Saturday, 27 December 2008

Sengsara mereka....peluang untuk kita berinfaq di Jalan Allah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula...sekali lagi ibu bapa perlu buat persediaan perbelanjaan yang agak besar dan banyak lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak yang ramai. Persediaan membeli buku, pakaian, peralatan dan bermacam-macam lagi. Bagi mereka yang bergaji besar dan mendapat bonus di saat ini...Alhamdulillah kurang sikit lah bebanannya....tapi seperti mana di Hari Raya sering terdengar lirik-lirik lagu..kenanglah mereka yang tiada..atau mereka yang tidak berada..lebih kurang begitulah bunyinya dan maksudnya.


Keluarga Siti Ajar...kisah keperitan hidupnya pernah tersiar di Harakah cetak di bulan Ramadan.

Alhamdulillah bagi kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA dengan kerjasama Harakah dan Harakahdaily, telah berjaya mengurangkan beban dan memberikan ruang untuk isteri-isteri tahanan ISA menarik nafas lega, bergembira dan bersyukur kerana masih ada yang peduli.


Ketua Pengarang Harakah telah menyampaikan cek sumbangan dari pembaca Harakah kepada kami sebagai wakil PSK-GMI. Cek sumbangan sebanyak RM4o,ooo.oo telah disampaikan kepada PSK untuk disalurkan kepada keluarga tahanan ISA. Baca di sini. Selain dari itu melalui catatan di Blog Merah Hitam yang bertajuk Anak Mangsa ISA perlu Bantuan Kewangan Ke Sekolah, juga telah berjaya menyentuh perasaan pembaca untuk terus menyumbang, Alhamdulillah.


Puan Hapipah mempunyai masalah kesihatan yang agak serius.

Sebenarnya saya dan juga Cikgu Laila kadangkala menerima sms dari isteri-isteri tahanan ISA yang terdesak hidup mereka. Mereka bukanlah jenis yang meminta-minta dan sentiasa memohon simpati, tetapi bila mereka ditimpa kesusahan dan benar-benar terdesak mereka akan mencari kami berdua untuk mendapatkan bantuan kewangan. Syukur dengan segala sumbangan yang kami terima kami dapat dengan mudah dan cepat meringankan beban mereka. Kebanyakan dari mereka, isteri-isteri tahanan ISA tidak bekerja ketika suami mereka masih di sisi, bila suami ditangkap dan dikurung dalam tempoh yang lama, mereka hanya mampu membuat kerja-kerja seperti menjual kuih, menjahit, menjaga anak-anak jiran dan ada yang tidak mampu bekerja lantaran masalah kesihatan. Di bawah adalah kisah yang pernah diterbitkan di Harakah:

Kepayahan dan kesedihan hidup keluarga mangsa pernah dirakamkan oleh wartawan, Anis Nazri yang pernah mengikuti rombongan menjejaki keluarga mangsa tahan ISA di Sandakan Sabah September lalu:-
"Norhatta Paraji, tidak banyak bercakap ketika menyambut kedatangan kami. Beliau lebih suka tersenyum membalas soalan kami. Hanya kami yang bertanya itu dan ini. Ternyata suaranya bagaikan emas, terkunci untuk berkongsi kepayahan yang dihadapinya.
"Kehidupan bersama tujuh anaknya, yang semuanya tidak bersekolah cukup menggambarkan keperitan dan kesusahan yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu apabila suaminya dicekup ISA.
"Kepayahan hidup bersendirian menguruskan anak-anak menyebabkan beliau tidak menghantar anak-anak ke sekolah, lantaran perjalanan ke sekolah yang jauh, anak kecil yang tiada penjaga serta terpaksa menunggu kedai runcit warisan suaminya," begitu catitan Anis yang pernah dimuatkan dalam Harakah dan Harakahdaily.


Puan Dayang dan anak-anak berusaha menjual kuih di bulan Ramadan

Siang tadi saya telah berusaha untuk membereskan urusan memasukkan wang ke dalam akaun ke semua keluarga tahanan ISA yang terlibat sebanyak 34 buah keluarga termasuk juga mereka dari tahanan yang dilabelkan sebagai tahanan Hindraf. Bagi isteri-isteri yang tinggal di Tawau dan Sandakan saya terus masukkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun mereka agar mereka dengan segera dapat mengeluarkan wang tersebut untuk digunakan.

Ketika saya menghubungi Puan Zainab di Tawau bagi memaklumkan yang saya dah masukkan wang, ternyata dia amat gembira dan baru sahaja mengambil wang tersebut kerana saya telah maklumkan lebih awal yang saya akan bank in wang tersebut. nasib baik saya terus masukkan tunai dalam akaunnya. Dia memang sedang memang sedang membawa 4 orang anaknya ke pekan untuk membeli barangan sekolah.

Begitu juga isteri-isteri yang lain yang telah dihubungi melalui sms dan panggilan telefon, semuanya dapat saya gambarkan wajah yang berseri penuh kesyukuran.

Bagi pihak PSK_GMI dan semua keluarga tahanan ISA saya mengucapkan Jazakumullah hu khairan kathira....terima kasih banyak-banyak....hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik semua yang telah menyumbang...semoga masa depan semua anak-anak tahanan ISA akan terus cerah walaupun ayah mereka masih dikurung di sebalik tembuk batu dan pagar besi di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (Al Baqarah:274)

link untuk kisah-kisah keperitan keluarga tahanan ISA

1 comment:

Abang Long said...

Ayah didera. Anak juga turut menderita. Nasib baiklah kita ini Umat Nabi Muhammad, kalau tidak, sudah lama dunia ini diterbalikkan akibat kezaliman yang berleluasa. Bila azab dan bala Allah datang, Abang Long juga akan terkena sama !!!