Antara Dua Darjat...Kampung Berembang Dalam Kenangan
....................................................................................................................
Saya katakan dalam kenangan juga kerana pada satu ketika dahulu, ketika Sdr Zahir Hassan menjadi Yang DiPertua JIM Kuala Lumpur, saya pernah mengikuti program masyarakat JIMKL bersama penduduk kampung Berembang. Walaupun ramai penduduk kampung kuat menyokong parti kerajaan, atas dasar Bersama Islam Membina Masyarakat, JIMKL tetap menjalinkan hubungan yang baik bersama penduduk kampung. Selepas program tersebut, pernah saya menghadiri kenduri kahwin yang diadakan di sana bersama Sdr Zahir Hassan dan pimpinan JIMKL semasa itu. Itulah hasilnya dari engagement bersama masyarakat. Peristiwa itu mungkin telah lebih 10 tahun berlalu.
Hari ini 30hb November 2006, Kg Berembang terasa begitu dekat di hati kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi apabila mendapat khabar surau yang berdiri tegak tempat penduduk berteduh dan menyembah Allah pula bakal dirobohkan. Hasrat untuk pergi ke sana lebih meluap apabila Sdr Chang Lih Kang dari SUARAM dan teman seperjuangan di GMI akan turut serta. Rakan yang lain iaitu Sing Yee memaklumkan tidak dapat hadir sebab bertugas di Kelang, tapi rakan-rakan mereka dari DEMA akan turut serta. Hah...mana mungkin saya seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan tinggal di kawasan Ampang Selangor tidak ikut serta.
Hati makin sakit dengan MPAJ, sebagai penduduk kawasan Ampang, hati saya memang sering panas dengan sikap kejam MPAJ. Denda tidak bayar parking tiket sahaja RM50!. Jalan utama untuk masuk ke kawasan Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana, lebih teruk dari jalan masuk ke kawasan Felda. Hari ini diturap, 2 minggu lagi berlopak lagi. Ini semuanya kerana kerakusan MPAJ membenarkan pembinaan rumah dan macam-macam lagi sepanjang jalan ke Ukay Perdana. Tak cukup di tanah rata, habis bukit-bukit disekitar Taman Melawati dan Ulu Kelang dibiarkan diratah oleh jentera-jentera berat demi membina rumah-rumah mewah. Mereka masih angkuh walaupun tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini. Ingin saja kami berpindah ke kawasan lain, tapi kos rumah di sekitar kawasan ini begitu mahal dan mencekik darah sekali. Itulah Malaysia..sudah menjadi negara ”yang kaya, semakin kaya..yang miskin..hidup melata dan menumpang sahaja”.
Seawal jam 7.50 pagi saya dan anak-anak bertolak ke Kampung Berembang. Tiba di sana sudah ada beberapa orang yang menunggu di surau. Beberapa lama menunggu, beberapa orang pegawai dari JAIS datang berbincang dengan wakil penduduk di hadapan surau. Anak-anak kecil diminta berlindung di dalam surau. Rupanya 2 orang pegawai JAIS, (seorangnya katanya dari Majlis Fatwa Negeri) yang dihantar tidak punya banyak maklumat mengenai isu Kampung Berembang. Mereka hanya datang untuk memaklumkan pada penduduk bahawa mereka tidak boleh mempertahankan hak Surau Kmpg Berembang kerana nama surau itu tidak termasuk dalam senarai tanah yang diwakafkan untuk surau (begitulah lebih kurang bunyinya). Jadi mereka berlepas tangan sahaja. Pegawai JAIS juga bertanya, kalau dirobohkan mereka dan solat di mana, di mana masjid dan surau terdekat? Apa punya bentuk soalan.
Pegawai JAIS bertanyakan, apakah tindakan kami semua sekiranya surau tetap dirobohkan, Arutchelvan menjawab, kami semua akan mempertahankan. Alasannya ialah kes pemilikan tanah kampung itu masih belum selesai diputuskan oleh Mahkamah. Kes akan diputuskan pada 30hb April 2007. Maka PBT-MPAJ tak sepatutnya merobohkan surau mahupun rumah penduduk. Notis untuk merobohkan surau juga tidak dikeluarkan.
Selesai proses perundingan penduduk menunggu tindakan seterusnya dari penguatkuasa MPAJ yang ramai di situ, termasuk polis, SB, serta FRU. Beberapa jentolak tak henti2 menghapuskan pokok2 dan apa saja yang ada di situ.
Penduduk dan aktivis termasuk Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin turut serta menunaikan solat berjamaah di hadapan surau dan kemudiannya berzikir beramai-ramai. Seketika kemudian penguatkuasa MPAJ membawa chain saw untuk memotong pagar surau. Saat inilah kekecohan mula berlaku. Aktivis dan penduduk mula membuat rintangan manusia menjadi benteng menyelamatkan surau. Saya bersama Ustazah Nuridah dan Sdri Aiman Athirah dari JK PROTES turut berdiri di barisan hadapan. Tetapi kemudiannya kami kaum wanita berlari ke kawasan belakang surau, bila menyedari orang-oranng MPAJ mula meredah masuk ke dalam surau. Kami terkenangkan anak-anak yang terkurung di tingkat atas surau. 3 orang anak-anak saya ada bersama di sana.
Kami bertiga cuba membuat benteng menghalang orang MPAJ meredah masuk ke dalam surau. Keadaan memang tegang, dalam sedikit keberanian yang ada dalam diri saya, saya tetap takut melihat beberapa orang penguatkuasa MPAJ wanita bertudung dan masih muda belia berkejar dan mara dari luar ke arah kami. Saya hanya risaukan keselamatan anak-anak di atas. Mulalah 4 hingga 5 orang menarik kedua belah tangan saya dengan kasar sekali. Mereka mengheret saya keluar dari surau dengan kasar, kejam tanpa belas kasihan lansung. Kami semua sudah tidak berdaya lagi untuk menahan serangan bala tentera MPAJ. Sdri Aiman sendiri katanya melihat penguatkuasa MPAJ membelasah kanak-kanak di dalam masjid. Saya begitu takut dan pilu mengenangkan nasib 3 orang anak kecil saya di dalam bersama beberapa orang kanak-kanak lain.
Terkenang saya peristiwa yang berlaku di bumi Palestine di mana wanita-wanita dan kanak-kanak juga tidak terkecualil dari berjuang menentang tentera rejim Israel yang cuba menghancurkan mereka, mereka juga menjadikan diri mereka benteng menyelamatkan pejuang-pejuang yang membela Islam dan tanah air mereka. Mereka juga sanggup menjadi pejuang yang berani syahid bagi membunuh tentera Isarel. Peistiwa kekejaman yang hampir sama berlaku di hadapan mata kita. Surau dirobohkan, anak2 dan wanita turut dibelasah dan dikasari. Mana hilangnya rasa simpati dan kasihan dari hati mereka???
Mereka cuba mencari barang-barang yang boleh diselamatkan
Kami hanya mampu menangis dan berdo’a melihat kekasaran dan kekejaman di depan mata. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi Penguatkuasa MPAJ mula menegeluarkan semua barangan dalam surau, termasuk Al-Quran dan kitab-kitab.
diambil dari jelas info
Sejurus kemudian kelihatan 3 orang anak2 saya berlari datang mendapatkan saya. Masing-masing, Asiah 5 tahun, Asma’ 7 tahun dan Ammar 10 tahun, menangis tersedu-sedu. Kata Asiah, dia nampak ada orang tolak pintu dan barang-barang, lepas tu dia nampak ada orang kena pukul dan dipijak-pijak di dalam surau tersebut. Saya tidak ragu-ragu lansung dengan kenyataan anak saya yang masih bersih akalnya.
Setelah selesai proses mengeluarkan semua barang dalam surau,mulalah sebuah jentolak yang sangat besar dengan angkuhnya merobohkan bangunan surau mulai dari belakang, hingga habis ranap semuanya menyembah bumi. Hanya Allah menjadi saksi kezaliman yang dilakukan di depan mata kami. Ramai yang hanya mampu menangis. Paling menyentuh hati saya apabila melihat seorang wartawan berbangsa China turut mengelapkan matanya yang sudah merah.
Anak saya yang kecil Asiah pun sudah memahami kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di depan matanya. Dia menangis tersedu-sedu apabila jentolak mula merobohkan surau. Semoga dia membesar sebagai seorang yang memperjuangkan agama Allah dan membela nasib rakyat yang tertindas.
Siapa lagi yang akan membela nasib diri kita sekiranya kita terus membisu dan membiarkan kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan berlaku di hadapan mata kita????
Laporan dari Malaysiakini
Chaos reigns in Kg Berembang
Nov 30, 06 1:24pm
The Ampang Jaya Municipal Council tore down the only remaining structure in Kampung Berembang in Ampang - a surau - but not before leaving the 30-year-old village looking like a battle ground.
Scores of residents of Kampung Berembang, along with members of several non-government organisations and political parties, were involved in a physical battle with enforcement officers from the council, who were backed by police and the Federal Reserve Unit to save the surau. Last week, the council had demolished all the 50-odd houses in the village, leaving only the two-storey surau behind - that too after a long and hard protest by the villagers and members of a grassroots movement, Jerit. The villagers had since put up makeshift shelters amid their demolished houses in the bid to protect the surau. This morning, MPAJ, armed with four bulldozers, came in to finish the job and again they faced stiff resistence from the villagers. Some 60 villagers and activists had stood steadfast in their last stand against the demolition. They had also parked their vehicles in a cordon around the surau to stop the bulldozers.
Attempts by the pro-tem secretary-general of Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan to negotiate with enforcement agencies failed and a scuffle broke out when the MPAJ personnel started uprooting trees just outside the surau.
But the situation got out of hand when the MPAJ enforcement team started cutting the fence of the surau at 11am.
They then towed away the vehicles cordoning the surau using MPAJ tow-trucks to an unknown destination.
Battle fieldVillagers who tried to block the demolition were violently shoved and pushed aside by the MPAJ enforcement officers, who numbered more than 100. Things took an ugly turn when the police and the FRU joined the fray to beat the villagers and their supporters who had gathered there. Women and children, who were holed up inside the surau, were also not spared. The enforcement officers were aggressive against both the women and children. One woman who had locked herself with a steel chain to the surau was forcibly removed. The officers were seen pulling the hair of some of the women and slapping the children who refused to leave the surau."I was afraid but somehow I found the courage to try to stop the officers, maybe because I care for the surau," said Aida Suhaida (below), 15, who was slapped by a MPAJ officer. "We are women, and the men should not touch us, but they kicked me and stepped on my stomach while I was sitting at the (surau's) staircase," said Norhasliana Osman Taad, 22, who was pull by the officers until her cloth was torn. "They slapped my face until my eyes turned red. The children were also stepped on by them," she said.
In the aftermath of the melee, 11 people - nine activists and two villagers - were arrested and taken to the Ulu Kelang Taman Keramat police station and Ampang Jaya police station.As the dust settled, Kampung Berembang looked like a battle zone with villagers fallen to the ground, some crying in pain, about four fainted and some vomited as a result of sheer exhaustion. By 1pm, the MPAJ had completed their surau demolition job.
10 comments:
Ini yang saya tidak faham !
Saya ada kirimkan emel.
baru baca sikit entry kak N, neeza dah sebak. Bila tengok gambar2 tu, tak tahan air mata ni untuk mengalir.. sedih sungguh apa yang berlaku pada diorang ni kan..
yang kaya, baru sikit aje ditimpa bencana, 1 negara sibuk nak pergi tolong. Nak bagi itu ini.. offer macam2 kemewahan.. tapi yang miskin dan susah ni, orang tindas lagi.. manusia manusia.. memang kejam..
Subhanallah!
tak insaf lagi ke macam2 peringatan dah Allah turunkan tu?????????????????
Ini nak membela agama ke apa ni?????
setiap detik kelakuan mereka di rakam oleh kamera Allah!
Mata hati mereka tertutup dengan peringatan Allah di Bkt Antarabangsa - manusia ni pun nak tunjuk terror meroboh dan menindas.
Semacam mencabar kuasa Allah.
abg long..
memang susah nak faham dan diterima akal akan sikap yg ada pada orang yang tamakkan harta dunia..pentingkan diri sendiri..
saya ada terima emel...terima kasih
neeza.
memang sedih dan sayu..masih teringatkan lagi suasana tu..kini..masih ada penduduk yang tetap stand up for their right..tanah yang mereka terokai berpuluh tahun..tiba-tiba ada yang tamak inginkan tanah tu...siapa lagi kalau tak didalangi oleh pemimpin kerajaan tersebut sendiri ketika itu.
OO..
tu lah manusia kalau hanya ingat dunia saja...tapi paling kesian pada mereka yang 'terpaksa' melakukan kerja jahat pihak atasan...tak sedar terpaksa menanggung dosa menganiyai orang lain.
KakCik..
Manusia mungkin hanya akan sedar bila saat bumi semua benar2 dihancurkan...tapi masa tu tak ada apa yang berguna lagi.....
Salam
Jahat gile...bapok jahat nyer...moga diberi balasan dari Allah dengan sewajar nyer...eiiii...gile jahat
masih bersedih dengan tragedi itu kak..
Post a Comment