloggers Anti ISA dan Pakatan Rakyat mungkin ramai yang mengenalinya. Saya sendiri baru sahaja mengenalinya atau lebih tepat lagi terjumpa dengannya. Tidak salah saya pada program Forum di Chinese Assembly Hall pada awal bulan November. Sebaik saya menjejakkan kaki ke anak tangga yang paling atas di ruang legar SCAH, dia muncul sambil tersenyum menyapa kami saya dan Cikgu Laila.."Assalamu'alaikum Kak...Apa khabar kak...sambil cameranya dihalakan ke arah kami macam celebrity....begitulah sapaan ramahnya, dengan senyuman yang begitu tulus sekali menyapa kami setiap kali berjumpa di program-program. Kali kedua terjumpanya ialah di program Vigil No To ISA and Remembering Bersih di Amcorp Mall 9 November 2008.

Kali terakhir bertemu Allahyarham ialah di Program Bar Council pada Sabtu yang lepas, 13hb December 08...begitu juga sapaannya kepada saya....memang murah betul senyumannya...berpepang kepada "senyuman itu sedekah"..sudah tentu banyak pahala sedekah yang telah dikumpul oleh Allahyarham Syukree...disebabkan pertemuan-pertemuan yang singkat inilah dan pertemuan yang paling terakhir dengan wajah yang masih segar dan sihat membuatkan saya amat terkejut bila membaca entri ini di Blog Merah Hitam petang semalam...bermakna saya terlewat mendapat berita kematiannya....cepat-cepat saya browsed through blog-blog yang berkaitan dengannya...zorro..tian chua..black..nathaniel tan dan lain-lainnya...banyak sekali...

Saya juga rasa amat terkesan dengan kata-kata ini dari blog black.....(buat Muhamad Syukree Hussain, sahabat yang selalu aku abaikan, dengan hormat damailah engkau beroleh rahmat dan keberkatan)....lebih-lebih lagi apabila membaca komen-komen dan keterangan yang ditulis mengenai keadaan dan diri Allahyarham Syukree...yang seperti seorang yang 'dalam pencarian'...membuatkan saya rasa insaf dan sedar bahawa selepas ini untuk bersahabat dan berkenalan tidak sepatutnya hanya terhenti dengan sapaan, senyuman dan teguran sahaja...perlu lebih dari itu...dan ianya membuatkan saya rasa sedikit terkilan...
Pada petang yang sama bila saya terbaca tentang berita pemergian Allahyarham Syukree...saya juga menerima emel dari mailing group ahli Jamaah Islah Malaysia JIM tentang pemergian Allahyarham Kak Siti Aishah...saya tidak mengenali secara lansung Kak Aishah dan suaminya Ariff Budiman namun melalui pembacaan dari blog Warna Nostalgia sejak beberapa lama membuatkan saya juga terkesan akan berita kematian ini...sungguh menginsafkan...membuatkan kita rasa amat hairan kenapa peristiwa seperti yang diceritakan di dalam blognya boleh berlaku...maksud saya sampai ke tahap itu tindakan manusia...sudah tentu ianya bukanlah sesuatu perkara yang aneh sekiranya kita mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negara kita sendiri...lantaran sifat tamak...gila kuasa..nak kekal berkuasa..ingin kekayaan...segalanya boleh berlaku....
Moga kita semua dirahmati Allah......

Tuesday, 16 December 2008

Pertolongan terakhir di Bukit Antarabangsa 12-12-08

Susulan dari peristiwa tanah runtuh, banglo ranap di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa...

Saya ingin berkongsi sedikit lagi pengalaman dan maklumat yang dikutip dan diterima dari En Hisham mengenai apa yang telah berlaku kepada diri ibunya...

12-12-08 4;05pm..pemandangan dalam perjalanan mendaki bukit...

Rumahnya "bergerak" sejauh 3 lot dari tempat asal. Ibunya sedang baca Al Quran pada ketika itu. Keadaan rumahnya tunggang terbalik tetapi Ruang Ibunya membaca AlQuran terpelihara. Sebaik sahaja ibunya diselamatkan dari rumah itu, beam rumah menghempap ruang tadi. Inilah hebatnya Kuasa Allah s.w.t.


Wakil Team DERU JIM pula telah menerima sms ucapan terima kasih dari En Hisham setelah menerima bantuan memindahkan barangan rumahnya.

