....Sebuah Percutian.....How I wish....
Wasilah dan Asma' di The Curve....tumpang rasa macam bercuti di luar negara
Dalam hati dan fikiran mengimpikan satu percutian yang benar-benar dapat merehatkan badan serta minda dari segala rasa stress dan juga keletihan dengan tugas-tugas hakiki sebagai seorang ibu, isteri dan......Betul kan badan dan minda kita punyai hak tersendiri untuk sebuah kerehatan...namun jika diikutkan sebagai seorang yang punyai sepenuh masa untuk berada di rumah dan tidak terikat dengan mana-mana majikan sudah tentu punya masa rehat yang panjang dan sangat flexible....entahla..mungkin dengan catatan ini sudah cukup untuk membuatkan saya rasa saya sudah punya satu percutian yang hebat..
Wasilah dan Asma' bergaya lagi.....cuma tumpang bergaya.....di Ikano
Alhamdulillah...dalam kesibukan dengan tugas di rumah, di luar rumah dan bersama masyarakat saya dan suami tidak mengenepikan hak anak-anak untuk menikmati percutian mereka dengan cara tersendiri. Anak yang sulong Anas berpuas hati dengan aktivitinya bersama-sama sahabat sekolahnya...beberapa hari dalam seminggu pasti ada saja permintaannya untuk keluar bersama rakan-rakan. Kami tidak sangsi dengan sahabat dan aktiviti mereka...katanya..aktiviti usrah, iftar dan tidur-tidur di rumah kawan. Bila dia ada di rumah beban kerja di rumah terasa amat ringan dengan pertolongannya untuk menyidai dan mengangkat kain, mengemas rumah luar dan dalam, Alhamdulillah.
Asma' dan Asiah...trip ke Ikea di awal cuti sekolah..penat berjalan..berhenti makan2 dulu..lepas tu jalan lagi
Asiah rajin nak menggosok sendiri sebab nak ikut ummi jalan...kalau tak tolong lambatla dapat keluar..macam2 kerja ummi kena settlekan..at least rumah mesti kemas, so that bila balik tak jadi stress
Time Asma' dan Asiah di playground Ikea..ummi santai-santai di cafe...nikmatnya...'Mengapa saya Bekerja ' memberi nafas baru dan definasi baru kepada Pengurus Rumahtangga....
Ini trip ke Ikea bersama Wasilah...hhmm...sedapnya....ye..Wasilah..seronok tengok anak-anak bergembira...balik rumah ummi yang penat lebih...
Seminggu yang lepas, Asma' dilanda demam panas yang amat panas hingga dia meracau dan menjerit-jerit di tengah malam dan siang hari. Bila bawa berjumpa doktor seperti biasa..katanya demam biasa..dari hari Ahad 14 Disember, hari Isnin pula suami pula diserang demam panas...maka saya kena jadi jururawat dan macam-macam lagi tugas untuk seminggu. Hari Jumaat bila Asma' dah kebah dari demam saya bawa Asma' dan Asiah berjalan-jalan di Jusco AU2 yang baru dibuka..sempat berjalan sekejap..tiba-tiba nampak keluar bintik2 merah di muka dan tangan...terus keluar dan pergi ke Klinik di Bukit Antarabangsa, namun doktor yang bertugas bukan doktor yang biasa kami jumpa..katanya hanya rashes sahaja...namun the next day bila kami ke Hospital untuk buat blood test telah confirmkan yang Asma' diserang nyamuk Aedes yang bermaharajalela di kawasan Gombak. Maka Asma' telah menaikkan lagi statistik mangsa demam denggi. Warded di Hospital Pusrawi. Saya buatkan sup ketam seperti dicadangkan kawan-kawan. Alhamdulillah the next day Asma' dah boleh balik ke rumah...Alhamdulillah.
Ni si asiah menumpang tidor di katil baby dalam ward...dia yang happy sakan bermain di playground di wad kanak2...senang saja dapat kawan....
Ammar dan Asiah bercuti di Port Dickson bersama Suhaib...ada sahabat yang bermurah hati untuk sponsor percutian Cikgu Laila dan Suhaib.
