Wednesday, 25 November 2009

Semalam bersama Pengarah SPRM Selangor.....

Semalam bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.....

WACANA ISU SEMASA Siri ke-2 anjuran JIM Pusat (JK SAKSI) dengan kerjasama JIM Selangor

Tajuk Isu Semasa ialah 'Cekap, Amanah, Telus - Sejauh Mana Pelaksanaannya' . Ahli panelnya dipilih sesuai dengan tajuk tersebut.
Ahli panel yang telah mengesahkan kehadiran ialah:
  1. YB Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor, Pengerusi SELCAT (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency atau Jawatankuasa Terpilih Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaba n dan Ketelusan).
  2. Dato' Ja'afar Mahad, Pengarah SPRM Negeri Selangor
  3. Hj Zaid Kamaruddin, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Saya telah menghadirinya....

hhhhmmmm....apa perasaan saya???....ish..dalam kekalutan tentang berbagai isu yang berkaitan dengan rasuah...dengan segala tuduhan orang ramai terhadap sikap SPRM...apa lagi yang boleh kita harapkan ke atas mereka di balik pengurusan dan perlaksanaan pencegahan rasuah ini ye...

Bila lihat sendiri susuk tubuh Pengarah ini dan cara penyampaiaannya...secara telus dan tanpa selindung saya boleh katakan memang hampeh betul la...memang sah SPRM tidak boleh diharapkan....kewujudan mereka sekadar memenuhi janji dan keinginan Mantan PM kita yang lalu...tapi bak kata YB Teng...Pak Lah pun political will nya untuk menubuhkan SPRM ini tidaklah kuat sangat..kerana ianya ditubuhkan di akhir tempoh masanya menjadi PM..patutnya awal lagi dikala dia kata dia ingin membenteras rasuah...

Kalau kita mendakwa bahawa SPRM tidak jalankan tugas dengan sikap professionalisme yang tinggi, tidak menjalankan tugas mereka, tidak membawa orang yang dituduh menerima rasuah ke muka pengadilan,tidak menyiasat mereka dengan telus memang benar...memang benar...memang sah sekali....walau sebenarnya tidak lah Dato' Jaafar Mahad ni memang sebut sendiri begitu..tapi dari segi persepsi dan tafsiran atas apa yang dia katakan memang begitulah.

Tuan Syed Ibrahim, moderator dan disebelahnya...Tuan Pengarah SPRM Selangor...macam jeling je kat cameraman:))

Dato' Jaafar memberi contoh pengalamannya pernah menyisat seorang ahli politik yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kini ahli politik tersebut katanya sudah pun menjadi menteri.

Ceritanya,ketika disoal siasat ahli politik tersebut memang telah mengakui bahawa beliau menerima rasuah...tapi katanya bila orang tersebut pulang, ada pula kawan-kawan ahli politik tersebut yang menegurnya bahawa kenapa dia buat pengakuan tersebut...lalu ahli politik ni pun menukar kenyataannya dan menarik balik pengakuannya dan terus membuat laporan polis bahawa beliau telah diugut oleh SPRM....jadi terpaksa la tutup kes tersebut..begitu mudah sekali untuk melepaskan diri.

Dato' Jaafar juga menyebut dari segi cabaran mereka ialah, dari segi orang yang dituduh tersebut, orang yang dituduh mungkin buat masa ini adalah orang yang sudah tidak punya kuasa, jka SPRM menjalankan siasatan keatasnya dan suatu hari nanti bila orang itu kembali berkuasa sudah tentu akan mengambil tindakan keatas mereka pula..orang yang buat tuduhan dan org yang menyiasat mereka...

Jadi tidakkah anda rasa jelas bahawa SPRM tidak professional,tidak mengambil tindakan dan tidak menyiasat dengan menyeluruh keatas semua dakwaan yang dibuat oleh orang ramai ke atas perasuah dari parti Barisan Nasional.