En. Zairul, first of all, my family would like to thank you n your DERU JIM team for the help. Only Allah SWT would be able to repay the deed by DERU JIM. I hv no complains. I couldn't hv asked for more. My mother has recovered almost 1OO%. Thks to ur team, she still has most of her sentimental items in her old age. Lastly, pls don't address me with anv man made titles. Just call me Brother or at most en. Hisham. Thks again.

Antara barangan ibu tuan rumah yg berjaya diselamatkan..barangan yang berusia puluhan tahun lamanya....
Tanpa mengira usia dan warna kulit turut sama berganding bahu..wakil UNIT AMAL...dari jauh Paula wanita dari Holland...

Saya juga masih lagi mempunyai beberapa koleksi gambar yang saya ingin kongsi kepada tetamu di blog ini. Catatan terakhir saya mengenai usaha membantu team DERU JIM, Unit AMAL PAS dan Ahli PKR Parlimen Ampang adalah aktiviti pada hari Khamis 11-12-08. Pada hari tersebut bantuan dihulurkan kepada mangsa yang secara direct terlibat dengan bencana di mana banglo mereka telah ranap.

12-12-08 4:04PM...melalui kawasan bencana..penghuni banglo hijau memohon bantuan berpindah namun kami tidak dapat membantu kerana mematuhi arahan pihak berkuasa..rumahnya amat fragile keran telah lari jauh dari tapak asalnya....

Pada hari tersebut juga ada mangsa di banglo yang bersebelahan memohon bantuan kami untuk memindahkan barangan di dalam rumahnya. Selain dari itu ada DERU JIM telah berjanji untuk membantu seorang ahli JIM yang tinggal di Taman Bukit Jaya untuk berpindah dari rumah mereka.

Pada hari Jumaat 12-12-08 sebaik selepas solat Jumaat semua yang ingin membantu telah berkumpul di Pusat Operasi ADUN Bukit Antarabangsa. Namun pertolongan hanya dapat dberikan kepada mereka yang tinggal di luar kawasan zon merah iaitu mangsa banglo ranap telah tidak dibenarkan memgeluarkan apa-apa barangan dari rumah mereka pada hari Jumaat memandangkan ada pergerakan tanah telah berlaku di sana..maka keadaan adalah tidak selamat.

polis membuat kawalan ketat di kawasan bencana . gambar diambil dari atas shuttle MPAJ dlm perjalanan balik. 7:11pm

4:06pm menyusuri jalan mendaki bukit...berjalan lebih cepat dari menaiki kenderaan sebab kenderaan terpaksa beratur menunggu giliran.

4:02pm....kenderaan terpaksa beratur panjang dan lama kerana hanya ada satu laluan turun dan naik melalui jalan di tepi rumah encik Khairuzzaman...jalan kaki lebih cepat...

Kami semua telah bergerak menyusuri jalan alternatif yang dibina untuk menuju ke Taman Bukit Jaya. Melalui kawasan bencana, dapat dilihat dengan jelas..kedudukan rumah yang ranap telah berubah dan semakin condong. Polis dan tentera telah mula mengawal dan khemah polis telah didirikan di kawasan tersebut.

4:31pm....baru sampai ke hujung jalan di pos kawalan polis dan tentera...tidak dibenarkan masuk tanpa tag dan kebenaran tuan rumah. lama gak tu berjalan hampir 30 min.....untuk sampai ke sini...

Sesampai di hujung jalan kumpulan kami telah tidak dibenarkan untuk terus mendaki ke Taman Bukit Jaya. Kawalan pada hari itu adalah lebih ketat...hanya mereka yang memakai tag atau pas akses sahaja dibenarkan masuk. Pas akses ada 2 kategori, zon kuning dan zon merah. Zon Kuning penduduk dibenarkan masuk ke rumah dan dibenarkan untuk pindah, sebaliknya untuk zon merah penduduk dibenarkan mengeluarkan barangan pada waktu yang ditentukan.

4:52pm...sebaik sampai terus clearkan barangan untuk dapatkan ruang tunai solat asar berjamaah.....


6:07pm..terus punggah perabot setelah trak MPAJ sampai terus dari pindah barang ke Petaling Jaya. tuan rumah berbaju kuning....

Taman Bukit jaya di jalan 6 termasuk zon merah kerana kedudukannya betul-betul di atas bukit bersebelahan kawasan tanah runtuh. Kami dibawa oleh seorang pegawai polis untuk meninjau kawasan tersebut.


pemandangan dari pinggir bukit Taman Bukit Jaya. 5:04pm

4:56pm...seorang pegawai polis membawa kami menyusuri jalan ke pinggir bukit taman bukit jaya.seluruh kawasan ini begitu sunyi seperti tiada penghuni lansung.

Kami tiba ke rumah En Azman di Bukit Jaya sebaik masuk waktu asar. Semua sukarelawan menunaikan solat asar sebelum meneruskan usaha membantu mengeluarkan barangan dari rumah En Azman. En Azman adalah penyewa di rumah tersebut, maka agak beruntung untuk keluarga mereka membuat keputusan yang cepat untuk berpindah. Mereka juga agak beruntung lagi kerana kerajaan telah menyediakan satu offer yang menarik kepada government servant iaitu peluang untuk menduduki quarters kerajaan di Putrajaya.

MPAJ juga nampaknya perlu memberi kerjasama dan pertolongan yang banyak kepada penduduk yang terlibat di mana MPAJ menyediakan lori dan trak untuk urusan perpindahan dengan percuma. Ianya juga bertuah bagi 2 keluarga yang telah kami bantu kerana berjaya mendapatkan khidmat trak dan lori ini dengan pantas dan mudah. 2 trak MPAJ telah dihantarkan ke rumah En Azman dengan agak cepat. (Kebiasaannya kita perlu menyediakan bajet yang banyak bila perlu berpindah dan mengambil masa yang lama untuk packing barang2. Namun dengan pertolongan ramai sukarelawan segalanya selesai dalam masa yang singkat.)

Sebelum ini kemunculan trak-trak biru ini hanyalah menjadi sesuatu yang menggerunkan untuk penduduk dan peniaga khususnya...untuk merampas barangan atau untuk membawa orang yang ditangkap!!.

6:01pm...Ketua Polis Selangor bergaya dengan moto dan topi merah membuat rondaan dan lawatan...sebelah nya truck MPAJ bukan truck Polis

Semasa operasi pemindahan barangan dilaksanakan Ketua Polis Selangor juga telah datang melawat dengan menaiki motosikal canggih...bergaya dengan topi MERAH!!!!!....topi FRU!!!...yang selalu nampak waktu demonstrasi...memang nampak menggerunkan...dan menaikkan emosi marah!!!..tapi kali ni semuanya jadi baik sikit...ada la 4, 5 buah trak merah FRU bertenggek di kawasan atas Bukit Antarabangsa.

6:57pm...bergerak pulang..dibelakang sekali ialah Paula..wanita dari Holland..seorang nenek yang dtg menziarahi menantunya yang baru bersalin. Anaknya seorang revert. Bersungguh2 bersama kami membantu..dengan hanya berkain batik dan bersliper sahaja....

Operasi bantuan kepada keluarga En Azman selesai hampir jam 7 malam....selesai tugas kami meneruskan perjalanan untuk pulang dengan menapak lagi menuruni bukit dan jalan yang berlumpur dalam hujan renyai-renyai yang mula turun.

aktiviti percutian anak kedua kami Ammar...bersama kami membantu mangsa bencana alam..

12-12-08 7:10pm....gembira dapat membonceng pick-up...hilang penat sikit...

Kami agak beruntung kerana ada shuttle MPAJ yang sudi menumpangkan kami di separuh jalan...excited juga sebab first time duduk di atas sebuah pick-up.

Monday, 15 December 2008

TEATER BILIK SULIT-MESTI TONTON!!!!

INVITATION TO TEATER BILIK SULIT

Teater Bilik Sulit is a play that features the untold true accounts of the nature of Police interrogation of the ISA detainees which are based on testimonials of those who used to be detained under the ISA.

Dear All,

In conjunction with the International Human Rights Day, The Bar Council in collaboration with Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) would like to extend an invitation to all of you ladies and gentlemen to Teater Bilik Sulit which is going to be held on these dates :

20/12/2008 (Saturday)
21/12/2008(Sunday)
22/12/2008(Monday)
23/12/2008(Tuesday)

Venue : Bar Council Auditorium, Level 1

Time : 8.30pm

Space is limited, kindly RSVP.

For more info kindly contact 012-4651671 @ fadiahnadwa9@ yahoo.com

Saturday, 13 December 2008

Hak Asasi Manusia..... jalan raya yang menghubungkan ke dunia luar..setuju???


Ketika saya cuba mencari-cari maklumat mengenai beberapa program yang berlansung hari ini berkaitan dengan Human Rights Day dan isu-isu Hak Asasi perjuangan rakyat khususnya oleh JERIT dan Bar Council saya terjumpa artikel ini-Peguam rela korbankan tembok rumah.

Saya rasa tertarik untuk berkongsi bersama kerana ramai yang sedang mengikuti perkembangan dengan apa yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa. Laluan alternatif ini juga sering diperkatakan dan digunakan oleh ribuan penduduk yang terperangkap. Ketika berada di di Jalan Mewah 2 bekerja secara sukarela mengagihkan air dan makanan kepada pemilik kenderaan yang lalu lalang saya berdiri setentang dengan rumah ini, dan ketika hujan turun dengan lebatnya kami berteduh di rumah ini masih teguh berdiri sedangkan 14 buah banglo yang lain telah ranap dimamah bumi.

Pemilik rumah ini juga telah mengorbankan harta miliknya yang dikurniakan buat sementara dan pinjaman kepada manusia di dunia ini. Gambarnya ada saya letakkan di entry saya yang ini.

Apa-apa pun moga selepas ini kerajaan lebih peka dengan kemudahan rakyat terutama sekali kemudahan infrastruktur yang sepatutnya datang secara pakej kepada rakyat. Apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa sepatutnya menjadi pengajaran yang benar-benar mengajar mereka yang memegang kuasa...mengapa hanya ada satu jalan utama sahaja untuk keluar masuk dari kawasan kediaman yang sebesar ini. Sejak saya tinggal di sana sememangnya telah terdengar khabar yang mengatakan satu jalan sepatutnya dibuat dari atas puncak Taman Bukit Utama menembusi ke taman TAR..(taman ini juga adalah sebuah taman yang didiami oleh kaum ELIT Melayu..dipenuhi oleh rumah-rumah banglo yang lebih tersergam indahnya).......namun banyak alasan yang diberikan untuk menggagalkan usaha itu...kini dah terhantuk....barulah kelam kabut nak cari penyelesaiannya.....

Artikel yang dimaksudkan tertera di bawah:

KUALA LUMPUR 11 Dis. - "Saya ikhlas membantu penduduk kerana berbanding harga rumah dan nyawa, nyawa adalah lebih penting," begitulah kata-kata Khairuzzaman Muhammad, 43, yang merelakan tembok rumahnya dirobohkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.

Ekoran keizinannya itu, kira-kira 5,000 penduduk yang berada di bahagian atas bukit dan terputus hubungan di Taman Laman Oakleaf, Bukit Jaya, Bukit Utama dan Puncak Utama berjaya dibawa turun dengan selamat.

Mungkin tidak ramai menyedari tanpa pengorbanan Khairuzzaman itu, ramai mangsa yang terperangkap sukar dibawa turun oleh pasukan penyelamat kerana keadaan cerun tanah kurang stabil.

Menceritakan saat-saat itu, katanya, beliau dimaklumkan oleh dua pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang datang ke rumah di Setiawangsa dan memberitahu mengenai situasi tersebut.

"Niat saya ikhlas, jadi saya kata pecahkanlah tembok rumah saya sekiranya itu dapat menyelamatkan nyawa mereka yang terperangkap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, empat terbunuh manakala 14 lagi cedera setelah 14 banglo di kawasan seluas empat hektar di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa ranap selepas berlaku kejadian tanah runtuh.

Beliau dengan rendah diri menyatakan pengorbanan itu dilakukan dengan seikhlas hati tanpa mahu sebarang publisiti turut enggan ditemu bual meskipun berkali-kali dipujuk tetapi bersetuju ia dilakukan menerusi telefon.

Tindakan beliau itu turut mendapat pujian daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang akhbarnya di Bukit Antarabangsa semalam dan menyifatkan penduduk (peguam) tersebut seorang rakyat Malaysia yang berhati mulia.

Bersama meringankan beban mangsa bencana alam 11-12-08

Friday, 12 December 2008

Pertolongan di Ground Zero-Zon Merah 11-12-08

Pada hari Rabu 10hb Disember, saya sekali lagi telah ke Kawasan Bukit Antarabangsa. Kali ini, suami dan dua orang anak lelaki turut serta. Namun pada hari tersebut keadaan adalah lebih tenang dan terkawal. Maka tidak ada kerja spesific yang perlu dilakukan. Memandangkan suami dan anak-anak baru pertama kali ke sana, maka saya telah membawa mereka melalui jalan-jalan yang telah saya lalui pada hari sebelumnya menembusi kawasan zon merah di Taman Bukit Mewah...(malangnya gambar-gambar yang diambil telah hilang ditelan virus)

gambar runtuhan rumah banglo di kedudukan yang paling hujung di tebing bukit di mana tersergam Condo Impian Selatan yang juga telah menjadi kawasan zone merah dan pelu dikosongkan.

menyusuri sungai yang terbentuk di sebelah runtuhan banglo
laluan alternatif keluar masuk dibina di kompund sebuah banglo yang terselamat..lihat pagarnya yang telah dibuka menjadi jalan.

beratur membantu memunggah barangan dari sebuah banglo milik Tan Sri Hishamuddin Tan Sri Ibrahim

Setiba di kawasan banglo ranap bertembung dengan team DERU JIM yang sedang berkenalan dan melihat-lihat sebuah banglo ranap milik Tan Sri Hishamuddin.Team DERU mungkin telah memperkenalkan diri dan mempelawa diri untuk membantu. Kami dibawa masuk melihat rumahnya yang ranap. Temujanji dibuat untuk membantunya memunggah barangan pada hari Khamis 11 Disember.

pekerja sedang betungkus lumus memasangkan kabel eletrik di ground zero

kereta yang terjunam masuk ke dalam rumah dan tanah

Khamis 11 Disember 2008. Selepas menghantar Asma' dan Asiah ke rumah kawan di Taman Permata, saya dan Ammar menuju ke pejabat suami di Jalan Tun Razak. Perjalanan kami diteruskan ke Bukit Antarabangsa, singgah sebentar di stesen ESSO mengalas perut, solat zohor di Surau bersebelahan tempat kejadian. Selepas solat bertembung dengan ramai sekali ahli-ahli JIM yang datang membantu, termasuk juga ahli UNIT AMAL, dan Ahli DUN Parlimen Ampang.


Kami masuk ke Jalan Bukit Mewah 2, di tempat kejadian. Saya menemani Kak Faridah dan Kak Azian, bersama-sama mengagihkan air dan sedikit makanan pada pekerja dan penduduk yang melalui jalan tersebut untuk naik ke taman-taman di bahagian atas Bukit Antarabangsa.

membawa turun barangan dari kawasan rumah yang telah membukit..abah asiah di bawah

Kemudiannya tenaga kerja yang ada membantu keluarga Tan Sri Hishamuddin untuk mengeluarkan sebahagian barangan rumahnya untuk dipindahkan. Lori MPAJ datang dengan kadar yang segera sebaik dimaklumkan tuan rumah memerlukan sebuah trak. Sebaik penuh satu trak tuan rumah memohon sebuah lagi trak untuk datang. Trak yang lebih besar telah berjaya dibawa masuk berdekatan rumah yang ranap. Begitulah keadaannya apabila kita berbuat baik dan memohon dengan cara yang baik, maka InsyaAllah bantuan dapat disampaikan dengan baik dan cepat.

Keluarga sebuah banglo di sebelahnya pula menolak dengan baik pelawaan kami untuk membantu mereka. Mereka nampaknya juga sedang sibuk membalut setiap barangan berharga yang terdapat di dalam banglo tersebut. Rumah yang tersergam indah, sebuah kolam renang di sebelahnya dengan 3 buah kenderaan terjunam ke dalam tanah.

Keadaan di kawasan tersebut mungkin masih tidak stabil, menurut tuan rumah setiap hari dia datang dia dapat lihat dan rasakan kedudukan rumahnya berbeza, bermakna ada pergerakan tanah dan rumah. Air dilihat mengalir di bawah dan di celahan banglo yang ranap.

Namun kami semua sentiasa berdo'a agar Allah lindungi kami dari sebarang bencana. Kami membantu mereka yang memerlukan dan tidak sombong dan marah-marah. Seorang pemilik banglo di sebelahnya juga memohon pertolongan, maka janji sudah dibuat untuk membantunya pada hari ini sebaik selesai solat Jumaat.

bergerak untuk pulang setelah selesai tugas pada hari Khamis melalui jalan yang becak akibat hujan lebat sebelum waktu asar.

Alhamdulillah, kerja membantu semalam berakhir dengan sempurna tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kami bergerak keluar dari kawasan bencana sekitar jam 5 petang dan masing-masing menjamu selera dengan hidangan maggi yang disediakan oleh MAGGI. Selepas menunaikan solat Asar, masing-masing bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan kami melalui pula satu gerai KEMAS yang menghidangkan soto ayam panas-panas...apa lagi tak lepaskan peluang pekena semangkuk soto panas dan secawan teh panas. Alhamdulillah.