Hari Isnin 22hb Disember saya 'pinjamkan' dua orang anak-anak saya, Ammar dan Asiah untuk menjadi adik-adik kepada Suhaib Mat Sah untuk bercuti bersama ibunya Merah Hitam. Baca Suhaib Bercuti di tepi laut...Kesihan Suhaib..menjadi anak tunggal sudah tentu percutian di tepi pantai berseorangan dengan hanya bersama Ummi tidak menyeronokkan, kalau ada abah di sisi tentu lebih indah dan tidak perlu Ammar dan Asiah menemani Suhaib...ISA memang zalim kerana masih menahan abah Suhaib sehingga 7 tahun lamanya dan tidak ada tanda-tanda untuk dibebaskan..dari umur Suhaib sebesar Asiah..hinggalah kini Suhaib dah menjadi anak bujang..siap berjambang lagi...Alhamdulillah seronok Ammar, Asiah dan Suhaib bercuti bersama Ummi merehatkan fikiran dan badan.
Berkayak di tengah malam.....dah berdo'a jauhkan diri dari makhluk halus...
What...Asma' dan Silah main snow?????.....tak aci...Asiah pun nak jugak...jenuhla ummi kena buat lagi satu trip ke sana..hopefully snow masih ada..if not..tak mampu lah ummi nak layan kehendak Asiah...
Asma' pula umminya sekali lagi membawa berjalan-jalan ke Ikea dan Ikano..hmm...macam tak ada tempat lain tetapi bagi ummi Asma'...di situlah tempat yang 'child friendly'....banyak aktiviti untuk anak-anak dan sangat menarik. Alhamdulillah....in fact 2 hari berturut-turut ke sana..the next day bersama Abah Asma' dan Anas pula. Untuk menemani Asma' saya juga bawakan teman untuk Asma'...kawan rapat Asma' yang dah bagaikan anak sendiri iaitu Wasilah Saari yang juga tak ada teman sebab, abang dan kakaknya semua dah besar-besar dan sudahpun punya keluarga sendiri....Alahmdulillah....saya yakin anak-anak saya berpuas hati dengan percutian mereka...InsyaAllah..moga saya juga berkesempatan untuk menikmati sebuah percutian sebelum tamatnya musim cuti sekolah ini.....
8 comments:
Baca entri ini pun sudah terasa santai.
Saya baru terfikir tentang sesuatu, usai solat Subuh ... nantikan emel dari saya.
Sekadar bertanya, apakah Puan sudah menerima emel syaa yang terdahulu ?
uncle bad dah ok ke?. mana artikel bilik sulit?
abg long..
sesekali nak bersantai, tak nak terlalu tertekan dgn kezaliman yg berleluasa..
saya dah terima..cuma belum berbalas...maaf..InsyaAllah akan saya balas. Terima kasih.
OKU@anak2 comel...
sbnrnya smlm mmg terfikr nak tulis pasal bilik sulit, tapi dah terlarut jd entry cuti2 pulak..bilik sulit kena khusus catu cerita penting...geram..marah..dan amat melucukan dengan kebodohan SB.
Uncle bad dah okay..smlm buat sup ketam lagi..tengah recover ni..nak bercuti la katakan...InsyaAllah.
Percutian adalah masa rehat tak kira di mana dan bagaimana isi nya asalkan semua dapat berehat dan gembira Alhamdulillah.
Sup ketam ubat denggi ?? pertama kali dengar .
kak rina..
tapi saya masih mengimpikan percutian di sebuah chalet di tepi pantai..tapi semua penuh..InsyaAllah dpt booking hotel di KB yang Kak Rina idamkan nak duduk where di bawahnya ada shopping complex...
Kuala Terengganu pasti menerima kunjungan tetamu yg ramai awal tahun nanti..
sup ketam mesti cuba kalau kena denggi and also blend daun betik..dah terbukti berkesan oleh yg dah cuba..InsyaAllah
Salam kak,
berkayak! best nyer! akak g berkayak sekalik ker? kami baru pulang dri boxing day, masa akak di aussie dulu, adakah boxing day? surely borong kan...hahahahha..
cantik nya anak2 akak nih, manis2 belaka...alhamdulillah...baik2 pulak tuh...insyaAllah sampai bila2...
fakhzan..
mmg ada boxing day and cuti..but i don't remember abt shopping tu..and i don't remember boxing day tu relate to apa..
but kat mana i pegi or ada pun..i really love shopping..if only ada duit bnyk...hhmm..
Alhamdulillah...moga manis iman juga...:)
Post a Comment