Friday, 19 December 2008

Saat Kematian Tiba.....

"Setiap yang hidup pasti merasakan mati" ayat 185 Ali Imran......sesuatu yang tidak dapat dinafikan...walau apa pn agama yang kita anuti.....

Ayat ini jugalah yang tertera dalam salah satu album flickrs Syukree's Photostream.


Allahyarham Syukree Hussein...mungkin tidak ramai yang mengenalinya.....namun di kalangan bloggers Anti ISA dan Pakatan Rakyat mungkin ramai yang mengenalinya. Saya sendiri baru sahaja mengenalinya atau lebih tepat lagi terjumpa dengannya. Tidak salah saya pada program Forum di Chinese Assembly Hall pada awal bulan November. Sebaik saya menjejakkan kaki ke anak tangga yang paling atas di ruang legar SCAH, dia muncul sambil tersenyum menyapa kami saya dan Cikgu Laila.."Assalamu'alaikum Kak...Apa khabar kak...sambil cameranya dihalakan ke arah kami macam celebrity....begitulah sapaan ramahnya, dengan senyuman yang begitu tulus sekali menyapa kami setiap kali berjumpa di program-program. Kali kedua terjumpanya ialah di program Vigil No To ISA and Remembering Bersih di Amcorp Mall 9 November 2008.

Kali terakhir bertemu Allahyarham ialah di Program Bar Council pada Sabtu yang lepas, 13hb December 08...begitu juga sapaannya kepada saya....memang murah betul senyumannya...berpepang kepada "senyuman itu sedekah"..sudah tentu banyak pahala sedekah yang telah dikumpul oleh Allahyarham Syukree...disebabkan pertemuan-pertemuan yang singkat inilah dan pertemuan yang paling terakhir dengan wajah yang masih segar dan sihat membuatkan saya amat terkejut bila membaca entri ini di Blog Merah Hitam petang semalam...bermakna saya terlewat mendapat berita kematiannya....cepat-cepat saya browsed through blog-blog yang berkaitan dengannya...zorro..tian chua..black..nathaniel tan dan lain-lainnya...banyak sekali...

Saya juga rasa amat terkesan dengan kata-kata ini dari blog black.....(buat Muhamad Syukree Hussain, sahabat yang selalu aku abaikan, dengan hormat damailah engkau beroleh rahmat dan keberkatan)....lebih-lebih lagi apabila membaca komen-komen dan keterangan yang ditulis mengenai keadaan dan diri Allahyarham Syukree...yang seperti seorang yang 'dalam pencarian'...membuatkan saya rasa insaf dan sedar bahawa selepas ini untuk bersahabat dan berkenalan tidak sepatutnya hanya terhenti dengan sapaan, senyuman dan teguran sahaja...perlu lebih dari itu...dan ianya membuatkan saya rasa sedikit terkilan...
Pada petang yang sama bila saya terbaca tentang berita pemergian Allahyarham Syukree...saya juga menerima emel dari mailing group ahli Jamaah Islah Malaysia JIM tentang pemergian Allahyarham Kak Siti Aishah...saya tidak mengenali secara lansung Kak Aishah dan suaminya Ariff Budiman namun melalui pembacaan dari blog Warna Nostalgia sejak beberapa lama membuatkan saya juga terkesan akan berita kematian ini...sungguh menginsafkan...membuatkan kita rasa amat hairan kenapa peristiwa seperti yang diceritakan di dalam blognya boleh berlaku...maksud saya sampai ke tahap itu tindakan manusia...sudah tentu ianya bukanlah sesuatu perkara yang aneh sekiranya kita mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negara kita sendiri...lantaran sifat tamak...gila kuasa..nak kekal berkuasa..ingin kekayaan...segalanya boleh berlaku....
Moga kita semua dirahmati Allah......

4 comments:

Neeza Shahril said...

Innalillah.. semoga rohnya tenang disana.. orang yang baik selalu pergi dulu sebab Allah lebih sayangkan mereka kan kak..

TOTANG said...

Innalilah hiwainnalilah hirojieun...

http://totang.blogspot.com/

Abang Long said...

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan umat Islam yang beriman. AMIN.

ummu asiah said...

neeza, totang dan abg long..

moga peristiwa kematian memberi peringatan kpd kita...

kecoh sikit ni..anak ke 3 asma' ada di wad pusrawi...denggi