Beri Sokongan!!!
Dah lama juga rehat-rehat dan santai...teringin sangat untuk pergi memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang teraniaya ini....
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru  seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi  mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar  Universiti Malaya (UM).
Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman  berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat  seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.
Ridzuan  dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan  kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana  dalam menilai setiap fakta kes.
"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan.
SMM  juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk  kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.
Lima  mahasiswa iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan,  Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd  Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447  Kanun Keseksaan.
Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak  bermula 15 Jun tahun lalu.
Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Kesalahan  itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API,  beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip  derma bagi kanak-kanak Palestin.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh  menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan  menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.
Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.


 
 Posts
Posts
 
 
 

No comments:
Post a Comment