Misi Membantu Mangsa Di Bukit Antarabangsa..Kuasa Allah jelas di hadapan Mata..Subhanallah.
Dalam perjalanan pulang dari Kampung Rembau semalam, saya menerima panggilan dari Kak Rozaini Exco Wanita Keadilan Pusat yang memohon saya cuba mengumpul seramai mungkin untuk datang ke Pusat Pemindahan di Sekolah Rendah Ulu Kelang. Saya terus mengiakan dan okay saja. Pesan Kak Rozaini bawa pisau dan datang at 9am.
Suami saya juga selepas itu sibuk menghubungi rakan-rakan dari Briged Amal DUN Hulu Kelang dan juga DERU JIM untuk sampaikan pesanan tersebut.
Pagi-pagi tadi tanpa berkemas rumah atau menyediakan sarapan saya membawa hanya Asiah seorang mengikuti saya ke Hulu Kelang,risau meninggalkan dia bersama dengan 2 orang abang dan kakaknya. Saya tinggalkan sedikit duit untuk mereka mencari makanan sendiri di kedai. Alhamdulillah,anak-anak memahami dan sudah biasa dibiarkan berdikari.
Sesampai di sana saya park lagi kereta di kedai perabot JAL, terus jalan masuk ke kawasan sekolah yang menjadi pusat pemindahan dan operasi. Terus melihat ramai kaum wanita yang sedang bekerja 'membersihkan' ikan bilis yang banyak..saya dan Asiah turut sama membantu. Asiah kemudiannya dibawa pulang oleh Kak Aliza isteri YB Saari Sungib ke rumahnya.
Sekitar jam 11 pagi saya mengikuti team DERU JIM untuk naik ke Bukit Antarabangsa. Naik dengan kereta hingga ke Puncak Athaneum. Dari situ turun trekking dan terus tembus ke Taman Bukit Utama yang juga menjadi kawasan Helikopter mendarat.
Di situ tidak banyak perkara yang dapat dibantu atau dilakukan lagi..team DERU JIM dinasihatkan untuk turun mencari tapak beroperasi di Kyoto Gardens. Namun untuk masa tersebut team DERU telah dapat menaikkan khemah untuk station mereka beroperasi. Saya, Kak Rozaini, Atiqah-anak Dr Hatta Ramli, serta 2 orang anak-anak Kak Rozaini, Azizah dan Rahmah memohon dari wakil DERU JIM untuk melepaskan kami turun ke bawah menuju ke kawasan bencana. Maka kami berlima memulakan jejak langkah menuruni bukit mengikut jalanraya sehingga sampai ke kawasan timbunan tanah yang menimbusi jalan utama.
Dapat lihat dengan jelas rumah yang paling terakhir tergelincir dari tempat asalnya dan musnah. Kami membelok menuju ke Condo Impian Selatan. Apa yang dapat kami lihat di hadapan mata adalah satu pemandangan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata..walaupun kita di Malaysia sering ditonjolkan dengan visual kawasan bencana tersebut...namun realiti di hadapan mata secara live adalah sesuatu yang amat menggerunkan..Subhanallah..memang sukar untuk disebutkan atau ditulis dengan apa-apa bentuk ayat.
Rumah-rumah yang hancur...ranap, kereta yang terhumban, musnah bersama rumah..kedudukan semuanya begitu dekat dengan pagar yang memisahkan Condo Impian Selatan dan kawasan Banglo Taman Bukit Mewah. Kami meneruskan lagi perjalanan..kelihatan pekerja yang sedang menjalankan kerja meneliti struktur tanah di situ..kelihatan juga seorang pekerjanya sedang khusyuk bersujud menyembah Allah di waktu solatnya..beralaskan kertas kotak di bawah condo...panjang sekali sujudnya..mungkin terserlah jelas kekuasaan Allah di hadapan mata!!!...
