Kursus BTN-akhirnya Kabinet bersetuju rombak modul Kursus
Menarik ni...baru terbaca hasil dari browsing tajuk-tajuk isu hari ini dari Laman Perakexpress, terjumpa tajuk ini, Sukatan kursus BTN akan dirombak dipetik dari Malaysiakini. Kan sudah dikata, kita mesti berani melawan arus, berani berhujah dan melawan sekiranya kita rasakan sesuatu itu tidak kena dan ada yang tidak kena. Apatah lagi apabila ianya disahut pula di laman-laman web dan blog-blog peribadi dan blog pro Pakatan Rakyat..pemerintah pasti juga akan mengikutnya sedikit kalau tidak kesemuanya. Maka memang benarlah dakwaan-dakwaan yang kita dengar bahawa kursus BTN ini cuba mewujudkan semangat perkauman yang negatif dan boleh membawa perpecahan dan mewujudkan rasa benci di antara kaum. Mewujudkan perasaan bahawa Malaysia ini adalah milik BANGSA Melayu...itulah yang cuba disampaikan melalui lirik 'Anak Kecil Main Api' yang kini beberapa baitnya telah ditukarkan sedikit bagi mengurangkan semangat kemelayuan itu sendiri. Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita akan merintih sendiri (asalnya pribumi merintih sendiri) Maka apa pula jadinya dengan respon dan komen dua orang Menteri iaitu Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa tidak wujud isu perkauman dalam modul kursus BTN dan Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan bahawa kursus BTN mempunyai tujuan yang baik dan bukannya untuk membawa peserta menyokong BN dan UMNO. Dato' Seri Nazri Aziz pula berkata Kabinet telah bersetu merombak sukatan kursus BTN, bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan. Maka benarlah sudah segala dakwaan tersebut dan yang lebih menarik juga ialah kenyataan bahawa kerajaan telah banyak membelanjakan BANYAK WANG bagi menjayakan program 1Malaysia....sedih dan kesal membacanya...wajarkah perkara ini berlaku. Mereka yang menyuntik semangat perkauman tersebut mengajak sesama kaum membenci di antara satu sama lain dan kini terpaksa berbelanja banyak untuk membuktikan bahawa hanya ada 1 Malaysia... Kami semuanya adalah anak Malaysia dan cintakan Negara dan tanah air kami.... Sukatan kursus BTN akan dirombak | |||
|
Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.
Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.
"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.
Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.
Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

No comments:
Post a Comment