Antara Dua Darjat...Kampung Berembang Dalam Kenangan

Dalam sibuk-sibuk negara dikejutkan dengan peristiwa ranapnya banglo-banglo mewah di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa, saya terbaca entri ini di blog sahabat Labun Kulup Sakah. Membuatkan saya sendiri terkenangkan akan nasib penduduk Kg Berembang yang mendiami kampong tersebut lebih dari 30 tahun..mereka adalah peneroka bandar.
Renungkanlah akan nasib mereka...hingga kini ada di antara mereka yang masih meneruskan kehidupan dengan tinggal di dalam khemah.
Penduduk Bukit Antarabangsa buat masa ini mendapat jaminan yang baik dengan cadangan penubuhan sebuah dana khas, sewa murah di hotel-hotel terkemuka, makanan untuk petugas dari jabatan kerajaan di sumbangkan oleh hotel terkemuka, kemudahan menggunakan khidmat teksi untuk penduduk keluar hingga ke Kuala Lumpur..kami sendiri melihat deretan teksi menanti penumpang...
Namun kami turut menaburkan bakti kepada mangsa di Bukit Antarabangsa...
Catatan di bawah saya nukilkan pada 1 hb Disember 2006 sehari selepas peristiwa perobohan surau di Kampung Berembang...................................
....................................................................................................................
Pastinya pada hari ini, tamatlah sudah riwayat Kampung Berembang. Manakan tidak, mengikut berita yang terakhir diterima, setelah rumah dan surau dirobohkan dengan kejam, khemah-khemah sementara yang dibina turut diranapkan.

Saya katakan dalam kenangan juga kerana pada satu ketika dahulu, ketika Sdr Zahir Hassan menjadi Yang DiPertua JIM Kuala Lumpur, saya pernah mengikuti program masyarakat JIMKL bersama penduduk kampung Berembang. Walaupun ramai penduduk kampung kuat menyokong parti kerajaan, atas dasar Bersama Islam Membina Masyarakat, JIMKL tetap menjalinkan hubungan yang baik bersama penduduk kampung. Selepas program tersebut, pernah saya menghadiri kenduri kahwin yang diadakan di sana bersama Sdr Zahir Hassan dan pimpinan JIMKL semasa itu. Itulah hasilnya dari engagement bersama masyarakat. Peristiwa itu mungkin telah lebih 10 tahun berlalu.

Hari ini 30hb November 2006, Kg Berembang terasa begitu dekat di hati kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi apabila mendapat khabar surau yang berdiri tegak tempat penduduk berteduh dan menyembah Allah pula bakal dirobohkan. Hasrat untuk pergi ke sana lebih meluap apabila Sdr Chang Lih Kang dari SUARAM dan teman seperjuangan di GMI akan turut serta. Rakan yang lain iaitu Sing Yee memaklumkan tidak dapat hadir sebab bertugas di Kelang, tapi rakan-rakan mereka dari DEMA akan turut serta. Hah...mana mungkin saya seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan tinggal di kawasan Ampang Selangor tidak ikut serta.

Hati makin sakit dengan MPAJ, sebagai penduduk kawasan Ampang, hati saya memang sering panas dengan sikap kejam MPAJ. Denda tidak bayar parking tiket sahaja RM50!. Jalan utama untuk masuk ke kawasan Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana, lebih teruk dari jalan masuk ke kawasan Felda. Hari ini diturap, 2 minggu lagi berlopak lagi. Ini semuanya kerana kerakusan MPAJ membenarkan pembinaan rumah dan macam-macam lagi sepanjang jalan ke Ukay Perdana. Tak cukup di tanah rata, habis bukit-bukit disekitar Taman Melawati dan Ulu Kelang dibiarkan diratah oleh jentera-jentera berat demi membina rumah-rumah mewah. Mereka masih angkuh walaupun tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini. Ingin saja kami berpindah ke kawasan lain, tapi kos rumah di sekitar kawasan ini begitu mahal dan mencekik darah sekali. Itulah Malaysia..sudah menjadi negara ”yang kaya, semakin kaya..yang miskin..hidup melata dan menumpang sahaja”.

Seawal jam 7.50 pagi saya dan anak-anak bertolak ke Kampung Berembang. Tiba di sana sudah ada beberapa orang yang menunggu di surau. Beberapa lama menunggu, beberapa orang pegawai dari JAIS datang berbincang dengan wakil penduduk di hadapan surau. Anak-anak kecil diminta berlindung di dalam surau. Rupanya 2 orang pegawai JAIS, (seorangnya katanya dari Majlis Fatwa Negeri) yang dihantar tidak punya banyak maklumat mengenai isu Kampung Berembang. Mereka hanya datang untuk memaklumkan pada penduduk bahawa mereka tidak boleh mempertahankan hak Surau Kmpg Berembang kerana nama surau itu tidak termasuk dalam senarai tanah yang diwakafkan untuk surau (begitulah lebih kurang bunyinya). Jadi mereka berlepas tangan sahaja. Pegawai JAIS juga bertanya, kalau dirobohkan mereka dan solat di mana, di mana masjid dan surau terdekat? Apa punya bentuk soalan.

Pegawai JAIS bertanyakan, apakah tindakan kami semua sekiranya surau tetap dirobohkan, Arutchelvan menjawab, kami semua akan mempertahankan. Alasannya ialah kes pemilikan tanah kampung itu masih belum selesai diputuskan oleh Mahkamah. Kes akan diputuskan pada 30hb April 2007. Maka PBT-MPAJ tak sepatutnya merobohkan surau mahupun rumah penduduk. Notis untuk merobohkan surau juga tidak dikeluarkan.

Selesai proses perundingan penduduk menunggu tindakan seterusnya dari penguatkuasa MPAJ yang ramai di situ, termasuk polis, SB, serta FRU. Beberapa jentolak tak henti2 menghapuskan pokok2 dan apa saja yang ada di situ.

Penduduk dan aktivis termasuk Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin turut serta menunaikan solat berjamaah di hadapan surau dan kemudiannya berzikir beramai-ramai. Seketika kemudian penguatkuasa MPAJ membawa chain saw untuk memotong pagar surau. Saat inilah kekecohan mula berlaku. Aktivis dan penduduk mula membuat rintangan manusia menjadi benteng menyelamatkan surau. Saya bersama Ustazah Nuridah dan Sdri Aiman Athirah dari JK PROTES turut berdiri di barisan hadapan. Tetapi kemudiannya kami kaum wanita berlari ke kawasan belakang surau, bila menyedari orang-oranng MPAJ mula meredah masuk ke dalam surau. Kami terkenangkan anak-anak yang terkurung di tingkat atas surau. 3 orang anak-anak saya ada bersama di sana.

Kami bertiga cuba membuat benteng menghalang orang MPAJ meredah masuk ke dalam surau. Keadaan memang tegang, dalam sedikit keberanian yang ada dalam diri saya, saya tetap takut melihat beberapa orang penguatkuasa MPAJ wanita bertudung dan masih muda belia berkejar dan mara dari luar ke arah kami. Saya hanya risaukan keselamatan anak-anak di atas. Mulalah 4 hingga 5 orang menarik kedua belah tangan saya dengan kasar sekali. Mereka mengheret saya keluar dari surau dengan kasar, kejam tanpa belas kasihan lansung. Kami semua sudah tidak berdaya lagi untuk menahan serangan bala tentera MPAJ. Sdri Aiman sendiri katanya melihat penguatkuasa MPAJ membelasah kanak-kanak di dalam masjid. Saya begitu takut dan pilu mengenangkan nasib 3 orang anak kecil saya di dalam bersama beberapa orang kanak-kanak lain.

Terkenang saya peristiwa yang berlaku di bumi Palestine di mana wanita-wanita dan kanak-kanak juga tidak terkecualil dari berjuang menentang tentera rejim Israel yang cuba menghancurkan mereka, mereka juga menjadikan diri mereka benteng menyelamatkan pejuang-pejuang yang membela Islam dan tanah air mereka. Mereka juga sanggup menjadi pejuang yang berani syahid bagi membunuh tentera Isarel. Peistiwa kekejaman yang hampir sama berlaku di hadapan mata kita. Surau dirobohkan, anak2 dan wanita turut dibelasah dan dikasari. Mana hilangnya rasa simpati dan kasihan dari hati mereka???

Mereka cuba mencari barang-barang yang boleh diselamatkan

Kami hanya mampu menangis dan berdo’a melihat kekasaran dan kekejaman di depan mata. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi Penguatkuasa MPAJ mula menegeluarkan semua barangan dalam surau, termasuk Al-Quran dan kitab-kitab.

