Monday 22 December 2008

Berita gembira untuk orang beriman dan beramal saleh

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman dan beramal salih bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki daripada buah-buahan syurga itu, mereka berkata, "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu" (sebelum masuk ke syurga). Mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikat dan rasanya) dan mereka diberikan di dalam syurga itu isteri-isteri atau pasangan yang sentiasa suci bersih serta mereka kekal di dalamnya selama-lamanya........."
Al-Baqarah :25
Di bawah ialah catatan Dr Danial, Abang Ipar kepada Allahyarham Siti Aishah yang kisah kematiannya saya catatkan di entry yang lepas.
Baca juga catatan dari Sdra Ariff Budiman, suami kepada Allahyarham Siti Aishah.....moga kita juga mendapat pengajaran dan pedoman bagaimana untuk menggapai Syurga yang dijanjikan Allah dan berakhirnya kehidupan kita dengan Husnul Khatimah.
Salam.
saya mewakili adik saya mengucapkan terima kasih kpd semua yg telah mengucapkan takziah dan berdoa.
Juga kpd mereka yg menghadiri majlis solat dan pengkebumian jenazah.
Selepas kematian Allahyarham, saya tidak berkesempatan untuk menatap wajah beliau disebabkan
urusan-urusan lain sehinggalah mereka yg lain termasuk isteri memberitahu bahawa "dia sungguh
cantik dalam senyuman".

Beliau adalah ahli JIM yg aktif.
Beliau juga merupakan ahli masyarakat yg aktif melalui aktiviti wanita menggunakan pelantar surau.

Beliau amat disayngi oleh keluarga kami.
saya memang tidak boleh melupakan jasa beliau ketika ayah saya sakit tenat dan terpaksa membuang air di atas katil.
Beliaulah yg sanggup membuat kerja-kerja 'kotor' yg orang lain tidak sanggup buat - membuang najis, membersihkan badan ayah dari
najis, menyalin pakaian, memnyuap makanan dan seumpamanya. Saya tidak pernah mendengar sebarang rungutan dari mulutnya walaupun
beliau merupakan adik ipar.

Ketika emak saya diserang masalah paru-paru beliau lagi sekali sanggup memikul tugas-tugas kotor sehinggakan emak saya amat menyayanginya.
Hubungan Ariff Budiman dengan beliau kami anggap sebagai "intim, amat kasih mengasihi." Saya difahamkan jika adik saya membuat kerja hingga lewat malam
beliau tidak akan tidur demi menemani suaminya....

Sememangnya kami amat terasa dengan pemergian beliau.
JIM juga kehilangan yang seorang yg gigih melakukan 'kerja dibelakang tirai dan kerja dapur' walaupun
tidak dikenali dan disanjungi.

Semoga Allah berikan jannah yg terbaik kpdnya....

DD

6 comments:

Nur said...

Salam Kak.

Lama tidak berjumpa, ketinggalan saya dengan berita2 sensasi di malaysia, sehinggakan mawi kahwin pon saya baru tahu!

Innalillah, sedihnyer saya baca entry ini. Kadang2 saya rasa, kenapa lah manusia nih sangat suka berhasad dengki, tak paham saya.

JAga diri baik2 kak...moga Allah swt melindungi akak dan keluarga sepanjang masa...

Abang Long said...

Kata hikmah dari Imam Ali. Manusia yang terbaik ialah, sewaktu hidup mereka disayangi, bila tiada, kematian mereka ditangisi.

IKHWANI said...

Saya baca entri saudara Ariff Budiman dengan airmata berlinang.

Tapi insyaAllah bertuahlah kawan akak, Allahyarham Siti Aishah yang pergi menyahut panggilan Tuhannya dengan damai..tiada lagi derita teraniaya perbuatan manusia keji...

Hanya Allah lah yang dapat membalas perbuatan orang2 yang zalim dan hasad dengki.

Semoga keluarga abang ariff dan anak-anaknya sentiasa berada di dalam rahmat Allah..hanya Allah sajalah yang mengetahui akan hakikat setiap kejadian dan peristiwa...Berdoalah banyak2 pada Allah swt.

kita yang masih diberi sisa kehidupan semoga mendapat keinsafan dan pengajaran..

ummu asiah said...

fakhzan..

msia mmg bnyk berita sensasi..mawi kahwin???...hmmm tak larat nak tengok iklan di astro..naik meluat pulak rasanya..dalam semua orang tengah sesak dgn kemelesetan ekonomi..ada lagi org yg sanggup berhabisan sampai mcm tu..

dunia..dunia...

ummu asiah said...

Abg long..

memang benar..dan sbnrnya bukan susah nak jadi baik..tapi hakikatnya orang yang susah nak jadi baik dan buat baik..paling teruk bila kita baik ada pulak yang dengki dan khianat

ummu asiah said...

OO..

semoga kita sentiasa dipelihara Allah...dikuatkan iman...kuatkan diri untuk lakukan kebaikan...

sama-sama ingat mengingati