Saturday, 13 December 2008

Hak Asasi Manusia..... jalan raya yang menghubungkan ke dunia luar..setuju???


Ketika saya cuba mencari-cari maklumat mengenai beberapa program yang berlansung hari ini berkaitan dengan Human Rights Day dan isu-isu Hak Asasi perjuangan rakyat khususnya oleh JERIT dan Bar Council saya terjumpa artikel ini-Peguam rela korbankan tembok rumah.

Saya rasa tertarik untuk berkongsi bersama kerana ramai yang sedang mengikuti perkembangan dengan apa yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa. Laluan alternatif ini juga sering diperkatakan dan digunakan oleh ribuan penduduk yang terperangkap. Ketika berada di di Jalan Mewah 2 bekerja secara sukarela mengagihkan air dan makanan kepada pemilik kenderaan yang lalu lalang saya berdiri setentang dengan rumah ini, dan ketika hujan turun dengan lebatnya kami berteduh di rumah ini masih teguh berdiri sedangkan 14 buah banglo yang lain telah ranap dimamah bumi.

Pemilik rumah ini juga telah mengorbankan harta miliknya yang dikurniakan buat sementara dan pinjaman kepada manusia di dunia ini. Gambarnya ada saya letakkan di entry saya yang ini.

Apa-apa pun moga selepas ini kerajaan lebih peka dengan kemudahan rakyat terutama sekali kemudahan infrastruktur yang sepatutnya datang secara pakej kepada rakyat. Apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa sepatutnya menjadi pengajaran yang benar-benar mengajar mereka yang memegang kuasa...mengapa hanya ada satu jalan utama sahaja untuk keluar masuk dari kawasan kediaman yang sebesar ini. Sejak saya tinggal di sana sememangnya telah terdengar khabar yang mengatakan satu jalan sepatutnya dibuat dari atas puncak Taman Bukit Utama menembusi ke taman TAR..(taman ini juga adalah sebuah taman yang didiami oleh kaum ELIT Melayu..dipenuhi oleh rumah-rumah banglo yang lebih tersergam indahnya).......namun banyak alasan yang diberikan untuk menggagalkan usaha itu...kini dah terhantuk....barulah kelam kabut nak cari penyelesaiannya.....

Artikel yang dimaksudkan tertera di bawah:

KUALA LUMPUR 11 Dis. - "Saya ikhlas membantu penduduk kerana berbanding harga rumah dan nyawa, nyawa adalah lebih penting," begitulah kata-kata Khairuzzaman Muhammad, 43, yang merelakan tembok rumahnya dirobohkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.

Ekoran keizinannya itu, kira-kira 5,000 penduduk yang berada di bahagian atas bukit dan terputus hubungan di Taman Laman Oakleaf, Bukit Jaya, Bukit Utama dan Puncak Utama berjaya dibawa turun dengan selamat.

Mungkin tidak ramai menyedari tanpa pengorbanan Khairuzzaman itu, ramai mangsa yang terperangkap sukar dibawa turun oleh pasukan penyelamat kerana keadaan cerun tanah kurang stabil.

Menceritakan saat-saat itu, katanya, beliau dimaklumkan oleh dua pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang datang ke rumah di Setiawangsa dan memberitahu mengenai situasi tersebut.

"Niat saya ikhlas, jadi saya kata pecahkanlah tembok rumah saya sekiranya itu dapat menyelamatkan nyawa mereka yang terperangkap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, empat terbunuh manakala 14 lagi cedera setelah 14 banglo di kawasan seluas empat hektar di Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa ranap selepas berlaku kejadian tanah runtuh.

Beliau dengan rendah diri menyatakan pengorbanan itu dilakukan dengan seikhlas hati tanpa mahu sebarang publisiti turut enggan ditemu bual meskipun berkali-kali dipujuk tetapi bersetuju ia dilakukan menerusi telefon.

Tindakan beliau itu turut mendapat pujian daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang akhbarnya di Bukit Antarabangsa semalam dan menyifatkan penduduk (peguam) tersebut seorang rakyat Malaysia yang berhati mulia.

9 comments:

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. ada juga orang yang mulia hatinya kan kak.. bukan yang sombong macam sesetengah orang tu.. orang dah bagi pertolongan masih nak sombong bongkak..

Nur said...

Alhamdulillah..mulia nya hati...kak...i distinctly remember that you have told me that you will write a miracle happened during the horrendous landslide in Bukit Antarabngsa, yang mana yer? Or did I miss it?

Nur said...

OWh I forgot,

You have been tagged...hehehhe...the questions are in my blog...I'm honoured if you can share a little world with me and the rest of us...:D

IKHWANI said...

InsyaAllah, bantuan ikhlas akan diberi ganjaran selayaknya oleh Allah...yang masih lupa dan belum sedar tu kita doalah agar mereka cepat2 insaf, dan kita juga ditambah keinsafan dan keimanan kita...rasanya kalau jumpa dgn you empat mata lagi banyak cerita boleh dengar ni :)

ummu asiah said...

neeza..

tu lah bnyk yg kita dgr cerita2 yg tak sedap di dgr and kebetulan tv pun tunjuk adegan yg tak suka kita lihat..tapi Alhamdulillah masih ramai yg tak pentingkan diri sendiri.

ummu asiah said...

fakhzan..

tak ingat pulak akak ni..anyway..anak tuan rumah yg kami bantu punggah brg tu cerita...

Rumahnya "bergerak" sejauh 3 lot dari tempat asal. Ibunya sedang baca Al Quran pada ketika itu. Keadaan rumahnya tunggang terbalik tetapi Ruang Ibunya membaca AlQuran terpelihara. Sebaik sahaja ibunya diselamatkan dari rumah itu, beam rumah menghempap ruang tadi. Inilah hebatnya Kuasa Allah s.w.t.

itu sikit ceritanya..anyway bagusnya for me..in a way..dpt exercise turun naik bukit 2 km naik and 2 km turun for 4 days berturut2.

ummu asiah said...

OO..

InsyaAllah ada masa kita jumpa and cerita ttg pengalaman hidup masing2..

akak suka jalan2 ke mutiara damansara tu..dah dekat la dgn your place kan...

silversarina said...

Semoga Allah memberi ganjaran syurga buat Encik Khairuzzaman . Amin.

agen bandarq said...

Cari Situs Judi Online Terpercaya? Teraman? Banyak Bonusnya?
Di Sini Tempatnya.

ZumaQQ, Agen BandarQ, Domino99, Poker Online Terpercaya

Hanya 4 Tahapan Kemenangan yang MUDAH di ZumaQQ
Daftar > Depo > Main > Menang!
Deposit minimal Rp. 20.000,-
Anda Bisa Menjadi JUTAWAN? Kenapa Tidak?
Dengan 1 ID sudah bisa bermain 8 Jenis Permainan
* BandarQ (HOT)
* Bandar 66 (New Hot)
* Bandar Poker
* Sakong Online
* Domino QQ
* Adu Q
* Poker
* Capsa Susun
Ada Juga Bonus Terhot Se-Indonesia
Bonus Turnover 0,5%
Bonus Refferal 10% + 10%

Yuk gabung bersama kami dan Jadilah Jutawan Berikutnya!
Website : ZumaQQ
WA : +85517812404
Line : ZumaQQ