Kami berjalan menyusuri pagar yang memisahkan...jelas sekali kedengaran bunyi air yang mengalir laju, deras dan jernih...seolah sebatang sungai dan air terjun..tak pasti sekiranya sebelum ini memang telah wujud sungai seperti itu di kawasan taman tersebut. Kami menuruni jalan-trek yang baru dibuat..menuruni cerun dan meredah sebatang sungai cetek yang airnya mengalir laju..maka kami tiba betul-betul di sebuah rumah yang telah ranap terus bahagian bawahnya..kelihatan seorang lelaki memanjat tingkap rumah sedang cuba mengeluarkan sesuatu..rupanya itu adalah tuan rumah tersebut.
Kami berjalan menyusuri pagar yang memisahkan...jelas sekali kedengaran bunyi air yang mengalir laju, deras dan jernih...seolah sebatang sungai dan air terjun..tak pasti sekiranya sebelum ini memang telah wujud sungai seperti itu di kawasan taman tersebut. Kami menuruni jalan-trek yang baru dibuat..menuruni cerun dan meredah sebatang sungai cetek yang airnya mengalir laju..maka kami tiba betul-betul di sebuah rumah yang telah ranap terus bahagian bawahnya..kelihatan seorang lelaki memanjat tingkap rumah sedang cuba mengeluarkan sesuatu..rupanya itu adalah tuan rumah tersebut.
Di tepi rumahnya sebuah tasik kecil sudah kelihatan terbentuk...kami meneruskan lagi perjalanan dan menyaksikan lagi sebuah pemandangan yang sukar dipercayai namun ianya adalah suatu yang nyata....Hilang sekelip mata segala kemewahan di dunia..suatu waktu ianya sebuah kawasan elit yang nyaman dan tenang tanpa gangguan.
Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami sampai ke satu rumah yang turut ranap. Di hadapan rumah tersebut kelihatan beberapa orang wanita seperti orang yang berada di dalam keadaan yang amat stress, seorang nenek tua duduk di atas bangku tak bermaya..seorang lagi mungkin anaknya juga dalam keadaan yang amat payah..mengeluh tidak ada sesiapa yang datang membantu mereka memunggah dan memindahkan barangan...mereka tidak ada makanan..juga kekurangan air minuman..walaupun kata mereka makan dan minum seperti tidak bererti lagi. Kami cuba membantu mereka dengan meng'alert'kan polis dan pekerja MPAJ yang ada di sana..sebaik selesai kami membuat bising dan membebel..datanglah sebuah trak MPAJ membantu....
Pada awalnya keluarga Sikh ini kelihatan agak keberatan dan malu untuk menerima pertolongan kami...mungkin kerana banyak barangan yang ada adalah gambar-gambar dan patung mengikut kepercayaan agama mereka termasuk juga barangan kaca yang lain. Kami terus membantu mengangkut barangan tersebut masuk ke dalam trak. Selesai kerja kami meneruskan lagi perjalanan menyusuri rumah-rumah mewah yang ada di sana. Kami terpegun melihat kemewahan setiap rumah yang ada di sana.
Kami akhirnya tiba di kawasan yang menjadi tumpuan ramai..yang sering ditonjolkan di TV..di mana ada banyak khemah-khemah yang didirikan. Meriah sekali, umpama sebuah pesta dan juga pasar malam..berbagai makanan dan minuman yang boleh didapati di sana. Kami berhenti rehat di Pusat Operasi DUN Bukit Antarabangsa. Oleh kerana kami belum menjamah makanan tengahari..tanpa segan silu, kami terus menuju ke khemah Restoran Ali Maju yang diwar2kan di berita dan mengambil segelas teh tarik dan sekeping roti canai panas-panas....kami makan dan minum dengan berselera sekali.
Selesai berehat dan makan kami membuat keputusan untuk berjalan naik ke atas semula. Namun kami terfikir untuk membawa bersama kami bekalan air mineral dan makanan ringan. Kami bergerak ke setiap gerai makanan yang ada memohon bekalan air mineral dan biskut serta sedikit kek. namun tidak banyak makanan yang ada yang sesuai untuk dibawa. Sekali lagi kami menyusuri kawasan Bukit Mewah dengan runtuhan rumah-rumah, namun kali ini kami tidak bernasib baik untuk mengambil short cut melalui runtuhan jalan dan rumah-rumah. Polis tidak membenarkan dan mengarahkan kami mengikut laluan alternatif yang disediakan untuk laluan kenderaan. Memang lebih jauh dan mencabar dengan menjinjing beberapa botol air mineral.
