"Asiah okay tak kalau Asiah sorang saja teman ummi pegi Kuala Kangsar, Asiah berani tak?"...tanya saya pada Asiah.
"Okay...nak...Asiah berani. Asiah boleh tolong jaga ummi, teman ummi drive"...jawab Asiah confident...
"Bestnye..Asiah dapat jalan dengan ummi sorang saja.."..happy dan excited betul Asiah dapat teman umminya berseorangan.
gambar yg diambil oleh asiah ketika tunggu ummi di luar:)
Saya terpaksa bertolak seorang untuk menghadiri perbicaraan kes suami saya yang ditangkap di Kuala kangsar pada 6hb Februari yang lepas. Kes dibicarakan pada 13hb April di mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Suami tidak dapat menghadiri kes tersebut kerana sakit dan telah mendapat MC dari HUKM. Saya perlu menghadiri kes tersebut sebagai penjamin.
Saya membuat keputusan untuk bertolak pada petang Ahad dan bermalam di Rest House Kuala kangsar bersama Asiah untuk mengelakkan dari mengantuk dan keletihan, kami bertolak pada jam 4.30 ptg Ahad.
gambar 9 orang OKT ketika di mahkamah pada 11hb Februari.
Kes dibicarakan di mahkamah pada jam 8.45 pagi. Saya membawa Asiah bersama saya ke mahkamah, tetapi Asiah tidak dibenarkan untuk memasuki ke kamar mahkamah. Kesian Asiah, mulanya dia nampak muram dan membantah, namun selepas itu dia menolak saya untuk masuk ke kamar mahkamah..."tak pe..ummi masukla...Asiah tunggu kat luar, Asiah okay.."..sambil senyum sumbing pada saya..
"betul ni Asiah, okay...ummi tinggal Hp pada Asiah ye...Asiah duduk kat bangku tu...jangan pergi ,mana-mana tau..nanti ummi keluar tengok Asiah"..Alhamdulillah..Asiah seolah faham tanggungjawab saya sebagai penjamin kepada Abahnya dan perlu berada di dalam.
Semua 8 orang OKT telah hadir kecuali suami saya. Di sana juga saya berkenalan dan bertemu dengan 4 orang lagi OKT yang baru yang ditangkap hasil dari pencarian polis melalui gambar di suratkhabar dan TV. Mereka semua nampak bersemangat dan faham dengan jelas dan ikhlas dengan apa yang berlaku dan bakal dihadapi oleh mereka semua.
Kes ini diibaratkan sebagai satu kes yang 'berprofil tinggi' dan mendapat perhatian..'public interest'. Dari awal lagi ketika mereka mula dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Hakim telah meletakkan 'hukuman' yang keras dengan ikat jamin sebanyak RM4,000.00 dengan dua orang penjamin dan passport antarabangsa mereka dirampas dan tidak boleh diperbaharui.
kami berbincang bersama semua OKT dan wakil peguam tentang tindakan kami seterusnya..kumpul pada satu tarikh utk tonton videoclip yang disediakan oleh polis!!!. Pakcik yg berdiri dilantik sebagai ketua dan seorang bendahari dilantik. Kami melancarkan 'Tabung Jihad Kuala Kangsar' untuk kegunaan semua proses perbicaraan.
Oleh kerana suami saya OKT ke 5 tidak hadir, saya telah dipanggil oleh puan hakim untuk ke hadapan...dengan suara yang bernada tinggi puan Hakim bersuara "Ni OKT yang ke 5 tidak hadir dengan MC, penjaminnya ada tidak?"...terus saya ke hadapan menonjolkan diri.
"mana penjamin yang ke 2"..saya ditanya lagi...dengan berani dan confident juga saya harus menjawab.."saya dah tanya dari awal, katanya seorang penjamin sudah cukup untuk hadir"...memang saya sudah tanya pada hari mereka didakwa dulu, maka saya lansung tidak menghubungi penjamin ke 2 untuk datang kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
"sakit apa ni OKT ke 5?"...dengan nada yang tinggi sekali lagi Puan Hakim menyoal.
"Slip Disc"...jawab saya ringkas..sambil saya lihat wartawan di sebelah sibuk menulis dan bertanya teman sebelah..apa sakitnya...
Saya dipinta untuk berdiri sebaris dengan OKT yang lain, tiba-tiba terdengar suara dari pihak DPP dengan tegas bangun berhujah....
" We are ready to proceed with this case!!!!"......terbeliak mata saya, panas seluruh kepala terasa..pandangan saya tertumpu ke muka YB Kulasegaran yang turut hadir sebagai peguambela untuk ke semua yang tertuduh.
Dalam beberapa saat tersebut, fikiran saya sempat ligat berfikir akan apa yang harus saya lalui sekiranya kes ini bakal diterima oleh puan hakim untuk diteruskan dengan perbicaraan. tarikh bicara yang telah ditetapkan oleh mahkamah ialah selama 5 hari straight...13-17hb April. saya benar-benar tidak bersedia.......
"macamana saya nak terus tinggal hanya dengan Asiah di Kuala Kangsar selama 5 hari?"
"macamana dengan 2 orang anak lagi yang saya tinggalkan di rumah.."
"macamana kalau kes ini dengan segera dibicarakan, sudah tentu hukumannya juga akan lebih segera dijatuhkan..berbanding dengan kes yang saya lalui yang lebih dari setahun masih terus ditangguhkan dan belum dibicarakan"...
macam-macam persoalan yang bermain di fikiran saya...memang saya risau dan sedih...
kemudian Sdr Augustine..peguambela untuk semua OKT segera bangun untuk membantah dan menyampaikan hujahan beliau berteraskan kepada 3 sebab-sebab utama. Augustine juga menyifatkan ianyanya sebagai
"TRIAL BY AMBUSH"1. atas asas MC yang diberikan oleh OKT yang ke 5
2. atas asas yang kukuh lagi penting iaitu dokumen-dokumen dari pihak pendakwaraya baru diterima oleh pihak peguambela pada jam pagi tersebut!!!!!
dokumen yang ada bersama termasuklah hampir 1000 keping gambar!!!!!!!! dan vcd dari tempat kejadian.
3. seorang pegumbela yang baru dilantik oleh OKT.
antara barisan peguam yang membela bergambar bersama OKT. YB Idham Lim (berdiri tengah dibelakang) turut hadir memberikan sokongan. Terima kasih YB!!
Augustine merujuk kepada s 51 A bagi alasan yang ke dua. S51 A ini juga sedang hangat dibincangkan di Parlimen dan YB Kula sebagai seorang ahli Parlimen terlibat secara lansung. Untuk asas ini ianya merujuk kepada keperluan dokumen "procedural fairness" untuk diserahkan kepada pihak peguam dengan lebih awal lagi untuk disemak, dikaji dan diteliti sebelum proses perbicaraan dijalankan.
Dalam hal ini ianya jelas bertentangan, tidak adil dan menzalimi semua pihak OKT kerana dokumen yang tebal dan banyak berserta barang bukti dalam bentuk 1000 keping gambar dan VCD hanya sampai ke tangan peguambela pada pagi tarikh perbicaraan dijalankan.
YB Kulasegaran memberikan kata2 semangat
Pihak peguambela memaklumkan yang mereka telah pun menghantar surat sebanyak dua kali ke pejabat pendakwaraya untuk mendapatkan dokumen. Pada tarikh 20 hb Februari 2009 dan 25 hb februari 2009, namun tiada sebarang maklumbalas yang diterima.
Malangya pihak peguam hanya menerima fax dari pejabat pendakwaraya pada 10hb April hari Jumaat jam 4 petang! untuk pihak peguam memungut semua dokumen di pejabat pendakwaraya....sedangkan menurut Augustine sepatutnya pihak Pendakwaraya seharusnya menghantar dokumen tersebut kepada pihak peguam.
Augustine mengambil masa yang lama selama satu sentengah jam untuk menyampaikan segala hujahan beliau kepada Puan hakim dengan merujuk kepada banyak kes, dan juga isu mengenai perbincangan mengenai Bill untuk s 51A yang dibincangkan di Parlimen turut di hilitekan oleh beliau.
"Mengenai s 51 A..tidak perlulah mahkamah mengambil masa yang lama untuk mendengar tentang perbincangan ini, biarlah ianya hanya dibincangkan di Parlimen"...begitulah lebih kurang kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hakim.
Membuatkan saya teringat hujahan yang sama yang keluar dari mulut beliau, ketika Augustine bangun untuk membantah mengenai ikat jamin sebanyak RM1500 yang cuba dikenakan oleh pihak pendakwaraya ke atas semua OKT. Augustine merujuk kepada beberapa kes di mahkamah lain yang satunya ialah dalam kes Hindraf yang didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam..kes ini adalah lebih berat..'cubaan membunuh' namun setelah dirayu mahkamah memutuskan yang ikat jamin untuk OKT Hindraf hanyalah RM500 sahaja.
