Kursus BTN dan lagu Anak Kecil Main Api
Isu BTN menjadi isu utama sejak beberapa hari ini. Tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana membangkitkan isu ini. Ini bakal membuatkan rakyat berfikir dan mencari maklumat dan bukan sekadar menjadi rakyat atau individu yang hanya menerima dan menurut bagai pak turut sahaja.
Dalam isu ini dua orang Menteri Kabinet telah bersungguh mempertahankan kewujudan dan kepentingan kursus BTN ini. Dato' Zahid Hamidi mempertahankan dengan mengatakan tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Baca di sini.
Membaca komen-komen orang ramai yang telahpun mengikuti kursus ini di laman-laman blog dan khususnya di portal web Malaysiakini membuatkan saya terfikir dan merenung...kehairanan memikirkan sikap Menteri-menteri kita dari UMNO BN ini. Apakah mereka mengira bahawa kita ini tidak punya akal untuk berfikir, apakah mereka masih berada di zaman gua dan memikirkan bahawa rakyat adalah seumpama haiwan yang boleh dicucuk hidung dan ditarik ikut suka hati tuannya...memang geram memikirkannya.
Sekiranya anda punya masa, sila klik di sini dan baca komen-komen dari mereka yang pernah mengikuti kursus BTN ini. Saya perturunkan sedikit komen yang dipetik dari sana.
Gblk7277: I have attended this BTN course. Yes, it is a brainwashing session where they were telling us that the other races must get a lesser amount of 'durian' because we are the 'pendatang' and we had agreed to accept a lesser amount.
Therefore we could not question anything, just shut up and eat the 'durian' you get or go back to China or India. It's very much politically biased and they were showing recordings of the Bersih and Hindraf rallies saying chaos will take place if we don't support BN.
And that our country will be destroyed. 'Learning about 1Malaysia, about nationalism and unity'? My foot.
Eagle: Publish the contents of the BTN course and let us decide whether it is a racial hatred and incitement programme. And stop telling us what is good for us, the rakyat. We can decide for ourselves and we can also decide on your future too when the time comes.
Ya, saya bersetuju dengan pendapat dan komen 'Eagle' di atas, dedahkan isi kandungan program tersebut dan segala risalah yang digunakan kemudian biar rakyat yang buat keputusan samada ianya benar-benar bersifat perkauman dan mengajak rakyat memberikan sokongan hanya kepada kerajaan yang memrintah walaupun kerajaan tersebut bersifat ZALIM.
Lebih bagus lagi sekiranya anda baca pengalaman mereka yang pernah mengikuti kursus ini dan menceritakan pengalaman mereka di sini. Brain-washing Induction Course for Malaysian House-officers.
Satu lagi laman blog yang sempat saya ziarah dan baca hasil rujukan dari YB Nik Nazmi di laman FB nya ialah catatan peserta kursus BTN yang menulis semula contoh-contoh soalan kuiz yang perlu dijawab oleh peserta. Menarik, memang menarik...susah nak perturunkan jawapan. Bukan kerana ianya sukar, tetapi kerana kita tahu apa tujuan orang yang membuat soalan tersebut dan apa muslihat di sebalik soalan-soalan tersebut. Baca di sini. Now you try tell me they’re not propagandising…
Soalan di bawah yang saya petik dari blog tersebut saya rasakan amat menarik dan benar-benar menguji minda sekiranya kita ambil kira siapa yang perlu kita julang demi menjawap soalan ini.
2. Menara KL, menara Petronas, dan Multimedia Super Corridor merupakan
A. pembaziran wang rakyat.
B. (insert obviously wrong answer here)
C. mercu tanda kejayaan dasar-dasar ekonomi negara.
D. (insert obviously wrong answer here)
This was a no-brainer. Really. NO-brainer. ini komen penulis tersebut. Berani penulis-penulis blog ini...ya lah sebab mereka punya akal untuk berfikir...
Kedua-dua artikel tersebut di tulis pada awal bulan Oktober yang lepas dan bukannya selepas isu ini dibangkitkan semula oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.
"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.
"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. Dipetik dari Utusan Online.
Kesimpulannya memang amat bagus dan tepat sekali saranan Dr Halimah Ali dan Kerajaan Negeri Selangor dalam membangkitkan isu ini. Teruskan usaha ini kerana akhirya kerajaan terpaksa juga menjawab walaupun jawapan mereka ternyata bodoh sombong.