Sampai ke hujung jalan semula dari jauh kelihatan YB Dr Lo'Lo..bersalaman dan menceritakan pengalaman masing-masing secara ringkas. Dari jauh juga kelihatan Sdri Aiman Athirah dari Muslimat PAS bersama teamnya rupanya di belakang kami menyusuri jalan menuruni bukit.
Di hadapan kelihatan satu que panjang kenderaan yang menunggu untuk dibenarkan bergerak. Ramai yang telah keluar dari kenderaan dan mematikan enjin kereta masing-masing. Ramai yang ditanya telah menunggu lebih dari sejam. Kami memulakan misi kami menghulur air mineral dan bekalan biskut yang ada kepada mereka yang tersadai bersama kereta masing-masing..kebanyakan mereka tidak menolak pemberian kami...ternyata mereka semua kelaparan dan dahaga..kebanyakan mereka juga sangat appreciate dengan apa yang kami lakukan, dan bertanya siapa kami dan dari mana kami datang..jawapan ringkas kami ialah kami sukarelawan dari Pakatan Rakyat. Alhamdulillah.
Kami tiba ke sebuah van Naza Ria..wanita yang di dalam van tersebut menerima tanpa segan silu sedikit biskut dari kami dan memberitahu bahawa dia sudah mula rasa sakit perut seperti gastric. Katanya rumahnya di Taman Bukit Jaya sudah ketiadaan makanan dan peti sejuknya pula rosak. Kesihan mereka..mungkin sejak dari hari Sabtu..sudah tentulah bekalan makanan pun sudah habis. Bekalan makanan dan minuman kami juga tidak banyak untuk diagihkan kepada semua penumpang kenderaan yang berderet hampir beberapa kilometer dari puncak bukit Utama hingga ke bawah.
Kami sempat memberi saranan dan pandangan kepada Team Deru JIM yang sedang mencari tapak untuk station mereka yang seterusnya, untuk mereka menyediakan banyak makanan ringan dan minuman untuk diagihkan kepada mangsa yang tersadai di jalanraya...namun ini mungkin misi yang hanya sesuai untuk hari ini...esok belum tentu apa yang menanti..semua yang ingin membantu perlu pro aktif dan bergerak melihat suasana sekeliling dan bukan hanya stay put di bawah khemah menanti mangsa datang.
Kami kemudiannya membuat keputusan untuk hiking ke atas dan pulang. Ketika itu jari-jari kaki saya sudah mula kejang dan keras..namun atas sokongan rakan saya teruskan perjalanan mendaki..hampir separuh jalan betis kaki sebelah lagi pula mula kejang..namun kuatkan juga semangat untuk mendaki pulang. Petugas yang ada telah laungkan kepada petugas di di atas untuk menyediakan kerusi untuk 'makcik-makcik' sukarelawan yang dah keletihan. Kami berehat sebentar sebelum bergerak balik menuju ke pusat pemindahan.
Di pusat pemindahan ketika kami mula melangkah kaki untuk pulang sebaik azan Maghrib berkumandang, kami terserempak pula dengan sepasang suami isteri berbangsa India..mereka kelihatan sangat letih..selesai mereka mendaftar kelihatan mereka membawa satu beg berisi makanan, roti dan air yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya menegur mereka dan ternyata mereka letih lantaran terpaksa tunggu lama di dalam kenderaan semata-mata untuk ke luar dari bukit antarabangsa dari rumah mereka di Taman Bukit Jaya. Lelaki tersebut juga menyatakan yang mereka kehabisan makan di rumah dan mendapat simpati dari jiran yang memberikan mereka makanan. Isterinya juga kelihatan terbatuk-batuk dan kami dimaklumkan yang dia pengidap asthma. Sebelum kami pulang kami telah pastikan pihak JKM dan Bulan Sabit Merah menjaganya dan membawanya ke klinik dengan segera.