Kami hanya dapat melihat dengan sayu di hati akan apa yg berlaku di hadapan mata. Saya bersama 3 orang anak-anak, Asiah menggigit jari ketakutan dan kesedihan di belakang saya sambil didukung oleh Cikgu Laila.
diambil dari
jelas info
Sejurus kemudian kelihatan 3 orang anak2 saya berlari datang mendapatkan saya. Masing-masing, Asiah 5 tahun, Asma’ 7 tahun dan Ammar 10 tahun, menangis tersedu-sedu. Kata Asiah, dia nampak ada orang tolak pintu dan barang-barang, lepas tu dia nampak ada orang kena pukul dan dipijak-pijak di dalam surau tersebut. Saya tidak ragu-ragu lansung dengan kenyataan anak saya yang masih bersih akalnya.

Setelah selesai proses mengeluarkan semua barang dalam surau,mulalah sebuah jentolak yang sangat besar dengan angkuhnya merobohkan bangunan surau mulai dari belakang, hingga habis ranap semuanya menyembah bumi. Hanya Allah menjadi saksi kezaliman yang dilakukan di depan mata kami. Ramai yang hanya mampu menangis. Paling menyentuh hati saya apabila melihat seorang wartawan berbangsa China turut mengelapkan matanya yang sudah merah.
Anak saya yang kecil Asiah pun sudah memahami kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di depan matanya. Dia menangis tersedu-sedu apabila jentolak mula merobohkan surau. Semoga dia membesar sebagai seorang yang memperjuangkan agama Allah dan membela nasib rakyat yang tertindas.

Siapa lagi yang akan membela nasib diri kita sekiranya kita terus membisu dan membiarkan kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan berlaku di hadapan mata kita????

Laporan dari Malaysiakini

Chaos reigns in Kg Berembang
Nov 30, 06 1:24pm
The Ampang Jaya Municipal Council tore down the only remaining structure in Kampung Berembang in Ampang - a surau - but not before leaving the 30-year-old village looking like a battle ground.
Scores of residents of Kampung Berembang, along with members of several non-government organisations and political parties, were involved in a physical battle with enforcement officers from the council, who were backed by police and the Federal Reserve Unit to save the surau. Last week, the council had demolished all the 50-odd houses in the village, leaving only the two-storey surau behind - that too after a long and hard protest by the villagers and members of a grassroots movement, Jerit. The villagers had since put up makeshift shelters amid their demolished houses in the bid to protect the surau. This morning, MPAJ, armed with four bulldozers, came in to finish the job and again they faced stiff resistence from the villagers. Some 60 villagers and activists had stood steadfast in their last stand against the demolition. They had also parked their vehicles in a cordon around the surau to stop the bulldozers.
Attempts by the pro-tem secretary-general of Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan to negotiate with enforcement agencies failed and a scuffle broke out when the MPAJ personnel started uprooting trees just outside the surau.
But the situation got out of hand when the MPAJ enforcement team started cutting the fence of the surau at 11am.
They then towed away the vehicles cordoning the surau using MPAJ tow-trucks to an unknown destination.
Battle fieldVillagers who tried to block the demolition were violently shoved and pushed aside by the MPAJ enforcement officers, who numbered more than 100. Things took an ugly turn when the police and the FRU joined the fray to beat the villagers and their supporters who had gathered there. Women and children, who were holed up inside the surau, were also not spared. The enforcement officers were aggressive against both the women and children. One woman who had locked herself with a steel chain to the surau was forcibly removed. The officers were seen pulling the hair of some of the women and slapping the children who refused to leave the surau."I was afraid but somehow I found the courage to try to stop the officers, maybe because I care for the surau," said Aida Suhaida (below), 15, who was slapped by a MPAJ officer. "We are women, and the men should not touch us, but they kicked me and stepped on my stomach while I was sitting at the (surau's) staircase," said Norhasliana Osman Taad, 22, who was pull by the officers until her cloth was torn. "They slapped my face until my eyes turned red. The children were also stepped on by them," she said.
In the aftermath of the melee, 11 people - nine activists and two villagers - were arrested and taken to the Ulu Kelang Taman Keramat police station and Ampang Jaya police station.As the dust settled, Kampung Berembang looked like a battle zone with villagers fallen to the ground, some crying in pain, about four fainted and some vomited as a result of sheer exhaustion. By 1pm, the MPAJ had completed their surau demolition job.