ISA masih kekal dan masih menzalimi...
3. Kerajaan masih mengekal dan menggunakan Internal Security Act (ISA) 1960 kerana A. masih relevan kerana negara masih banyak menghadapi ancaman dalaman. B. kerajaan dengan bebas boleh membuat penahanan. C. memberi kuasa tertinggi kepada polis untuk menjalankan tugas. D. berupaya menahan seseorang untuk tempoh lama tanpa perbicaraan. Saya memetik soalan di atas dari tajuk kursus BTN, dan jawaban sebenar yang dikehendaki sudah tentulah A, walaupun jawapan sebenarnya ialah semua selain dari dari A. Memandangkan buat masa ini saya sedang berada di daerah Kamunting yang menempatkan sebuah Kem yang pernah mengurung puluhan ribu rakyat Malaysia dan luar negara di bawah akta Zalim ISA membuatkan saya terkenang kembali kepada nasib keluarga mangsa yang pernah dan sedang dizalimi di bawah akta ini. Saya masih ingat ketika saya dan rakan-rakan yang bergabung di bawah GMI memulakan secara bersungguh-sungguh dan terancang berkempen memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan ISA, terdapat lebih dari dua ratus orang tahanan ISA di KEMTA. Sepanjang tempoh tersebut ramai yang telah dibebaskan sehingga kini hanya tinggal kurang dari 10 orang di KEMTA. Hakikatnya walaupun sedikit masih ada yang dizalimi..satu hakikat yang kita semua jangan pernah lupakan.. Dan bagi mereka yang telah dibebaskan kezaliman yang menimpa mereka dulunya masih lagi menghimpit dan mengahntui kehidupan mereka. Ramai lagi keluarga yang masih menderita dengan pelbagai cabaran yang perlu mereka lalui...buat masa ini saya mengambil contoh sebuah keluarga di Sandakan. Puan Jobaida, ibu kepada 5 orang anak, suaminya ditahan di bawah ISA pada tahun 2006 dan baru dibebaskan beberapa bulan yang sudah. Sudah tentu membawa sinar bahagia kepada keluarga ini. Namun tiada siapa tahu masalah apa pula yang membebani kehidupan mereka kini. baca kesah penderitaan mereka di sini..satu waktu dulu.. Suaminya masih gagal untuk mendapat sebarang pekerjaan, maka kehidupan mereka masih susah dan masih memerlukan bantuan. "Terima Kasih banyak ya kak, semoga kak dn keluarga sentiasa di Rahmati Allah, dimurahkan rezki yg melimpah ruah,dgn sumbgn ni dptla anak2 Jo menyambut aidladha dgn gembira,terima Kasih banyak2 ya kak,maaf sekali lg sbb terlalu byk sgt susahkn kak Nashitah dan kak lailah,maklum sajala kak suami jo sampai skrg masih blm dpt pekrjaan,bukan tidak berupaya @ berusaha tp tiada org2 yg ingin bagi peluang padanya yg menyebabkan dia tension pula sbb tidak dpt membela nasib anak2nya walaupun dia sudah bebas.Jadi jo tiada jalan lain melainkan mengadu pd kak dan kak laila itupun jika masih ada ruang2 bagi kami memohon bantuan.Syukur pada Allah dan terima Kasih kerana sudi menjadi pendengar suara2 bekas tahanan ISA.. " Alhamdulillah kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita...dan kita tidak boleh lupa dan leka hingga kita melupakan nasib mereka yang terus dizalimi. Hasil kutipan dari para dermawan dari rakyat Malaysia, kami di PSK mempunyai sedikit lebihan wang dan dapatlah kami terus menggembirakan mereka dan memudahkan sedikit segala urusan mereka. Alhamdulillah... Di malam menjelang tibanya Eidul Adha PSK GMI telah menyumbang sejumlah wang untuk keluarga Jobaida...dan inilah sms yang telah diterima darinya sebagai balasan...bagi kita yang punya segalanya sudah pasti tidak dapat sepenuh hati menghayati nimkat sebuah pemberian yang kecil ini... "Alhamdulillah syukur ya Allah,terima Kasih ya kak, malam ni juga kami nak p pasar..Belanja utk aidladha..T.Ksi byk2 ya kak." Itulah kegembiraan mereka...dan ISA masih wujud dan menzalimi rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment