Tuesday, 24 November 2009

'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya'

Jom...semua...kita dapatkan maklumat dan ilmu...moga dapat menambah pengetahuan dan memperbaiki keadaan kearah sebuah negara yang benar-benar bebas merdeka...bebas dari rasuah, penindasan dan kezaliman...

Masih belum terlambat untuk memikirkan untuk pergi....percuma....bayar tambang dan kos pengangkutan sahaja..dan gunakan masa yang diberikan Allah sebaik mungkin...

JOM PERGI....saya nak pergi InsyaAllah....

From: Syed Ibrahim
Subject: Wacana CAT esok 24 Nov, Hotel Singgahsana....Ahli panel sah hadir!

Date: Monday, 23 November, 2009, 12:51 PM

Salam & Greetings,
Saya mengalu-alukan kehadiran semua ke WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor pada hari Selasa (HARI INI), 24 Nov 2009, jam 8.15 malam - 11.30 malam di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.
Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Setiap hari jika kita meneliti akhbar cetak dan elektronik serta blog-blog, kita akan dapati isu tadbir urus atau good governance menjadi topik perbualan hangat. Mungkin topiknya tidak dicatatkan sebagai tadbir urus namun apa-apa yang berkait dengan isu rasuah, kuasa, ketelusan, kecekapan, keadilan, akauntabiliti (pertanggungjawaban ), profesionalisme, kedudukan dan ketirisan adalah berkait rapat dengan amalan tadbir urus. Dalam Islam, amanah, kebebasan dan ketelusan berkait rapat dengan prinsip keadilan.

Antara isu-isu yang disebut ialah kes V.K. Lingam, pembunuhan Altantuya Shaariibuu & komisen kapal selam, penyelewengan wang PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, penyelewengan wang Balkis, politik wang, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan lain-lain...
Amalan rasuah dianggap dosa besar dalam Islam. Pengharaman rasuah ini adalah jelas melalui firman Allah berikut:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan uyang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ” (2:188)

Hadith berikut juga memperkuatkan hujah pengharaman rasuah :

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"

( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu, mari kita fahami makna urustadbir baik atau good governance, fahami peranan badan-badan terlibat dan cabaran-cabaran yang dilalui. Nilai sejauh manakah pelaksanaan kecekapan, penjagaan amanah dan ketelusan tadbir urus negara dan negeri. Kemukakan soalan untuk mendapatkan lebih kefahaman. Ajukan komen dan saranan ke arah melihat masa depan urustadbir negara yang lebih baik.
Datang dan war-warkan WACANA ISU SEMASA, Selasa 24 Nov ini! Masuk adalah percuma namun sumbangan amat dialu-alukan.
Syed Ibrahim Alhabshi

1 comment:

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!