Thursday, 4 December 2008

Apa yang akan saya buat ya?????

dari www.danielykl.com
setuju tak anda dengan kenyataan yang tertera di gambar di atas
Awal pagi tadi saya terima sms dari seorang isteri tahanan ISA dari utara tanah air..sekampung dengan saya di Batu 3 Tandop, Alor Setar, Kedah.
Bunyi smsnya.."akak, ari ni Faizol dibebaskan"....Alhamdulillah...saya benar-benar tumpang gembira..cepat-cepat saya membalas dengan menghubunginya...lagipun memang saya asyik teringat untuk call dia sebab minggu lepas saya telah bank in sekeping cek sumbangan dari seorang sahabat nun jauh di Dubai bagi membantu isteri ini menambahkan modal bagi perniagaannya. Alhamdulillah..dia sedang bersiap sedia untuk menjemput suaminya di KEMTA. Pihak Kem telah menghubunginya tengah malam sebelumnya untuk datang menjemput suaminya tengahari tadi...dalam hati terdetik..macam kena jemput anak balik nursery saja lagaknya...geram dalam hati dengan sikap mereka yang bertanggungjawab.

Suami Puan Kin ini ketika ditangkap telah dibelasah dengan teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU...baca catatan saya yang telah dihantar oleh GMI untuk Ketua Pembangkang ketika itu Datin Seri Wan Azizah gunakan untuk di hilitekan di Parlimen.

Semasa dalam tempoh 2 minggu beliau ditahan di Bukit Aman, Pn Kin mendapat panggilan telefon dari pihak polis untuk beliau datang ke Hospital Kuala Lumpur menziarahi suaminya.. Beliau amat terkejut bila sampai, suaminya telah berada di wad ICU. Suaminya adalah seorang yang sehat sebelum beliau ditangkap. Ketika beliau sampai beliau amat sedih melihat keadaan suaminya yang baru mula sedarkan diri. Menurut beliau suaminya mula jatuh dan tak sedarkan diri pada jam 12 tengahari dan sedar semula pada keesokan harinya jam 8 pagi. Doktor telah mengatakan bahawa sekiranya suaminya masih tak sedarkan diri dalam tempuh 4 jam lagi, suaminya boleh dianggap sebagai telah meninggal dunia.

Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang isteri..Beliau juga amat sedih dan terkejut melihatkan ada banyak kesan lebam dan luka-luka di badan suaminya. Suaminya apabila telah sehat telah menceritakan kepada Pn Kin bahawa beliau telah didera dan dilakukan ujian samada beliau bercakap benar atau tidak dengan diletakkan wayar aliran eletrik di kepalanya..istilah yang digunakan oleh Puan kin kepada saya ialah..’torture dengan menggunakan letrik’. Ianya memberi kesan sakit dada kepada suaminya.

Begitulah azab pedihnya akibat dari kekejaman ISA. Alhamdulillah, kini Puan Kin dapat menarik nafas lega kerana suaminya telah dibebaskan, namun mereka yang dibebaskan kebanyakannya dikenakan pula sekatan tahanan di kawasan, lebih teruk lagi sekatan tahanan di rumah.

Sebenarnya di samping suami kepada Puan Kin, sahabat baiknya juga turut di tahan bersamanya pada hari dan masa yang sama. Isterinya Puan Isza juga tinggal di Kedah. Namun buat masa ini saya belum menerima khabar sekiranya suaminya juga telah dibebaskan.


Bergambar bersama 2 buah keluarga mangsa kezaliman ISA di Kedah.

Ketika saya pulang bercuti ke kampung di dalam bulan Syawal yang lepas, saya telah berkesempatan menziarahi 2 keluarga ini. Masing-masing mempunyai seorang anak...paling kasihan ialah sekiranya anak itu masih kecil seperti anak Puan Isza. Dia menceritakan bagaimana bahagia dan gembiranya anaknya apabila menerima kad ucapan hari Raya dari ayahnya di KEMTA...heboh dia menunjukkan kepada kawan-kawannya dan bertanyakan pada mereka sekiranya kawannya juga menerima kad raya dari ayah mereka...lucu namun sedih mendengar cerita tersebut.

Bangga menunjukkan kad ucapan hari raya dari abahnya yang sedang merengkuk di penjara Kem Kamunting.

Sebagaimana Puan Kin, Puan Isza juga gigih dan tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan dengan keupayaan yang ada pada mereka.

Dua orang anak Mangsa Kezaliman Akta ISA

Kedua orang suami mereka telah dituduh sebagai Agen Perisik Asing (APA). Hari ini 4 orang tahanan ISA yang dituduh sebagai APA ini telah dibebaskan, seorang lagi yang kami terima maklumat ialah Murad Bin Sudin yang telah dikurung di KEMTA lebih dari 7 tahun. Rumah mereka jauh di dalam sebuah kampung dan jauh juga dari rumah tetangga yang lain. Isterinya sentiasa hidup dalam ketakutan kerana SB sering mengganggu hidupnya. Alhamdulillah kini mungkin dia sudah punya peneman untuk meringankan beban kehidupannya.

Berita mengenai pembebasan Murad saya terima dari Cikgu Laila "suami zulaiha dah balik umah petang tadi"..

Tengaharinya saya dapat sms ini dari Cikgu Laila.."Aidil Adha coming..MAT SAH masih di kem, suami Kin bebas hari ini"...saya tak terkata apa...

Kemudiannya terima pula sms ini.."KEMTA tel a few ISA families to go to Kem n take that particular detainee home, esp b4 Aidil Adha. But Mat Sah not in the list."...sedih kan....??

Cepat-cepat saya telefonnya...katanya KEMTA pun ada menelefonnya tetapi hanya untuk memberitahu agar dia membawa makanan ke KEMTA pada hari Raya nanti....sedih kan...kecewa tak rasanya...ya...apa saya akan buat sekiranya saya ditempatnya...begitulah yang saya sering fikirkan dan itu juga soalan yang ditanya kepada saya oleh Cikgu Laila tadi.
...jawab saya.."entahla..maybe..I pegi Kem n duduk mogok kat situ tak nak balik"..
Jawab Cikgu Laila.."tapi kita melawan dengan peraturan dan undang-undang yang gila!!!!"...
betul juga...tak guna berlawan begitu dan menyusahkan diri sendiri..kerana yang pasti....dari dulu lagi memang ada sikap pembebasan yang terpilih...mengapa mereka semua tidak dibebaskan..sedangkan lembaga penasihat semuanya dah menasihatkan agar mereka semua dah boleh dibebaskan...memang sah SB, Polis KEMTA dan Menteri Dalam Negeri berniat jahat...MALA FIDE!!!!!..

Bergambar bersama 3 orang isteri tahanan ISA yang suami mereka masih merengkuk di KEMTA selama lebih dari 7 tahun. Dari kiri Cikgu Laila, Puan Ju dan Puan Atikah..gambar diambil di Majlis Amal Makan Malam bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Hotel Residence Uniten Bangi anjuran Persatuan Usrah Kebajikan Professional (UKP)
Apa yang akan saya buat ya.....

Namun apa pun jua..pembebasan mereka pada hari ini dan beberapa orang lagi termasuk Yazid Sufaat sejak beberapa minggu lepas adalah satu lagi kejayaan rakyat dan GMI dalam usaha memastikan semua tahanan ISA dibebaskan segera..

Pada awal tahun 2008 terdapat 70 orang tahanan ISA di KEM Tahanan Kamunting, hari ini tinggal lagi 38 orang lagi!!!...Alhamdulillah...rakyat perlu bekerja keras agar semua tahanan ISA dibebaskan segera dan ISA dimasuhkan!!!!.

4 comments:

Nur said...

sedihnyer saya baca kak...sayu sangat hati saya...jahat jahat jahat gile...gile jahat...letak cc tv kat kem tuh baru tau...pastuh sebar kan kat satu msia...ya Allah...sampaikan salam saya pada semua isteri yang menderita...katakan pada mereka, syurga dijanjikan pada mereka sekiranya bersabar...insyaAllah...saya tolong dari jauh kak...tolong doa jer lah...insyaAllah when I come back, bersiap sedia lah parlimen...cewah...cam boleh jer saya bentang usul!

ummu asiah said...

fakhzan..

sayu gak baca komen ni..

anyway..by reading your entries..i know u can do it..just like nurul izzah and other young parliamentarians here..or you can just be a human rights activist atau apa saja yg membela nasib rakyat..tak ramai women muslim yang really into this..tak sabar tunggu fakhzan balik..ada pelapis

Neeza Shahril said...

oooo... diorang ingat menyiksa orang yang tak bersalah tu satu mainan agaknya ya..
diaorang tak rasa azab Allah lagi.. bukan saja kejutan elektrik.. berjuta2 kali ganda kejutan elektrik diorang akan rasa.. tu belum campur siksa azab kubur... Ya Allah.. sesungguhnya peliharalah mangsa2 kezaliman ISA tu dibawah rahmatMu Ya Allah...

ummu asiah said...

neeza..

puas hati juga kan bila dapat luah macam ni..

tak pa..tunggu masa depa..Tn Guru Nik Aziz kata pemimpin yg zalim di akhirat nanti jadi macam semut..mereka yang dizalimi akan pijak2 kepala pemimpin2 zalim tu..tak pa kita tunggu balasan di akhirat kalau di dunia depa tak terasa terkena..