Saya bukanlah secara khususnya pernah mengikuti kursus BTN ini, namun saya masih ingat pernah diwajibkan menghadiri satu kursus yang diadakan di UPM di tahun 1985 sebelum saya dan sekumpulan pelajar lepasan SPM berlepas ke luar negara bagi menyambung pelajaran masing-masing. Ianya sudah 24 tahun berlalu dan saya tidak mengingati lansung apa yang telah saya lalui. Namun 1 lagu ini tidak dapat saya lupakan dan saya masih menghafal beberapa rangkap lagunya.
Satu perkara lagi yang masih segar di ingatan saya ialah tayangan video Tragedi Memali seperti yang dikeluarkan oleh RTM turut dipertontonkan kepada pelajar Malaysia oleh kakitangan Malaysian Students Department (MSD) di Dewan Malaysia Sydney, Australia. Ingatan tersebut masih segar di minda saya, dan kini baru saya tahu bahawa itulah cara mereka 'membasuh otak' pelajar mereka agar mempercayai apa yang ingin mereka mahu kita percayai...menanam semangat benci kepada orang kampong Memali yang kononnya melawan pihak berkuasa dan kerajaan. Ketika kami sampai ke Australia peristiwa Memali mungkin baru berlaku iaitu pada 19 hb November 1985...24 tahun yang lalu...kini syukur kerana saya sedar siapa yang zalim dan penipu...
Saya mencari di internet dan terjumpa lirik lagu tersebut di atas Anak Kecil Main Api....seperti di bawah dan ternyata menerusi tulisan di dalam laman tersebut menyatakan bahawa ianya adalah satu lagu wajib untuk kursus BTN. Anda hayatilah lirik lagu tersebut.
Tanyakan soalan ini...siapakah sebenarnya kini yang memijak-mijak kepala kita, siapakah yang merampas seluruh harta rakyat, harta negara, siapakah yang mewujudkan rasa perkauman, agar membenci di antara kaum....siapa..siapa...siapa????
ANAK KECIL MAIN API

Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia
Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kardi
Lirik dari sini.
14 comments:
pembetulan sikit pencipta lagu adlah dr nordin kardi & bukan dr nordin kadir.
Dia adalah naib canselor UUM..pernah di 'dimalukan' DSAI semasa debat harga minyak bersama si mulut berbuih...malu ahli akedemik tak tau fakta..
abah anas
copy paste dari satu blog tu...akan dibetulkan...:)
rasanya lagu tu dibuat perubahan skit
asal lirik "Kita akan gagah di nusantara" adalah "melayu kan gagah di nusanatara"
lagi satu "kita akan merintih sendiri" asalnya "pribumi merintih sendiri"
sebenarnya lagu ini untuk bangkitkian apa? tenaga batin najib?
Sebagai warga yang tidak menduduki program BTN, diyakini program seperti ini upaya menyempitkan ruang perpaduan erat di antara warga lantaran secara fitrahnya warga yang tidak terlibat dengan program ‘brain storming’ ini lebih matang terbuka dan bebas berkritikal di dalam mengambil pandangan. Wajar dihayati bahawa tanpa perlu diletakkan tekanan warga upaya memesrakan kemahiran ilmu bagi peningkatan intelek mereka lantaran bahan bacaan yang diperolehi lebih memberikan kecekapan yang memuaskan kemahiran dalam meningkatkan perkhidmatan lantaran memiliki kualiti kecerdasan menilai berbanding sessi yang perlu diarah untuk dihala tetapkan pemusatan minda yang telaah separa sedarnya dimanipulasikan secara tidak adil yang upaya memaklumatkan erti muhasabah yakni kesungguhan untuk menilai kelemahan dan kekurangan diri bagi merelevankan bahawa manusia tidak bersifat sempurna yang menjadikan syarat pemulihan yang meningkatkan daya keberdayaan mereka ialah dengan bermujahadah yakni memerangi nafsu lawammah di mana jihad ini sukar difahami oleh dasar-dasar luar negara utama dunia.
Sesuatu yang telah dilahirkan oleh sifat aliran moden adalah kebolehan yang membenarkan sesuatu tindakan itu dipersoalkan.
Sejauh manakah kerajaan dan agensinya sedia menjawab persoalan-persoalan yang ingin dikemukakan oleh warganya?
2:08
ya betul..saya sudah ingat lirik yg betul...patutlah macam lain saja bunyinya...pribumi merintih sendiri..
melayu kan gagah di nusantara...
memang benar2 racis...tapi apa yg yg tak disedari ialah bila mana semangat begini ditanam kita menjadi org yang tidak boleh memilih jalan sendiri dan terasa terikat sedangkan kita adalah rakyat yg bebas merdeka.
thanaif,
betul...namun semuanya terpulang kepada diri individu harus berani menyatakan pendapat dan pendirian.
ramai yang takut dibuang kerja atau dilontarkan jauh ke pedalaman jika melawan..namun itulah hakikatnya kalau nak berjuang.
Mungkin kita perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil, bukan untuk membenci namun utk mereka faham utk memilih mana yg baik, kritikal dan berani meluahkan rasa...perkara ini perlu dipupuk..
senarai peserta seronok dengan kursus btn..harap siarkan..
1. http://aisyahmokhtar.blogspot.com/2009/08/btn.html
2. http://cikgu-ita.blogspot.com/2009/04/kursus-biro-tata-negara.html
3. http://mataharisayang.blogspot.com/2009/11/selangor-haramkan-btn-takut-bayang.html
4. http://sengalici0us.blogspot.com/2009/11/kursus-bina-negara.html
5. http://piecesofmefieza.blogspot.com/2009/11/kursus-birotatanegara-btn-kem-btn-balik.html
ni lirik masacsaya gi btn dulu
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Aku pergi kursus BTN tak terasa di brain wash pun. Yang tek pernah pergi, tak payah lah bagi komen....macam babi jer aku baca.
pi la rasis... bila org Cina dan India kafir harbi berkuasa kat Malaysia ni baru korang smua nak sedar ke.. org mcm blogger ni la yg x sedar diri, perasan guna otak konon, bebas buat pilihan konon, jadi mcm singapore nanti mmg korang smua kena laknat dgn anak cucu korang...
x-talibarut DSAI
puan tuan punya blog
sy mohon utk komen ya
puan nyatakan lagu anak kecil main api ni sgt racist. tp pernahkan puan mendengar mendengar lagu nyanyian anak2 cina yg membesar (usia sekolah rendah dan menengah) pada tahun 70-80an? lagu yang dinyanyikan dalam BAS semasa ke sekolah dan balik sekolah ( sbb bdk2 cina ni naik bas harian maka mak saya yg dah berkerja pada waktu itu dpt mendengarnya)
makna salah satu rangkap lagu tersebut yg mak saya masih ingat (lebih kurang) - 'mari kita belajar rajin-rajin supaya satu hari kita tawan negara ini dan berkuasa'
puan x rasa itu racist? juak2 DAP yg sering keluarkan kenyataan2 yg mmg jelas racist itu, x pulak dikatakan racist ya? bukalah minda, semua bangsa didunia ini secara x langsung mmg raacis la..sapa yg x sayang bangsa sendiri? tp sbg melayu, perlulah kita sedar bahawa TANAH ini mmg hak milik kita. apa salah dijaga tanah hakmilik yg diwarisi ini?
apa salah menyemai rasa cinta kepada ibu pertiwi?
BTN semata-mata untuk mengukuhkan semangat patriotisme seluruh rakyat kepada negara.
lagu anak kecil main api, maksud liriknya perlu dilihat dalam konteks yg luas..iaitu memberi kesedaran kepada kita supaya sayangkan negara agar tidak dijajah lagi. tidak timbul soal rasis atau mengetepikan kaum2 lain; cina dan india kerana melayu sendiri juga boleh menjadi musuh melayu/memijak melayu.
sifat rasis kaum cina terhadap melayu dan negara ini jauh lebih dahsyat sejak merdeka atau lebih tepat lagi sejak 1960an cuma kita (melayu) saja tidak mendedahkan secara umum kerana ingin memelihara perpaduan kaum dalam negara ini.
pada 1988 anwar ibrahim telah 'mengkucar-kacirkan' matlamat asal penubuhan BTN. sekarang apa sudah jadi? penyokong2 pakatan rakyat begitu benci BTN. kenapa tak benci anwar ibrahim???
baca di sini untuk tahu lebih lanjut http://mymassa.blogspot.com/2013/02/rahsia-tun-mahathir-yang-anwar-ibrahim.html
kalau sekadar ambil orang cina sebagai sampel, memang rasist la jawapannya.
kesian pada penulis.
lagu anak kecil main api adalah lagu bangsa..bukan lagu umno semata2..dlm lirik tak de pun sebut umno..lagu nazi...ada sebut parti nazi..sudah2 la berfikiran sempit..macam lagu mawtini..lagu patriotik untuk bangsa arab..yg dapat menyatupadukan bangsa arab..fikir positif sikit..lagu tu untuk menyatupadukan melayu islam..

Post a Comment