SUBHANALLAH!!!!!...Keajaiban Allah..Bulan Tersenyum padaku..dengan mata yang berkelipan..bak bintang kejora
Kecoh semua penumpang van saya menalipon sesiapa sahaja yang dikenali untuk keluar melihat sendiri fenomena tersebut. Achik menelefon Ipah adik ipar saya yang terbaring demam di rumah saya. Angah menelefon suaminya yang ditinggalkan di rumahnya di Felda Pasoh Dua, tapi katanya dia malas nak keluar..anak saya Asiah segera merampas handphone dari mak ngahnya yang dipanggil Ibu, untuk bercakap dengan Pak Ngahnya yang dipanggil Ayah.."Ayah, ayah keluar la tengok, ada bulan macam mulut orang senyum lepas tu ada dua bintang kat atas dia macam mata, Ayah keluar la tengok lepas tu ayah ambil gambar"...sudah tentu si ayah tidak dapat menolak desakan lembut anak saudaranya.
Saya pula segera menelefon adik saya di kampong di alor setar..." Woi..hang keluaqla cepat kat luaq..tengok bulan dan bintang macam tengah senyum"..adik saya pun kata.."sat..sat chek keluaq ni nak tengok...."...lama lepas tu.."tak nampak pun"..saya pula.."la..agaknya kat sana mendung kot..mesti kat sana pun bulan bintang yang sama.."..
Sepanjang pemanduan saya...bulan dan bintang indah mengukir senyuman di sebelah kanan saya seolah mengiringi perjalanan kami..Subhanallah..sehinggalah kami melepasi tol Kota Damansara..senyuman itu sudah tidak lagi kelihatan...setiba di rumah pangsa anak saudara saya...saya terima sms dari adik di kedah.."Bulan tu masuk dlm berita TV3"...saya punya la excited seolah saya yang menyebarkan berita tu..terus saya jerit pada Achik dan Angah yang masing-masing dah keluar dari kenderaan.."Achik!!!..Angah!!!...bulan senyum tu masuk TV3"...Achik yang kuat melatah pun apa lagi terjerit-jerit la..bulan bintang sambil cuba merampas handphone dari tangan saya..kelakar dan kecoh betul kami di perkarangan flat kos rendah tersebut. Angah pulak terkecoh-kecoh berlari kerana anak yang kecil dah berlari memanjat bukit nak naik ke flat..
Seorang makcik tua menegur kami.."Apa halnya ni nak ooii"...saya pun dengan excitednya cuba terang kepada makcik tu.."ada bulan macam tengah senyum"..sambil melukis dengan tangan di udara bentuk senyuman bulan tersebut..jawab mak cik.."la...biasa la..bulan tu baru keluar.."...tanpa jemu saya tambahkan lagi.."ada 2 bintang kat atas dia macam 2 mata"...jawab makcik.."la...itu tandanya ada orang nak kenduri kahwin.."...hhmmm...dalam hati saya bengang juga.."tak pe lah makcik ye..kami nak naik atas ni.."terus kami beredar...dalam hati...tak pa lah..Allah beri petunjuk dalam berbagai bentuk untuk manusia mengagongkan ciptaan Allah dan memuji Allah..setiap peringatan untuk memberi kesedaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta..
Ada juga yang menyebut bahawa ianya adalah petunjuk sebagai amaran yang sesuatu yang buruk bakal berlaku..apa-apa pun kita sentiasa mengambil pengajaran dan peringatan..apatah lagi Agama Allah kini dengan sewenangnya dipermainkan oleh berbagai pihak. Semoga Allah terus melindungi kita selagi kita berjuang melindungi Agama Allah..dan terus berusaha memastikan syariat Allah bakal tertegak dengan sepenuhnya di muka bumi ini.....
9 comments:
Salam hormat wahai Puan.
SMILEY. Marilah kita terus berdoa, semoga 'senyuman' itu akan menjadi petunjuk bahawa KEZALIMAN akan ditumbangkan dan KEADILAN akan dapat ditegakkan !
abg long..
InsyaAllah selagi ada manusia yang rindukan syahid..rindukan keamanan di dunia dan benci melihat pemimpin yang zalim..Allah akan pasti beri kemenangan!!!
MasyaAllah!!!
Amin ya Abang Long. Amin N.
Amin Ya Rabbal A'lamin...
ada orang nak kenduri kawin??? hahahahahahahha..kelakar tol la makcik nih....ehmm..takot la plak mendengar ayat2 terakhir akak...inysaAlah takder apa2...nak dekat wukuf kan..surely semua makhluk bergembira....
kak cik..
cantikkan..ciptaan Allah..menandakan bulan, bintang dan seluruh planet patuh kepada suruhan Allah..tapi kenapa manusia masih engkar kan..
fakhzan..
tu lah..orang-orang melayu ni dgn kepercayaan karut marut..dah la beragama Islam..ada saja adat dan pantang larang yang menyalahi ajaran agama..
InsyaAllah jika kita patuh pasti kita selamat
Salam Kak Nash,
Seronok baca catatan Kak Nash.. seperti selalu. Kami juga sempat menikmati keajaiban alam dari pagar rumah jiran selepas mendapat sms dari rakan. Malah dari ufuk langit rumah kami,kedudukan planet dan bulan memang agak rapat, nampak lebih real menyerupai smiling face.Ayat2 peringatan Allah tentang bulan dan bintang memang meremangkan bulu roma, terutama bila memikirkan tindak tanduk pergerakan mereka semuanya melambangkan sujud dan tasbih mereka kepada Sang Raja Langit, Penguasa alam semesta. Sedikit pembetulan sahaja, ayat yg ditulis sebagai al anbiya':18 itu sepatutnya adalah al hajj: 18. Jzkk for the sharing, kak nash.
zai..
TQ..sudi ziarah and tinggal jejak..
banyak peringatan dari Allah skrg ni...memang meemang bulu roma dan takutnyaaa..
dah baca emel dari kak Mar tentang Yakjuj n Makjuj...lagi takut..dunia dah hampir sampai ke penghujungya..
Ya Allah semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman.
Post a Comment