Kami juga terserempak dengan pekerja POS MAlaysia yang baru membuka pusat operasi mereka. Kami mengambil leaflet yang mereka sediakan untuk disampaikan kepada wakil Parlimen Ampang untuk di hantar ke Pusat Operasi DUN Bukit Antarabangsa.
Alhamdulillah...kami berasa lega dengan apa yang telah kami usahakan pada hari tersebut..dalam perjalanan saya singgah membeli fast food untuk anak-anak di rumah....lega rasa hati melihat anak-anak bijak menguruskan rumah, dan rumah kelihatan kemas dan terjaga..makanan juga ada dibawa oleh Kak Aliza ke rumah saya.
Alhamdulillah...moga ramai lagi yang benar-benar dapat memastikan pertolongan sampai kepada mereka yang memerlukan.
(nota: sebaik selesai menulis entry ni..kelihatan blog PENA PERJUANGAN juga telah update blognya dengan misi yang sama...kelihatan dari gambar pengalaman yg sama..saya memohon kebenaran untu copy n paste gambar..memandangkan saya careless kerana membawa camera tanpa bateri..jurufoto kami pula belum emel gambar-gambar)
8 comments:
Alhamdulillah... neeza suka dengan usaha macam ni kak.. ikhlas kerana Allah..
ada juga sesetengah orang yang menangguk di air yang keruh kan.. menolong sebab nakkan sesuatu..
tapi, neeza percaya akak dan kawan-kawan akak memang bukan dari golongan tu.. semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dari bencana alam macam ni lagi.. Ameen...
Thanks for "live" telecast! kat mass media mana ada semua ini. Anak saudara kakcik terlibat langsung di sini. Seorang anggota Hazmat dan seorang lagi jurutera tentera yang dok buat jalan alternatif tu. Alhamdulillah dapat la depa berdua "beraya" kat lokasi bersama. Tiap kali beritaTV kami tunggu, nampak juga kelibat depa..Dari cerita depa, memang dahsyat. kat TV tu tunjuk tak sampai 10% pun...
Tahniah,kakcik bangga ada kawan yang sanggup berkorban merempuh susah dan sukar orang lain ,menolong kerana Allah.
La.. awat tak habaq sama waktu kemuncak doa tu... kakcik dok tanya sana sini, sapa pun tak tau.. sbb informer kakcik ada di tanah suci tahun ni.... kalau dapat apa-apa ynag best macam tu, tolong share na!
:)
Satu kepuasan apabila kita membantu dengan ikhlas. Yang penting KEREDHAAN Allah.
Maaf wahai Puan. Saya telah mengirimkan emel. Harap telah diterima. Jika tidak saya pohon supaya Puan menghantar mesej ke alamat - safmi_80@yahoo.com. Kerana ada masalah teknikal.
Terima kasih buat laporan macam ni, baca kat paper cerita orang yg sama, berita pun sama diulang-ulang...Mudah2an semuanya sabar menempuh dugaan Allah. Allah yang sememangnya sentiasa mengingatkan kita tentang Kuasa - Nya.
neeza..
org yang suka menangguk tu memang ada di mana2..
harap2 kita sentiasa dilindungi Allah..kena lah selalu beramal, berbuat bak ssama manusia..moga jadi penyebab Allah lindungi kita dari bala
kakcik..
Alhamdulilah ada sedara yang terlibat membantu walaupun dalam keadaan bekerja..tapi kesian jugak dkt tentera, polis etc yg dituduh oleh penduduk sebagai pencuri brgan mereka..at last now semua polis and tentera tak dibenarkan batu tolong pindah brgan..actually sesiapa saja dgn mudah dpt masuk kwsn tu..after being there..i really don't belive dgn kata2 ketua polis sngor tu yg polis sentiasa kawal..
Abg long..
kena selalu do'a moga Allah terima segala amalan
dah terima emel.
OO..
Alhamdulillah..moga apa yang disampaikan bukan hanya sekadar utk bacaan, tapi juga buat kita saling ingat mengingati..
ya..if sabar pahala pasti berganda..malangnya masih ada nak sombong dan tak sedar diri..
Post a Comment