Untuk ini Puan Hakim telah berkata lebih kurang maksudnya.."ini mahkamah Kuala Kangsar, kita tidak mengambil kira dengan kes di mahkamah lain...maka ikat jamin dijatuhkan sebanyak RM4 ribu!!!
Selesai hujahan Augustine turut menyelitkan ayat yang berbunyi lebih kurang begini " saya telah biasa berhujah dan berhadapan dengan Puan Hakim dalam beberapa kes, Puan Hakim berlaku adil dan menegakkan keadilan"...
Selesai hujahan Augustine bangun pula En Othman wakil DPP berhujah...belum apa-apa beliau memang telah menaikkan darah semua orang....dia berkata lebih kurang "Puan Hakim, setelah puas peguambela membelasah Puan dengan berbagai hujahan, dia juga memuji-muji puan hingga ke langit yang ke tujuh!!!"......wah...mana pula dia mendapat idea tu..entah dia yang lebih berkhayal hingga naik ke cloud 9!!!..geram betul...dia juga cuba memtutarbelitkan dan membuat andaian yang bukan-bukan hingga mengatakan pihak peguam bukan sahaja memuji Hakim malah mengugut Hakim...memang marah betut Augustine selepas itu apabila dia bangun berhujah balas dan mengatakan DPP tersebut membuat serangan peribadi.
DPP cuba menegakkan benang basah mereka dengan mengatakan bahawa dokumen tersebut telah cuba diserahkan tetapi pihak peguam yang tidak mahu menerima...macamana peguam nak menerima apabila dihantar IO pegawai polis yang menyiasat untuk menghantar..salah seorang peguam juga mendakwa bahawa mereka telah diminta untuk membayar sebanyak RM300 untuk dokumen tersebut.
DPP juga mempersoalkan tentang kesahihan MC OKT ke 5 kerana bertarikh pada 13hb. katanya "macamana MC ni tarikh 13hb, iaitu hari ini, dan penjamin membawa dari Kuala Lumpur dari HUKM, berapa jam untuk sampai, dan lagi tak ada pula doktor yang mencatatkan sakit apa OKT ni"...itu bukan asas yang penting la...yang penting ialah kerja awak yang disiapkan at the 11th hour!!!!...
Malas lagi untuk saya ingatkan segala kata-kata dan apa yang berlaku di mahkamah semalam..pening dan menaikkan darah...
Apa-apa pun saya rasa berbangga dengan semua OKT...walaupun ada tawaran untuk mereka mengaku bersalah, namun tidak seorang pun yang sudi membuat perakuan tersebut...
Untuk apa mengaku...untuk rasa diri bebas dari dibelenggu dengan pendakwaan, tarikh perbicaraan, kemungkinan kehilangan kerja, hilang punca nafkah untuk keluarga????...macam-macam...namun ini semua adalah soal maruah sebuah perjuangan....ianya memang membuatkan kita rasa payah, susah, keluh kesah.....tapi inilah perjuangan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin berjuang.
YB Kulasegaran dalam pertemuan dengan semua yang terlibat telah mengingatkan bahawa semua kita berjuang untuk memastikan DUN PERAK DIBUBARKAN...agar kerajaan haram Perak ditumbangkan dan rakyat Perak keseluruhannya dapat memiliki kembali pemerintahan yang sah.
Beliau memohon maaf bagi pihak ADUN Perak serta Exco kerajaan Perak yang lain yang tidak dapat hadir kerana ramai diantara mereka berada di Putrajaya untuk mengikuti kes MB Perak.
Walau apa pun saya amat terharu dengan segala sokongan yang diberikan oleh ke semua Peguam 8 orang semuanya dari Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP dan PAS. Mereka menggembeling tenaga untuk membantu kami semua. Ada rakan peguam saya yang telah warn saya "masa kena tangkap ramailah peguam yang akan datang untuk dapatkan political mileage, later on mungkin mereka tak akan datang lagi"...nampaknya ianya tidak benar...mereka tetap datang hingga ada yang terpaksa membatalkan temujanji dan kes lain yang lebih awal....
Anda juga boleh baca di sini: Berhujah dua jam untuk dapatkan penangguhan
Juga di sini: Perbicaraan rusuhan Bukit Chandan ditangguh
Tahniah dan terima kasih pada semua...
Allah bersama kita.....!!!!!