Kita ambil saja contoh yang paling dekat di Negeri Selangor...kes yang paling sering diperkatakan..iaitulah Kes salahguna kuasa dan pemilikan harta yang berjuta oleh bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Anda boleh baca di sini mengenai siasatan SELCAT.

Orang yang menuduh sudah pun mengeluarkan bukti tentang pemilikan rumah dan harta...bahkan satu jawatankuasa yang sah di sisi undang-undang yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor sudah pun mendedahkan dengan jelas berserta bukti dan keluar juga dari mulut orang yang memberi namun pihak SPRM tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas Khir Toyo. Malah beliau hanya disoal siasat selama 6 jam sahaja dan tidak ada apa tindakan yang diambil ke atasnya..ianya terhenti di situ sahaja...walhal...dakwaan ke atas beliau adalah berat melibatkan puluhan juta ringgit.

rumah Khir Toyo.gambar diambil dari blog ini.

Perkara di atas dibangkitkan oleh YB Teng Chang Kim yang merupakan Pengerusi SELCAT yang bertindak mencari kebenaran di sebalik urus tadbir harta kerajaan negeri. Beliau menyatakan bahawa SELCAT tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Khir Toyo dan mereka yang terbabit. Tugas mereka ialah untuk menyemak segala urus tadbir pegawai dan penjawat awam. Tetapi dari segi tindakan, SPRM merupakan institusi yang bertanggungjawab mengambil tindakan dan menyiasat. Namun perkara ini tidak berlaku...

Kenapa...???...mungkin jawapannya ialah seperti yang disebutkan oleh Dato' Jaafar di atas..'orang yang disiasat dan dituduh mungkin tidak ada kuasa kerana mereka tidak memerintah sekarang, namun suatu hari nanti mereka mungkin akan kembali berkuasa...ketika itu mungkin tindakan akan diambil ke atas mereka".....jadi apa harapan kita yang tinggal ke atas kewujudan SPRM ini.

YB Teng sebagaimana kita juga membangkitkan tentang isu Teoh Beng Hock, seorang yang hanya menjadi seorang saksi bagi kes yang melibatkan penggunaan wang sebanyak RM2400.00 berbanding dakwaan terhadap Khir Toyo sebanyak RM24 JUTA!!!.

Memang tidak dapat dinafikan..Dato' Jaafar ada menyebutkan bahawa sekiranya kita nak benteras rasuah, kita kena betul-betul buat tak kira besar atau kecil jumlahnya..guna perimeter yang sama, siasat semua. Tidak perlulah menyebut soal unsur-unsur integriti dan amanah yang menjadi teras SPRM....kerana ianya amat samar sekali....dan benarkah ianya berlaku...jadi tidak usahlah SPRM bercakap tentang badan yang bebas, adil, telus, urus tadbir yang baik...kerana ianya tidak nampak jelas di mata rakyat.

YB Teng menyentuh soal professionalisme, beliau mengaitkan dengan dirinya yang berlatarbelakangkan sebagai seorang peguam. Beliau memberi contoh bahawa di dalam kamar mahkamah mereka 'bergaduh dan bertekak' namun di luar mahkamah mereka masih boleh bertepuk bertampar dan bertegur sapa...itu yang dinamakan sebagai professional...tugas adalah tugas, selain dari itu tidak boleh dicampur adukkan, barulah dapat bekerja secara telus dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.


Kenyataan paling menarik keluar dari mulut Pengarah SPRM ini ialah ketika diminta membuat rumusan beliau mengambil contoh cerita melayu lama..iaitu trend menuntut bela...dan beliau menyebut dengan menujukan kepada YB Teng sebagai Pengerusi SELCAT...katanya lebih kurang..."SELCAT kena berhati-hati kerana orang pasti akan menuntut bela"...

Apa persepsi anda bila mendengar kenyataan yang sebegini????

AMARAN?????

No comments: